Ibu bapa mana yang tak gembira dan bangga bila mana anak yang dididik dan dibesarkan kini sudah mencapai kejayaan. Terasa berbaloi segala pengorbanan yang dicurahkan selama ini baik tenaga, masa mahupun wang ringgit.
Manakala si anak pula bahagia melihat wajah gembira ibu bapa atas kejayaan mereka kecapi. Itulah yang ingin dikongsikan oleh saudara Aiman Hamizan di twitternya baru-baru ini.
Menceritakan kisah sebenar, Aiman berkata, video berkenaan dirakam selepas dia menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Pemasaran ketika majlis konvokesyen di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Shah Alam, Selangor,
Dia memuat naik satu video yang mengundang sebak apabila ayahnya menyuarakan hasrat untuk memakai jubah konvokesyennya. Walaupun video tersebut memperlihatkan bapanya tersenyum disamping memakai jubah serta topi konvokesyen, rata-rata warganet mengakui sebak dengan situasi itu.
“Selain ibu, abah sangat teruja untuk menghadiri majlis konvokesyen saya kerana sudah lama dia menanti saat untuk melihat saya naik ke pentas dan menerima skrol.
“Namun, abah datang sedikit lewat semalam dan selepas majlis konvokesyen selesai, kami sekeluarga berkumpul di luar dewan untuk mengambil gambar bersama.
“Ketika itulah, abah meminta izin untuk memakai jubah dan topi mortar dengan alasan tidak pernah menggayakannya.
“Kata-kata abah itu membuatkan saya tersentuh hingga terus menyarungkan jubah serta topi mortar di kepalanya.
Ads
“Saya sempat mengambil gambar dan merakam videonya memakai persalinan itu, tetapi terkejut apabila banyak komen diterima tidak lama selepas memuat naiknya di Twitter,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Aiman, rata-rata komen diterimanya positif dan dia berharap supaya perkongsian itu memberi inspirasi kepada golongan muda untuk menghargai ibu bapa mereka selagi ada.
“Abah pernah menyambung pengajian di London satu ketika dulu, tetapi tidak berpeluang menghadiri majlis konvokesyen kerana masalah kewangan.
“Lagipun, abah anak sulung dalam keluarga jadi dia terpaksa lupakan hasrat untuk ke majlis konvokesyen demi keperluan adik beradik lain.
“Kini, giliran saya bergelar graduan, jadi inilah masanya saya menggembirakan abah dengan memenuhi permintaannya (memakai jubah dan topi mortar).
“Sekurang-kurangnya, saya dapat melaksanakan salah satu impiannya yang dulu tidak kesampaian,” katanya.
Ads
Aiman yang juga graduan dari kolej KDU ini telah memuat naik video tersebut petang tadi dan sehingga kini telah menjangkau lebih 12 ribu RT di laman Twitter miliknya.
Abah : “Abah nak cuba boleh? Abah tak pernah pakai.”
Menerusi posting yang dibuat Aiman itu, ramai warganet telah menurunkan komen yang pelbagai di muat naik tersebut.
Ads
Rata-rata daripada mereka mengakui sebak melihat telatah bapa pemuda itu dan ada juga yang berkongsi situasi sama seperti dihadapi Aiman semasa bergraduasi.
Sama! Waktu aku konvo aku cuma ada gambar diorang je dia punya rasa tu sebak gila :,). Macam mana ada 2 baju sebab aku dengan abg aku konvo sekali so yang abg aku, ayah pakai. Yang aku, ibu pakai. Semoga org tua kita semua dipanjangkan umur – Amin 🤲🏻 pic.twitter.com/h4FiOf07fD
Ma brother heaven is a few steps from you, to anyone who is reading this. Make your parents proud,study hard and get a good job and always make them happy. I guarantee you will be successful. Cause I couldn’t anymore.
Mendidik anak ada cabarannya. Memukul bukan salah satu cara penyelesaian mendidik anak. Ikuti perkongsian Puan Farhana ini yang juga merupakan seorang kaunselor sekolah.
Kenapa pukul anak tidak ada dalam option saya mendidik anak buat masa sekarang?
Saya tidak mahu ajar mereka bahawa sebenarnya tidak mengapa untuk pukul seseorang di sekeliling mereka, tidak kiralah bila mereka marah ke, atau sedih ke..
Mereka belajar memukul orang itu dari apa yang mereka terima dari sekeliling mereka.
Sebab itu kalau saya tengok ada sesetengah anak anak di sekolah, marah sikit je terus sepak kawan.
Masalah anger managment begitu membimbangkan
Dan ia tidak semudah kita beritahu mereka itu salah mereka akan stop.
Itu semua datang dari dalam, apa yang mereka terima dan belajar dari kecil dan mereka bahawa sehingga besar.
Jadi, saya mohon sangat sangat untuk fikir 1000 kali sebelum pukul anak.
Pukul anak itu kadang kadang dijadikan shortcut untuk mendisiplinkan anak.
Berkesan.
Untuk waktu itu.
Namun, untuk jangka masa panjang.
Menakutkan.
Pukul anak, biarlah jarang jarang
Pukul anak, biarlah sebab kukuh
Pukul anak, biarlah sesuai usia
Pukul anak, biarlah dengan akal waras
Tips untuk elakkaan diri terlajak pukul anak, terutamanya untuk kes kecil.
Sebelum pukul anak, pukul diri sendiri dulu.
Ambil masa untuk lengah lengah kan situasi itu.
Bila anda sejuk sikit, mungkin anda akan pertimbangkan pilihan kedua, ketiga dan keempat selain memukul anak.
…
#notaparentingpuanfarhan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nama Adam Corrie tidak asing lagi pada kita. Selain pandai berlakon, rupa-rupanya ayah kepada Adam Fateh Lee ini juga pandai memasak.
Beliau berkongsi resipi Mee Kicap Wantan Sup yang merupakan makanan kegemaran masyarakat Cina.
Bagi anda yang ingin mencuba sendiri boleh tiru resipi yang Adam Corrie kongsikan ini. Selamat mencuba!
Jemput makan sambil tgk bola. siap dah dinner saya mlm ni.. Buat mee kicap wantan. Saya kan Cina… dah tentulah mee kicap wantan ni bukan asing bagi saya. Dulu masa remaja saya jual mee kicap utk menampung hidup.
RESIPI MEE KICAP WANTAN SUP ADAM CORRIE ? Mee Wantan ? – mee wantan (leraikan mee dahulu . kemudian dicelur bukan rebus tau, lepas tu masukkan dlm air sejuk pula.. ulng step ini berkali-kali . Supaya mee tidak melekat ) Mee wantan ada jual di supermarket – minyak bijan – kicap pekat – kicap cair (apa2 brand pon ok) – Sos tiram – Sayur sawi / siew pak choi ? campur semua minyak dan kicap tu dlm pingan. Kemudian masukkan mee yang wantan tu.. pastu gaul rata. Tak perlu masak. Tabur bawang goreng kalau suka. Letak sayur sawi / siew pak choi yang telah di celur di atas mee
?Kulit Wantan ? tepung gandum Sedikit tepung ubi atau tepung jagung air panas mendidih.. sedikit garam 1 sudu besar minyak masak – satukan tepung gandum dan tepung ubi atau tepung jagung serta garam serta minyak masak – kemudian masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak lekat kat tangan – uli hingga sebati kemudian biarkan kejap dlm 20 minit dlm bekas tertutup supaya doh tak keras ⭐️ payah sgt .. beli je yang dah siap kat kedai. Baru RM3
?Isi / Inti Wantan? Udang (dicelur) atau ayam ( di cincang halus) Daun bawang di ptg halus Karot di potong halus.. tepung sikit lada sulah Garam Sos tiram ⭐️gaul semua .. nak tambah bawang besar pon boleh , nak tambah cendawan pon ok. Tp saya buat yang ringkas. Supaya inti wantan tak basah . Kalau terlampau basah. Kulit wantan mudah koyak. ⭐️ dah siap boleh di goreng atau masukkan dalam sup.
?Sup Ringkas Adam Corrie ? – Air – Lada sulah – Kiub ayam – Daun ketumbar – Bawang goreng ?didihkan air , masuk lada sulah, kiub ayam, masukkan wantan yang dah siap ke dlm sup . Masakkan sekali dgn sup.. dah nak siap, tabur daun ketumbar dan bawang goreng. Siap!
Resipi saya ringkas. Resipi sejak remaja. Lain org lain caranya. Saya doakan anda berjaya buat mee wantan ni . Dan doakan saya sekeluarga ditetapkan iman dan sentiasa berada di landasan yang betul.
Nak yg lebih grand boleh menuntut ilmu pada yg bertauliah atau Google je mcm2 ada.. ikut selera masing-masing.
Anak sudah mula tanya siapa ibu kandungnya, Hafiz Hamidun akui sukar nak jawab. “Dia sudah mula bertanya siapa ibu kandungnya, jadi, saya perlu perlahan-lahan memberikan penerangan supaya dia faham dengan keadaan sebenar,” kata penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun ketika ditanya perkembangan anak angkatnya, Hamdee, 5.
Anak Sudah Mula Tanya Siapa Ibu Kandungnya, Hafiz Hamidun Akui Sukar Nak Jawab
Hafiz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Hamidun, 40, berkata, buat masa ini dia juga belum merancang untuk mencari jodoh kerana mahu memberi fokus kepada Hamdee yang sedang membesar ketika ini.
Kata, bukan mudah untuk memberitahu status sebenar kepada anak angkatnya itu.
“Budak-budak zaman sekarang pandai dan boleh berfikir. Dia juga pernah bertanya kepada saya, siapa yang mengandungkannya dan ia sangat sukar untuk saya jawab.
“Jadi agak sukar untuk saya memperkenalkan seseorang kepadanya ketika ini,” katanya.
Justeru, Hafiz mengakui tidak mudah baginya untuk kembali berumah tangga kerana perlu menumpukan perhatian terhadap anaknya itu.
“Saya belum sempat nak cari pengganti kerana anak saya sedang membesar. Dia pun sudah mula bersekolah.
“Untuk berkahwin lagi, ia bukanlah satu keputusan yang mudah. Saya tidak boleh memikirkan mengenai diri saya saja.
“Saya perlu memikirkan Hamdee dan mendapatkan persetujuannya jika mahu berkahwin nanti,” katanya.
Terdahulu pada 10 Mac 2020 Hafiz mengumumkan dirinya mengambil seorang anak angkat lelaki sebagai penyeri hidupnya.
Hafiz pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Joy Revfa pada 2017, namun bercerai selepas lima bulan.