Tanggung jawab seorang suami yakni ketua keluarga bukan sahaja menyediakan keperluan untuk anak dan isteri, tetapi dalam masa yang sama membahagiakan mereka.

Rumah tangga lebih harmoni dan aman apabila ketua keluarga memainkan peranan dengan baik. Lebih-lebih lagi jika  masih ada ibu bapa yang perlu di ambil berat.

Berkahwin tidak bermakna melupakan terus tanggung jawab sebagai anak. Begitu juga jika mentua tinggal bersama, ibaratnya ibu kita sendiri dan patut mendapat layanan yang sama.

Begitu juga jika ada ahli keluarga lain yang tinggal bersama, saling melengkapi dan saling membantu menambahkan berkat dan itulah salah satu daripada rahmat dan rezeki Allah swt.

Kisah yang dikongsikan oleh cikgu Mohd Fadli Salleh ini boleh dijadikan teladan kepada mereka yang bergelar anak, suami ,menantu dan juga bapa.

Duit Boleh Dicari, Kegembiraan & Keselesaan Anak Isteri Serta Keluarga Itu Yang Utama. Apa Kita Belanjakan Tuhan Ganti Berlipat Kali Ganda.


Bil sampai dua hari lepas. Aku lihat jumlah, aku senyum saja. RM452.92 jumlahnya.

Belum pernah bil elektrik aku cecah sampai macam ni. Biasanya sekitar RM250-RM350 sahaja. Namun aku tidak mengeluh. Aku tahu cuaca sekarang panas.

Rumah aku pula ada 3 biji aircond. Bila panas, memang aku suruh mak mertua, adik ipar, puan isteri dan anak-anak buka sahaja aircond. Aku pasang aircond untuk keselesaan keluarga. Tak perlu takut-takut nak guna.

IKLAN

Soal bil letrik itu, usah risau. Aku ni ketua keluarga. Pandai la aku ikhtiar cari duit dan bayar.

Aku tak nak keluarga aku menahan diri untuk keselesaan hanya kerana risau bil melambung. Risau aku yang kena bayar mahal. Tak perlu risau bab tu. Bahkan aku cakap kat mak mertua,

“Mak. Pasanglah aircond kalau panas. Pasang je, tak apa.”

Aku risau juga mak menahan diri hanya tak nak menantu dia terbeban dengan bil.

Bil itu bukan beban mak. Bukan!

Itu apa yang aku sediakan untuk keselesaan keluarga termasuk mak dan sesiapa sahaja yang tinggal dalam rumah aku. Aku tak pernah anggap ia satu beban. Bahkan gembira apa yang kita sediakan mereka guna.

IKLAN

Mak memilih tinggal dengan aku ini sudah satu rahmat tidak terkira besarnya. Setiap hari ada alunan bacaan Quran dari bilik mak. Setiap hari ada doa untuk anak cucunya. Dua benda itu sahaja tidak ternilai dengan segala harta dan isi dunia.

Maka cukup bangsatlah aku jika berkira untuk sedikit keselesaan mak.

Anak-anak demam, mak jagakan. Mak tak benar hantar pengasuh kalau anak demam. Dia nak jaga. Anak aku yang sulung dan kedua pun mak yang siapkan untuk ke sekolah.

Begitu banyak jasa mak pada aku dan keluarga. Tidak terkira.

Sama juga dengan adik ipar aku. Beruntung besar aku dia nak tinggal sama. Padahal boleh saja dia tinggal di rumah sewa dengan kawan-kawan dia. Tapi dia memilih untuk tinggal dengan kami.

IKLAN

Setiap hari, dialah yang akan hantar anak sulung aku ke sekolah dan ambil anak kedua aku pulang rumah. Setiap kali aku keluar, aku rasa anak isteri selamat sebab mak dan adik ipar aku ada menemani puan isteri dan anak-anak.

Maka, apa sangat setakat kenaikan bil elektrik setakat seratus dua?

Aku ketua keluarga. Aku suami. Aku seorang ayah. Dan aku juga seorang menantu.

Itu tanggungjawab aku untuk menjaga mereka. Untuk menyediakan segala keperluan asas untuk mereka. Untuk keselesaan mereka.

Jika kau pun sama ditempat aku, janganlah kita mengeluh. Kita hadap saja dengan senyuman.

Duit boleh dicari. Kegembiraan dan keselesaan anak isteri serta keluarga itulah yang utama.

Apa yang kita belanjakan untuk anak isteri dan keluarga kita, InsyaAllah Tuhan ganti berlipat kali ganda. Percayalah!

#MFS
– Kisah musim panas –
.Duit Boleh Dicari, Kegembiraan & Keselesaan Anak Isteri Serta Keluarga Itu Yang Utama. Apa Kita Belanjakan Tuhan Ganti Berlipat Kali Ganda.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI