Dr Mahathir Positif COVID-19, Dirawat Di IJN

Share

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan positif jangkitan COVID-19 pagi ini.

Dalam satu kenyataan ringkas oleh pejabat beliau di laman media sosialnya, bekas Perdana Menteri yang ke-4 itu telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi tujuan pemantauan selama beberapa hari.

Kenyataan Pejabat Dr Mahathir itu turut menyebut bahawa tindakan itu dibuat berdasarkan nasihat pasukan keselamatan beliau.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan supaya Tun Mahathir cepat sembuh.

Sumber : @chedetofficial

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini

 

 

IKLAN