Dengan sekali lafaz pelakon Dayana Roza, 29, sah bergelar isteri kepada usahawan, A’dale Adham Ayahudin, 33, kira kira jam 8.57 pagi tadi.
Majlis yang berlangsung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) diadakan di Masjid Negara dihadiri sekitar 30 orang di kalangan ahli keluarga terdekat dan teman rapat.
Pasangan ini dinikahkan bapa Dayana, Kamsum Baharin Kassim dan disaksikan Imam masjid berkenaan, Ustaz Muhammad Afif Jamal.
A’dale menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang, pada majlis itu. Mas kahwin pula diberi dalam bentuk gelang tangan bernilai RM2000. Manakala wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua ahli keluarga.
“Alhamdulillah terpateri sudah ikatan yang sah antara kami. Sepatutnya kami nikah pada 12 Disember lalu. Kita hanya merancang. Di sebalik ujian pandemik COVID 19 ini yang membataskan banyak perkara, kami dapat melangsungkan yang wajib dulu dan dilangsungkan pagi ini.
“Kami cuba mempercepatkan majlis nikah ini seperti yang dirancang kerana datuk A’dale sudah tua dan sakit. Cuma datuknya tak sihat dan tak dapat tengok majlis akad nikah.
“InsyaAllah kalau tiada aral melintang majlis resepsi akan dibuat 1O Januari depan juga di ibu kota. Cuma sejurus selepas majlis nikah ada sedikit keraian diadakan di sebuah premis acara di ibu kota,” kata Dayana.
Ads
Empat tahun lepas tolak lamaran
Menurut Dayana atau nama sebenarnya, Nur Dayana Kamsun Baharin, suaminya selama perkenalan mereka bersungguh-sungguh untuk memilikinya.
“A’dale pernah menyuarakan hasrat melamar saya sekitar empat tahun lalu. Tetapi, saya menolak lamaran itu. Tak sangka, hasratnya kini menjadi kenyataan. Dia sanggup menunggu lama. Jodoh kuat antara kami.
Ads
“Sebelum ini memang kami berkawan rapat dan sering lepak bersama. A’dale juga teman gaduh dan paling suka menyakat saya. Tak sangka, jodoh depan mata, tak pernah sedar selama ini.
“Saya sukakan A’dale kerana dia pandai mengambil hati ibu sepanjang kami berkawan,” katanya yang terlebih dulu melangsungkan pertunangan pada 5 Ogos lalu.
Lasak tapi sekepala
Sementara itu, A’dale berkata, Dayana yang lasak dan boleh satu kepala dengannya yang suka laut, berlayar dan memancing.
Ads
“Arwah nenek pernah cakap nak cari calon isteri, pilih berkulit putih. Jadi, Dayana memang dalam kategori putih, cuma sekarang gelap sedikit.
Dayana yang lahir menerusi program realiti, Anak Wayang mengenali suaminya atas dasar kawan baik sejak enam tahun lalu. Namun, tanpa diduga hubungan bertukar menjadi cinta, tahun ini.
Pasangan ini tidak menolak rezeki dikurniakan anak dalam masa terdekat selain merancang untuk berbulan madu di Pulau Langkawi.
Terbaru, pelakon dan usahawan Yana Samsudin memaklumkan dirinya sedang hamil enam bulan. Berkongsi berita itu kepada umum ketika majlis pelancaran produk minuman susu oat jenamanya iaitu Bagoos yang berlangsung di KLCC.
Menurutnya tiada niat untuk menyembunyikan kehamilan cahaya mata ketiganya itu, sebaliknya lebih selesa untuk tidak menghebohkan kepada umum.
Berbeza dengan kehamilannya sebelum ini untuk anak yang pertama dan kedua, suami berkongsi berita gembira tersebut. Namun untuk anak yang ketiga ini Yana akan maklumkan bahawa dirinya tengah hamil jika ada yang bertanya dan lihat perubahan fizikalnya.
“Memang cara saya daripada anak pertama dan kedua bila usia dah tujuh lapan bulan baru hebohkan pada orang ramai. Sebabnya saya kan ada PCOS (sindrom ovari polisistik) yang saya tak tahu tarikh subur. Saya pula dah tiga kali keguguran.
“Bagi saya, kalau masih awal hamil itu kalau tak cakap pun tidak apa lagi kot. Tiada niat pun tak nak beritahu, siapa nampak saya tidak menidakkan. Alhamdulillah dah enam bulan, insya-Allah hujung bulan Januari atau awal Februari tahun depan saya bersalin,” jelasnya.
Dalam masa sama, Yana turut berkongsi pengalaman dengan mendedahkan dirinya mengalami alahan yang teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital beberapa kali untuk kandungan kali ini.
“Saya alami alahan yang sangat teruk. Siang malam rasa susah nak bangun. Baring je selalu, nak makan pun tak lalu sangat. Sampai banyak kali juga masuk keluar hospital.
“Masuk air dalam badan banyak kali, masukkan vitamin juga. Sampai dah masuk kandungan lima bulan baru okay sikit. Dah la masa lima bulan tu saya diuji juga dengan Influenza A,” kongsinya lagi yang akan melahirkan zuriat ketiganya itu dengan kaedah pembedahan.
Setiap kali nak bercuti atau pulang ke kampung, benda paling leceh nak buat adalah mengemas barang kan. Kalau salah kemas nanti tak muat pula bonet. Jadi, kena kreatif bab mengemas ni. Lagi satu, nak kena pastikan semua barangan atau kelengkapan siap tersedian, tanpa tercicir.
Nah, admin kongsikan panduan dari puan Aribah Ahmadbagaimana kaedah mudah untuk simpan semua barangan terutama bagi yang ada anak ramai.
Saja nak kongsi cara saya simpan segala alat mandian ketika nak balik kampung atau bercuti terutama dengan anak2. Sebab saya ada setengah dozen anak. 4 hero. Biasalah hero-hero ni tak gosok gigi seminggu pun tak kisah.
Jadi mak kena siap siaga dengan satu beg yang memang bila nak balik kampung atau bercuti, angkat je masuk kereta. Selain alat mandian, saya juga letak satu bakul kain yang boleh dilipat. Tak kiralah di kampung atau di hotel saya akan bukak bakul tu dan anak-anak tau nak masukkan kain kotor.
Jadi bila nak balik kalau malas nak lipat masuk beg, angkat jelah bakul tu masuk bonet. Selesai Jom tengok!!
Beg ni sangatlah penting! Di poket depan tu saya letakkan bakul baju. Saya masih mencari beg kalis air yang lehih sesuai dan nampak kemas.Bakul baju yang boleh lipat ni dah lebih 10 tahun berkhidmat. Dulu beli di cosway.
Ni rupanya bila dibuka. Letak je tepi beg bila di kampung atau hotel. Boleh mengurangkan risiko baju cicir.Ni bakul alat mandi. Jadi letak je bakul tu kat sinki. Takde berterabur sana-sini barangnya. Alat juga mudah kering sebab berjaring.Saya letakkan mandian dan shampu saiz kecil.Botol shaker ni saya letak berus gigi dan ubat gigi. Saya selalu bawa berus gigi lebih yang di ambil dari hotel2 sebagai spare untuk anak2 yang tak bawak. Bila nak balik, kemas dan masukkan dalam botol. Tutup. Masukkan dalam bakul dan simpan dalam beg. Mudahkan!
Sayuran bayam ini tengah viral di sana -sini. Selain rasanya yang sedap, ia juga kaya dengan khasiatnya iaitu. Antara nya membantu melawan kanser, mngekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K, menguatkan tulang, membantu menurunkan berat badan dan banyak lagi.
Buat ibu-ibu yang nak cuba , apa kata cuba pula menu Bayam Brazil celup tepung dari perkongsian Dania Danisha. Selamat mencuba!
Resepi keropok bayam Brazil Cara saya
Cara membuat:
Bersih Kan bayam Brazil sampai btol2 bersih. Rendam dlm banyak Air sbb nk tanggalkan pasir yg byk melekat bawah2 daun. Bilas sampai bersih tau..
2.Gaul dgn telur. Utk sebesen ni Sha taruh 3 biji telur Baru nt Tepung elok melekat
3. Gaul dengan Tepung Kentucky. Atau Tepung goreng Ayam Ala2 KFC tu.. Yg ni Sha Guna Tepung Kentucky Jenama Nona Hot & spicy. Gaul Tepung sampai rasa elok melekat pd bayam Brazil tu
4, Sha x de sukatan berapa byk Tepung. Ejas sendiri jer sampai rasa puas hati
5. Gaul sampai mcm ni.. Agak kurg blh tambah Tepung lg. Nk tau hasilnya ok ke tidok try goreng setangkai dua. Klu ok.. Tak payah tambah Tepung. Klu tak ok tambah laa Tepung sampai nampak ok
Goreng sampai garing. Jangan sampai hangit yer.. Nt pait plak..
Dah siap.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di