Menutup aurat di kalangan anak-anak, terutama anak perempuan, perlu dilatih sejak awal usia. Elakkan berfikiran konon kerana anak-anak masih kecil dan tidak memahami apa-apa, maka apa perlunya mereka menutup aurat.
Permulaan baik pada usia kecil inilah kelak akan kekal menjadi benteng buat seseorang wanita untuk kekal bertudung walau di mana dia berada dan dengan siapa dia bergaul.
Baru-baru ini Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor, ada berkongsi anak sulungnya, Bella meluahkan hasratnya yang sudah bersedia untuk memakai tudung. Sebagai seorang bapa, timbul rasa sebak bagi Dr Sheikh apabila anak pertama yang baru berumur 12 tahun itu sudah meningkat dewasa.
Malah, Dr Sheikh juga sempat menyatakan nasihatnya buat Tanya untuk tunggu sehingga anaknya itu datang Haid dan memulakan dengan memakai tudung jenis Shawl dahulu.
Perkongsiannya yang berbentuk video Bella dan Tasha sedang memakai tudung itu diakhiri dengan persoalan di ruangan kapsyen iaitu beliau bertanyakan pada umum adakah nasihatnya itu tepat untuk anaknya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Dr berkongsi pendapat mereka bahawa untuk memakai hijab tidak perlu menunggu sehingga anak gadis betul-betul baligh. Bila mereka dah bersedia untuk bertudung teruskan sahaja permintaannya.
Sumber : Instagram @drshiekhmuszaphar
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Jangan Pilih Pengasuh Yang ‘Sweet Sweet Talk’ Sahaja, Prof Dr Mariani Mahu Ibu Ayah Buka Mata Demi Nyawa Anak!
Kes bayi hilang yang akhirnya ditemui di dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya di Gombak benar-benar menyentuh hati seorang ibu. Lansung tidak masuk akal bila difikirkan kembali. Malah tiada kata yang mampu diluahkan. Namun inilah
yang berlaku di negara kita.
Bayi lelaki Adam Rayqal Mohd Sufi, 5 bulan, yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas didakwa diambil seorang lelaki, ditemui mati di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, di sini.
Semalam, Adam Rayqal dikatakan hilang selepas pengasuhnya tersalah menyerahkannya kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapa bayi itu pada jam 6.30 petang.
Ibunya, Farrah Madihah Othman, 28, yang keliru dengan situasi itu seterusnya melaporkan hal ini kepada pihak polis dan akhirnya polis menjumpai mayat Adam Rayqal yang ditemui disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu,
kira-kira jam 11 malam tadi.
Mayat bayi berkenaan yang lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau ditemui oleh sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah pengasuh berkenaan.
Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor, Pakar Psikologi Fakulti Pendidikan Universiti Malaya menyifatkan kes ini paling kronik dan paling teruk melanda negara kita.
” Sebelum ini selalu dengar kes-kes bayi di rumah pengasuh yang didera, lebam-lebam, meninggal akibat tersedak susu dan sebagainya tapi ini antara yang kronik. Langsung tidak boleh diterima akal kita.
Saya boleh sifatkan ia sebagai sifat kebinatangan dalam diri yang mungkin dirasuk oleh syaitan. Langsung tak ada sifat kemanusiaan, simpati dan rasa kasih sayang sehingga sanggup menyimpannya di dalam peti sejuk.
Adakah dia orang Islam atau Islam yang hanya bertopengkan Islam semata-mata. Langsung tidak boleh diterima akal fikiran. Sebagai pakar psikologi, saya menyifatkan pengasuh ini berdepan dengan masalah mental atau masalah mental yang terjejas. Mungkin juga mengalami masalah kemurungan yang terlampau,” katanya lagi.
Siasat Dulu Pengasuh
“Ibu bapa dinasihatkan untuk tengok dulu latar belakang pengasuh walau dalam apa cara sekalipun. Jangan hanya tengok sweet sweet talk sahaja, sebaliknya kena selidik dulu siapa orang yang hendak menjaga anak kita.
Tak kiralah dalam apa cara sekalipun, kena ada daya kreativiti untuk periksa siapa bakal pengasuh kita. Tanya jiran, saudara mara dan dapatkan info sebanyak mungkin. Jangan hanya sembarangan ambil di media sosial sahaja.
