“Doakan Saya Ya.” Tokti Umum Hamil 4 Bulan, Siti Aafiyah Bakal Jadi Kakak. Tahniah!

Share

Sejak tular gambar ‘baby bump’ penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin atau lebih mesra digelar Tokti, akhirnya tuan empunya diri mengumumkan bahawa beliau hamil empat bulan.

“Alhamdulillah, benar saya hamil anak kedua,” katanya sebentar tadi dalam satu sesi dalam talian.

Beliau berkata, mereka memilih untuk tidak menghebahkan berita gembira ini lebih awal kerana belum sampai masa yang sesuai.

“Memang benar saya berdiam diri walaupun sudah ramai yang meneka dan membuat spekulasi. Ini kerana keadaan tidak mengizinkan, jadi saya dan suami sepakat untuk ambil masa sedikit.

“Alhamdulillah, ramai yang mendokan dan saya amat gembira dan bersyukur. Doakan kehamilan say aini selamat sampai saya bersalin dan Insya-Allah dapat lahirkan zuriat yang sihat,’ ujar Siti Nurhaliza yang sebelum ini dikurniakan anak pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

Dalam pada itu, pada jam 9 malam ini, para peminat akan dihadiahkan dengan sebuah muzik video baharu iaitu lagu Kuasa Cintamu yang sebelum ini pernah beliau katakan dicipta khas untuk Siti Aafiyah.

Nak cari peralatan rumah yang cantik tapi murah? Meh tengok kat SINI !

IKLAN