“Doktor Belum Tahu Punca, Ujian Darah Okay.” Amar Bahrain Dedah Isteri Alami Lebam, Sakit Sendi & Kaki Bengkak Teruk

Share

Pelakon dan hos, Amyra Rosli terpaksa berehat daripada menjalani penggambaran drama Jangan Menangis Cinta kerana mengalami masalah sakit sendi dan lebam di beberapa bahagian pada tubuhnya selain batuk yang tidak henti.

Perkara tersebut dikongsikan oleh suaminya Amar Baharin bersama mStar.

“Amyra diberi rehat selama tiga ke empat hari kerana keadaan dia agak teruk sehingga susah untuk berjalan.

“Dia mengalami sakit sendi dan bengkak pada beberapa bahagian dan yang paling teruk adalah di kaki.

“Dalam tempoh rehat ini saya akan bawa dia untuk menjalani pemeriksaan lebih lanjut di pusat perubatan atau mendapatkan rawatan perubatan Islam.

“Saya sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan jika Amyra hanya berehat di rumah.

“Rasanya lebih baik dia ditahan di wad dahulu supaya doktor boleh memantau keadaannya,”jelas Amar.

Amar sebelum itu memuatnaik tentang keadaan isterinya itu menerusi laman Instagram miliknya.

Jelasnya, situasi tersebut tidak pernah berlaku kepadanya dan Amyra telahpun menjalani pemeriksaan beberapa hari lalu, namun keputusan ujian darah dalam keadaan baik.

“Memang pelik sebab tidak pernah berlaku seperti ini. Selepas buat ujian darah, doktor beritahu tidak ada sebarang jangkitan kuman.

“Malah doktor sendiri tidak dapat memberi penyelesaian terhadap penyakit yang dihidapinya,”katanya.

Sementara itu menerusi perkongsian IG Story Amyra sebelum ini, dia masih meneruskan penggambaran drama seperti biasa.

Bagaimanapun selepas keadaan menjadi semakin serius, dia diberi waktu rehat.

Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4, dan Ayra Aryssa, 2.

Sumber:amarbaharin


ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!

ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’

“Berjaya Mahramkan Musa. Dia Power.” Dah 3 Bulan Mizz Nina Masih Susukan Bayi Angkatnya, Pakar Laktasi Ni Kongsi Cerita!

BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

IKLAN