Mungkin ada antara ibu bapa kurang mengambil berat akan hal penjagaan gigi kepada anak-anak. Sehinggakan gigi anak-anak rosak teruk.
Peningkatan usia anak serta pengambilan pelbagai jenis makanan seperti makanan manis, jus, coklat, keropok dan sebagainya tanpa dikawal antara penyebab berlakunya masalah kerosakan gigi dikalangan kanak-kanak.
Makanan manis yang diambil oleh anak sejak kecil misalnya boleh menyebabkan masalah seperti gigi berlubang, mudah rapuh dan kehitaman serta menyebabkan bau mulut yang tidak menyenangkan.
Baca perkongsian Dr Hannani Murni Indah Kamarudin mengenai masalah gigi rosak pada kanak-kanak berusia tiga tahun akibat pengambilan susu yang mengandungi banyak kandungan gula.
Beberapa kali post saya sebelum ni..menekankan pilihan yang baik untuk anak-anak. Pilih susu yang baik, pilih makann yang baik Cheat day tu ok laaa sekali sekala, tapi kalo hari-hari cheat day???
Mak ayah tak nak susah.. Malas nak berperang atau terpedaya dengan iklan- di kaca tv. Atau merasakan ilmu-ilmu parenting tak penting? Saya pun tak faham.
Ni saya sajikan, gigi pesakit saya. Baru 3 tahun. Gigi dah semuanya rosak!!! Semua ok!!!
Saya tanya mak dia, Kenapa teruk sangat rosak gigi?? Dia cakap sebab dia minum “kurmak@k@” dia tak nak susu lain.. dia tidur pun mesti nak kena minum kurma*^#% niii sehari 6 botol wajib!”
Post saya sebelum ni saya ada share kandungan gula dalam kurma$&@) (bukan nama sebenar). Gula yang banyak adalah bahaya untuk manusia. Tapi susah nk educate mak ayah. Kenapa suka beli benda tu??
Ads
Sebb ada kurma?? Sebab murah? Sebab anak suka?? Orang yang jual benda tu kadang hanya nak tarik pelanggan je.. Berapa percent kurma dia letak, kurma sendiri dah cukup manis Tambah gula lagi?? Mana anak tak ketagih gula??
Kesian anak ni.. hari-hari nangis sebab sakit gigi
“Tulaaa doktor..saya ingat nanti saya cuti ni nak bawak datang kat sini nak cabut gigi dia smua nii”
Nak dicabut semua??
Hmmm Cuba awak pergi cabut sebatang?? Mc berapa hari?? Ni awak nak cabut semua gigi tu sekali gus?? Well done mother????
Banyak penyakit yang disebabkan oleh gula. Kesan anak sukar focus dalam task. Boleh lead to hyperactive disorder.
Anak boleh dapat kencing manis lebih awal. Malah ada pesakit saya ketagih gula. Mesti nak minum air gas. Budak baru umur 8 tahun… Mak dia kerja restoran.. entahlaaa
Ads
Kadang masyarakat kita, kalau disajikan dgn iklan makanan sunnah Diiktiraf rasulullah lagi, dari mekah, dalam alquran tanpa selidik tanpa dikaji mesti nak beli
Saya bukan anti makanan sunnah Tapi bukan sekali saya jumpa dan melaporkan “mknan sunnah” ni ke pusat racun negara.. sekali ade steroid dan bahan terlarang… Bukan sekali Bukan sekali….
Kalau nak makan kurma gi la beli kurma! Kalau nak makan buah zaitun buah tin.. beli zaitun itself.. Kenapa nak dicampur adukkan ditambah perisa dan ditambah stabilizer dan dijadikan amalan?? Sebab… senang… Dalam satu sudu ade 23 herba dan makann sunnah kan… Hebat betul!!
Sekarang semuanya di hujung jari Bukak cek, kalau tak tahu tanya Kami kan ada #kamisediamembantu
Oleh itu, amat penting untuk ibu bapa mendedahkan anak menggosok gigi sejak kecil secara teratur.
Beberapa teknik boleh dipraktikkan oleh ibu bapa untuk si kecil. Antaranya adalah:-
Ads
AJARKAN SEJAK KECIL
Membiasakan menggosok gigi pada anak akan lebih mudah jika anda melakukannya sejak kecil. Anda boleh membiasakan sejak anak belum tumbuh gigi lagi. Contohnya, setiap kali mahu mandi boleh gosokkan dengan kain basah atau berus gigi lembut.
MEMBIARKAN ANAK MEMILIH BERUS DAN UBAT GIGI SENDIRI
Untuk memupuk minat anak supaya mudah gosok gigi, beri peluang pada anak untuk memilih berus dan ubat giginya sendiri. Dengan pelbagai bentuk dan warna yang ada pasti anak-anak akan teruja dan secara tidak langsung lebih bersemangat untuk menggosok gigi.
JADIKAN WAKTU MENGGOSOK GIGI MENYERONOKKAN
Jelaskan pada anak kepentingan menggosok gigi adalah untuk mengelak kuman yang boleh melekat pada gigi. Jika tidak gosok, gigi akan sakit. Gunakan teknik penceritaan agar anak rasa seronok dan tidak takut untuk ke hospital bagi membuat pemeriksaan gigi secara berkala.
GOSOK GIGI BERSAMA
Mengajar anak untuk menggosok gigi tidak cukup dengan teori. Anak juga perlu tahu yang ibu bapanya turut melakukan hal yang sama. Untuk itu, tidak salahnya ibu bapa meluangkan masa menggosok gigi bersama anak. Dari situ anak akan faham yang aktiviti ini sangat penting untuk semua peringkat umur dan ibu bapa boleh menunjukkan cara yang betul untuk menggosok.
Baru berusia 8 bulan, anak pelawak Sharol Shiro dikatakan mengalami masalah buah pinggang kronik. Berita tersebut dimuat naik isterinya, Nor Farhanah Syamimi atau mesra dengan panggilan Anna menerusi laman instagramnya.
Menurut Anna, buah pinggang anak lelakinya, Ismail Rifqi dikatakan rosak dan membengkak.
Hasil pemeriksaan, buah pinggang sebelah kanan tiada manakala sebalah kiri membengkak. Malah, Ismail juga memerlukan rawatan secepat mungkin memandangkan situasi yang dialaminya itu.
Assalammualaikum. Anna mohon jasa baik dari kalian untuk mendoakan kesihatan anak Anna. Doakan semoga Ismail cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan kami. Mana tahu atas sebab doa kalian ALLAH angkat dan makbulkan doa kalian untuk anak Anna.
Doc dapati buah pinggang Ismail belah kanan tiada. Manakala buah pinggang Ismail sebelah kiri bengkak. Ismail kene dapatkan rawatan secepat mungkin memandangkan Ismail hanya ada satu buah pinggang dan buah pinggang yang ada pun bengkak.
Anna turut memberitahu, situasi kesihatan Ismail yang sering demam dan air kencing yang tidak normal menyebabkan mereka membawanya ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.
“Dia selalu demam onn off, walaupun tengok fizikal nampak sihat tetapi sebagai ibu, naluri saya merasakan ada yang tak kena. jadi, kami bawa Ismail bertemu pakar dan membuat pemeriksaan lanjut.
“Sekarang Ismail dimasukkan ke hospital di Johor dan sedang menerima rawatan antibiotik,” ujar Anna yang ditemubual oleh Mstar.
Dalam pada itu, Anna turut memohon orang ramai menitipkan doa buat anak kecilnya itu supaya cepat sembuh
Anna mohon atas jasa baik kalian, doakan lah untuk anak Anna. Selitkan nama anak Anna dalam setiap solat dan doa kalian. Semoga ALLAH balas semua jasa baik kalian.
Doakan Anna kuat. Luluh hati Anna bila tengok Ismail sakit. Sayu bila pandang muka Ismail. ALLAH. Ya ALLAH😭😭.
Tak dinafikan kereta kalau lama tak dibasuh memang meninggalkan bau yang kurang enak. Apa lagi kalau banyak terkesan kesan tumpahan makanan ketika dalam perjalanan.
Bau sisa makanan atau tumpahan air minuman pada kerusi kereta oleh anak-anak kita yang sedang membesar adalah perkara biasa. Kadang-kadang belum sempat kering lagi dah tumpah semula pada karpet atau kerusi.
Kalau tak sempat untuk membasuh kereta ada baiknya anda cuba beberapa petua untuk hilangkan baunya. Mengikut petua yang dikongsikan oleh Ahmad Aizatnur Zakaria di instagramnya ini juga patut anda cuba. Bukan hanya bau busuk hilang, malah kereta juga kekal segar seperti baru dicuci.
Menariknya, petua yang dikongsikan olehnya ini cukup mudah malah tak gunakan kos yang mahal pun. Jom kita cuba. Memang menarik!
Berikut adalah cara-cara yang ditunjukkan olehnya.
1. Sediakan satu bekas plastik. Saya pakai bekas beli “tau fu fa”.
2. Ambil satu getah gelang. Saya ambil di dapur. Ada banyak.
3. Ambil sehelai kertas tisu di ruang tamu.
3. Satu sudu besar kopi Nescafe.
Siapkan seperti dalam gambar di atas lalu simpan di bawa kerusi kereta anda. Sifat kopi memang menghilangkan bau yang kurang enak. Insyallah masalah bau yang kurang enak akan diserap oleh bau kopi yang segar aromanya.
Macam Nak Wangikan Kereta?
Bukan semua orang boleh gunakan pewangi yang dijual dipasaran. Ada yang alah dengan bau-bauan ini malah tak kurang juga yang boleh terus muntah bila menggunakan pewangi kereta. Penghidap asma biasanya cukup alah dengan pewangi kereta. Setuju tak?
1. Daun Pandan
Hiris daun pandan nipis dan masukkan ke dalam bekas yang sedikit terbuka di atasnya. Biarkan sahaja dan hasilkan kereta akan lebih harum dan segar.
2. Lemon
Sediakan dua hirisan lemon dan letakkan di dalam kereta anda. Buka sedikit tingkapnya supaya ada udara yang masuk untuk bertindak balas. Biarkan sahaja lemon dan hasilkan bau bukan sahaja hilang tetapi juga lebih harum.
3. Limau Purut
Limau parut juga bertindak seperti lemon. Hiris dan letakkan di dalam kereta anda. Biarkan aromanya meresap pada seluruh kereta anda.
Kredit: Ahmad Aizatnur Zakaria
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebelum ini pernah tular tentang wanita hebat, Norfarrah Syahirah Shaari yang mampu menguruskan kehidupan sendiri termasuklah memandu kenderaan walaupun tidak mempunyai kedua-dua belah tangan.
Dia yang sudah bertemu jodoh dengan kekasih hati, Zulfadli Syahrul pada Julai lalu telah mendapat ucapan tahniah serta masing-masing mendoakan kebahagian pasangan tersebut.
Baru-baru ini, Norfarrah ada memuat naik satu video di aplikasi Tiktok miliknya yang memaparkan dirinya dan suami sedang makan di dalam kereta.
Apa yang membuatkan ramai terharu adalah setiap kali wanita itu makan akan disuap oleh suaminya dan kapsyen Norfarrah yang mengucapkan terima kasih kepada suaminya kerana telah sudi menjadi ‘tangannya’ apabila menyuapkan makanan serta tidak kisah berkongsi juadah bersama-sama.
“Terima kasih suami berikan tangan untuk melengkapi dan menutupi segala kekuranganku…Syukur alhamdulillah.. Semoga kita sentiasa happy selalu dan bahagia dengan cara kita,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata tersentuh melihat si suami menyuap isterinya dan akui turut terharu dengan kebahagiaan yang dikecapi pengantin baru itu. Mereka juga turut menitip doa buat pasangan ini kekal bahagia selamanya.
Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2023 di Bagan Datuk, Perak. Difahamkan, mereka telah pun berkenalan sejak setahun yang lalu dan mengambil keputusan bergelar suami isteri selepas masing-masing ikhlas menerima pasangan mereka seadanya.
Tegur remaja main motosikal, warga emas maut dipukul besi cota. Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun maut selepas dipercayai dipukul dengan sebatang besi cota dalam kejadian di Kampung Buluh, Gual Ipoh pada petang Khamis.