Dr Say Berubah Sebak Bila Anak Sebut Namanya & Isteri “Selama Ni Panggil Daddy Saja”

Share

Selebriti media sosial, Dr Shazril Shaharuddin atau lebih mesra dikenali Dr Say sekali lagi menjadi perhatian di media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Dr Say memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan anak sulungnya iaitu Aezriel Muhammad Shazril atau dikenali sebagai Ace bersama guru sedang belajar bersama.

Video tersebut memaparkan Ace sedang menjawab pertanyaan yang disoal gurunya seperti ‘siapakah nama ibu dan bapa kamu?”.

Dengan yakin sekali, Ace menjawab soalan-soalan tersebut dengan baik dan tepat sekali.

Ternyata, Dr Say berasa kagum melihat anaknya itu berjaya menyebut namanya dan isteri sekali gus membuatkan Dr Say berasa sebak kerana dia dan isteri tak pernah mengajar anaknya itu menyebut namanya sebelum ini.

“Anak Syurgaku sebut namaku. Terduduk saya dan isteri bila dia sebut nama kami tadi sebab kami tak pernah ajar dia nama penuh kami. Tak pernah saya ajar dia nama saya sebab nama saya ‘complicated’. Selama ini panggil daddy saja.

“Selalu kami gelarkan diri kami daddy & mommy saja, jadi bila dia sebut Sazril & Azura, auto berjurai kami peeps.

“What an achievement my son! Thank You Allah, Thank You school, Thank You everyone yang sentiasa mendoakan kemajuan Ace,” tulisnya ringkas.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut meluahkan rasa terharu dengan perkembangan anak Dr Say itu. Malah mereka juga turut memuji dengan kebijaksanaan

Untuk info, pada 2021, doktor mengesahkan anak sulung Dr Say, Aezriel atau panggilan manjanya Ace menghidap autisme tahap sederhana.

Sumber : Instagram Dr Say

IKLAN