Jasa dan pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak tidak ternilai dengan wang ringgit mahupun harta benda.
Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan bekas penyanyi kumpulan Solehah, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mengimbau kembali kenangan bersama kedua ibu dan bapanya.
Shahida berkongsi coretannya itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya hari ini.
Menurut Shahida, dia tidak akan melupakan jasa kedua ibu bapa yang bersusah-payah membesarkannya.
Ads
“Ramai orang tanya mak ayah saya… Ni lah mak dan ayah saya, tak ada mereka tak adalah saya. Kalau tanya perangai saya ikut perangai siapa saya pun tak tahu campur-campurlah agaknya. Ada sikit ambil perangai ayah sikit ambil perangai mak.
“Dulu ayah saya bawa teksi membesarkan kami tujuh beradik, saya seorang perempuan. Biasa sebelum dia keluar bawa teksi pagi-pagi dia dah susun duit belanja sekolah atas TV ambil la sorang satu.
Ads
“Sekarang ni paling rajin telefon saya (hari-hari telefon tanya khabar) risau sungguh dia dengan saya, hari-hari saya cakap saya okay je jangan risau saya baik-baik sahaja.
“Mak saya pula kerja pejabat, pagi-pagi sebelum kerja dia akan masak dulu untuk anak-anak makan sampai la dia balik kerja nanti.
Ads
“Begitulah jadi mak ayah kan, sekarang masa saya pula jadi ibu jaga anak-anak. Bukan senang nak besarkan anak-anak zaman sekarang, macam-macam pengaruh.
“Semoga semua ibu bapa kita diberi kesihatan yang baik dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat,” tulisnya.
Malang tak berbau! Gara-gara membiarkan anak yang masih kecil tinggal bersendirian seorang ibu berputih mata apabila kehilangan anak perempuan yang dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Bandaraya Johor Bahru ini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, aduan mengenai kejadian itu diterima pada jam 6.30 petang.
Katanya kanak-kanak yang berusia lima tahun dipercayai ditinggalkan bersendirian oleh ibunya yang turut membawa anak bongsu berusia empat bulan untuk mengambil anak perempuan sulung berusia 11 tahun dari sekolah.
Katanya lagi, sejurus pulang dari mengambil anak di sekolah, suri rumah berusia 32 tahun itu mendapati anaknya yang berusia lima tahun tiada di rumah.
Tambahnya lagi, kanak-kanak itu telah dijumpai di aras enam kondominium tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.
“Pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengesahkan kanak-kanak malang tersebut telah meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Raub berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana cuai dan pengabaian terhadap kanak-kanak.
Dalam pada itu, ibu kepada mangsa telah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis.
Sumber: Harian Metro
MESTI TONTON: KISAH KUCING YANG CUTE HINGGA MEMBAWA KEBAHAGIAN BUAT SEBUAH KELUARGA
Anak lelaki perlu dididik untuk menjadi seorang pemimpin, setidak-tidak sebagai seorang ketua keluarga.
Juga seharusnya diajar untuk bertanggungjawab atas setiap tindakannya. Hukumi mereka sekiranya mereka melakukan kesilapan. Jangan biarkan mereka melakukan kesalahan yang sama.
Sebagaimana perkongsian ustazah ini, boleh jadi manfaat bersama.
TIP DIDIK ANAK LELAKI
Cabaran mendidik anak lelaki berbeza dengan anak perempuan. Saya kongsikan beberapa tips terbaik melahirkan anak lelaki yang berjiwa kental, bertanggungjawab dan di hormati masyarakat.
1. Sumber belanja
Inilah kehidupan. Saya menelusuri sejarah kehidupan Almarhum ayahanda dan 5 bapa saudara yang dibesarkan oleh atuk dan nenek. Semuanya lelaki. Kebanyakan dari mereka menjadi insan hebat, sangat disegani dan ada yang namanya tercatat dalam kelompok ulama negeri kelantan.
Subhanallah.. .
Jangan terkejut jika saya nyatakan, mereka melanjutkan pengajian ke luar negara berbekalkan duit belanja dari hasil jualan telur itik dan sumbangan masyarakat kampung.
Rupanya, wang belanja dan sumber yang berkat memberi kesan yang hebat dalam kehidupan seorang anak. Menjadi asbab kepada Allah SWT redha dengan ilmu yang dituntut sehingga mampu menjadi tunjang dalam masyarakat.
2. Susah
Kemewahan hanya akan melahirkan seorang anak lelaki yang pandai meminta bukan memberi.
Ajari mereka tentang kehidupan yang susah, jika hari ini suasana rumah kita tidak membantu, bawalah anak-anak ke suatu tempat yang mampu mengajar erti kesusahan yang sebenar.
Ajak mereka melakukan khidmat masyarakat, turun menziarahi keluarga yang dhoif dan berikan tanggungjawab sebagai Ketua untuk menguruskan sesuatu misi mengikut kadar kemampuan.
Banyakkan program bersama anak lelaki, membersih kawasan masjid, tempat wudhuk dan paling penting ialah tandas. Inilah cara yang paling mudah untuk menundukkan hati yang keras dan sombong.
Bila hati sudah dilentur, mudahlah akhlak dibentuk.
3. Damping
Cuba tanya anak lelaki satu soalan nie, bila besar nanti nak jadi apa?
Kita akan mendengar jawapan yang hampir sama. “Saya nak Jadi macam ayah”
Apapun pun pekerjaan seorang ayah, anak lelaki akan merasa bangga dan sentiasa memasang angan-angan untuk menjadi seperti nya.
Penting, dampingi anak-anak dengan contoh kelakuan yang terbaik. Tabiat yang buruk tinggalkan diluar rumah atau lakukan diluar pngetahuan anak-anak lelaki. Contohnya bertengkar, ketagihan game, merokok dan sebagainya.
Seorang anak yang diajar dengan kekerasan, sifat bengis, pemarah, suka berhibur dan kemaksiatan akan cenderung menjadi seorang penjenayah, mereka melihat orang lain sebagai lawan bukannya kawan.
4. Cintakan ilmu, pasakkan tauhid dalam jiwa
Bahaya membiarkan jiwa seorang anak lelaki kosong, kering dan gersang kerana banyak unsur-unsur negatif akan berebut memenuhinya.
Tidak mudah mendidik anak lelaki kerana kita hanya mampu melihat hasilnya apabila mereka menginjak remaja dan menjadi dewasa.
Cabaran yang paling besar ialah menguruskan anak lelaki remaja.. berapa ramai ibu ayah yang menumpahkan air mata kerana anak mereka tersungkur di lembah kehinaan, salah memilih haluan hidup, kuat melawan, memilih teman hidup yang salah, tercalar akidah kerana taasub dengan artis2 barat dan kpop.
Ubat kepada segala penyakit ini ialah suapkan makanan kepada Rohani mereka. Wujudkan hubungan dengan Allah dan benamkan kalimah tauhid dalam jiwa, pasti dan pasti tidak ada perkara yang boleh merosakkannya.
5. Berdikari
Bekal hidup yang paling baik untuk seorang anak lelaki ialah ilmu dan pengalaman. Hantar mereka belajar di tempat jauh, lagi jauh lagi mahal pengalaman yang mereka perolehi.
Anak lelaki yang berdikari akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bijak mengatur kehidupan.
Kita bukan sahaja melahirkan seorang anak lelaki, tetapi Allah amanahkan kita bakal khalifah. Besar sungguh tanggungjawab mendidik, kerana kita akan disoal tentang amanah ini.
Kentang bersalut keju atau Cheesy Wedges antara yang digemari ramai terutama kanak-kanak.
Biasanya kita akan membeli ke kedai makanan segera apa kata kali ini ibu-ibu cuba membuat sendiri di rumah. Caranya cukup mudah, lagi sedap dan menjimatkan.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Salimah Olie. Selamat mencuba!
Petang-petang tak tau nak makan ape.kentang pulak banyak jom la kita buat cheezy wedges..sedap dan jimat..
CHEEZY WEDGES HOMEMADE BY SALIMAH OLIE
4 biji kentang – tak nak kupas kulit pun takpe.tapi, pastikan basuh bersih tau.
Mixed herbs
Lada sulah
GaramTepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna bestari)
–untuk sos–
3 sudu besar serbuk cheese – bancuh dengan air panas.kacau-kacau hingga jadi sos.
Serbuk cheese boleh beli disini –> Cheese Powder Dan Tepung Magik