Dulu Rumah Buruk & Penuh Anai-Anai. Berkat Kerja Keras, Kini Wak Doyok Hadiahkan Banglo Untuk Ibunya. Respect!

Share

Beliau mungkin tidak terkenal seperti pelakon mahupun penyanyi lain. Namun, dikalangan penggemar fesyen, namanya sangat dikenali sehingga digelar ikon fesyen tanahair.

Namun, bukan cerita kerjaya yang ingin dikongsikan di sini, sebaliknya pengorbanan beliau yang berusaha keras demi memberikan yang terbaik kepada ibunya yang sudah tua.

Wak Doyok  atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, mengakui  sudah lama menyimpan hasrat untu memberi keselesaan ibunya yang kini sudah berusia lebih 70 tahun.

Beliau berasal dari seorang budak kampung yang tiada apa-apa. Fesyen yang digayakan membuatkan dirinya terkenal dan membuka pintu rezeki. Terbaru, berkat usaha gigih Wak Doyok selama ini, beliau berkongsi foto rumah banglo miliknya yang dibina untuk kedua ibu bapa yang hampir siap sepenuhnya. Memang anak terbaik!

“Alhamdulilah saya bersyukur yang teramat sangat kepada Allah hari ni saya dapat senyumkan, ketawakan, gembirakan ibu saya yang selama ini menjaga saya membesarkan saya memberi pendidikan akhlak yang baik untuk menjadikan saya insan yang berbakti kepada kedua ibu bapa saya.

“Tiada yang berharga dalam hidup saya ia adalah untuk membahagiakan ibu dan bapa. Saya bekerja siang dan malam mencari rezeki selama beberapa tahun saya usahakan dengan mengunakan nama saya iaitu Wak Doyok walaupon dicaci dihina dimaki disosial media. Matlamat saya adalah untuk keluarga saya selagi ibu saya masih ada selagi itulah saya terus menjaga dia,”tulisnya dalam kapsyen di laman instgramnya.

Ujar Wak lagi, bukan mudah mengecapi kejayaan sekarang, namun berkat doa ibu dan usaha keras beliau berjaya.

“Saya bukan hendak menunjuk-nunjuk tetapi ini adalah hadiah saya sebuah rumah banglo saya buat khas untuk ibu saya yang berusia 76 tahun saya berilah sedikit keselesaan untuk nya menikmati sisa-sisa hidupnya di rumah baru ini.

“Tuan-tuan mesti tahu yang saya dulu adalah orang yang sangat susah sekali rumah buruk retak seribu anai-anai berkampung disitu. Betapa peritnya saya laluai liku-liku hidup untuk berada di tahap sekarang ini.

“Saya berjaya bukan saya menipu orang atau menjatuhkan orang lain. Saya berjaya atas berkat doa kedua ibu bapa saya selama ini tak putus-putus berdoa agar anak nya berjaya. Bukan untuk kaya raya tetapi sekadar hidup selesa di samping ibu dan bapa tercinta. 

 

IKLAN