“Dulu Kirim Duit, Kirim Kasih Sayang. Sekarang Kirim Ayat Quran”. Tersentuh Jiwa Netizen Dengan Coretan Bonda DS Aliff Syukri.

Share

Pemergian ayah kepada pengasas D’Herbs, Dato Seri Aliff Syukri bukan sahaja memberi impak besar kepada suami kesayangan Datin Seri Shahida ini. Malah, ibunya yang juga bekas isteri arwah turut berkongsi rasa yang sama.

Biarpun sudah bercerai, namun hubungan antara mereka tetap baik dan tidak pernah melarang anak-anaknya dari bertemu dengan arwah sebelum ini.

Di dalam satu coretannya menerusi laman instagram, Bonda Rozita berkongsi luahan perasaan usai pemergian ayah Aliff Syukri dan juga Yatie.

Memuat naik gambar ketiak Aliff dan Yatie sewaktu kecil, coretan Bonda Rozita membuatkan netizen sebak membacanya.

 


Nakal Kri ni..baiknya ya ampun suka sakat kakak dia..kakak ni selalu protect Kri sejak kecik..” kak long ..kak long bingit suaranya “

Ke2 anak bertuah ni hasil perkahwinan kami dengan abah ..Kak long sgt tegas garang dengan kri ..KRI NAKAL dia kumpul.ulat masuk dlm beg sekolah

Kesian saya lihat gambar ni..ni lah Baju kak yati pakai saya kutip jumpa tengah jalan

Kami miskin fakir wahai followers semua ni lah ada kenangan gambar bonda ada zaman dulu..( kri suka ambik dari album saya..hilang tulah kerja dia suka simpan kenangan)

Baju bundle je saya mampu pakaikan anak2 kami. Kri selalu kena buli kat sekolah..kak long macam jantan perangainya..lelaki takut dia akan bela lawankan adiknya

lelaki mengorat yati ..Datang dek yati dibaling dengan bangku sekolah..Yati brutal tak sangka ada gak orang nak kawin dengan dia yang suara garau suara jantan dan si kri perangai pompuan suara kecik kepit ha ha ..anak ohh anak.

Anak berdua ni sangat ambik berat hal abah.. bebel pada abah macam saya bebel pada mereka juga sebab sayang..abah kurang pendengaran..suka makan manis..suka kerja guard..suka jumpa kawan2 mesjid.. tak nak duduk rumah bandar

Jangan nangis wahai anak..doa lebih bermakna dari tangisan. sebab kamu dah buat yang terbaik pada abah.. dan mak bangga ada anak macam kri dan yati.. walau kri nakal tapi sangat hormat dan sangat pandai jaga abah.. Kami tau kamu anak-anak baik biar orang kata kamu jahat dan buruk…hati kami tau kamu sangat baik.
lepas ni jaga abah lagi dengan amal soleh dan jangan putus kirim doa pada abah..

Dulu kri kirim duit..kirim sayang.. kirim lawak..cuit usik abah.. lepas ni usik abah dengan quran.. abah itu pinjaman dari Allah.. dan hak Allah ambil dia balik.. kri akan dapat jumpa abah kalau kri dan yati niat cari abah di shurga.

Matlamat kita shurga dan berkumpul.. dikampung moyang kita nabi adam AS.. KESIAN MAK PADA ABAH TAK PERNAH PADAM

LEBIH KASIHAN PD DIRI KITA KALAU KURANG AMAL TAK ADA BEKAL NANTI MATI ..SEBAB MATI TU PASTI

Kita tak memiliki apa pun kat dunia hanya menjalani apa Allah bagi..Lakukan tanggung jwab kita apa Allah suruh sebab amanah itu berat hisabnya.

Sumber: IG aliffsyukriterlajaklaris & @bondarozitaibrahim

IKLAN