Pelawak Vicha tidak mampu menahan sebak dan terharu, selepas dua tahun tidak pulang ke Indonesia akibat Covid-19, akhirnya dapat memeluk tiga anaknya yang datang ke Malaysia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Menurut ibu yang berusia 34 tahun ini, , dia akan menggunakan tempoh 10 hari anak-anaknya di sini dengan menghabiskan masa bersama dan bercuti.
Dia juga teruja dapat menyediakan juadah berbuka dan sahur untuk anak-anak sepanjang beberapa hari baki Ramadan.
“Kali terakhir saya berjumpa anak-anak adalah dua tahun lepas sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Memang gembira sangat akhirnya dapat berjumpa depan mata dan memeluk mereka.
“Selain bakal menyambut raya bersama, kami rancang untuk pergi bercuti. Tidak kisahlah ke mana pun mereka nak pergi, yang penting kami dapat bersama.
“Anak-anak juga dah request nak makan wantan bakso. Walaupun menu tersebut senang didapati di sana (Indonesia), tetapi mereka mahu merasa air tangan saya sendiri,” katanya menerusi laporan mStar.
Vicha mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Aurel Angelina Khezy, Listy Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista
Kesemua mereka tinggal bersama keluarga Vicha di Bandung, Indonesia.
Pada Ogos 2018, Vicha kembali mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki Nigeria bernama Johnson dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Michael Trevor Ayomide.
Selain itu, Vicha berkata, ini juga menjadi kesempatan terbaik untuk anak-anaknya berjumpa adik mereka yang sudah berusia dua tahun kerana sebelum ini hanya berhubung menerusi panggilan video.
“Walaupun anak-anak sudah saling kenal sebelum ini, namun mereka hanya melihat wajah apabila kami berhubung menerusi panggilan video.
Ads
“Selepas berjumpa mereka sangat teruja dan banyak menghabiskan masa bermain bersama. Saya juga ingatkan anak-anak ‘no handphone’ supaya mereka dapat menikmati masa yang ada ini,” critanya.
Sementara itu, Vicha memberitahu perancangan membawa tiga orang anaknya untuk terus menetap di sini masih lagi dalam proses pengurusan dokumen.
Dia berharap perkara tersebut dapat diselesaikan dengan segera agar mereka boleh kembali hidup bersama.
“Dah lama saya rancang untuk bawa anak-anak ke sini. Sekarang masih lagi dalam proses menguruskan segala dokumen. Saya mahu semuanya selesai dahulu agar perjalanan mereka ke sini nanti lebih lancar.
“Anak-anak semestinya tidak ada masalah untuk berpindah dan memulakan kehidupan di sini. Mereka sering bertanya bila akan dapat tinggal bersama,”ujarnya.
Perkahwinan itu luar biasa. Bukan untuk mengukuhkan rumahtangga itu kekal harmoni sepanjang masa hingga till jannah. Tentu dalam tempoh itu sudah tentunya terdapat onak duri yang ditempuhi. Namun jika pasangan itu mengerti erti sebuah perkahwinan sudah tentu segala cabaran yang mendatang tidak sukar untuk ditangani. Dengan ini, temukan kesempurnaan sebuah kehidupan dalam rumahtangga bagi membina sebuah kebahagiaan.
Begitulah yang perkongsian oleh Firdaus Mokhtar mengenai erti sebuah perkahwinan. Bagi yang sudah berkahwin dalam tempuh yang lama, ingat kembali erti perkahwian itu kembali. Buat yang baru melangkah ke alam rumahtangga, kenalilah perkahwinan ini dengan hati yang telus.
Seingat saya, ada satu soalan yang ditanyakan kepada saya perhujung Disember tahun lalu. Tapi saya belum jawab lagi sampai hari ini.
Soalannya begini;
“Apa tujuan berkahwin?”
Sebelum saya jawab, saya tanya semula ke dia, “Kenapa terfikir soalan begini?” Dia kata dia nak buat semua perkara ada tujuan dan sebab, maka dia nak tahu.
Baik, begini;
1. Perkahwinan itu ada untuk lebih mendekatkan diri kita dengan Allah.
Kalian, alam rumahtangga indahnya tersurat dalam setiap ujian yang berlaku. Bila sebut rumahtangga, pasti akan bersama dengan ujian yang banyak.
Permulaannya sahaja semuanya sama. Apa yang suami suka, isteri juga suka. Lama-lama nanti, bila semuanya dah kenal, nampak pula perbezaan.
Perbezaan ini bukan kekurangan, tapi sebuah peluang untuk kita jadikan diri kita pelengkap kepada pasangan kita.
Contohnya kita ada kekurangan dalam mengurus waktu, yakinlah pasangan kita adalah seorang yang sangat menjaga dan mengurus masa. Tapi dalam nak mengecilkan jurang perbezaan ini yang selalukan kita bertelagah. Waktu ini ujiannya besar.
Maka, hari-hari yang penuh ujian inilah waktu untuk kita merintih dan mendekatkan diri dengan Tuhan. Mengadu, bercakap, minta dibantu dan minta dipandu untuk kita betul-betul sabar membina rumahtangga.
Kata Allah, “Perkahwinan itu adalah bukti antara bukti-bukti kebesaran Allah.”
Jadi Allah ciptakan perkahwinan itu cukup indah. Sebagai jalan untuk kita selalu hampir dan dekat dengan Dia.
2. Memperbanyakkan sumber pahala.
Sebagai manusia kita lahir dengan sifat fitrah inginkan berpasangan. Iyalah, ada kawan mendengar keluhan dan cerita, ada teman ketawa dan bersama bahagia, ada pasangan untuk bermesra dan ada suami atau isteri untuk kita tunaikan tuntutan biologi kita.
Ternyata dengan perkahwinan, kita akan dapat penuhi semua itu berbanding jika kita bujang. Atau boleh saya katakan berbanding jika kita cuba untuk penuhi setiap fitrah kita itu tanpa berkahwinan.
Sungguh berpasangan yang sebelum nikah itu kan indah. Tapi banyak halangannya. Jika kita cuba juga lakukan berdosa pula.
Nak keluar jalan berdua itu dosa, makan bersama itu juga dosa, menonton wayang berdua pun berdosa. Semuanya terbatas itu dan ini. Lagi lah bersentuhan, mendekati zina. Tuhan murka.
Berbeza selepas kita berkahwin. Semuanya jadi halal. Nak bertemu di ceruk bumi mana pun boleh, nak berduaan lama mana pun terserah. Dan itu semua mendatangkan pahala.
Waktu bercinta sebelum nikah itu fikirkan hal-hal cinta ini berdosa, melihat sahaja sudah dosa dan bercakap berlebihan juga berdosa.
Tapi setelah bernikah fikirkan pasangan kita, itu pahala. Baru fikirkan sahaja. Melihat lebih lagi pahala. Bercakap dengan isteri juga pahala. Bersentuhan dan berpegangan tangan lebih daripada itu, selain dapat pahala kita dapat gugurkan dosa.
Begitulah perkahwinan memberikan cukup banyak jalan kita mengumpul pahala.
3. Perkahwinan adalah tapak untuk membina masyarakat Islam.
Untuk poin ini saya cukup ingat kata-kata guru saya;
“Mana mungkin kita dapat membina sebuah masyarakat Islam jika kita tak mampu menegakkan rumahtangga Islam dalam keluarga kita.”
Benar sungguhlah. Sebab harapan untuk membina masyarakat Islam bermula daripada keluarga kecil yang benar-benar Islam dulu. Daripada sebuah keluarga dengan sebuah keluarga yang lain, bergabung dan bersatu jadilah mereka ini sebuah masyarakat.
Perkahwinan sebenarnya adalah untuk memulakan masyarakat Islam kecil. Suaminya menjadi ketua keluarga yang menjadi pengurus kepada rumahtangga secara Islam. Isterinya pula pembantu merealisasikan impian terbentuknya kehidupan Islam dalam sebuah rumahtangga.
Bagaimana cara berpakaiannya, apa yang selalu dibicarakan dalam rumah, bagaimana jadual waktu sembahyang mereka sekeluarga.
Ingat, perkahwinan menjadi persoalan kepada keselamatan dan nasib masa depan umat Islam secara langsung.
Iya kalian, perkahwinan itu luar biasa.
Kita akan temukan kesempurnaan sebuah kehidupan dalam sebuah rumahtangga. Cuma jalannya memang perlu penuh dengan sabar dan berserah.
Untuk yang masih menanti jodoh, kalau ada yang datang membawa niat yang baik, segerakan. Tak perlu banyak persoalan, nanti ini macam mana, itu macam mana. Makin dilambatkan, makin macam-macam yang timbul.
Tapi syaratnya kalian sudah kenal secara yang izinkan Islam. Contohnya dikenalkan oleh ibu bapa. Berkenalan terus dengan ibu bapa mereka demi melihat keikhlasan mereka untuk membina sebuah hubungan kekeluargaan.
Moga rumahtangga yang kita bina mendapat redha Allah. Dan menjadi jalan untuk kita ke syurga. Amin.
Sekian.
Firdaus Mokhtar,
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Beruntungnya anak ini! Kelahirannya dilimpahi dengan kemewahan. Salah satu menarik perhatian apabila mandi tubnya dengan susu dan madu!
Bahkan kanak-kanak termanja dunia kerana dilimpahi dengan barangan mewah, meraih perhatian apabila dihadiahkan pakaian berjenama, percutian serta pelbagai alat permainan mahal sempena Krismas lalu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Jareem yang berusia dua tahun, dihadiahkan pakaian berjenama, Burberry bernilai 348.88 Pound Sterling (RM1,852.31), penginapan di rumah musim sejuk, kereta api tunggangan, mainan dinosaur, gelang emas, basikal dan kucing robotik.
Ibunya, Kasey Akram menuruti permintaan Jareem untuk melihat seekor ikan lumba-lumba sebenar dengan membawanya bercuti ke Kepulauan Canary.
Ibu kepada dua anak itu menabung sejak Mei lalu perbelanjaan besar anaknya itu.
“Ramai keluarga saya tidak menyambut Krismas jadi ini hanya untuk Jareem.
“Dia ada 33 stokin untuk diisi dan saya ada banyak hadiah,” kata surirumah sepenuh masa itu kepada Metro seperti dilaporkan NDTV.
Kehidupan harian kanak-kanak itu juga dilimpahi kemewahan apabila ibunya membelikannya puting pejal emas bernilai AS$1,200 (RM5, 142.60) di mulutnya dan gelang bertatahkan berlian bernilai AS$1,100 (RM4,714.05) di pergelangan tangannya, lapor New York Post.
“Apa yang Jareem mahu dia dapat.
“Sepasang kasut terakhir yang saya beli sendiri ialah selipar Primark AS$1.21 (RM5.19) tetapi pada hari sama, saya membelikannya Gucci (sneakers),” kata bekas model dari Sheffield , Yorkshire Selatan ini.
Kanak-kanak itu juga sering kelihatan memakai rantai Versace bernilai AS$900 (RM3,856.95).
Malah, Kasey turut memandikan Jareem dalam tab susu dan madu beberapa kali dalam seminggu.
Cukup berbakat… Itu yang boleh diungkapkan dengan kemahiran yang ada pada adik ini apabila menghasilkan lukisan yang cukup cantik dan nampak kemas. Walaupun baru berumur 8 tahun, namun hasil seni anak ini cukup menkagumkan.
Itulah yang dikongsikan oleh puan June Khalish mengenai anak lelakinya yang melukis hanya dengan menggunakan blok lukisan dan pensel yang dibeli dari Eco.
Memang sangat cantik dan cukup berbakat untuk jadi arkitek, itu antara pujian yang diberikan oleh warganet kepada adik bernama Khalish ini.
Assalamualaikum semua..Thanks to Admin approved saya dalam group Ni. Saya salah seorang peminat seni,tapi cabang kesenian saya lebih kepada bidang menggubah & membuat kuih muih traditional.
Alhamdulillah,minat tu turun pada satu-satunya anak lelaki yang berumur 8 tahun. Inilah antara hasil-hasil contengan dia. Hanya berbekalkan drawing block & pensil kedai ECO.