Dr Amalina Kongsi 8 Amalan Selepas Bersalin, Ikut Kajian Saintifik & Pakar Obstetrik
Umum mengetahui bahawa Pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri selamat bersalin bayi sulungnya baru-baru ini di St Thomas’ Hospital.
Apa yang menarik baru 4 hari Amalina berkongsi momen bersiar-siar bersama puteri sulungnya, Arabella Mia.
Lantaran ramai wargamaya bertanya apa amalannya selepas bersalin, Dr Amalina berkongsi 8 amalanya menerusi hantaran terbarunya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
8 AMALAN DR AMALINA SELEPAS BERSALIN
Ads
Ramai yang bertanya mengenai penjagaan selepas bersalin yg saya amalkan. Saya akan berkongsi amalan saya sendiri yg berdasarkan kajian saintifik yg disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang doktor.
1.Amalkan makanan sihat & seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran & buah. Kurang garam, gula & minyak. Makan secara bersederhana utk mengekalkan berat yg ideal. Tidak perlu pantang telur/ayam jika tiada alahan.
2.Minum air kosong 2-3 liter sehari, kurangkan minum air manis e.g air boba, milo.
3.Tingkatkan intensiti aktiviti seharian secara beransur-ansur. Jangan angkat barang yg lebih berat drp bayi anda selama 6 minggu
.4.Jika anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, anda boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja anda berasa bersedia. Ini termasuk berjalan kaki (utk elak blood clots), kegel (pelvic floor exercise) & senaman perut. Anda digalakkan utk menunggu 6 minggu sebelum memulakan senaman berimpak tinggi, seperti aerobik atau berlari. Jika pendarahan (lochia) anda bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selepas melakukan aktiviti, anda mungkin melakukan aktiviti secara berlebihan. Kurangkan aktiviti dan pastikan anda mendapat byk rehat. (Baca link di IG story ttg senaman). Pakai compression TED stockings utk elak blood clots.
5.Jaga bahagian perineum. Basuh dengan air dari depan ke belakang & lap sehingga kering setiap hari. Tukar maternity pad every 3-4 hours. Jika bersalin melalui C-section, bersihkan & lap luka sehingga kering setiap hari, pakai pakaian longgar & seluar dalam cotton & ambil ubat penahan sakit (paracetamol/ibuprofen selamat utk breastfeeding). Jaga kebersihan & mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu utk elak constipation.
Ads
6.Buat kegel exercise utk menguatkan otot pelvis.
7.Elak hubungan seks sehingga darah lochia berhenti atau selama 6 minggu selepas bersalin.
8.Jaga kesihatan mental, jangan stress & enjoy your motherhood. Dapatkan sokongan drp suami & keluarga.
Gaya hidup sihat perlulah dilakukan seumur hidup, bukan hanya dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Itulah tips mudah utk jadi sihat sepanjang hayat.
Apa yang pasti, nasihat yang berdasarkan kajian bukan semborono ikut ikutan turun temurun tanpa ilmu. Tahniah doktor Amalina kerana menyedarkan ramai ibu-ibu apa maksud sebenar berpantang sebenar.
Walaupun kucing kadang-kala berperangai seperti dialah tuannya, tetapi ada masanya keletah dan gelagat si comel ini tetap mencuit hati kita. Pada masa yang sama, ada juga yang meraikan hubungan dengan kucing lebih daripada sekadar tuan dengan haiwan perliharaan.
Oleh sebab itu, ada sesetengah pemilik menghargai jasa kucingnya yang telah menemani sepanjang kehidupan harian dengan menyambut hari kelahiran kucing tersebut seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial, Rohaya Salleh di Facebook Kumpulan Kucing Sepahkan Apa Hari Ini?
Difahamkan kucing yang diberi nama ‘Kim Tae O‘ itu telah di jaga oleh Rohaya sejak berumur 5 bulan lagi, jelasnya. Dalam satu ucapan yang dimuat naik itu bertulis, “Happy birthday Tuan Muda. Hanya ini yang mampu bibik sekalian sediakan.
“Bibik tumpang makan sekali yer. Yang dalam bakul tu khas untuk tuan muda sorang jer, bibik tak teringin yang tu.
“Semoga sihat selalu dijauhkan dari merbahaya dan cepat bertemu jodohnya,” tulis Rohaya Salleh.
Menjengah ke ruangan komen yang dibanjiri oleh warganet lain, penuh dengan kata-kata positif yang disampaikan.
“Happy birthday sayang. Semoga sihat selalu, dipanjangkan usia serta bibiknya sentiasa dimurahkan rezeki untuk menjaga tuan muda sebaiknya. Bestnya, boleh achik mintak sikit SR tu. Tuan muda golongan have-have ni,” kata Ranizah Ali.
“Waw secret recipe. Kerlass kau ceng. Apa-apa pun eppy befdey to you,”komen Fitri Intan.
“Happy birthday tuan muda! Semoga cepat bertemu jodoh!,” kata Nurul Azyyati Faqihah.
Nama pokok selasih ada juga yang nemanggilnya sebagai Holy basil, Sweet basil dan juga dipanggil sebagai Thulasi.
Bau daunnya yang beraroma memberi keenakan rasa pada hidangan yang disajikan sama ada dalam masakan barat mahupun tempatan.
Oleh itu, buat anda yang ingin mencuba untuk menanam pokok selasih, di sini dikongsikan cara paling ringkas. Jom semak.
Jom sis share cara sis tanam pokok selasih. Senang sangat. Cara dia ada dekat step ye.
Step 1:
Basahkan kapas muka. Letak biji
selasih atas dia. Titikkan air sampai bijiselasih kembang. Kerap basahkan
kapas. Biar beberapa hari sampai
keluar turnas. Ni dah kira ok lani dah
kelua eko
Step 2:
Abaikan tag. Over eksaited salah tulis bay. Letakkan benih sekali dengan kapas dekat tanah. Sis gunapolibag je. Kambus sikit dengan tanah.
Bila dah naik daun dia sikit-sikit
kambuskan lagi dengan tanah ye.Siram selalu. Sampai pokok naik..
Anyone ada cara yg lebih practical share la. Nnt sis cuba. Step ni step memandai-mandai sis je
Menu yg selalu sis buat dengan daun selasih ni :
1. Ayam / daging pad kra pow
2. Topping pizza
3. Ulam
Sumber : Yuyun R Bajuri via group Beginner Tanam Pokok Dan Sayur
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masalah tahi cicak yang memenuhi ruang tingkap dan kaki lima rumah antara yang memeningkan kepala ibu-ibu. Lebih-lebih lagi jika ia dibiarkan lama di situ maka ia menjadi keras dan sukar untuk dibersihkan. Walaupun sudah dibersihkan, namun masalah tersebut tetap berlaku.
Untuk para ibu dan suri rumah di luar sana, mungkin boleh cuba kaedah yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna laman facebook iaitu Muna Binti Mohammad. Petua ini dapat menghalang cicak sekaligus menjaga kebersihan tingkap rumah.
Bahan-bahan
3 cuka makan
1/3 air
1/3 cecair basuh pinggan
cara membuat:
♦ Spray di kawasan tersebut, seluruh bingkai tingkap, dinding dan tempat cicak bersembunyi seperti di belakang lampu.
♦ Petua ini juga boleh digunakan untuk kawasan yang banyak semut suka melata.