Doktor Zubaidi Jelaskan Sebab Bahaya Jika Kanak-Kanak Ambil Garam Berlebihan. Peringatan Bersama Ye!

Share

Kanak-kanak dan remaja di Malaysia mengambil terlalu banyak garam natrium setiap hari. Dianggarkan mereka mengambil lebih dari 1,000 mg dari dari tahap yang yang dibenarkan.

Kebanyakan mereka mengambil kira-kira 3,500 mg natrium sehari, manakala maksimum yang disarankan ialah 2,300 mg natrium dalam sehari.

Kebanyakan garam natrium ini datangnya dari makanan segera seperti yang disediakan secara komersial seperti pizza, mi segera, sup segera, dan makanan ringan.

Pengambilan garam natrium yang berlebihan akan merosakkan jantung dan ginjal dalam masa yang panjang.

Oleh itu tidak hairan ramai di kalangan orang muda sekarang, dalam usia lewat 20an telah mula mengalami penyakit tekanan darah tinggi.

Sumber: Dr Zubaidi

IKLAN