Bagi membolehkan mak dan ayah menunaikan solat tarawih dengan baik dan sempurna tanpa sebarang gangguan, dua masjid memilih untuk mengadakan pusat asuhan untuk anak-anak.
Sempena Ramadan kali ini, Masjid Putra Nilai mengambil inisiatif mengumumkan perkhidmatan asuhan kanak-kanak yang ternyata menerima respon yang cukup baik dari orang ramai.
Masjid Putra Nilai
Masjid ini merupakan antara masjid terawal yang menyediakan tempat asuhan kanak-kanak bagi jemaah yang datang untuk menunaikan solat tarawih. Sudah semestinya, ruangan khas ini adalah untuk memudahkan para jemaah yang sukar meninggalkan anak mereka di rumah.
Menurut pihak pengurusan Masjid Putra Nilai, perkhidmatan dikenali sebagai ‘Nurseri Ramadan’ itu menyediakan tempat selamat buat si kecil yang berumur 3 hingga 9 tahun. Dalam laman Facebook itu menyatakan nurseri dibuka jam 8 malam hingga 10.30 sepanjang bulan puasa bertempat di Dewan Besar Masjid Dato’ Klana Petra, Undang Luak Sungei Ujong, Putra Nilai.
Ads
Lebih menarik lagi ada pelbagai jenis aktiviti agar si kecil boleh meluangkan masa bersama rakan-rakan yang lain. Antaranya:
– Permainan Soopa Doopa
– Tayangan cilik
– Kanak-kanak juga boleh bermain permainan video e-sport di kiosk TGS Studio seperti Virtual Reality Astro Bot, X-Box Kinect dan Nintendo Switch Sport.
Ads
Biarpun mengenakan bayaran namun usaha kecil ini seharusnya dipuji sebagai salah satu usaha membantu di bulan Ramadan ini.
Ads
Masjid Wilayah Persekutuan
Bukan sahaja di Masjid Putra Nilai, malah Masjid Wilayah Persekutuan turut sama menyediakan tempat asuhan untuk anak-anak yang digelar sebagai Program Asuhan Masjid Wilayah.
Menariknya ia diberikan secara percuma sahaja malah boleh terus ‘walk in’ tanpa perlu menempah slot untuk anak-anak. Lokasinya pula terletak di Ruang Legar Tingkat 2, Anjung C, Masjid Wilayah Persekutuan.
Menerusi video perkongsian, kelihatan anak-anak menghabiskan masa dengan permainan-permainan dan tayangan kartun. Bukan itu sahaja, ada juga sedikit kudapan makanan dan minuman buat kanak-kanak tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali ada ahli keluarga yang mengalami masalah hidung berdarah, baik suami atau anak-anak, pasti kita rasa cemas. Semakin dikesat, darah semakin mengalir dengan banyaknya.
Panik dan tidak tahu cara terbaik untuk menghentikannya. Ada ibu-ibu yang biasanya mencuci hidung bagi mengurangkan pendarahan. Mungkin anda merasakan hal ini betul tetapi sebenarnya tindakan ini salah.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan jelaskan kepada anda apa yang perlu dibuat dan sebaiknya dielakkan bila ada ahli keluarga alami pendarahan hidung. Yang penting jangan panik ya!
Pendarahan hidung adalah sesuatu yang lazim berlaku pada kanak-kanak, tapi ramai ibu bapa dan guru cuba berhentikan pendarahan dengan cara yang salah.
1. Jangan dongakkan kepala atau berbaring. Darah akan mengalir masuk ke saluran pernafasan.
2. Jangan masukkan air ke dalam hidung untuk bersihkan darah. Pendarahan tak akan berhenti.
3. Jangan biarkan darah mengalir daripada hidung begitu sahaja! Lakukan sesuatu.
Apa yang perlu dilakukan?
CARA HENTIKAN PENDARAHAN HIDUNG
1. Duduk menegak dan tunduk sambil membongkok ke hadapan.
2. Picit bahagian hidung yang lembut. Nafas melalui mulut.
3. Letak ais di pangkal hidung untuk kurangkan aliran darah di bahagian tersebut.
4. Lepas picitan selepas 10 minit. Periksa sama ada pendarahan berhenti atau tidak.
5. Jika masih ada pendarahan, ulangi picit bahagian hidung lagi.
Jika pendarahan masih lagi berterusan selepas 30 minit, ada baiknya anda segera berjumpa doktor.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Unit Edukasi Medtweetmy
Ibu-ibu ambillah ilmu ini sebagai tip bila suami, ahli keluarga atau anak-anak mengalami pendarahan hidung. Yang penting jangan panik ya!
Kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Saat membaca kisah-kisah daripada saudara Islam kita yang pernah menjadi tetamu Allah, benar pasti terdetik dihati seakan tidak sabar pula menanti bila masa untuk kita berada di bumi barakah itu.
Apa yang pasti, semua perkongsian cerita itu cukup menarik dan cukup menginsafkan.
Ini sebagaimana cerita yang dicoretkan oleh Puan Siti Nadzrah atau lebih mesra di sapa Ummi, berkongsi kisah menjadi tetamu Allah berkat doa ibu mertua.
Ini perkongsiannya
Alhamdulillah Allah swt telah memberi kemudahan untuk Ummi melaksanakan ibadah haji pada tahun 2002.
Kalau diikutkan kemampuan, memang Ummi dan Abah belum boleh ke Mekah sebab kekangan kewangan dan anak-anak masih bersekolah agama swasta yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi setiap bulan.
Pernah kami perlu survive dengan baki negatif dalam bank. Pernah bercatu makan, pernah miss bayar sewa rumah beberapa bulan dan pernah mengekang nafsu berbelanja mana yang tidak perlu.
Namun ada peristiwa yang menjadi pencetus keupayaan kami berjaya melaksanakan rukun islam ke-5 ini.
Abah anak kedua dari tiga beradik lelaki rapat-rapat selang setahun. Setiap kali Mak Mertua pergi ke Mekah, dia tidak pernah tinggal mendoakan agar kesemua anak dan menantunya dapat buat Haji sebelum usia 40 tahun.
Doa yang bersungguh-sungguh, ikhlas dan tidak lekang itu didengari Allah swt dan dimakbulkan, alhamdulillah.
Akhirnya Along dan isteri berjaya buat Haji di usia 32 tahun dan Usu serta isteri di usia 34. Ketika itu belum nampak bayang kami dapat ke Mekah untuk buat Haji.
Di usia 39+ tiba-tiba kami terima surat jemputan dari salah sebuah universiti di Saudi Arabia untuk menjadi tetamu mengerjakan haji. Tawaran dibuka untuk 2 calon sahaja dari Malaysia (suami dan isteri). Tawaran ini juga dibuka kepada calon dari negara-negara lain. Surat diterima sudah agak suntuk dan amat memeranjatkan sekali. Persediaan belum dilakukan dan tiada kursus haji bermakna kami perlu cepat belajar sendiri cara-caranya.
Bila difikirkan balik, memang tidak dapat brain langsung. Tiada perancangan, tiada lintasan niat, tiada kewangan yang mencukupi.
Tapi tiba-tiba kami sedang prepare untuk ke Mekah mengerjakan haji. Betapa besarnya keagungan Allah swt. Bila dikatakan jadi maka jadilah ia.
Pakej yang kami terima ialah Pakej VIP. Semua dilayan dengan begitu baik sekali. Tiada masalah langsung. Dari awal jejak kaki di airport sehingga berangkat pulang semuanya bak tetamu khas yang sungguh istimewa. Dua bas penuh tetamu dari serata dunia seperti Jepun, Turki, Amerika, Brazil, Cina, Indonesia dan lain-lain. Kami berdua saja dari Malaysia. Setiap perjalanan ada outrider yang melancarkan urusan, so takde lah jem atau penantian lama dalam sebarang urusan haji. Semua kosnya PERCUMA sejak keluar dari rumah sampai balik semula ke rumah.
Hotel yang dipilih di Mekah dan Madinah memang 5 star hotel. Di Arafah, khemah kami asing. Selesa siap dengan aircond dan ada tandas khas, tak perlu campur dengan orang ramai. Di Mina juga setiap khemah sangat selesa, peralatan cukup, baru dan bersih. Makanan enak dan buah-buahan sentiasa tersedia. Rasa macam dalam syurga pulak. Baik kata semuanya perfect dan amat menggembirakan. Kami juga sempat menikmati jamuan makan malam di istana raja.
Ummi dan Abah berada di sana lebih kurang dua minggu saja. Bila selesai mengerjakan haji dan balik ke Malaysia, dua tiga hari lepas tu Hari Jadi Abah yang ke-40. Sebelas hari kemudian Hari Jadi Ummi yang ke-40 pula.
Ini bermakna kedua-dua kami berjaya mendapat gelaran Haji dan Hajjah sebelum usia 40 tahun, seperti dalam doa Mak. Terima kasih Mak sebab tolong doa dan syukur alhamdulillah ya Allah kerana telah memperkenankan doa Mak.
Di sebalik peristiwa ini, Ummi bertambah yakin akan kekuasaan Allah swt. Kalau ditinjau balik, Ummi tak nampak apa-apa keistimewaan kami untuk terima semua ini. Ummi selalu berkata….”Ya Allah, aku tak baik mana pun. Sebagai manusia biasa, aku masih banyak lakukan dosa kecil dan besar. Kau selalu tutup aibku ya Allah. Tapi, kenapa sampai macam ni sekali Kau hidangkan aku dalam dunia ini. Layakkah aku mendapat anugerah yang hebat ini, ya Allah?”
“Aku amat mensyukuri setiap nikmat dan ujian yang Kau berikan. Doaku moga Kau uji aku, anak cucuku dan semua umat muslimin muslimat dengan sesuatu yang lebih baik. Selamatkan kami di dunia dan akhirat. Satukan kami di Jannatul Firdaus. Amin ya Robb. Thank you Allah….”
Emas dan wanita ibarat irama dan lagu, tidak dapat dipisahkan. Waima sebentuk cincin sekali pun, pasti setiap wanita memilikinya.
Tetapi barang kemas yang dipakai semakin lama akan pudar dan tidak berkilat lagi seperti baru kan? Kalau begini jadinya, jangan bimbang, cuba petua mudah ini untuk mengilatkan kembali barang kemas anda seperti baru. Perkongsian dari Lyza Norliza ini mungkin boleh membantu ibu-ibu. Jom cuba!
Selain petua ini, anda juga boleh menggunakan asam jawa untuk mengilatkan barang kemas. Petua ini dikongsikan oleh Anis KakNik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.