Gaji asyik tak cukup aje. Tentu buat kita rasa pelik. Rasa dah banyak pendapatan yang diperolehi setiap bulan tapi tetap tak cukup.

Teguran dan nasihat Ustaz Hanafi ini moga menjadikan kita muhasabah diri untuk membaiki diri.

Berikut ikuti perkongsiannya.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

“Duit Asyik Tak Cukup…” Ustaz Hanafi Kongsi Formula Nak Murah Rezeki

Banyak orang tanya, Ustaz Hanafi apa amalan murah rezeki?

“Ustaz, gaji saya tak cukup setiap bulan. Terduduk juga saya fikir hal ni. Sedih bila terbayang muka isteri dan anak-anak di rumah. Tolong saya ustaz.”

Ustaz jawab cuba guna formula D.U.I.T

Cliche juga sebab ramai yang sebut formula ini.

Ustaz nak kongsi formula D.U.I.T versi ustaz supaya mudah nak ingat dan buat.

D yang pertama kita kena buat ialah DOA, DHUHA dan DERMA.
U pula USAHA berterusan.
I ada tiga iaitu IKHTIAR, IKLAN dan ISTIGHFAR
T yang terakhir ialah TAWAKAL dan TAQWA.

Ustaz nak kongsi kisah benar mengenai DERMA.

Pernah satu hari ada seorang ibu telefon anaknya.
Gaji anaknya kecil sahaja, kemudian buat part time mengurut orang.

Ibunya telefon merayu nak RM300, nak buat kenduri kesyukuran. Anaknya jawab, “InsyaAllah mak, nanti abang bank in.”

IKLAN

Dia terus ke bank. Tengok-tengok dalam akaun ada RM250 sahaja. Dia pinjam RM50 daripada kawannya untuk cukupkan RM300.

Alhamdulillah dapat dan bank in kepada ibunya.
Sedangkan waktu tu, dia pun ada tanggungan isteri dan keluarganya. Tapi atas niat nak gembirakan maknya, terus dia bagi apa yang ada.

Pada malam hari, dia pergi mengurut orang kaya.
Upah yang diterima hanya RM50. Walau sikit, dia tetap bersyukur.

Esoknya, orang kaya tu telefon.

Berdebar-debar hati lelaki tadi.

“Apa kamu buat dekat saya ni? Datang ke rumah saya sekarang.”

Sampai ke rumah orang kaya cerita.

“Lepas kamu urut, badan saya sihat dan batu karang keluar dari saluran kencing. Rasa luar biasa, sihat dan saya sangat gembira. Alhamdulillah. Saya nak bagi saguhati lebih sikit. Nah, ambil ni.”

Bila dibuka sampul surat tersebut, terkejut sangat lelaki ni. MasyaAllah ada sejumlah duit yang sangat banyak.

Begitulah kelebihan berbuat baik dan sentiasa banyakkan infak dan DERMA kepada ibu ayah. Didunia lagi kita sudah dapat merasa ganjarannya lebih-lebih lagi berkaitan rezeki.

.
Kisah kedua berkenaan ISTIGHFAR.

Kisah Imam Ahmad bin Hambal. Ada satu ketika waktu dia tidur di masjid, dia dihalau oleh orang masjid. AJK masjid garang sangat.

IKLAN

Waktu tu lepas isyak. Dia jalan keluar dan tiba di satu kedai yang dah bersiap nak tutup.

Sambil menguli dan berkemas, mulut pembuat roti di kedai berkumat kamit.

Imam Ahmad nak tahu dan bertanya.

“Wahai penjual roti, apa yang kau kumat kamitkan tu?

“Oh aku beristighfar.”

Selepas kedai ditutup, pembuat roti ajak Imam Ahmad tidur di rumahnya.

Dia tak kenal Imam Ahmad bin Hambal ni.

Imam Ahmad pun tanya lagi.

“Apa kelebihan istighfar yang kau dapat tu?”

“Oh banyak, rezeki aku murah. Roti aku habis dijual
Malahan hajat-hajat aku dipenuhi Allah.” Jawabnya

“Cuma ada satu doa ni belum tercapai lagi. Aku nak jumpa Imam Ahmad bin Hambal. Sekali je pun cukuplah.”

Imam Ahmad pun terperanjat dan mengaku.

IKLAN

“Oh! akulah Imam Ahmad bin Hambal. Kerana istighfar kau inilah, dengan izin Allah aku hadir ke kampung kau.”

MasyaAllah gembira sangat pembuat roti.

Banyakkan istigfar.

Nak lihat bukti? Kita sendiri kena buat dan akan jumpa bukti² kelebihan istighfar.
Buat dan lihat apa yang akan datang.

Sebenarnya, sebagai hamba kita tak perlu risau urusan rezeki. Allah sudah mencukupkan. Mungkin ada satu sisi, sebagai hamba kita terlepas pandang bab tanggungjawab kita; kurang DERMA dan kurang ISTIGHFAR.

Jom, pujuk hati kita tingkatkan amalan ini dan doa Allah luaskan rezeki kita dunia akhirat.

Sumber: Ustaz Hanafi

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

“Duit Asyik Tak Cukup…” Ustaz Hanafi Kongsi Formula Nak Murah Rezeki

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI