Kadang-kadang, kita semua perlukan sedikit ruang untuk berehat dan lari sekejap dari kesibukan harian. Tak perlu pergi bercuti jauh, kerana DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside adalah pilihan terbaik untuk percutian bersama keluarga.
Bukan sahaja menawarkan penginapan yang selesa, tetapi juga suasana yang tenang dengan pemandangan tasik yang mendamaikan, menjadikan setiap momen percutian lebih bermakna.
Dari saat menjejakkan kaki ke sini, pengalaman yang diberikan memang terasa eksklusif. Kagum melihat persekitarannya! Keseluruhan hotel ini sebuah hotel yang sangat ‘family friendly’ dan sudah pastinya mesra kanak-kanak.
Jom Majalah Keluarga kongsikan pengalaman menginap di sini, dari persekitaran luar hingga ke bilik, tempat makan, kolam renang, bilik permainan, dan aktiviti santai yang boleh buat bersama keluarga.
Layanan di Lobi Siap Ada Cookies, Satu Keluarga Dapat!
Melangkah masuk ke ruang lobi, rasa kagum terus menyelubungi dengan reka bentuk yang mewah dan elegan. Gabungan seni bina moden, pencahayaan yang indah, serta susun atur yang luas mencipta suasana eksklusif dan menenangkan, menjadikan tetamu berasa istimewa sejak langkah pertama.
Proses check-in di kaunter berlangsung dengan lancar dan pantas. Staf yang ramah menyambut dengan senyuman, memberikan layanan mesra yang membuatkan tetamu rasa dihargai dan dialu-alukan.
Lebih menarik, sementara menunggu proses check-in, tetamu turut dihidangkan welcome cookies yang lazat! Anak-anak pun teruja bila dapat biskut yang lembut dan sedap bukan satu tau, tapi sekeluarga dapat menikmati bersama! Hotel ini memberikan ‘first impression’ yang mengagumkan!
Bilik Selesa, Luas Dan Mewah Serta Pandangan Malam Nan Indah!
Selepas mendaftar masuk ke bilik, rasa selesa dan mewah terus menyelubungi. Katil yang empuk, bantal yang banyak untuk keselesaan maksimum, serta dekorasi moden yang menenangkan menjadikan bilik ini tempat sempurna untuk berehat selepas seharian beraktiviti.
Bagi keluarga besar, pilihan connecting room memang ideal! Bukan sahaja memudahkan pergerakan antara bilik, tetapi juga membolehkan ibu bapa memantau anak-anak di bilik sebelah dengan lebih mudah. Dengan susunan bilik yang berhubung, keselamatan anak-anak lebih terjamin, terutama pada waktu malam, memberi ketenangan kepada ibu bapa sepanjang penginapan.
Untuk keluarga dengan anak kecil, kemudahan dalam bilik memang cukup lengkap. Bilik moden dengan smart TV skrin besar dengan pelbagai channel menarik, USB C port juga disediakan untuk peranti elektronik terkini. Turut disediakan kerusi rehat yang selesa serta meja kerja yang praktikal untuk keselesaan tetamu.
Yang paling best, bilik di sini banyak yang menghadap tasik. Jadi, waktu malam pemandangan waktu malam dari bilik memang luar biasa! Dengan cahaya berkilauan dan suasana yang tenang, memang terasa begitu mendamaikan. Sambil berehat di bilik, boleh nikmati view yang menenangkan memang healing terbaik untuk mak-mak!
Kawasan Luas, Perfect Untuk Healing & OOTD!
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside memang lain daripada yang lain! Bagi yang pertama kali sampai, lepas selesai mengemas barang di bilik, pastinya terus rasa nak turun jalan-jalan tengok kawasan sekitar. Dengan suasana yang luas, tenang, dan banyak port menarik, memang rugi kalau tak explore!
Bila tengok persekitaran di sini luas, tak perlu risau kalau tak tahu nak ke mana, sebab ada papan panduan untuk rujukan. Kalau masih tak jelas, jangan segan-segan tanya, staf di sini super friendly dan sentiasa tersenyum, ready je nak tolong anda.
Di sini pengunjung boleh menikmati udara segar sambil berjalan kaki di sekitar kawasan hotel atau berjoging tanpa perlu bersesak seperti di hotel bandar yang lain. Reka bentuk hotel ini juga membuatkan tetamu berasa bagaikan berada di kawasan perumahan yang selesa, bukannya di sebuah hotel yang terlalu formal.
Lokasi OOTD seisi keluarga. Memang asyik bergambar aje!
Selain itu, banyak lokasi menarik untuk bergambar. Pemandangan tasik yang mendamaikan dan ‘menara jam ikonik yang menjadi daya tarikan utama. Memang anda akan asyik bergambar sahaja! Menara jam ini lokasi wajib untuk bergambar bersama keluarga, mencipta kenangan indah yang tak terlupakan.
Jalan-jalan waktu malam, memang wow!
Juga jangan lepaskan peluang jalan-jalan waktu malam. Memang mood lain sangat! Suasana pada waktu malam juga sangat mempesona dengan pencahayaan yang indah, mencipta latar belakang yang sempurna untuk bersantai atau bergambar. Wajib ambil gambar kenangan!
Tempat Makan. Pelbagai Pilihan Menu
Kalau bercuti, makanan pun kena bestkan? Di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside menawarkan pelbagai pilihan makanan dari masakan tempatan hingga hidangan antarabangsa.
Restoran Makan Kitchen adalah tempat untuk sarapan dan buffet dinner. Sarapan pagi di sini memang meriah, dengan pilihan makanan yang sangat banyak dari nasi lemak, roti canai, pastri, hingga pilihan makanan barat.
Seawal 6.30 pagi restoran dibuka dan adalah adalah disarankan untuk makan sarapan awal kerana selepas pukul 8 pagi, restoran akan dipenuhi oleh tetamu dan anda terpaksa untuk beratur panjang untuk mendapatkan tempat duduk.
Ads
Ads
Ads
Pilihan yang amat banyak antara yang menarik ada nasi lemak station dengan nasi lemak bungkus, dan pilihan hidangan sampingan seperti sambal sotong, kuih Melayu. Bagi yang mahukan menu ringkas, terdapat pilihan seperti oat dan pastri yang ringan tetapi tetap mengenyangkan. Jangan lupa cuba teh tarik, memang sedap!
Buffet dinner santapan mewah
Paling best, untuk makan malam, buffet dinner memang rambang mata dibuatnya! Pengalaman mewah dengan suasana eksklusif. Melangkah masuk sahaja pelbagai hidangan yang disajikan merangkumi pelbagai pilihan menu tempatan dan antarabangsa, memenuhi citarasa setiap pengunjung.
Bagi peminat makanan tempatan, terdapat pelbagai pilihan lauk-pauk tradisional seperti rendang daging, dan udang masak lemak. Selain itu, satay ayam dan daging yang dihidangkan bersama kuah kacang pekat pasti membangkitkan selera. Bagi penggemar nasi ayam, masakan India, dan hidangan berasaskan mee, terdapat pelbagai pilihan menu yang disediakan untuk memenuhi selera.
Buffet ini turut menawarkan hidangan barat dan antarabangsa, termasuk grilled lamb chop dan lobster yang dimasak mengikut cita rasa, serta pasta station dengan pilihan sos seperti carbonara dan aglio olio. Bagi penggemar makanan Jepun juga boleh menikmati sushi.
Tidak lengkap tanpa hidangan laut segar, buffet ini menyajikan seafood on ice yang terdiri daripada udang, ketam, kupang, dan tiram yang boleh dinikmati bersama sos pilihan.
Untuk pencuci mulut, pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis kek dan pastri premium Selain itu, terdapat juga ‘Ice Cream Counter’ dalam pelbagai perisa.Wajib cuba dinner buffet di sini!
Kolam Renang, Kanak-Kanak dan Orang Dewasa
Ini tempat yang paling dinantikan oleh anak-anak kolam renang! Hotel ini ada beberapa jenis kolam renang, termasuk kolam khas untuk kanak-kanak yang cetek dan selamat.
Kalau bawa anak kecil, memang boleh biarkan mereka main air puas-puas tanpa risau. Kolam renang khas untuk kanak-kanak yang dilengkapi dengan gelongsor air. Seronok melihat mereka bermain dengan gembira sambil menikmati pemandangan tasik yang indah.Bagi yang 3 tahun ke bawah ada kolam untuk anak kecil bermain dengan selamat dengan pengawasan ibu ayah.
Bukan itu sahaja, ada kolam khas untuk orang dewasa. Hanya 18 tahun sahaja yang dibenarkan untuk mandi di sini. Menariknya kolam dewasa ini terletak di bangunan lain yang terpisah dengan kolam kanak-kanak.
Kolam dewasa ini memang eksklusif! Siap menghadap tasik, sesuai untuk berenang sambil menikmati pemandangan yang menenangkan.Yang best, suasana di kawasan kolam renang dewasa tak terlalu sesak. Jadi, memang boleh bersantai dengan tenang tanpa rasa terganggu.
Ruang Permainan Seisi Keluarga
Setelah puas bermain air di kolam, anak-anak boleh datang ke ruang permainan pula! Datang ke sini memang tidak perlu ke luar ke mana-mana. Mana taknya ada kemudahan hiburan untuk seisi keluarga. Untuk si kecil yang aktif, ada Kids Club khas untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun. Anak-anak boleh enjoy pelbagai aktiviti menarik di sini!
Nak lagi best? Ada Arcade Room yang penuh dengan permainan interaktif memang boleh main puas-puas! Tapi, kena ambil maklum, tempat ni berbayar. Arcade Room di sini memang penuh dengan pelbagai permainan interaktif yang buat anak-anak tak mahu keluar!Siap duit je lah untuk beli token. 1 token RM1.00.
Antara permainan yang ada termasuk game kereta yang membolehkan mereka berlumba serta basketball arcade di mana boleh mencabar diri untuk menjaringkan mata terbanyak. Selain itu, ada juga pukul bola (Whack-A-Mole) yang menguji kepantasan tangan dan permainan lain yang menyeronokkan.
Selain tu, ada juga bilik permainan dengan pelbagai aktiviti seperti ping pong, foosball, dan banyak lagi untuk hiburan seisi keluarga.
Setiap sudut dipenuhi dengan hiburan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Memang tempat yang terbaik untuk keluarga bercuti membawa anak-anak. Tak perlu keluar untuk mencari hiburan di luar. Semua ada di sini! Masa bersama keluarga di sini sangat berkualiti pelbagai aktiviti dilakukan bersama!
Fitness Centre 24 Jam! Luas, Lengkap & Selesa untuk Seisi Keluarga
Bagi tetamu yang gemar bersenam atau ingin mengekalkan kecergasan sepanjang penginapan, pusat kecergasan di hotel ini menawarkan kemudahan lengkap dengan ruang yang luas dan moden. Dibuka 24 jam, ia memberikan fleksibiliti kepada tetamu untuk bersenam pada bila-bila masa. Jika memilih untuk bersenam seawal 6 pagi, suasana lebih tenang dengan kehadiran tetamu yang tidak terlalu ramai. Tidak perlu bimbang soal keselamatan, kerana kawasan ini dilengkapi dengan sistem CCTV.
Pusat kecergasan ini menyediakan pelbagai peralatan senaman seperti treadmill, basikal senaman, dan dumbbell, sesuai untuk pelbagai jenis rutin workout termasuk kardio, latihan beban, dan regangan. Dengan kemudahan moden dan suasana yang selesa, tetamu dapat menikmati pengalaman bersenam yang menyegarkan sepanjang penginapan mereka.
Selain itu, fitness centre ini juga mempunyai dinding cermin yang besar, memberikan suasana lebih terbuka dan membolehkan tetamu memantau teknik senaman mereka dengan lebih baik. Ruang yang luas ini turut memberikan keselesaan kala bersenam.
Bagi yang gemar bergambar, fitness centre ini juga menjadi tempat menarik untuk OOTD gym dengan latar yang modern dan estetik. Dengan pencahayaan yang baik serta rekaan dalaman yang eksklusif, ia memberikan pengalaman bersenam yang lebih menyeronokkan dan selesa.
Secara keseluruhan, pengalaman menginap di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside memang sangat memuaskan. Dari bilik yang selesa, layanan mesra, makanan yang sedap, hingga ke fasiliti hebat seperti kolam renang dan bilik permainan, semuanya cukup untuk buat percutian bersama keluarga jadi lebih bermakna.
Buat keluarga yang sedang mencari tempat untuk ‘short getaway’ yang tak terlalu jauh, tapi masih boleh bagi pengalaman bercuti yang seronok dan menenangkan, hotel ini memang pilihan yang berbaloi. Healing time dengan keluarga. Inilah tempatnya!
Semuanya memang tip-top! Dari segi keselesaan, kemudahan, dan layanan, hotel ini sememangnya menepati standard yang tinggi. Suasana yang tenang, bilik yang selesa, serta perkhidmatan yang mesra menjadikan pengalaman menginap lebih bermakna. Tanpa ragu, hotel ini layak menerima 5/5 bintang! Terima kasih, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, kerana merealisasikan pengalaman percutian pertama yang manis untuk tahun baru 2025 ini.
Untuk info, selain DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, terdapat beberapa lagi hotel di bawah jenama DoubleTree by Hilton di Malaysia. Antara pilihan yang tersedia adalah
1.DoubleTree by Hilton Johor Bahru
2.DoubleTree by Hilton Melaka
3.DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
4.DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City
5.DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort
Setiap hotel ini menawarkan pengalaman penginapan yang selesa dan perkhidmatan bertaraf dunia, sesuai untuk pelbagai keperluan dan destinasi percutian anda. Untuk lebih lanjut boleh layari DoubleTree Hotels by Hilton Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memang benar, jangan buat main-main doa seorang ibu. Doa ibu tiada hijab dan mustajab! Doa seorang ibu untuk anaknya akan membawa keberkatan hidup di dunia. Pernah bacakan, bahawa doa ibu setanding dengan doa Nabi untuk umatnya iaitu membawa kemuliaan, dapat menolak fitnah, membuka pintu rezeki, dan pintu hidayah.
Semoga perkongsian pesanan daripada Ustaz Dr. Kamilin Jamilin menjadi panduan bersama untuk membentuk keluarga mawadah dalam membesarkan anak-anak.
Andainya dengan tawfiq Allah saya memiliki sekelumit kejayaan, maka wanita mulia ini adalah rahsia dan kunci segalanya. Saya tidak pernah khuatir dengan sebarang ujian dan dugaan hidup andainya saya mempunyai doa wanita ini yang saya bersangka baik termasuk dalam golongan yang Allah mustajabkan doanya.
Wanita ini tidak pernah lupa untuk mendoakan saya berpuluh-puluh minit lamanya, bersungguh-sungguh meminta setiap hari, setiap waktu solat fardu dan sunatnya.
Wanita ini akan berpuasa setiap hari musim peperiksaan saya sejak saya kecil lagi demi mendoakan kejayaan buat diri yang penuh kelemahan ini.
Saya terasa kuat dan tenang dengan doanya.
Saya tidaklah cerdik, apatah lagi rajin untuk menggapai kejayaan. Namun saya tidak pernah risaukan kegagalan kerana sentiasa ditemani doanya.
Andai saya ditanya rakan pada malam peperiksaan: “Kenapa nampak macam relaks je esok nak periksa?”, saya akan menjawab: “Apa nak risau, saya ada doa mak yang Allah pasti makbulkan” penuh keyakinan.
Gambar hiasan
Bukan pelajar pintar
Ya, wanita yang menjadi rahsia kejayaan ini ialah insan teristimewa bergelar ibu yang telah berkorban segalanya melalui pelbagai keperitan hidup demi kebahagiaan anak-anaknya. Walaupun pelbagai “luka” dan air mata yang telah beliau titiskan akibat masalah serta sikap saya ketika remaja dahulu yang sering menggurisnya, namun wanita yang saya panggil sebagai “mak” ini tidak pernah berputus asa dari doa dan bimbingan.
Dari pelajar benak yang mendapat 5 markah Quran, hingga memiliki anak-anak didik tahfiz Darul Siddir yang luar biasa kerana doa “mak”.
Dari seorang anak “moody” panas baran yang mensia-siakan 6 tahun persekolahannya dengan kegagalan, hingga menempuhi cabaran menuntut ilmu 10 tahun di luar negara kerana doa “mak”.
Dari seorang pembenci ilmu agama, menjadi pencintanya kerana doa “mak”.
Dari seorang yang bercita-cita memartabat bangunan pencakar langit, kepada impian memartabat sunnah Rasul kerana doa “mak”.
Ketika “mak” mengetahui saya akan diviva, dialah yang lebih cemas dan panik dari saya. Saya ditegur dan dibebel kerana kelihatan lebih sibuk dengan kuliah dan “travel” ke negara jiran beberapa hari sebelum viva. Tapi saya hanya menjawab padanya sambil tersenyum: “Apa nak risau, kan ada doa mak?”.
Saya katakan padanya: “Mak doakan lulus pun jadilah”. “Mak” menjawab: “Mak doakan lulus dengan cemerlang tanpa pembetulan”. Saya membidas: “Mak, mustahillah boleh lulus viva Ph.D tanpa pembetulan! Dahlah tebal”. Ujarnya”: “Mak tetap jugak nak doakan”.
Alhamdulillah kuasa Allah, semua urusan dipermudahkan. Dari urusan penulisan tesis dengan pelbagai kesibukan yang melanda, hingga dipercepatkan urusan viva. Malah dikurniakan penyemak-penyemak hebat yang bermurah hati menutup banyak keaiban diri, menganugerahkan kecemerlangan yang tidak layak dimiliki.
Namun jika doa seorang ibu telah dimakbulkan oleh Yang Maha Kuasa, siapakah lagi yang mampu menghalangnya??
Bagi yang masih memiliki “rahsia” ini, hargailah ia dan janganlah lupa memanfaatkannya selagi kita dan dia masih bernyawa. Kelak apabila dia sudah tiada, segala penyesalan sudah tiada guna. Barangkali kejayaan juga “terbang” entah ke mana.
___________________________________
Dalam pada itu, admin sertakan kisah dizaman Rasulullah mengenai kehebatan doa seorang ibu. Moga kita muhasabah diri dalam membesarkan anak-anak.
Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah berpesan kepada kita betapa mustajab doa seorang ibu untuk anaknya. Dalam Sahih Muslim, baginga kisah seorang lelaki, Juraij, yang begitu kuat beribadah kepada Allah. Hari-harinya diisi dengan solat sunat. Beliau mempunyai tempat khas untuk solat – pondok kecil yang agak tinggi tempatnya.
Pada suatu hari, ibunya datang menziarahinya. Sambil mendongakkan kepalanya, si ibu memanggil anaknya: “Juraij, saya ibumu, cakaplah denganku!”
Juraij khusyuk beribadah dan berkata dalam hatinya: “Ya Allah, saya utamakan solatku atau ibuku?”
Juraij memilih meneruskan ibadahnya. Ibunya letih berteriak dan akhirnya meninggalkan tempat Juraij.
Esoknya ibunya datang dan memanggilnya lagi tetapi Juraij tidak mengendahkan dan terus beribadah.
Ibunya pulang ke rumah dengan rasa hampa dan marah dalam hatinya. Semasa itulah wanita itu berdoa: “Ya Allah, Juraij itu adalah anakkku, aku mahu bercakap dengannya tapi dia menolak bercakap denganku. Ya Allah, jangan engkau matikan dia kecuali Engkau tunjukkan padanya akan pelacur.”
Ada gembala kambing yang sentiasa menggembala kambingnya di sekita pondok Juraij. Gembala kambing itu terserempak dengan ‘bunga desa’ yang cantik. Mereka berasmara sehingga wanita itu hamil dan akhirnya melahirkan anak. Namun gembala itu menghilang.
Semasa ditanya orang kampung, anak siapakah itu, wanita ini sekadar menuding ke arah pondok Juraij. Orang-orang kampung beramai-ramai mendatangi Juraij dan memanggilnya dengan marah. Juraij keluar kehairanan. Mereka menuduhnya berzina sehingga wanita itu melahirkan bayinya. Juraij bertanya: “Di mana bayi itu”
Maka mereka membawa bayi itu menghadapnya. Juraij berkata: “Tinggalkan aku untuk solat dan berdoa.”
Sesudah itu, Juraij menepuk perut bayi dan bertanya: “Wahai bayi, siapakah bapamu?”
Dengan izin Allah, bayi itu menjawab: “Bapaku ialah gembala kambing di kampung ini.”
Penduduk kampung terkejut dan malu kerana merobohkan pondok Juraij dek tertipu oleh wanita itu. Mereka berjanji akan membangunkan pondoknya dengan emas dan perak, namun Juraij menlak dan meminta pondok seperti asalnya.
Rasulullah menyatakan kisah Juraij menunjukkan betapa kuat doa seorang ibu, apatah lagi yang disakiti anaknya.
Banyak iktibar daripada kisah Juraij.
* Kewajiban anak memenuhi panggilan ibu lebih utama dibandingkan menyempurkan ibadah sunat. Dengan hadith ini, dihukumkan menurut fiqah bahawa memenuhi panggilan ibu adalah wajib berbanding meneruskan solat sunat.
* Doa ibu sangat mustajab – sama ada maksud baik atau tidak. Oleh itu, ibu perlu berhati-hati dan usah ikut perasaan.
* Ibu harus sentiasa memantau dan mengambil tahu akan keadaan kehidupan anak-anaknya agar tidak terjadi salah faham antara kededuanya.
* Ibu haru ssentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya, terlebih lagi pada waktu solat dinihari.
* Ibu harus sentiasa menjaga mulutnya dan usah mudah tersinggung – maafkanlah dan nasihatkan serta sentiasa berdoa untuk anaknya.
* Sebagai pengasuh, ibu perlu dilengkapi ilmu demi memupuk anak yang soleh.
Seorang alim besar, Syeikh Sya`roni Ahmadi Al-Qudsy berkata: “Doa ibu adalah seperti jelmaan malaikat, bahkan ibu adalah seperti jelmaan malaikat yang nampak. Ertinya, hati-hatilah dengan doa ibumu kerana doanya begitu cepat dikabulkan oleh Allah subhanahu wa ta`ala.”
Para ibu sekalian, berdoalah sentiasa akan kebaikan anak-anak anda di dunia dan akhirat.
Pejam celik pejam celik, siapa sangka rupanya tinggal beberapa hari lagi sahaja anak-anak kita akan bercuti panjang bagi mengakhiri sesi persekolahan 2022/2023.
Difahamkan anak-anak kita akan bercuti hampir sebulan, bermula 18 Februari dan berakhir hingga 19 Mac 2023. Jadi apa perancangan ibu ayah untuk mengisi ruang masa yang ada ini ye? Andai tiada lagi perancangan, apa kata anda bawa anak-anak bersuka ria dengan mandi manda di Splash Out Langkawi.
Taman tema air Splash Out Langkawi ini adalah yang pertama ada di pulau penuh dengan mitos dan legenda, Pulau Langkawi. Taman tema air ini mempunyai himpunan permainan air yang mendebarkan dan pastinya meriangkan buat anda seisi keluarga.
Dibina dengan keluasan 12 ekar di Bandar Kuah; yang hanya 15 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sekali gus menjadikan ianya mudah untuk anda sekeluarga sampai ke destinasi percutian.
Menarik Di Splash Out Langkawi
Keterujaan anak-anak untuk merasai keriangan di Spalsh Out Langkawi akan dapat dirasai bermula daripada pintu gerbang taman tema tersebut.
Apa tidaknya anda sekeluarga bersama pengunjung yang lain akan diiringi dengan 12 tarikan berinspirasikan laman maritim. Secara tidak langsung, membuatkan anda merasakan seolah-olah berada dalam sebuah pengembaraan di lautan dalam.
Tidak dengan itu, menggandakan keseronokan anda sekeluarga adalah ketika berada di Sprinkle Island, taman permainan interaktif dengan penyiram air gergasi, dan Big Splash Kingdom, di mana kanak-kanak bakal disiramkan dengan 250 liter air selang setiap beberapa minit.
Bagi individu yang lebih gemar untuk memanjakan diri, anda boleh berenang di kolam gelombang, Wild Water dengan kedalaman 6 kaki. Lalu bermalasan dalam pelampung menyusuri River of Life, sungai buatan dengan perjalanan yang lebih nyaman dan sesuai untuk seisi keluarga.
Selain itu, Slaid air dan tunggangan yang mendebarkan seperti Ragin’ Racers dan Perfect Storm pula sesuai untuk individu yang mahukan aktiviti ekstrem. Biarkan jeritan anda berkumandang saat berlumba turun pada kelajuan 50km/sejam dan hanyut merentasi corong parabola 40 darjah dengan kesan putaran kaleidoskop sebelum turun ke aras tanah.
Terokai juga Poseidon’s Revenge yang juga dipercepatkan oleh sebuah jet hidro menaik yang diakhiri dengan terjunan ke dalam terowong gelap dengan kesan visual unik.
Begitu juga jangan lepaskan peluang untuk merasai keseronokan di Splash-Twister dan Splash-Python yang semestinya bukan untuk mereka yang lemah semangat. Tunggangan yang memacu adrenalin ini bakal membuatkan anda berpusing ke bawah seperti roller- coaster. Tambahkan lagi keterujaan anda dengan mencuba Shipwreck Falls, sebuah kapal karam di mana anda akan merasai terjunan curam, sebelum diterbalikkan sekali gus menjadi tunggangan paling ekstrem di sini.
Sekiranya slaid tunggangan air pantas dan pusingan mengejut bukan untuk anda, lewati Rainbow Rider yang bakal menghadirkan pengalaman menarik untuk semua peringkat umur.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ada Pelbagai Menu Untuk Dinikmati
Sudah pasti para pengunjung taman tema air yang paling tegar memerlukan rehat yang secukupnya untuk menambah tenaga dengan mengisi perut yang lapar. Terdapat pelbagai pilihan menu yang enak disajikan di Medan Selera Seafarers Haven.
Anda sekeluarga juga boleh menjamu selera di East India Coffee & Tea Company yang menghimpunkan menu pastri, kek dan minuman panas. Bahkan anda juga boleh pergi ke salah satu kios F&B di sekitar taman air untuk mendapatkan snek, jus buah-buahan atau menikmati ais krim yang menyegarkan.
Sekiranya ingin kekal terhidrat, Refuel adalah hentian pit yang mudah dengan menawarkan jus, soda dan minuman isotonik.
Kembara seharian anda sekeluarga pastinya terasa tidak sempurna sekiranya tidak singgah ke Bass Harbour Outpost and Supply. Di sini, para pengunjung boleh mendapatkan cenderahati dan barangan eksklusif Splash Out Langkawi seperti mainan, aksesori, barangan fesyen dan banyak lagi.
Jadi usah tunggu lagi, ayuh rancang percutian anda sekeluarga ke sini dan rasai keseronokkan yang luar biasa.
Ekstra info :
Splash Out Langkawi dibuka setiap hari Rabu sehingga Ahad dari jam 11 pagi sehingga 7 malam. Kanak-kanak berketinggian bawah 90 cm mendapat kemasukan percuma manakala tiket masuk untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah berharga RM35.
Tiket dewasa berharga RM50 (13-60 tahun), dan tiket warga emas berharga RM35 (lebih 60 tahun).
Penduduk tempatan Langkawi layak mendapat Pas Langkawi dengan bayaran RM30 setiap tiket.
Para pengunjung juga boleh membeli Pas Family Rides untuk menikmati permainan Rainbow Rider, Big Splash Kingdom dan Wild Water pada harga RM25.
Semua tiket boleh dibeli lebih awal menerusi laman web rasmi Splash Out Langkawi atau pada hari kemasukan di taman tema air. Untuk tidak beratur panjang, langgan Admiral Express Splash Pass dengan hanya RM25 sahaja!
Atau untuk lebih lanjut lagi boleh layari laman web Splash Out Langkawi dengan klik DI SINI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon cantik, Intan Najuwa yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos yang lalu dengan seorang usahawan dikenali sebagai Datuk Ahmad Asraf Azman kerap menjadi sorotan di media sosial.
Intan juga dilihat tidak lokek berkongsi momen bersama suami di media sosial walaupun sangat tertutup sebelum bergelar isteri.
Terbaru, pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini telah memuat naik momen memasak sup ikan jenahak buat suami tercinta yang kurang sihat ketika itu.
Dalam video tersebut jelas kelihatan yang pelakon berkenaan cukup pantas di dapur dan langsung tidak kekok memasak juadah di rumah.
Meninjau di ruangan komen, Intan sempat berkongsi resepi bagi mereka yang ingin mencuba sup ikan caranya. Tidak kurang juga ada yang memuji Intan bukan sahaja cantik tetapi tak sangka hebat juga di dapur.
Malah, ada yang mengatakan tak mengapa hantarannya tinggi kerana mempunyai pakej cukup lengkap sebagai seorang isteri.
Sumber: TikTok Intan Najuwa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di