Bukan mudah menerima hakikat orang yang disayangi pergi buat selama-lamanya. Namun, jodoh pertemuan, ajal maut bukan di tangan kita. Semuanya sudah ditentukannya. Reda dan terima hakikat setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepadanya kelak.

“Dulu Susah, Jual Sate Di Pasar Malam.” Tak Malu Jual Roti Jala, Jasmin Hamid Niat Panjangkan Untuk Arwah Ibu Bapa!
Bagi pelakon berpengalaman dan cantik manis orangnya, kembalinya ibu tersayang Khadijah Adnan ke Rahmatullah sejak tahun 2016 terus meninggalkan memori paling dalam buat diri Jasmin Hamid. Begitu pun, kenangan bersama tak pernah lekang dari ingatan dan sehingga kini masih tetap diingati.

Tidak hairanlah, saban tahun menjelang bulan Ramadan, perasaan sedih pasti bertandang. Arwah ibunya menghembuskan nafas terakhir kira kira seminggu sebelum umat Islam menyambut bulan puasa.

“Dulu Susah, Jual Sate Di Pasar Malam.” Tak Malu Jual Roti Jala, Jasmin Hamid Niat Panjangkan Untuk Arwah Ibu Bapa!

“Dulu Susah, Jual Sate Di Pasar Malam.” Tak Malu Jual Roti Jala, Jasmin Hamid Niat Panjangkan Untuk Arwah Ibu Bapa!

Menurut pelakon drama Datin Wan Abe, tahun 2016 itu meninggalkan episod pahit kerana selepas enam bulan ibunya mengadap ilahi, bapanya pula meninggal dunia.

Menurut Jasmin, arwah ibunya paling meminati roti jala. Sebab itu juga antara alasan kenapa sejak Februari lalu, dia memilih untuk menambah sumber pendapatan dengan menjual makanan itu.

“Dulu Susah, Jual Sate Di Pasar Malam.” Tak Malu Jual Roti Jala, Jasmin Hamid Niat Panjangkan Untuk Arwah Ibu Bapa!

IKLAN

“Sebab roti jala menjadi kegemaran arwah ibu, saya terfikir untuk menjualnya. Secara tak langsung, saya boleh niatkan meniaga itu untuk arwah ibu dan bapa. InsyaAllah berkat orang menyokong dan membeli, niat itu terus dipanjangkan. Saya jual pun harga berpatutan.

“Ikutkan ini percubaan sulung saya berniaga makanan. Sebelum ini saya ada buat macam-macam bisnes. Biasalah bisnes ini kan ada turun naiknya. Tapi bab berniaga ini sudah menjadi rutin keturunan saya. Arwah datuk dan nenek pun pernah berniaga kedai makan. Begitu juga sanak saudara lain,” katanya.

Kata Jasmine lagi, perniagaan yang diceburinya kini sedikit sebanyak dapat menambah pendapatan ketika golongan artis terhenti punca rezeki kerana Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana Covid 19.

“Dulu Susah, Jual Sate Di Pasar Malam.” Tak Malu Jual Roti Jala, Jasmin Hamid Niat Panjangkan Untuk Arwah Ibu Bapa!

IKLAN

“Saya pun asal orang susah. Tambah pula pikul tanggungjawab sebagai anak sulung. Masa umur lapan tahun , saya dah tolong arwah baba (bapa) berniaga dekat pasar malam. Jual satay, buah, goreng pisang, ketupat dan macam macam lagi untuk bantu sara hidup keluarga.

“Sifat malu berniaga itu sudah tiada. Bayangkan macam mana apabila berniaga di pasar malam, takkan nak pos cantik saja. Mesti kena terjerit terpekik untuk tarik perhatian pembeli,” katanya.

Malah kerana membantu keluarga mencari rezeki, zaman kanak kanaknya tidak seperti mereka yang seusia.

“Dulu Susah, Jual Sate Di Pasar Malam.” Tak Malu Jual Roti Jala, Jasmin Hamid Niat Panjangkan Untuk Arwah Ibu Bapa!

IKLAN

“Kadang-kadang sedih juga rasa masa itu sebab apabila kawan ajak bermain, saya tak dapat turut serta. Balik berniaga dekat pasar malam pun sudah lewat.

“Sampai rumah sebelum tidur kerja sekolah tetap kena disiapkan. saya tak pernah ponteng sekolah sebab saya tahu betapa susahnya ibu bapa cari duit untuk beri saya pelajaran.

“ibu bapa saya pernah berpesan. Biar miskin tapi harus ada pelajaran. Ilmu penting untuk masa depan. Walaupun terpaksa bersengkang mata dan penat tapi saya puas sebab dapat tolong keluarga,” katanya.

“Dulu Susah, Jual Sate Di Pasar Malam.” Tak Malu Jual Roti Jala, Jasmin Hamid Niat Panjangkan Untuk Arwah Ibu Bapa!

Jasmin juga tidak menyangka yang bidang bisnes terus sebati dalam diri biarpun sudah bergelar pelakon.

“Sifat berniaga itu sudah ada dalam darah dan keturunan saya.Tetapi berlakon pun satu cabang bisnes juga kerana kita menjual bakat,” katanya.

Sumber: Berita Harian Online

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI