Pasangan suami isteri ini antara yang sering menjadi perhatian netizen. Mereka kini semakin bahagia dengan kehadiran si kecil bernama Dariya Inara.
Biarpun agak low profile dan tidak suka menunjukkan kebahagian keterlaluan di laman sosial mereka, namun setiap kali memuat naik perkongsian di instagram, pasti berpusu-pusu komen yang diterima.
Semalam, Sari Yanti menerusi catatannya di instagram berkongsi kisah dia dan Jep ketika berkawan dua tahun lepas. Gambar berpakaian ninja adalah throwback dua tahun lepas.
“Today . Two years ago . Kejap je dah dua tahun.
Time kakak tengah training jadi Ninja dulu ada la kawan kakak ni teman. Baik dia.
“Sebenarnya lantai tempat ni susah berdiri.. dia sentiasa buat kita macam nak jatuh. Sangat struggled kita nak pose . Tapi gigih jugak Sebab nak buat kenangan kan,”kongsinya menerusi kapsyen.
Ads
Tambah Sari lagi, gambar tersebut sahaja yang ada dalam banyak-banyak gambar yang boleh throwback memandangkan dia kini sudah berhijab.
“Gambar ni je dalam banyak banyak gambar boleh throw back sebab time jadi ninja ni tutup kepala”
Perkongsian tersebut mendapat reaksi dari pengikut Sari Yanti. Rata-rata mengatakan pasangan ini sweet dan mendoakan mereka kekal bahagia. Tak kurang ada yang memuji Sari Yanti memuat naik gambar menutup rambut.
rizatul97Bagus kak sari ni. Throwback gambar yg bertutup.Alhamdulillah. Semoga kak sari @sariyanti Dan abg jep @jepsepahtu Sentiasa berbahagia dan dlam lindunganNya.
“Gigih Anaqi nak puasa 6,” begitulah perkongsian pelakon Amar Baharin yang menyentuh hati ramai apabila menceritakan semangat anaknya untuk berpuasa selepas Syawal. Kisah puasa 6 Syawal anak ini membuka mata ramai ibu bapa tentang bagaimana pendekatan yang betul mampu membentuk minat anak terhadap ibadah tanpa paksaan.
Dalam satu hantaran di media sosial, Amar berkongsi bagaimana anaknya itu menunjukkan kesungguhan untuk berpuasa selepas melihat ahli keluarga lain melakukannya terlebih dahulu. Bukan sahaja berminat, malah Anaqi sanggup menunggu hujung minggu semata-mata mahu bersama-sama berpuasa dengan keluarga.
Perkongsian itu cukup sederhana, namun mesej yang dibawa sangat besar maknanya dalam dunia keibubapaan. Kata Amar, anak-anak sebenarnya lebih cepat belajar melalui apa yang mereka lihat setiap hari, bukan sekadar daripada apa yang didengar.
Menurut Amar, dia percaya pendekatan paling berkesan untuk mendidik anak tentang amalan ibadah ialah dengan menunjukkan contoh terlebih dahulu. Bila anak melihat ibu ayah atau ahli keluarga lain melakukan sesuatu kebaikan, mereka akan lebih mudah tergerak hati untuk ikut sama.
“Gigih abang nak puasa 6… tengok family buat, dia pun nak buat. Siap tunggu weekend. Jangan suruh, tunjuk. Dalam child development, anak memang belajar dari apa dia nampak, bukan apa dia dengar.
“Kau buat… dia ikut cuma aku cerita la hadis kelebihan puasa 6 hari selepas puasa Ramadan… umpama puasa 1 tahun. Lagi tambah semangat dia,” kongsinya.
Kata-kata Amar itu nyata mendapat perhatian ramai kerana cukup dekat dengan realiti kehidupan ibu bapa. Dalam membesarkan anak-anak, ramai yang mahu mereka cepat faham dan terus mengikut apa yang diajar. Namun hakikatnya, anak kecil lebih mudah meniru perbuatan berbanding memahami nasihat panjang lebar.
Sebab itulah teladan daripada ibu bapa sangat penting. Anak-anak membesar dengan memerhati cara kita bercakap, beribadah, makan, melayan orang lain dan mengurus emosi. Apa yang mereka lihat setiap hari itulah yang sedikit demi sedikit membentuk peribadi mereka.
Apa yang turut menarik perhatian ialah cara Amar menjelaskan kelebihan puasa 6 kepada anaknya. Dalam konteks puasa 6 Syawal anak, pendekatan ini sangat penting kerana ia membantu anak memahami nilai di sebalik amalan tersebut.
Bukan sekadar menyuruh, dia juga berkongsi ganjaran besar yang dijanjikan kepada mereka yang melaksanakannya, iaitu seperti berpuasa sepanjang tahun. Bila anak faham kelebihan ini, mereka bukan sahaja ikut-ikutan tetapi mula ada kesedaran sendiri.
Pendekatan ini dilihat sangat baik kerana anak bukan hanya menurut arahan, tetapi membina minat yang datang dari dalam diri. Ini menjadikan amalan tersebut lebih konsisten dan bermakna dalam jangka panjang.
Perkongsian mengenai puasa 6 Syawal anak ini turut menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet. Ramai yang memuji cara Amar mendidik anak dengan penuh kelembutan, tanpa paksaan tetapi tetap berkesan.
Ada juga yang mendoakan agar Anaqi membesar menjadi anak soleh dan kebanggaan ibu ayah. Ini membuktikan bahawa pendekatan yang lembut tetapi konsisten mampu memberi impak besar dalam pembentukan sahsiah anak.
Hakikatnya, mendidik anak tentang agama tidak semestinya perlu bermula dengan tekanan atau peraturan yang keras. Kadang-kadang, amalan baik yang dilakukan secara konsisten di rumah sudah cukup menjadi didikan paling berharga.
Jelas, apa yang dikongsikan Amar Baharin ini menjadi peringatan buat ramai ibu bapa bahawa anak-anak ikut apa yang mereka lihat. Dalam konteks puasa 6 Syawal anak, pendekatan menunjukkan contoh nyata lebih berkesan daripada sekadar menyuruh.
Tak perlu terlalu memaksa, sebaliknya tunjukkan contoh yang baik setiap hari. Dari situlah lahirnya kesedaran, minat dan rasa cinta anak terhadap amalan yang mulia. Didikan secara teladan ini bukan sahaja membentuk amalan, tetapi juga membina hubungan yang lebih rapat antara ibu bapa dan anak.
Tak suka dengan hobi suami? Tentu ada sahaja isteri yang akan merungut tiap kali en suami tidak dapat melupakan hobi memancing meskipun sudah mempunyai keluarga dan anak-anak yang perlu diberi tumpuan.
Ini dek kerana memancing biasanya memerlukan masa yang panjang dihabiskan untuk menunggu umpan dimakan ikan. Seakan tidak menampakkan faedah di mata isteri, malah seakan membazir masa!
Pun begitu, orang kata tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu.
Ini sebagaimana memetik berita Harian Metro, siapa sangka rungutan isteri kerana suami kerap keluar memancing akhirnya reda setelah lelaki itu memenangi hadiah utama bernilai RM30,000 pada Pertandingan Memancing Sempena Hari Belia di Tasik Taman Rekreasi Durian Daun, di sini, hari ini.
Menang RM30K
Jika sebelum ini Nordiana Arshad, 38, sering merungut berikutan Mohd Khairul Ibrahim, 39, jarang berada di rumah termasuk pada hujung minggu, namun hari ini dia tersenyum riang berkongsi kegembiraan dengan suami.
Ikan keli seberat 5.23 kilogram (kg) yang dinaikkan suami pada jam 9.25 pagi membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM30,000 yang dianugerahkan penganjur pertandingan itu.
Jarang Berada Di Rumah
Nordiana berkata, dia sering mengingatkan suami supaya tidak kerap keluar memancing di beberapa kolam pancing sekitar daerah ini tetapi minat mendalam suami terhadap aktiviti itu menyebabkan dia jarang berada di rumah.
“Kadang-kadang saya marah juga suami selalu keluar memancing tetapi apakan daya, sudah minat dia begitu dan hari ini minat suami terbayar dengan kemenangan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.
Ini Yang Pertama
Mohd Khairul berkata, kemenangan itu adalah yang pertama selepas beberapa kali menyertai pertandingan memancing di negeri ini.
“Saya selalu memancing di kolam pancing dan menyertai banyak pertandingan tetapi setakat menang hamper cabutan bertuah.
“Alhamdulillah, hari ini Allah murahkan rezeki saya dan ia adalah satu-satunya ikan yang berjaya saya naikkan dalam pertandingan ini,” katanya.
Dengan menggunakan cacing, Mohd Khairul merasakan tarikan pada tali tangsi dan mata kailnya pada jam 9.20 pagi tadi, katanya
Selepas bermain-main dengan joran bagi melemahkan ikan, dia akhirnya berjaya menaikkan keli lima minit kemudian tetapi tidak menyangka ia adalah ikan paling berat dalam pertandingan itu.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Idea kreatif sang suami ini buat rak khas untuk kegunaan isterinya ternyata cukup menarik dan memberikan sesuatu yang wow buat dapur di kediaman mereka. rak pinggan dan rak rempah yang asalnya jenis plastik ditukar menggunakan material besi Dan kayu yang lebih kukuh.
Konsep ala-ala klasik diterjemahkan oleh saudara Izat Akmal sangat disukai oleh isterinya. Patutlah senyum sampai ke telinga sang isteri dengan kejutan tersebut.
hye semua. kisah bertukang. Siap 2 benda yg minta isteri
RAK REMPAH
RAK PINGGAN
senyum sampai telinga dia..tukar semua rak plastik,sy buat baru rak besi+kayu..lebih kukuh. material besi hollow 1×1
hevea board
colour kayu: mahogany
ala² klasik gitu.. kdg² citarasa kita tak sama tp inilah kesukaan sy.. seminggu lebih jgk nk siapkan.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.