Paling selamat yang saya boleh sarankan pada mak ayah adalah memilih pusat pengasuhan berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (KKM). Ini paling selamat kerana mereka mengikut undang-undang dan syarat yang ditetapkan. Jadi
tak ada masalah perkara-perkara tak masuk akal seperti ini.
Harus Dapatkan Kaunseling
“Walau dalam apa cara sekalipun, mak ayah bayi berkenaan perlu menerima sesi kaunseling daripada pakar selayaknya. Kesedihan dan trauma yang dialami bukan biasa-biasa. Akan mengambil masa yang lama untuk berdepan dengan semua ini.
Redha dengan semua ini namun orang-orang sekeling terutama saudara mara dan sahabat handai harus lebih berperanan dan dalam menguatkan mereka.
Buat semua, jadikan kes ini sebagai pengajaran untuk kita semua supaya lebih peka dalam memilih pengasuh. Jangan hanya fikirkan kos mengasuh anak yang murah sebaliknya pilih nyawa anak. Lebih sikit tak apa asalkan pusat asuhan itu lebih terjamin dan selamat.”
Ni Sebabnya Isteri Kena Tahu Password Bank Suami. Sila Ambil Berat!
Kamatian itu pasti, itu semua kita maklum. Pun begitu, jarang sekali antara suami isteri membincangkan persiapan melalui detik itu agar yang ditinggalkan tidak berasa kesempitan kewangan umpamanya.
Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh Cikgu Tg ini. Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian bermanfaat ini.
“Sayang kena hafal Password Maybank2U Abang ni,” pesan Cikgu Tg lembut dalam kereta semasa perjalanan pulang ke Port Dickson dari kampung halaman semalam.
“Kalau abang meninggal nanti, perkara pertama Sayang kena buat sebelum menangis adalah keluarkan sebanyak mungkin limit harian abang,” tambah Cikgu Tg.
“Iya insyaAllah bang,” jawapannya bersahaja, mungkin memikirkan benarnya kata-kata Cikgu Tg ini tetapi berat untuk difikirkan.
“Sayang faham kalau meninggal nanti semua akaun bank, KWSP, Tabung Haji, ASB dan semua institusi kewangan yang ada akan freeze,” semestinya dia arif, semasa di USIM dulu dia mengambil jurusan Financial Math dan belajar tentang Muamalat dan Takaful ini.
“Pernah terjadi satu kes, arwah suami seorang isteri ini meninggal, si isteri dapat keluarkan setiap hari RM5,000 selama 3 hari berturut-turut sebelum akaun bank itu freeze. Alhamdulillah sekurang-kurangnya si isteri ini telah punyai RM15,000 dalam tangan untuk urusan pengebumian, langsaikan hutang-hutang arwah dan diagihkan secara faraid duit lebihan itu sebagai harta pusaka kepada yang berhak.
“Ada jugalah dapat duit sedikit sebelum menunggu DUIT HIBAH TAKAFUL RM100,000 yang ditinggalkan oleh arwah suami beliau diserahkan 4 bulan selepas itu,” Cikgu Tg memberikan contoh agar si dia ini betul-betul memahami apa yang Cikgu Tg ingin sampaikan.
Bicara ini adalah kisah benar semalam, kami berbincang dalam nada bersahaja namun betul-betul mengambil serius tentang hal ini.
Buat para isteri di luar sana, berapa ramai dikalangan kalian mengetahui ID dan PASSWORD akaun bank suami kalian? Jika belum, bincangkanlah tentang hal ini.
Hal tentang masa depan bukan setakat bincang anak-anak akan datang nak sekolah di mana? Raya tahun ini nak pakai baju warna apa? Hujung minggu nanti nak beli barang dapur berapa bajetnya?
Hal tentang PENINGGALAN perlu difikirkan sama, saat Allah masih lagi beri peluang kita tidur atas katil bersama. Kerana apabila kita dijemput Ilahi, sangat berbeza mereka yang punyai PERANCANGAN dan mereka yang tiada langsung PERBINCANGAN.
Ramai yang terkejut tidak terkata dan terus buntu tidak tahu ingin buat apa jika sewaktu hayat ini tidak pernah mereka berbicara tentang KEMATIAN. Walhal ia adalah suatu KEPASTIAN.
