Selebriti media sosial, Dr Shazril Shaharuddin atau lebih mesra dikenali Dr Say sekali lagi menjadi perhatian di media sosial.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Dr Say memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan anak sulungnya iaitu Aezriel Muhammad Shazril atau dikenali sebagai Ace bersama guru sedang belajar bersama.
Video tersebut memaparkan Ace sedang menjawab pertanyaan yang disoal gurunya seperti ‘siapakah nama ibu dan bapa kamu?”.
Dengan yakin sekali, Ace menjawab soalan-soalan tersebut dengan baik dan tepat sekali.
Ternyata, Dr Say berasa kagum melihat anaknya itu berjaya menyebut namanya dan isteri sekali gus membuatkan Dr Say berasa sebak kerana dia dan isteri tak pernah mengajar anaknya itu menyebut namanya sebelum ini.
Ads
“Anak Syurgaku sebut namaku. Terduduk saya dan isteri bila dia sebut nama kami tadi sebab kami tak pernah ajar dia nama penuh kami. Tak pernah saya ajar dia nama saya sebab nama saya ‘complicated’. Selama ini panggil daddy saja.
Ads
“Selalu kami gelarkan diri kami daddy & mommy saja, jadi bila dia sebut Sazril & Azura, auto berjurai kami peeps.
“What an achievement my son! Thank You Allah, Thank You school, Thank You everyone yang sentiasa mendoakan kemajuan Ace,” tulisnya ringkas.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut meluahkan rasa terharu dengan perkembangan anak Dr Say itu. Malah mereka juga turut memuji dengan kebijaksanaan
Mengumpul tabungan mengikut jenis warna duit mungkin sudah terbiasa bagi kita. Ada yang mengumpul untuk tabung anak, travel, simpanan tetap malah tak kurang juga tabungan untuk hadiah diri sendiri.
Berbeza dengan Hani Mynis yang menyediakan sebuah tabung cukup kreatif, mengikut caranya sendiri. Tabungan 52 dan Tabung Suamiku Kaya ni memang unik. Nak tahu tabung jenis apa ni, jom baca.
Selalu ada tabung hijau (rm5) dan tabung oren (rm20) kan, tp tahun ni Hani tak buat tabung warna warni tu dan hanya buat tabung dua ni iaitu tabung 52 minggu dan tabung “suamiku kaya” ?
Masuk tahun ni, ni tahun ke 4 Hani buat cabaran simpanan duit 52 minggu ni. Masa jadi pelajar dulu, memang dihujung tahun dapat kumpul duit ni sangat berguna. Macam dapat duit kutu gitu haha. So dengan duit ni lah kalau hani nak
tebus wish list ke apa.
Percaya tak dengan duit tabung ni dua tahun lepas dapatlah sponsor sikit untuk hantar mummy pergi umrah (alhamdulillah?) dan tahun lepas dapat bagi 30 hadiah sempena besday husband yg ke-30. Semua guna duit sendiri
campur duit tabung ni (padahal student lagi tak bekerja gitu ?).
Untuk tabung “suamiku kaya”, baru tahun ni Hani mula sebenarnya. Sebab nak tolong tambah keberkatan rezeki suami berniaga je. Nak tolong je hahaha ?. Macam Hani pernah mention dulu, walaupun isteri ada pendapatan / duit sendiri,
suami elok juga bagi nafkah @ duit poket untuk isteri sebelum pergi kerja supaya berkat lagi duit suami.
Walaupun dua ringgit insyaAllah ada lah keberkatan dia kat situkan (tetiba bertukar mode ustazah nak bagi tazkirah pulak haha)
Duit poket yang alif beri setiap pagi sebelum kitorang keluar rumah, Hani masukkan dalam tabung sambil berdoa semoga Allah limpahkan banyak rezeki buat suami dan diberkati setiap duit yang masuk. Ha Sebab tu nama tabung ni : tabung suamiku kaya ?? mana tahu berkat doa isteri dan masin mulut suami jadi kaya haha.
Hanya berkongsi, mana yang nak mula tabung 52 weeks tu sempat je mula lagi. Details dalam caption gambar ye ??
Konsep dia setiap minggu masukkan duit ikut lah itu minggu ke berapa kan.
Kalau sekarang ni dah masuk minggu ke 13, boleh masukkan dalam tabung tu RM13. Dan seterusnya. Hani masukkan duit setiap hari Jumaat.
Mana yang baru nak mula minggu ni. Masukkan terus RM91 dalam tabung ni (dah gaji kan haha). So minggu depan teruskan je masukkan RM14 dan seterusnya. Seminggu sekali je masukkan duit, bukan hari-hari. Sebab tu tabung ni namanya
tabung 52 minggu.
Simpan lah dalam bekas apa-apa. Kalau takut terpakai, guna tabung yang tak boleh bukak (jenuh nak bukak, bukan tak boleh haha).
Free printable nak keep track senang. Total RM1378 banyak kan sapa nak bagi haha.
Ada yang nak masukkan nilai-nilai lain. Macam seminggu RM10 ke. Terpulang. Tulis amount kat sini so kita ingat minggu ni dah masuk ke belum duitnya.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Hani Mynis
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nur Nazirah Md Nasir bukan hanya seorang wanita cantik tetapi juga bijak dan berilmu. Ini yang dipanggil ‘Beauty with brain’. Meniti usia 25 tahun, adik bongsu kepada Anzalna Nasir ini mendapat perhatian peminat pelakon jelita tersebut kerana kepintaran yang dimiliki. Bahkan sebelum ini, Anzalna pernah berkongsi kejayaan Nazirah di media sosial miliknya yang memaparkan keputusan cemerlang ‘4 flat’ Nazirah pada setiap semester.
Merupakan graduan kelas pertama Bachelor of Biomedical Science dari Segi University, pencapaian Nazirah dalam bidang akademik nyata bukan calang-calang. Selepas berjaya menamatkan pengajian tersebut, dia kemudian mendapat tawaran mengikuti pengajian PhD di Universiti Malaya (UM).
Dalam usia muda dan dapat ‘fast track’ sambung PhD, bukan semua orang mampu lakukan macam Nazirah. Memang bijak orangnya! Barangkali personaliti ini terinspirasi dengan kejayaan dan ikut jejak langkah bapa tersayang yang menyambung pelajaran hingga mampu bergelar Profesor.
Bapanya, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sejak November lalu.
Nazirah yang lahir pada 7 Julai 1997 di Montreal, Kanada, sah bergelar isteri kepada Umar Annuar pada Ogos 2020. Dia yang mesra menyambut panggilan Nona baru-baru ini terbuka berkongsi perkembangan terkini dan kisah kehidupan mereka lima beradik di samping didikan kedua-dua ibu bapa.
Mengakui segan ditemu bual Nona memandangkan dia bukan individu terkenal, namun demi untuk memberi inspirasi Nazirah akhirnya akur. “I’m currently pursuing a postgraduate degree at University Malaya. Rutin harian saya sama seperti kaum isteri lain yang perlu sediakan segala keperluan suami dan memasak sebelum pergi ke pejabat.
Kemudian, saya akan selesaikan semua kerja-kerja di rumah dan there are days when I’ll be at the Laboratory doing benchwork or at home finishing up some paperwork.”
Tambahnya sejak berstatus isteri, dia harus bijak menyesuaikan masa untuk pengajian dan suami. “Tak dinafikan saya perlu tahu bagaimana untuk menguruskan masa dengan sebaiknya. Saya akan pastikan ada masa untuk suami, keluarga, mentua, kawan dan juga diri sendiri. Begitu juga masa untuk ‘berada’ dekat dengan Allah SWT. Dia adalah sebaik-baik perancang.
Bercerita soal kerjaya, saya mengimpikan untuk berkhidmat di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Selain sesuai dengan minat dan bidang pengajian yang saya ambil, saya juga mahu memberi sumbangan melalui apa yang sudah saya pelajari. Seterusnya membawa perubahan lebih baik kepada masyarakat.”
Ditanya ketegasan ibu bapa dalam mendidik mereka adik-beradik membuatkan Nazirah mampu berjaya sampai ke tahap sekarang, wanita cantik ini berkata dia bersyukur kerana ibu bapa tidak pernah beri tekann. Sebaliknya, sentiasa menyokong minat dan kemahuan anak-anak.
“Sejujurnya, cara didikan ibu bapa saya terhadap kami adik-beradik bukanlah tahap tegas yang melmpau. Mereka mendidik kami dengan penuh kasih sayang dan tidak pernah paksa untuk kuat belajar. Sebaliknya mereka memberi anak-anak ruang untuk memilih haluan yang kami mahu.
Kesannya, cara tersebut sangat membantu saya bukan saja dari segi pelajaran tetapi juga kehidupan. Mereka memahami saya dan adik-beradik yang lain. Tidak pernah sesekali membanding-bandingkan kami dengan orang lain dan saya amat bersyukur dikurniakan ibu bapa sebaik mereka.
Mereka juga selalu mengingatkan saya supaya buat perkara yang saya suka dengan sepenuh hati dan mendidik kami adik-beradik agar menghormati serta berbuat baik kepada semua orang. Good manners are important.”
Mengulas usia perkahwinan yang bakal mencecah dua tahun, Nazirah tanpa berselindung memberitahu dia bersyukur kerana memiliki seorang suami yang penyayang dan cukup memahami. Menjawab keistimewaan suami di matanya, ini jawapan jujur Nazirah.
“Dia ialah suami dan lelaki terbaik di mata saya. Tak dinafikan, dia selalu manjakan saya dan sangat mengambil berat. Bukan saja terhadap diri saya tetapi juga keluarga. Sikap suami yang ringan tulang dan rajin bantu menguruskan kerja-kerja di rumah menyenangkan saya.
Sepanjang hampir dua tahun hidup bersama, kami akan pastikan walau sesibuk mana pun kami tetap ada masa untuk solat berjemaah sekurang-kurangnya sekali sehari. Bagi saya, solat membuatkan kita berasa tenang dan dapat fikir lebih rasional.
Dalam melayari alam rumah tangga kena ada ‘give and take’.Jika suami yang memahami kosep perkahwinan yang sebenar pasti tahu pemberian nafkah yang sebenarnya. Tidak hairanlah jika ada antara suami yang banyak duit nanti tidak pernah lekat di tangan.
Ada sahaja keperluan yang tidak mencukupi. Sebab tu nak rezeki murah jangan kedekut dengan isteri. Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri.
Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah.
Perkongsian dari saudara Akhtar Syamir cukup menarik untuk bacaan kita bersama. Biarpun nilai yang diberi kepada isteri tak banyak, namun berkat dan itulah yang membolehkan rezeki semakin bertambah. “Baby, ada 2 ringgit tak? Nak bayar ikan pekasam nanti, RM12 je. Sayang order dengan kawan.” Tanya isteri saya Nora Azni semalam. “Ambil dalam dompet I”, jawab saya ringkas. “Eh, ade duit 5 ringgit la.” “Ambillah, memang I tukarkan kat mamak pagi tadi, I tahu U kumpul duit 5 ringgit” “Tapi I kumpul duit RM20 jugak” “Ambillah, ade sekeping tu, simpan elok-elok” “2 ringgit ni I ambil jugak tau, nak bayar ikan pekasam” “Ye, ambillah. Rasa macam kena rompak dah ni. Hahahaha..” Itulah yang berlaku semalam. Dalam hati saya bersyukur kerana dapat beri isteri saya simpan. Sejak PKP bermula dan kerajaan umumkan dapat penangguhan bayaran ansuran rumah dan kereta, saya mula bahagikan 3 duit gaji saya.
Asalnya saya rancang untuk fokus pada bayar balik hutang jahat seperti hutang kad kredit. Tetapi saya ambil keputusan untuk bahagi 3. 1 bahagian untuk bayar hutang jahat.
1 bahagian untuk kegunaan saya, bayar bil dan keperluan rumah.
1 bahagian lagi untuk isteri. Bila buat macam ni, bukan sahaja isteri saya yang rasa seronok, tapi saya yang rasa lagi seronok. Hidup saya rasa lebih gembira, rezeki alhamdulillah semakin ada. Hati saya pun lebih tenang. Lepas tu saya perasan dia ada simpan duit RM5 dari awal tahun lagi. Sengaja saya tukarkan RM5 bila ada kesempatan semasa keluar kerja atau pulang dari kerja. Selalu saya yang akan ingatkan supaya ambil RM5 dalam dompet. Selepas itu saya buat pula simpanan GOAL guna maybank2u. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158135561045490&id=633435489 Sasaran saya ialah RM550 dalam masa 6 bulan lagi. Saya nak belikan dia emas untuk dia pakai dan simpan. Ini tak campur simpanan RM5 dan RM20 dia lagi. Saya perasan. Semakin banyak saya beri padanya, semakin banyak saya dilimpahi rezeki. Sekarang, setiap kali keluar ke kedai, saya akan sengaja bayar dengan duit besar supaya ada kebarangkalian akan dapat RM5. Janganlah kedekut dengan isteri. Percayalah, didalam rezeki kita, ada rezeki isteri juga. Kalau kita menahan-nahan nafkah isteri, rezeki kita juga akan tertahan-tahan.
Ramai yang ingat, nafkah isteri itu hanya menyediakan makan dan tempat tinggal sahaja. Salah tu. Itu adalah tanggungjawab. Nafkah ini ialah duit untuk menjadi hak multak isteri. Terpulang kepada dia nak buat apa. Jangan pula kita dah beri dan mengharapkan dia beli barang dapur dengan duit itu pula. Salah jugak tu. Semoga dapat mencetus idea dan merungkai kekeliruan. Siapa geng simpan RM5? Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa. Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi. ️http://t.me/broohsemfans️ BroOhsem
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.