Jika diuji dengan penyakit, jangan kita putus semangat dan sebaiknya segeralah mencari ubat dan penawarnya. Begitu juga halnya bilamana sejak kebelakangan ini kita dikejutkan dengan penyebaran virus influenza. Ramai telah dijangkiti dan pastinya untuk 'melawan' penyakit ini, pesakit perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan.
Selain rawatan moden, tahukah anda rupanya sumber alami seperti minyak terapi, bawang putih dan daun jambu batu juga ada manfaatnya yang tersendiri dalam melawan penyakit ini. Nak tahu apa sebabnya, ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi.
Diharapkan pendedahan ini dapat juga membantu orang ramai mengatasi masalah berkaitan influenza. Ini perkongsiannya, jom baca.
SUMBER ALAMI UNTUK BANTU MASALAH INFLUENZA A – Koleksi kajian literature saintifik oleh Dr. Suri Roowi
1. MINYAK PATI, AROMA TERAPI dan VIRUS INFLUENZA
Kita dikejutkan dengan kehadiran virus influenza sekarang ini dan ramai bertanya saya tentang sumber-sumber alami khususnya minyak pati @ essential oil yang bertindak sebagai antiviral
Ads
Kajian minyak pati juga merupakan sebahagian daripada kajian M.Sc dan Ph.D saya. Minyak pati hasilkan bahan aroma. Bahan ini paling cepat diserap dalam darah – memerlukan masa hanya beberapa saat untuk diserap melalui hidung terus ke paru-paru atau melalui kulit terus ke dalam darah
Soalannya apakah essential oil atau minyak pati?
Biasanya minyak pati hadir pada kuantiti yang sangat sedikit (biasanya kurang dari 2%) dan diperolehi menggunakan kaedah penyulingan stim.
Setitik minyak pati mengandugi berpuluh-puluh bahan khasiat. Subhanallah… Minyak pati biasanya hadir pada kuantiti tinggi dalam sumber beraroma seperti serai wangi, serai makan, daun kari, buah daun limau purut, cengkih, bunga lawang, kayu manis dan sebagainya
Kajian menunjukkan minyak pati serai boleh membunuh virus. Minyak kayu putih boleh membunuh virus dalam masa 10 minit manakala minyak kayu manis pula boleh membunuh virus dalam masa 30 minit. Minyak "tea tree" juga efektif membunuh virus dalam masa 5 hingga 10 minit.
Minyak pati boleh dibeli di kedai Aromaterapi. Cuma perlu pastikan yang asli. Kita boleh juga mendapatkan aroma dengan cara merebus sumber-sumber beraroma seperti serai wangi, serai makan, pandan, limau purut dan sebagainya menggunakan periuk nasi dan biarkan pada `keep warm’ agar bauan aroma semerbak harum di rumah kita dan membunuh virus. Minyak pati contohnya minyak pati bunga cengkih boleh mendatangkan kesan sampingan jika diambil (diminum) pada kuantiti yang tinggi (contohnya 5-10 ml) dan boleh membahayakan. Fakta dalam jurnal saintifik yang diterbitkan pada tahun 1993 menunjukkan seorang budak hampir mati selepas minum 5 hingga 10 ml minyak bunga cengkih.
Cara menggunakan minyak pati adalah dengan mencampurkan setitik minyak pati dengan minyak seperti zaitun sebelum disapu pada kulit. Cara terbaik adalah dengan menghidu aroma nya sahaja. Selamat mencuba dan dapatkan nasihat doktor anda
Ads
2. BAWANG PUTIH
Bawang putih digunakan untuk membantu mencegah dan membantu merawat jangkitan saluran pernafasan. Beberapa kajian melaporkan ekstrak bawang putih boleh bertindak sebagai antivirus influenza A dan B, cytomegalovirus, rhinovirus, HIV, herpes simplex virus 1 dan 2, virus pneumonia dan rotavirus. Ajoene dan allicin adalah bahan antivirus yang kuat dalam bawang putih
Bagaimana bahan ini terbentuk?
Alliin adalah sejenis asid amino dan terdapat dalam bawang putih. Bahan ini berubah menjadi allicin dan ajoene selepas bawang putih diketuk atau dilukakan. Bahan ini mempunyai sifat antivirus, antitumor, antioksidan, anti-radang, antikulat dan antibakteria. Allicin juga boleh membantu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
Ads
Caranya adalah dengan mengambil 2 atau 3 ulas bawang putih, buang kulit, ketuk, biarkan sehingga 10 minit, campur madu asli, tambah air suam dan seterusnya diminum. Kajian ke atas 146 orang mendapati mereka yang mengambil bawang putih segar setiap hari selama 3 bulan kurang mendapat risiko selsema berbanding mereka yang tidak menggambil bawang putih. Walaubagaimanapun,Elakkan penggambilan bawang putih pada dos tinggi kerana boleh meningkatkan risiko pendarahan terutama bila dimakan bersama-sama ubat cair darah. Bawang putih juga tidak boleh diambil pada dos tinggi di kalangan orang yang mempunyai masalah perut seperti ulser perut.
3. TEH DAUN JAMBU BATU
Kajian awal oleh Saintis Jepun pada tahun 2012 mendapati TEH DAUN JAMBU BATU boleh RENCATKAN pertumbuhan 3 jenis virus H1N1 (Influenza A). TEH DAUN JAMBU BATU disediakan dengan merendam daun jambu kering (20 g) dengan 1 liter air panas (suhu 85oC selama 8 minit). Kajian juga mendapati TEH DAUN JAMBU BATU adalah 3 hingga 5 kali LEBIH KUAT berbanding TEH HIJAU (untuk rencatkan pertumbuhan virus)
Kajian oleh Saintis Sepanyol yang diterbitkan dalam "Journal of Chemistry" pada tahun 2014 pula mendapati ekstrak air daun jambu batu mengandungi 48 jenis BAHAN BERKHASIAT. Antara bahan berkhasiat yang tinggi dalam ekstrak air teh daun jambu batu adalah procyanidin B, avicularin, guajaverin dan catechin Selamat mencuba, dapatkan nasihat Dr anda.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu dibuat selepas salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya telah disahkan positif Covid-19.
YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada hari Khamis, 20 Mei 2020. Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat tersebut telah disahkan positif COVID-19.
Untuk makluman, YAB Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan COVID-19 pagi tadi dan disahkan negatif. Walau bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), YAB Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini.
Dalam satu laporan lain, tular satu memo daripada Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid yang mengesahkan beliau positif Covid-19 dan diarahkan menjalani kuarantin di hospital.
Menurut memo tersebut Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), Khalid Khan Abdullah Khan diberikan tanggungjawab untuk mengambil alih tugas sebagai Ketua Audit Negara bagi memastikan tugas-tugas di jabatan itu berjalan dengan lancar dan teratur.
Gambar hiasan.
Selain itu, tugas pengauditan kewangan dan tabdir urus masing-masing dikendalikan Timbalan Ketua Audit Negara (tadbir Urus), Datuk Johari Ismail, manakala tugas pengurusan dikendalikan oleh Pengarah Sektor Pengurusan, Putra Nurwan Shah Baharuddin.
Cuaca yang terlalu panas ketika ini tentu sahaja ada antara kita mudah dijangkiti penyakit. Selain kerap demam mungkin ada juga yang menanggung batuk berpanjangan. Hal ini jika tidak dirawat, pasti sahaja akan mengganggu kerja-kerja harian.
Selain kita boleh usahakan dengan makan ubat yang disarankan oleh pegawai kesihatan, ada baiknya kita juga cuba beberapa petua yang diamalkan dan terbukti berkesan.
Ini sebagaimana meredakan batuk dengan menggunakan buah oren. Menariknya petua ini diperolehi daripada pengamal ubatan Cina bagi mengatasi masalah batuk berpanjangan.
Jadi apa kata anda cuba dahulu sebagaimana yang dikongsikan ini.
Disini saya nak kongsikan satu cara mudah dan berkesan untuk merawat masalah batuk berpanjangan ini.
ﺇﻥ ﺷﺎءﺍﻟﻠﻪ
Rawatan ini adalah petua daripada pengamal ubatan Cina untuk mengurangkan batuk, masalah batuk berpanjangan, sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Rendam buah oren atau limau dalam air garam selama 15 minit.
*Tujuannya hanya untuk membersihkan buah.
Potong bahagian atas oren seperti di dalam gambar dan tambah kira-kira 1/2 hingga 1 sudu teh garam atas permukaan yang dipotong.
* Untuk hasil yang baik, dicadangkan menggunakan garpu untuk cucuk-cucuk garam supaya masuk ke dalam buah oren( sunkist)
Letak oren (sunkist) di dalam bekas seperti di dalam gambar, kemudian masukkan dalam bekas pengukus, kalau tidak ada pengukus cukup letak dalam periuk belanga yang mempunyai penutup dan stim selama 15 minit.
Selepas kukus air akan terkumpul di dalam bekas yang ada limau tu, untuk elak pembaziran, perah sekali buah limau berkenaan, jus sedia digunakan, lagi bagus minum panas-panas.
*Boleh digantikan dengan buah limau mandarin
Untuk lebih sedap carilah oren sunkist yang manis.
.
*** sekadar perkongsian ***
Apa sebenarnya yang ada pada oren dan limau ini?
Buah oren dan limau mempunyai manfaat meningkatkan aliran atau air liur, melembapkan mulut, memberi manfaat kepada paru-paru, kedua-dua oren dan limau mempunyai fungsi membuat mulut dan tekak lembap. Oleh itu, mengurangkan rasa kerengsaan yang menyebabkan gatal atau batuk.
Buah oren dalam Perubatan Cina adalah natural dan manis, jadi oren menambah manfaat kepada perut dan limpa dan menyuburkan Yin daripada kedua-dua organ. Ini bermakna bahawa oren adalah baik untuk batuk yang kering, dan ia juga lebih selamat untuk kegunaan jangka panjang.
Bagi limau pula, ia amat bermanfaat tetapi rasanya lebih berasid dan pahit, dan ia juga mempunyai fungsi tambahan melembapkan paru-paru, menghentikan batuk dan mengurangkan kahak.
Limau juga hangat dan lembap, penggunaan jangka masa panjang ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan perut dan beberapa gejala haba yang lain.
Secara ringkasnya, menggunakan buah limau dalam kaedah di atas adalah lebih baik dan berkesan untuk mengurangkan kahak dan berhenti batuk, tetapi ia tidak sesuai untuk kegunaan jangka panjang.
Tentu ada antara kita sudah pernah mendengar tentang petua mengawal dan merawat kencing manis boleh di atasi dengan mengamalkan makan bandi.
Pun begitu, bagaimana cara sebenar dan terbaik mengamalkan bandi ini untuk pasti semua khasiat bandi dapat diserap dan berkesan untuk mengawal kencing manis ini?
Ini dijelaskan oleh Saintis Dr Suri Roowi.
CARA MAKAN BENDI
Caranya ialah biji bendi dikeringkan dahulu, direndam air panas dan diminum.
Sebaiknya diambil bersama bendi yang distimkan. Ini kerana fiber akan bantu pecahkan khasiat procyanidin dalam biji.
Procyanidin adalah bahan antidiabetis
Jika tidak sesuai (kembung perut), asingkan bijinya setelah distimkan. Makan bendi tanpa makan bijinya.
Bendi juga tinggi oxalate, tetapi oxalate dalam bendi kurang diserap dalam darah.Walaubagaimana pun pesakit buah pinggang dan gout perlu berhati-hati, makan ikut kadarnya.