Fikirkan teman-teman, telah ramai kawan-kawan kita pergi pada usia sebaya kita. Kita tidak terkecuali, suatu hari nanti pasti akan mengadapNya jua.
Mengingat Untuk Sama-sama Beringat
– Cikgu Tg –
Calon Jenazah
Anak, Suami dan Ayah Kepada 3 Orang Anak Kecil.
Sumber : Cikgu Tg Abdul Ghafar
Hanya Kerana Sebatang Aiskrim, Anak Terpaksa Dibedah!
Memang benar, anak-anak kita walau di dalam rumah sendiri pun dan kita ada mengawasinya, bahaya tetap ada.
Umpamanya, kisah yang dikongsikan ini. Siapa sangka batang aiskrim boleh menjadi punca anak dibedah.
Nak tahu kisahnya,jom baca perkongsiannya ini agar kita lebih beringat untuk elak terjadi.
BAHAYA BATANG AISKRIM
Ini adalah pesanan khidmat masyarakat supaya kita ibu bapa penjaga lebih berhati-hati. Ya, kemalangan boleh terjadi bila-bila masa dan pelbagai keadaan termasuklah hanya dengan batang aiskrim biasa.
Umminya yang minta tolong ia disebarkan agar pengalaman ngeri ini tidak berulang pada orang lain. Beliau tak mampu nak taip dalam keadaan sekarang.
Ketika ummi sedang bersiap ambil kakak sekolah, tiba-tiba terdengar anak paling kecil menangis sekuat-kuatnya. Berhampiran dengannya adalah si abang menyorok di balik perabot. Bila ummi menghampiri baby setahun setengah ini dalam keadaan terlungkup, beliau terkejut mulut penuh darah. Di sisinya ada batang aiskrim yang berdarah. Ummi dongakkan kepala nak lihat dari mana datangnya darah. Dari lelangit!
Ummi terus bersiap dan pergi klinik berhampiran dengan baby berlumuran darah. Klinik hanya cek sikit dan beri antibiotik. Ummi balik rumah dan baby tido mungkin sebab penat menangis. Nampak keadaan seperti terkawal.
Bila baby bangun tido, buka je mulut, darah penuh mulut. Ummi terus bersiap nak hantar ke hospital terdekat (Kulai). Bagus doktor di Kulai. Doktor di hospital tersebut cek dan kata ianya masih terkawal. Sedikit koyak di bahagian lelangit. Kes dirujuk ke HSA kerana di sana terdapat pakar. Ummi balik rumah untuk berbuka dengan pesanan doktor, kalau bleeding malam, terus ke HSA.
Nak jadi cerita, baru seteguk air ummi minum, kaki adik dibentes abg. Darah keluar membuak-buak jauh lebih banyak dari keadaan pertama. Ummi drive dan nenek pegang baby. Baju nenek basah dengan darah. Sampai HSA, doktor kata lelangit dah hitam. Kena tahan wad. Esok akan dibedah. Perlu puasa.
Esoknya Ummi masuk sekali dewan pembedahan. Lihat baby dibius, dibuka mulut nampak kesan koyakan besar sebenarnya dari tengah sampai hampir tekak. Doktor minta ummi yg nampak stress, keluar. Bayangkanlah perasaan seorang ummi. Kat luar tentunya lagi stress.
Masa berejam rasa berhari-hari lamanya. Selesai operation, doktor terangkan lelangit baby kena 6 jahitan dan daging yang terkeluar telah dimasukkan semula. Doktor sendiri tak sangka batang aiskrim boleh menyebabkan sebegitu ngeri kesan. Dan lelangit yang kena batang aiskrim tersebut bukanlah di bahagian lelangit yang lembut.
Sebulan dari sekarang, baby tak dibenarkan makan makanan yang keras. Makan bubur je. Sebab kalau berlaku infection atau luka lagi, perlu lalui proses yang sama lg.
Semoga kisah ini menjadi panduan buat semua. Terima kasih Ummi yang kuat, kerana sudi kongsi kisah ini. Saya hanya ceritakan semula. Entah bagaimana seorang ummi laluinya. Terima kasih doktor berdedikasi di Kulai dan JB. Semoga Allah balas berganda kebaikan semua. Kisah dilalui oleh adik ipar yang gagah- Nurul Ezuanayante.
Sumber : A A Kids Play Ground