Tentu setiap wanita yang hamil ada kenangan manis atau sebaliknya ketika melahirkan anak.
Malah ada yang seriau apabila setiap kali melahirkan anak apabila tiba waktu kena seluk oleh doktor.
Namun, menurut doktor ini, tujuan seluk itu bukan suka-suka tetapi untuk menentukan size bukaan.
Ikuti perkongsian Dr Muhammad Izzat mengenai bukaan rahim. Rupanya ada beberapa saiz. Ikuti informasi.
Tadi dah ‘seluk’ ni nak ‘seluk’ lagi ? 2 cm , 4 cm , 8 cm , 10 cm tu apa ?
Salah satu tanda ibu telah bersedia untuk bersalin adalah dengan melihat kepada pembukaan pintu rahim. Dalam keadan biasa pangkal rahim yang terletak di dalam vagina berada dalam keadaan tertutup dan tidak membuka. kadang-kadang ianya terbuka sikit untuk mereka yang pernah melahirkan banyak anak.
Ads
apabila sakit kontraksi bermula, pintu rahim ini menjadi semakin nipis dan perlahan-lahan akan membuka. Darah bercampur lendir dinamakan ‘show’ akan keluar dan ini dikenali sebagai tanda nak bersalin.
pangkal rahim ini akan membuka perlahan-lahan bermula dari 1 cm sehingga la diameter nya mencecah 10 cm sebelum ibu boleh meneran bayi keluar
bukaan pintu rahim ini ditentukan oleh Vaginal examination dilakukan oleh doktor atau jururawat perbidanan terlatih dengan memasukan jari ke dalam vagina sekaligus mengukur bukaan pintu rahim dengan jari sahaja.
Ads
Jangan panik…….
ramai ibu berasa takut dan gundah gulana memikirkan mengenai Vaginal examination, lebih-lebih lagi ibu yang takde pengalaman melahirkan.
relaks, bertenang, tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan. jangan keraskan badan, jangan kemut sekuat-kuatnya kerana pemeriksan akan menjadi sukar dan ibu akan berasa sakit.
selain memberitahu mengenai bukaan pintu rahim, vaginal examination juga akan memberitahu mengenai pintu rahim masih keras atau sudah bertambah lembut, kedudukan kepala bayi, selaput air mentuban masih ada atau tidak, terdapat uri atau tali pusat ketika pemeriksaan
maka, vaginal examination ni bukan suka-suka dilakukan, ianya penting untuk menilai sejauh mana proses kelahiran itu sudah sampai. di dalam dewan bersalin, ianya dilakukan setiap 4 jam, atau lebih awal jika doktor merasakan pemeriksan perlu diawalkan, bergantung kepada perkembangan proses kelahiran
Ikhlas,
Bukan ‘seluk’ suka-suka.
Kredit: Muhammad Izzat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah anak istimewa ini pernah tular di media sosial sebelum ini kerana memiliki bulu yang sangat lebat dan badannya.
Terbaru, seorang wanita bernama Rabiatul Adawiyah Samad menerusi laman Facebook nya berkongsi berpeluang bertemu dan meluangkan masa sejam bersama ‘bayi viral’ disamping anak-anaknya. Meskipun tiada pertalian darah dengan ‘bayi viral’ ini, tetapi sifat keibuan serta perikemanusiaan membuatkan wanita ini tidak memandang fizikal anak istimewa tersebut.
Menurut Rabiatul, dia bertemu kanak-kanak tersebut di hospital ketika membuat pemeriksaan anaknya yang bernama Zayyan. Di situlah dia berpeluang berjumpa dengan ‘bayi viral’ yang comel ini.
“Pergi hospital bawa Zayyan check-up. Terjumpa baby viral yang comel ini.
“Tuhan uji mak bapa nya kerana tuhan sayang, tuhan uji kerana tuhan tau mak bapak dia pasti ikhlas menerima kekurangan nya.
“Semoga dia dah besar diberi kekuatan untuk menhadapi dunia mendatang. Faham-faham lah kan zaman sekarang ni MULUT ORANG .. Semoga mental fizikal dia kuat.
“Walaupun dia diberi anugerah camni, dia tetap comel bagi saya.
Biasa kita dengar tentang pengorbanan isteri menguruskan keluarga dan anak-anak apabila suami tiada di rumah. Tetapi berbeza dengan pengalaman lelaki bernama Mohd Effendy.
70 hari menempuh kehidupan tanpa seorang isteri di sisi . Dia terpaksa menguruskan segala keperluan rumah termasuklah anak-anak selain memasak dan mengemas. Akuinya bukan mudah dan ‘huru-hara’ dunia nya buat seketika apabila terpaksa melayani karenah anak-anak.
Belum part kena memasak yang sebelum ini tidak pernah dilakukannya, namun demi anak-anak dicubanya dan ternyata usaha gigih dia berjaya melakukannya.
Sama-sama kita ambil manfaat dari apa yang dikongsikan ayah kepada tiga orang anak ini. Siapa kata hanya isteri yang tahu berkorban, suami juga boleh berbuat demikian.
Selamat Tahun Baru 2020. Selamat tinggal 2019.
22 Oktober 2019 sampai 31 Disember 2019
Ini tempoh masa di tahun 2019 yang aku takkan lupa sampai bila-bila.
70 hari wife aku ke UK atas urusan pengajian PHD. Tinggal kami 4 beranak di Malaysia. Aku dan 3 orang anak usia 7 tahun, 5 tahun dan 3 tahun.
Banyak kejadian yang berlaku dan benda baru yang aku belajar. Banyak juga pengajaran untuk aku sebagai seorang lelaki, suami dan ayah.
Panjang entry ni. Bacalah. Ini pengalaman aku.
Aku diuji dari segi mental. Diuji dengan tahap kedegilan dan kebuasan anak-anak. Dulu ada dua singa mengaum dalam rumah. Sekarang tinggal satu singa ja. Haha.
Ini yang terjadi dekat aku yang sangat-sangat menguji tahap kesabaran aku. Tiga kali.
First, depa buat pesta telur dalam bilik air. 10 biji telur diseludup dari dapur dan dipecahkan dalam bilik air. Mandi telur. Habis satu rumah bau telur. 😭
Second, depa buat pesta ubat gigi. Ubat gigi colgate saiz besar baru beli dipicit dan dilumur dalam bilik air. Habis satu rumah rasa berangin. 😭
Third, depa buat pesta slime. Penuh rambut dengan slime. Jenuh tonyoh nak bagi tanggal. 😭
Bila kita marah depa reyau panggil nama ibu. Aduh. Dari marah terus berombak dada. 🥺
Untuk mengelak kejadian yang sama berulang, terpaksalah aku yang mandikan atau pantau aktiviti mandi-manda depa.
Itu belum lagi aktiviti sepah-menyepah. Boleh dikatakan setiap hari kena kemas dan menyapu rumah.
Huh! Perit. 💆♂
Urusan sekolah bukan setakat pagi-pagi hantar anak-anak ke sekolah. Malam sebelumnya dah bermula urusan sekolah. Iron baju, iron kain, iron tudung. Susun buku dalam beg ikut jadual. Check alatulis.
Pagi-pagi pulak nak berperang dengan depa punya mood. Kelam-kabut aku sorang-sorang nak handle 3 orang. Dengan nak ligan masa lagi.
Stress aku! 🤒
Korang pernah rasa jantung terhenti sesaat bila anak hilang dari pandangan? Ni yang selalu jadi kat aku bila bawak anak-anak pi shopping barang-barang rumah. Hang ada dua biji mata yang hang nak tengok barang dan dalam masa yang sama nak kena tengok tiga orang anak.
Yang paling kerap hilang dari pandangan si hero. Lari serupa pelesit. Sup sap sup sap. Hilang!
Dah la nak cari barang yang nak dibeli bukannya senang. Jenuh pusing satu mall.
Letih oi! 🥴
Benda yang aku paling tak suka bila makan kat luar. Reja nak gaduh ja. Kecoh satu kedai. Mula la aku nak naik angin. Tarik telinga reyau serupa kena dera. Mulalah orang pandang-pandang buat muka serupa aku ni kaki dera anak. Haha.
Itu belum lagi order macam-macam lepas tu tak makan.
Parak! 😡
Bila difikirkan tahap keparakan atau tahap damage bila makan diluar sudah sampai level kritikal, aku decide untuk cuba-cuba masak.
Ini rare!
Selama 8 tahun tak pernah masak. Tolak masak nasi dan rendam megi. Akhirnya dengan bantuan wife dari jauh, youtube dan google aku mula menumis bawang, potong sayur, siang ikan, mengunyit ikan dan ayam dan menggoreng.
Unbelievable!
Now, macam tak percaya aku dah boleh masak sardin, sup ayam, gulai ikan, kurma telur, lemak sotong kubis, maggi goreng mamak, nasi goreng sardin. Sekarang dah sampai tahap ada resepi, cukup bahan, kita kasi jadi.
Rasa nak nangis bila anak-anak cakap sedap ayah masak. Kenapa bila ibu ada ayah tak masak? Haha.
So, ini boleh jadi antara aktiviti we-we time dengan wife nanti.
Sweet-sweet. Haha. 😍
Sebelum ni lepas dinner, cuci pinggan, ambik remote bukak tv, layan movie. Mengantuk, lena.
Jangan harap la boleh macam tu bila wife tak ada. Lepas dinner, cuci semua pinggan. Lap meja. Ambik penyapu sapu semua makanan yang bersepah sebab anak-anak depa patuk makanan. Haha. Lepas tu baru boleh layan movie.
Ingat boleh lena terus bila mengantuk? Kena kasi settle anak-anak dulu. Bancuh susu dulu. Lauk-lauk lebih kena simpan dulu. Part ni paling susah. Hang nak kena settlekan puzzle dalam peti ais. Nak susun lauk ke dalam peti ais. Lepas tu baru boleh lena.
Menguji minda! 🤔
Lepak mengeteh.
Ini aktiviti yang aku paling nak buat tapi tak boleh buat dalam tempoh 70 hari ni. Rasa murung oi dok rumah ja.
Ada sekali tu sebab terlampau sangap sangat nak mengeteh dengan member, terpaksa aku angkut semua anak-anak ke warung. Parking kereta tepi meja, buka tingkap. Anak-anak makan dalam kereta. Huhu.
Yang paling best member-member pernah mai rumah ramai-ramai tengok bola di rumah sebab aku tak boleh keluar malam.
Thank you geng! 🤗
Pernah sekali aku ke KL 3 hari dengan anak-anak untuk hadir majlis konvo adik ipar. Ini paling azab. Azab nak pack baju depa. Mana baju jalan, mana baju tidoq yang sepasang, mana baju basahan, botol susu, susu dan pampers.
Azab perjalanan ke KL dengan depa bergaduh dalam kereta. Kencing tembus pampers. Basah seluar dan baju. Jalan sat berak pulak. Adoi la.
Azab! 🥵
Macam tak percaya berat aku boleh turun 3kg tanpa bersenam. Perut pun dah kempis. Pelik tapi benar. Tak tau la sebab apa. Mungkin sebab tahap aktif luar biasa uruskan rumah dan anak-anak. Mungkin sebab rindu? sunyi? Haha
Tapi aku rasa sebab aku belum cukup kuat untuk handle semua hal-hal rumah dan anak-anak tanpa isteri. Aku mampu buat tapi tak sempurna.
Aku respect orang perempuan ni. Depa lebih kuat sebenarnya. Mental lebih kuat. Lebih penyabar dan lebih multitasking. Perfect!
The positive thing yang aku dapat dalam 70 hari ni aku lebih rasa menghargai, lebih memahami wife aku. Aku dapat rasa apa yang dia rasa. Bukan mudah nak buat semuanya dalam satu masa. Sangat susah. Tapi wife selalunya nampak tenang ja kan.
Sebab tu kita dijadikan berpasangan. Saling tolong-menolong.
Kita tetap lelaki walaupun kita pegang penyapu dan menyapu.
Kita tetap lelaki walaupun kita kutip pakaian kotor dan basuh.
Kita tetap lelaki walaupun kita lipat pakaian yang menimbun.
Kita tetap lelaki walaupun kita masuk dapur.
Kita tetap lelaki walaupun kita mengemas rumah.
Alhamdulillah aku tak bertukar menjadi perempuan pun selepas aku buat semua benda-benda ni.
Dah boleh berhenti viral pasal wife masuk kereta ja tidur. Sebab itulah masa mereka berehat.
Wife bersiap 2 jam. Banyak yang dia nak kena siapkan sebelum dia siapkan diri dia.
Wife masuk semua lorong dalam mall dan berjam-jam. Banyak barang rumah yang dia nak kena beli. Kita sendiri pun tak pernah ambik tahu apa barang yang tak cukup di rumah. Semua wife yang uruskan. Biarlah dia cari dan cukupkan semua barang yang tak cukup.
Appreciate them!
Syukur kepada Allah sebab tak pernah tarik nikmat sihat dalam tempoh 70 hari ni. Alhamdulillah.
Maafkan ayah. Kesian anak-anak ayah sebab inilah cuti sekolah yang paling membosankan. 😭
Paling best 70 hari ni father, daughter, son bonding time. The best ever quality time. Aydeen pun sebelum tido selalu cakap “saaaaayaaannngggg yayah”. Sebelum ni tak pernah pun. Selalu “saaaaayaaaannngggg ibu” je. Jangan jeles Marliza Mostapha. 😝
Terima kasih kepada abah, kakti MarIsha Mustafa dan nani Nanie Mostapha yang sanggup datang dari johor dan KL jenguk cucu-cucu dan anak buah walaupun sekejap. Terima kasih juga kepada paksu izat Muhammad Izzat dan maksu fifi Fikriah Fifi datang bawak lauk. 🤗
70 hari yang sangat meletihkan tapi ini pengorbanan aku sebagai seorang suami untuk memenuhi impian dan cita-cita seorang isteri.
Pasangan sama cantik sama padan ini sememangnya sangat sempoi orangnya. Setiap kali memuat naik video atau gambar menerusi instagram, pasti menjadi perhatian netizen.
Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 33, dan Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 31, bergelar suami isteri pada 20 Mac 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Ungku Arsalan 10 bulan.
Menurut Ungku Hariz, fasa menjadi ketua keluarga dan bergelar bapa banyak mematangkannya. Malah akuinya, pelbagai perubahan berlaku pada dirinya sendiri lebih-lebih lagi selepas menimang cahaya mata sulung.
“Kebanyakan kerja rumah dilakukan sendiri tanpa bergantung pada isteri. Kalau dulu, saya tak pernah tahu pun harga sayur di pasaran. Sekarang ni, sebut sahaja sayur apa berapa harga semua sudah dalam kepala. Pasar tani saya pergi, rumah pun saya sendiri kemas, malah baju pun saya sendiri lipat.
“Tambah-tambah bila ada OCD (Obsessive Compulsive Disorder), saya memang suka buat semua kerja sendiri,” katanya yang kini lebih cenderung untuk meluangkan masa bersama keluarga di rumah berbanding rakan-rakannya.
“Semua yang saya buat sekarang hanya untuk keluarga terutama anak, sudah jarang fikir untuk diri sendiri.
“Sekarang pun sudah kurang melepak luar, kalau ada masa habis sahaja shooting terus balik rumah nak jumpa anak,” tambahnya yang kini muncul dengan filem televisyen terbaharu Berani Jadi Papa bergandingan dengan Rykarl dan Datuk Awie.
Dalam pada itu, Ungku juga mengakui sejak berumah tangga banyak perubahan pada isterinya Jihan Muse.
Malah, sifat keibuan Jihan semakin menyerlah sejak mereka menimang cahaya mata sulung bernama Ungku Arsalan Haq yang kini berusia 10 bulan.
“Sifat keibuan itu semakin menyerlah pada diri Jihan, contohnya, sekarang ni kalau memasak tak perlu suruh atau tak perlu tanya, dia akan buat.
“Keduanya waktu tidur, kalau anak dah bangun pagi-pagi, dia akan bangun sama, uruskan hal anak dan siapkan sarapan untuk kami.
“Saya dan Jihan agak sibuk, jadual kami tak sama, jadi kalau ada masa memang kita akan luangkan masa berkualiti bersama.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.