“Dulu Ayah Bawa Teksi Besarkan Kami 7 Beradik.” DS Shahida Imbau Kenangan Bersama Ibu Bapa

Share

Jasa dan pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak tidak ternilai dengan wang ringgit mahupun harta benda.

Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan bekas penyanyi kumpulan Solehah, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mengimbau kembali kenangan bersama kedua ibu dan bapanya.

Shahida berkongsi coretannya itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya hari ini.

Menurut Shahida, dia tidak akan melupakan jasa kedua ibu bapa yang bersusah-payah membesarkannya.

 

“Ramai orang tanya mak ayah saya… Ni lah mak dan ayah saya, tak ada mereka tak adalah saya. Kalau tanya perangai saya ikut perangai siapa saya pun tak tahu campur-campurlah agaknya. Ada sikit ambil perangai ayah sikit ambil perangai mak.

“Dulu ayah saya bawa teksi membesarkan kami tujuh beradik, saya seorang perempuan. Biasa sebelum dia keluar bawa teksi pagi-pagi dia dah susun duit belanja sekolah atas TV ambil la sorang satu.

“Sekarang ni paling rajin telefon saya (hari-hari telefon tanya khabar) risau sungguh dia dengan saya, hari-hari saya cakap saya okay je jangan risau saya baik-baik sahaja.

“Mak saya pula kerja pejabat, pagi-pagi sebelum kerja dia akan masak dulu untuk anak-anak makan sampai la dia balik kerja nanti.

“Begitulah jadi mak ayah kan, sekarang masa saya pula jadi ibu jaga anak-anak. Bukan senang nak besarkan anak-anak zaman sekarang, macam-macam pengaruh.

“Semoga semua ibu bapa kita diberi kesihatan yang baik dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat,” tulisnya.

Sumber: IG shahidadherbs

IKLAN