Suspek kes buang bayi di tandas sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani, di sini, pada 23 Mac lalu akan didakwa di mahkamah, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Ads
“Pertuduhan terhadap ibu dan anak masing-masing berusia 41 dan 18 tahun itu akan dijalankan di Mahkamah Sungai Besar, jam 9 pagi,” katanya, malam ini.
Terdahulu, media melaporkan pengunjung sebuah stesen minyak gempar apabila menemukan mayat seorang bayi dalam tandas.
Ads
Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, bayi lelaki ditemui terlangkup dalam lubang tandas.
Ads
Susulan itu, polis menahan dua beranak terbabit di dua lokasi berbeza sekitar Kapar, Klang bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tujuh nyawa melayang, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, malam tadi.
Sebagaimana memerik laporan sinar harian, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, insiden pada jam 8.40 malam itu melibatkan sebuah bas ekspres, lori foton, treler, Toyota Estima, dan Perodua Bezza.
Siasatan awal mendapati sebuah lori dan bas, masing-masing dipandu lelaki berusia 31 dan 56 tahun, dalam perjalanan dari utara ke selatan. Namun, tayar hadapan kanan lori tersebut tercabut, menyebabkan ia bergolek ke tengah lebuh raya dan mencetuskan tragedi ngeri itu.
Mangsa yang terkorban dalam nahas tragis kira-kira jam 8.30 malam itu adalah pemandu dan penumpang MPV, Khairul Izwan Mazupi, 32; isterinya, Fadzlenna Ramli, 32; anak bongsu mereka, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2; bapa Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66; serta pemandu bas pelancong, Noorisnien Khamid, 56, dan seorang penumpang bas yang identitinya masih belum dikenal pasti.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, siasatan awal mendapati kemalangan itu membabitkan lori Foton dan bas pelancong jenis Hino yang membawa 27 penumpang, kedua-duanya bergerak dari arah utara ke selatan. Sementara itu, MPV, treler Nissan, dan Perodua Bezza pula dalam perjalanan ke arah utara.
Insiden bermula apabila tayar hadapan sebelah kanan lori Foton yang dipandu lelaki berusia 31 tahun tercabut, menyebabkan ia tergolek di lorong tengah lebuh raya dan mencetuskan kemalangan tersebut.
Katanya, bagaimanapun bas pelancongan yang tiba di tempat kejadian telah terlanggar tayar tersebut lalu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.
“Semasa bas itu terbabas ke lorong bertentangan, ia telah berlanggar dengan sebuah treler dipandu lelaki berusia 27 tahun yang dinaiki bersama kelindan berusia 16 tahun,” ujarnya
Bagaimanapun jelasnya lagi, pelanggaran itu menyebabkan treler terbabas ke lorong kiri jalan dan melanggar penghadang jalan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Bezza dan Toyota Estima.
Akibat kemalangan itu, kelima-lima mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital Melaka dan Alor Gajah untuk menerima rawatan lanjut.
Katanya, dua lagi anak pasangan itu, Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan, 4, dirawat di zon kuning Hospital Melaka dan Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, dirawat di zon merah hospital yang sama.
Ujarnya, punca kemalangan disebabkan bas pelancong terbabit melanggar tayar lori di tengah jalan menyebabkan kenderaan berat itu hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu berlanggar dengan tiga kenderaan lain.
Setiap tahun, ulang tahun kelahiran adalah momen bermakna untuk diraikan bersama insan tersayang. Bagi pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail, hari istimewa ini disambut dengan penuh kesyukuran dan doa yang indah.
Dalam satu ucapan yang menyentuh hati, Haris Ismail meluahkan rasa syukur atas kehadiran Neelofa dalam hidupnya. Beliau mendoakan agar isterinya sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dikurniakan kesihatan, kebahagiaan, dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.
Haris juga menzahirkan penghargaan terhadap pengorbanan dan kasih sayang Neelofa sebagai seorang isteri dan ibu. Baginya, kehadiran Neelofa bukan sekadar pelengkap hidup, tetapi juga sumber inspirasi dalam perjalanan mereka bersama.
“Semoga Apa yang sedang kita lakukan berbuahkan hasil tuaian Mahumudah di Akhirat Semoga Kejayaan serta kebaikan yang dimiliki, u & Kita Sekeluarga Diberkati Allah SWT”
Dia juga mengucapkan rasa syukur atas kelahiran dua cahayamatanya yang menjadi menyeri rumah tangga dia dan Neelofa.
“Sekali lagi & Selamannya, Jazakllahkhair atas keizinan Sang ilahi, melahirkan Bilal Dan Abbas.”
Dalam pada itu, haris juga berkongsi beberapa foto masakan air tangan isteri tersayang. Gambar yang menjelaskan kesungguhan isterinya menyediakan masakan buat keluarga kecil mereka.
“HayakAllah atas masakan Harian di rumah. Masha Allah enak, hampir sempurna semuannya. Khidmat isteri yang ikhlas tidaklah dibalas Tuhan Kecuali SyurgaNya.
Lebih manis, PU Haris akhiri coretan romantisnya dengan mendoakan isterinya untuk kekal istiqomah.
“Semoga Dirimu, percakapan, Akhlak,dan TingkahLaku di dalam بركة Allah SWT”
Neelofa juga membalas ucapan suaminya dengan respon yang membuatkan ramai teruja dengan memberi kata-kata cinta buat suami.
Ucapan penuh kasih dan doa ini jelas menggambarkan hubungan erat serta cinta yang kukuh antara mereka. Semoga pasangan ini terus dilimpahi kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan berkeluarga.
Aura pengantin baru, live Ina Naim dan suami di TikTok raih lebih 22,000 tontonan. Buat pertama kalinya Ina Naim melakukan penstriman langsung bersama suami sehinggakan mencapai lebih 22,900 tontonan semasa.
Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 40, berkata, dia dan suami sekadar ingin berbual kosong bersama peminat sambil memberitahu bakal menjalankan semula operasi jualan mi siput yang terhenti seketika.
“Terima kasih mendoakan dan memberi ‘gift’ kepada kami, tak elok pula nak hentikan ‘live’ tetapi ada yang masih nak beri hadiah.
“Saya pun tak boleh berlama-lama sebab nak siapkan pembungkusan mi siput yang terhenti sekejap,“ katanya di TikTok pada Selasa.
Ina Naim dan suami, Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor, 41, sempat memberikan kata-kata motivasi serta nasihat kepada pelayar TikTok sambil menceritakan serba sedikit tentang kehidupan selepas berumahtangga buat kali kedua.
Pasangan pengantin baharu itu juga dilihat tidak kekok bergurau senda sesama sendiri apabila mendapat usikan peminat sepanjang sesi penstriman langsung.
Untuk info, Ina dan Mohd Khairul Rizal mendirikan rumah tangga pada 8 November lalu di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.
Ina sebelum ini pernah berkahwin dengan Allahyarham Suhaimi atau Mohd Suhaimi Saad, 43, pada 12 Ogos 2007. Namun, Allahyarham Suhaimi meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, Ina dan arwah suami dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...