Menu nasi himpit kuah kacang antara menu yang paling mudah disediakan buat tetamu kita. Pun begitu, hendak merebus nasi impit bukanlah mengambil masa yang singkat.
Paling tidak tempoh merebusnya memakan masa sejam hingga benar-benar masak. Bosan menunggu dan lambat prosesnya, apa kata anda DIY sendiri nasi impit
perkongsian dari puan Fauziah Amin
Klu buat nasi impit mak suka buat sendiri.. Tak brape suka yg beli dah siap tu..kadang2 pandai keras…Dulu buat guna daun kelapa muda( ketupat) Lepas kahwin mak mertua ajar guna plastik..alhamdulillah senang sgt dan elok je kejadiannya..licin dan lembut..kini keduanya telah tiada 😢Alfatehah(dgn bacaan penuh) buat emak dan emak mertua..
Bercucuk tanam jika diusahakan meskipun secara kecil-kecilan boleh dijadikan sumber rezeki sekiranya diusahakan dengan gigih. Ini sebagaimana bak kata pepatah, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Apa yang pasti, setiap rezeki itu perlu diusahakan untuk memperolehinya.
Begitulah yang sedang diikhtiarkan oleh pasangan suami isteri OKU (Orang Kurang Upaya) ini dalam meneruskan kehidupan untuk membesarkan anak-anak.
Meskipun terpaksa merangkak untuk menanam anak pokok di kebun seluas 0.2 hektar, tidak sedikit pun menghalang suami ini bersama isterinya mengusahakan tanaman di Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian sepertimana yang dilaporkan di Sinar Harian.
OKU fizikal berkenaan, Muhammad Hafidz Abdul Rahman, 40, berkata, bahkan berbesar hati melakukan kerja halal itu bagi menyara kehidupan isteri, Nurul Izzaifah Daud, 33, bersama dua anak perempuan mereka yang normal berusia lapan tahun dan enam bulan.
Katanya, dia perlu merebahkan badan dan merangkak untuk menanam anak pokok kerana kedua-dua belah kakinya tidak dapat diluruskan dan terpaksa berjalan dalam keadaan lutut yang membengkok.
“Tidak jadi masalah sebab keadaan ini saya hadapi sejak lahir, sama juga seperti keadaan isteri.
Kami adalah bekas atlet paralimpik Kelantan, saya dalam sukan angkat berat manakala isteri bermain bola jaring.
Pasangan orang kurang upaya (OKU) fizikal, Muhammad Hafidz Abdul Rahman, 40, (kanan) dan isteri, Nurul Izzaifah Daud, 33, bersama-sama mengupas kulit kunyit sebelum dikisar dan digaul bersama garam sebelum dijual kepada pelanggan.
“Cuma sekarang tidak boleh merangkak terlalu lama kerana akan terasa sakit pada bahagian pinggang, berbeza berbanding ketika usia muda dahulu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di kebun Rimba Organik Komuniti (ROK) di Kubang Kerian di sini.
ROK dijalankan dengan kerjasama Min House Camp, Universiti Sains Malaysia (USM), Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Persatuan Sindrom Down Kelantan dan Persatuan Pertanian Kelantan melibatkan 20 OKU yang mengusahakan kebun di tanah wakaf sebagai ikhtiar sara hidup sejak Ogos tahun lalu.
Muhammad Hafidz berkata, pihaknya tidak mahu mengharapkan belas ihsan orang ramai sebaliknya berusaha dan dia sendiri mempunyai pekerjaan tetap sebagai pereka grafik manakala isterinya pula membuat kuih-muih serta mengambil pelbagai tempahan makanan kenduri.
“Saya bermula sebagai pereka grafik pada tahun 2013 dengan bekerja di sebuah syarikat namun terjejas akibat Covid-19 dan syarikat terpaksa gulung tikar pada 2019.
“Sejak itu saya melakukan kerja sebagai pereka grafik untuk iklan dan risalah secara sendiri menerusi promosi di Facebook dengan memperoleh pendapatan kira-kira RM700 sebulan bergantung kepada tempahan pelanggan,” katanya.
Nurul Izzaifah pula berkata, pokok ulaman dan sayuran seperti kunyit, lengkuas dan serai yang ditanam di kebun itu akan dijual oleh mereka bagi menambahkan pendapatan.
“Selain menjual secara terus, saya juga memproses kunyit menjadi garam kunyit yang siap dikisar dan dijual RM2 bagi bekas kecil manakala RM10 untuk saiz yang lebih besar.
“Alhamdulillah, terlalu ramai membantu termasuk Macma yang membina rumah di kebun ini dan setiap kami menerima bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) berjumlah RM450 setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Bagi yang ingin membantu boleh salurkan ke akaun Bank Islam Nurul Izzaifah Daud 03036021177976 atau hubunginya di talian 0179624044.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Buat pindahan duit secara online tidak dinafikan memang cukup memudahkan. Hanya beberapa minit urusan pemindahan wang boleh dilakukan dan paling nyata tanpa perlu bersesak-sesak ke bank untuk urusan kewangan.
Pun begitu, setiap perkhidmatan itu tentu ada caj yang dikenakan. Umpamanya untuk membuat pemindahan wang dari bank lain ke akaun Tabung Haji sebagai simpanan. Sedar atau tidak, ada caj yang dikenakan iaitu bernilai RM1 setiap kali satu trasaksi dilakukan.
Namun, melalui perkongsian daripada Afiq Iman ini rupanya ada cara yang boleh digunakan untuk buat pindahan secara PERCUMA!
Buat yang masih tidak tahu, jom ikuti perkongsian ini.
Simpan Duit ke Tabung Haji Tanpa Caj
Assalamulaikum
Selamat Pagi
Selalu kalau korang nak masuk duit ke akaun TH korang buat macam mana eh?
1. Pergi cawangan?
2. Guna ATM?
3. Potong Gaji?
4. Transfer Online Banking?
5. Atau cara lain?
Musim PdPR dan WfH ni sebaiknya tak yah lah nak bergerak ke sana ke sini. Ke sana ke sini. Ke sana ke sini.
Ah sudah, ternyanyi pulak lagu remix PM Muhyiddin
Kalau sebelum ni nak transfer ke TH dari Maybank ke Bank Islam atau bank-bank lain, dia ada caj RM1 setiap transaksi. Kadang-kadang ada orang tak perasan caj tu. Apa la sangat seringgit tu. Takkan nak jimat seringgit tapi habiskan duit minyak, bayar parking 60 sen, bateri hp nak scan MySejahtera dan tenaga dari lemak WfH yang kerjanya buka peti ais je tu.
Tapi kalau nak buat pindahan secara percuma tu, boleh guna cara ni. Betul Free, Tanpa caj kepada kita.
1. Log masuk ke perbankan internet pilihan
2. Pilih JomPAY
3. Isi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi
*Biller Code – 60228
*Biller Code Name – Tabung Haji-Deposit
*Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
*Ref-2 – jika ada
*Amaun (RM)
4. Ikut arahan hingga selesai
Hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan,atau sebaliknya dana akan dikembalikan. Pendeposit diminta untuk memeriksa status akaun TH mereka dengan menghubungi THCC di talian +603-6207 1919 atau menggunakan app THiJARI.
Selamat beramal. Jangan tunggu lagi. Penuhkan TH korang at least RM10k.
Hidangan puding karamel cukup digemari ramai kerana rasa pudingnya yang lemak manis, tekstur yang lembut malah rasa pahit manis gula karamel yang lazat telah menyempurnakan rasa menu pencuci mulut ini untuk dinikmati tanpa mengira waktu.
Untuk minum petang hari ini, apa kata ibu-ibu cuba resipi ini untuk disajikan kepada ahli keluarga mahu pun sanak saudara yang bertandang ke rumah sempena musim cuti sekolah ini.
Cara membuatnya cukup ringkas dengan bahan pun tak banyak .Tunggu apa lagi, jom cuba petang ni.
Bahan untuk puding:
5 biji telur saiz B (jika saiz A, 4 biji)
1 tin susu cair (400ml)
150 ml air biasa
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan untuk karamel:
5 sudu besargula
2 sudu besar air
Cara membuat karamel atau gula hangus:
Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
Cara membuat puding:
Satukan semua bahan membuat puding di dalam mangkuk.
Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.
Kemudian tapis adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.
Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Info Ekstra!
1.Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50minit pada suhu 180 darjah Celsius.
2.Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur, pic atau strawberi.
Dr Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak berjaya dengan meletakkan harapan tinggi sejak kecil. Ketahui pendekatan beliau membentuk anak berdisiplin dan berjaya.