Doktor Ni Kongsi Cara Buat Resipi Asam Laksa Masam, Manis &Pedas. Guna Perencah Sendiri Je, Simple & Cepat. Padu!

Share

Sebut sahaja laksa pasti ramai yang menggemarinya, bagaimana pula dengan Maggi Asam Laksa? Ada tak yang buat sendiri tanpa menggunakan perencah yang disediakan?

Mungkin ada yang rasa leceh nak buat sendiri kan? tapi sebenatnya senang je dan tak mudah sangat caranya. yang penting lagi sedap dan bahan yang digunakan pun fresh tanpa bahan pengawet.

Nak tahu caranya, jom cuba resipi dari doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan

Close up! Nampak tak petis tu? Itu sumber rasa umami yang meningkatkan darjat kesedapan Maggi ni ke aras kayangan! Masam, pedas, dan menyegarkan! Kecur!

Sebenarnya saya tengah berkursus selama 5 hari, dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Tak sempat nak masak canggih, jadi masak Maggi asam laksa, tapi tak guna perencah dalam paket.


Maggi Asam Laksa by Kamarul Ariffin Nor Sadan

Bahan-bahan: (persediaan 10-15 minit)
1 pek mi segera
1 ekor ikan (pelaling/kembung/selar/dsb)
1 tangkai daun kesum
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili padi
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 helai daun pudina
1-2 keping asam keping
1 sudu kecil petis/otak udang
Garam dan gula secukup rasa

Memang ada Maggi perasa Asam Laksa, tapi kenapa nak pakai perencah jika mudah sahaja nak buat kuah laksa asam ni kan?

Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar. Jom lihat #DapurKAN kali ni!

Cuci mata di SINI

Cara masak:

Rebus ikan, cili merah, setengah bawang merah, dan bawang putih sampai ikan masak dan ramuan lain lembut.
Keluarkan ramuan yang direbus, dan kisar sehingga halus. Kalau tak nak rebus, nak kisar terus pun boleh.
Lepas tu kisar isi ikan, tapi jangan halus sangat. Kalau halus sangat, tekstur kuah tu tak hambar. Saya juga tinggalkan ¼ isi ikan yang tak dikisar, untuk dihidang nanti.
Kemudian masukkan semula bahan yang telah dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi. Reneh sampai mendidih. Kau orang suka ikan apa?
Asam keping pula habis. Terpaksa guna pes asam jawa. Bolehlah, asalkan masam dan menyengat kelenjar air liur nanti. Jangan lupa perasakan juga dengan garam dan gula.
Masukkan daun kesum. Kalau ada bunga kantan, masukkan sekali. Kalau tak ada daun kesum ni, kemungkinan besar asam laksa kau orang akan jadi tak sedap.
Akhir sekali, masukkan mi segera. Jangan celur sampai lembut sangat. Laksa asam ni sedap kalau mi dia masih kental.
Ini dia! Letak hirisan timun dan bawang, potongan cili padi, daun pudina, dan sedikit petis. Peh, memang syahdu! Terutamanya bila ada isi ikan sekeping macam tu!

Nak beli barangan murah di SINI

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN