Tidak lagi, kita semua bakal menyambut Syawal. Ketika ini tentu anak-anak adalah insan yang amat gembira kerana ketika ini mereka pastinya akan mendapat duit raya daripada ibu bapa, nenek, datuk dan sanak saudara. Lebih menarik, ada anak-anak yang mendapat duit raya lebih daripada RM500.

Namun, duit raya ini bukannya untuk dihabiskan membeli barangan bukan keperluan. Anak-anak harus didik untuk menghargai duit raya ini.

Sebagaimana perkongsian oleh Amir Syahir di laman facebooknya yang memberi tip cara bagaimana yang seharusnya ibu bapa lakukan untuk memastikan duit raya anak disimpan dengan cara yang betul.


Duit Raya Anak Hak Mereka. Bukan Dihabiskan Beli Barangan Bukan Keperluan. Ada 10 Cara Nak Simpan Duit Anak Cara Berhemah!

Duit Raya Anak

Duit raya anak kau akan simpan ke atau dah rancang nak digunakan untuk tukar sport rim baru? Atau nak beli Tupperware baru lepastu simpan dalam almari berkaca?

Kalau niat nak simpan baguslah. Tahniah. Saya ada beberapa cara untuk simpan duit raya anak.

Antaranya :

1. Amanah Saham Bumiputera

ASB adalah unit amanah berharga tetap. Beli RM1 seunit, jual pun harga sama. Jadi tidak akan rugi. Purata dividen diumumkan antara 7%. Tahun lepas 7.25%. ASB berharga tetap, berisiko rendah dan tiada caj jualan balik. Daftar akaun bijak/remaja ASB anak siap-siap. Boleh tengok online.

2. Amanah Saham Bumiputera 2

IKLAN

Amanah Saham Bumiputera 2 adalah tabung dana baru ASNB. Tabung dana bernilai RM10 billion. Unit amanah yang berharga tetap. Beli RM1 seunit, jual pun dengan harga yang sama. Dividen tahun lepas 6.75%. Daftar akaun remaja anak siap-siap. Boleh tengok online.

3. Amanah Hartanah Bumiputera

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) adalah unit amanah berharga tetap sama macam ASB. Boleh dibuat di Maybank. Dividen diumumkan dua kali setahun dan puratanya 6%. Akaun boleh dibuka dengan bermula RM100. 

4. Tabung Haji

Walaupun dividen TH rendah sedikit, tapi ia berbaloi jika korang hanya simpan di akaun bank korang tu. Cukup RM1300 boleh daftar haji anak siap-siap. Simpan duit raya anak korang di TH untuk elakkan korang daripada terguna nanti. Risau terpinjam lepastu buat-buat lupa.

5. Beli Emas

Gunakan duit raya anak untuk beli emas. Emas tu simpan untuk anak la. Bukan untuk korang. Beli lah emas kerana harga emas juga semakin naik. 

IKLAN

6. Produk ASNB

Ada banyak produk unit amanah harga tetap ASNB yang lain seperti Amanah Saham 1Malaysia (AS1M), Amanah Saham Didik (ASD), ASW2020, dan ASM. Unit amanah berharga tetap sesuai dengan ekonomi sekarang, kerana berisiko rendah dan tiada caj jualan balik. 

7. SSPN1M

Boleh juga disimpan di sini. Selain boleh digunakan untuk pelepasan cukai, dividen dia juga tinggi dalam purata 4%. Sekarang ada promosi simpan RM500. Dapat RM500 dari kerajaan. 

8. Unit Amanah

Jika kau minat melabur dalam unit amanah, boleh juga simpan duit raya anak di sini. Nanti anak kau umur 18 tahun boleh dia guna untuk pendidikan dia.

9. Hartanah

IKLAN

Campur duit raya anak dengan simpanan korang. Jadikan deposit untuk beli rumah apartmen kos murah / medium.

Beli rumah dan sewakan. Ansuran bulanan dibayar oleh penyewa. Letak nama anak sebagai pewaris.

10. Perlindungan Takaful

Yang ni tak guna duit raya anak lah. Kalau kau ada duit lebih, boleh buatkan anak perlindungan takaful. Daripada duk bazir duit ke benda tak patut, baik buat perlindungan takaful untuk kau sekeluarga.

***

Janganlah pandai buka akaun Insta dan FB anak je. Akaun untuk masa depan dia kena buka juga. Sekurang-kurangnya bila belajar nanti tak payah guna PTPTN.

Kalau kau rasa terbeban dengan ekonomi sekarang, masa depan mereka lagi mencabar. Nilai wang makin mengecil. Jika kau tidak menyediakan simpanan untuk anak korang siapa lagi.

Duit raya anak tu hak anak. Korang sebagai amanah untuk simpan duit tu. Jangan guna duit anak buat beli pampers atau susu ke. Kalau terdesak, korang boleh la pinjam. Tapi ganti la balik lepastu. Kah!

Moga manfaat

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI