
Tidak dinafikan bila diajukan soalan kepada mereka yang tidak makan ikan, jawapan yang biasa kita dengar mengatakan ikan berasa hanyir. Tapi buat sesetengah orang pula merasakan ikanlah paling sedap dimakan walaupun hanya sekadar digoreng begitu sahaja.
Jadi untuk pastikan ikan yang dimasak tidak akan berasa hanyir malah memberi rasa lebih enak bukan hanya dicuci begitu sahaja. Adaccara dan petua yang boleh anda lakukan, ini seperti yang dikongsikan oleh Juriah H Mazlan.
RAHSIA dan PETUA nak masak ikan dengan lebih SEDAP.
Tak kiralah apa jenis ikan sekalipun, dan apa-apa jenis masakan pun, insyaAllah bila kita buat macam ni, rasa ikan dalam masakan lebih terasa sedapnya.
Kita mak-mak ni walau kita selalu membeli atau makan di luar, kita mesti nak memasak juga untuk keluarga kan?
Walaupun hanya seminggu sekali. Haha!
Macam mama fatim ni kan, takkanlah asyik nak mengadap mesin jahit je, fikir hal-hal business je..
Ok, ini cara-caranya:-
1) Basuh ikan tak kira apa jenis sekalipun bersih-bersih. Toskan dulu airnya.
2) Ambil sebiji dua limau kasturi (yang ini mama fatim petik je dari kebun mini tu)
3) Perahkan limau tu pada ikan. Letakkan sesudu dua garam kasar.
4) Gaulkan rata-rata macam basuh ikan tu. Tinggalkan dalam 1 minit.
5) Bilas semula ikan tu bersih-bersih.
6) Masaklah seperti biasa. Nak goreng ke, masak gulai ke, atau apa-apalah.
7) Nak simpan separuh dalam peti sejuk pun boleh.
InsyaAllah, tak ada rasa hanyir ikan, rasa gulai atau gorengan pun jadi lebih sedap.
Sukar Dalam Hidup, Rupanya Salah Cara Berdoa, Ini 18 Adab Untuk Dapatkan Doa Mustajab.

Doa itu adalah rayuan kepada Allah (Tuhan) untuk penganut Islam. Caranya adalah dengan meletak tangan di hadapan dan menghadap kedua tapak tangan ke atas.
Lazimnya kita akan berdoa untuk meraih rahmat Allah SWT, mendapatkan apa yang diinginkan, melancarkan segala urusan, memberikan ketenangan, mendapatkan pengampunan dosa, menjauhkan dari kesukaran dalam hidup dan mendekatkan diri pada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud
“Apabila diantara kamu berdoa, mulakan dengan memuji Allah, kemudian berselawat keatas Nabi , kemudian mintalah apa yang dia mahukan”. Hadith Riwayat Tirmizi.
Memohon kepada Allah Yang Maha Berkuasa, setakat mana doa itu dapat dimakbulkan adalah bergantung kepada perkara-perkara yang perlu dijaga seperti adab, tempat dan waktu mustajab memohon doa.
8 Antara tertib berdoa yang berpotensi mendapat perkenan Allah ialah:
1.Bertaubat kepada Allah S.W.T terlebih dahulu atas segala kesalahan yang telah dilakukan. Boleh mengerjakan solat sunat taubat dan disusuli dengan beristighfar.
2.Lakukan solat-solat sunat seperti solat tasbih, solat tahajjud dan witir sebelum berdoa.
3.Tadah tangan ke arah kiblat sambil menghadirkan rasa ikhlas di dalam hati dan bersungguh-sungguh untuk memohon hajat ke hadrat Allah S.W.T
4.Mulakan doa dengan bertasbih seperti Alhamdulillah atau menyebut nama-nama Allah yang agung. Kemudian berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.
5.Lafazkan permohonan anda dengan rasa rendah diri dan suara yang sederhana kuat.
6.Berdoalah dengan sepenuh hati. Tanamkan keyakinan dan pengharapan bahawa Allah akan memakbulkan doa anda itu.
7.Disarankan mengulang-ulang doa tersebut sebanyak tiga kali.
8. Akhiri doa dengan memohon keselamatan hidup di dunia dan akhirat, diikuti selawat ke atas Rasulullah s.a.w dan memuji Allah S.W.T
Walaupun semua tertib ini diikuti, ia masih belum menjamin doa anda tersebut termakbul sekiranya aspek-aspek lain dalam kehidupan anda tidak dijaga.
Pastikan makanan yang anda makan, baju yang anda pakai, kereta yang anda bawa dan rumah yang anda diami datang dari sumber rezeki yang halal.
Memilih waktu untuk berdoa juga memainkan peranan yang penting untuk memperoleh doa yang mustajab.
10 Antara waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa adalah:
1.Sepanjang bulan Ramadan terutamanya Lailatul Qadar
2.Satu pertiga malam iaitu daripada waktu tengah malam sehingga waktu fajar.
3.Pada hari wuquf di Arafah
4.Sepanjang hari Jumaat. Ada pendapat ulama’ mengatakan hanya satu waktu sahaja dalam hari Jumaat yang doanya dimakbulkan oleh Allah.
5.Malam dua hari raya iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
6.Setiap kali selepas solat fardhu.
7.Waktu antara azan dan iqamat
8.Ketika sujud dalam solat fardhu
9.Selepas solat Asar.
10. Anda juga perlu berusaha berdoa pada bila-bila masa dan keadaan selain perlu mematuhi adab berdoa.
Mungkin doa anda tidak akan ditunaikan dalam masa yang terdekat tetapi anda perlu yakin kepada Allah S.W.T dan sentiasa bersabar memohon doa tersebut.
Sebenarnya, tiada doa yang tidak dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Kita sebagai makhluk sofistikated yang lemah semestinya memerlukan pertolongan dan bantuan dari Pencipta kita.
Bila Allah S.W.T akan memakbulkan doa anda, ia adalah hak Allah. Kita perlu terus berusaha dan beristiqamah dengan doa anda. Insya-Allah segala apa yang anda hajatkan pasti tertunai.
Sumber: korbanaqiqah.com.my
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Keluarga akan mengadakan program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang. Jom daftar ramai-ramai, kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada chef terkenal, Chef Amer. Hanya RM 20, dan anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan banyak lagi hadiah menarik ditawarkan untuk peserta. Jadi usah tunggu lagi, jika anda berminat, daftar di link ini https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/ Anda juga boleh whatsapp admin di 016-9647520 untuk info lanjut.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Kerinduan Tiada Penghujung Buat Anak Sulung, Ibu Ni Kongsi Apa Dilaluinya. Sungguh Menyentuh Hati!

Kisah yang dikongsikan oleh wanita yang dikenali sebagai El Haura Esha di Fb ini jika dihayati, pasti mampu membuatkan hati seorang wanita, tersentuh dan mengalirkan air mata kesedihan.
Wanita ini, terlihat begitu rindu dan sabar menanti anugerah terindah dari Allah. Dua tahun lamanya dan akhirnya disahkan mengandung. Pun begitu, saat berada di bulan ke enam usia kandungannya, kesabaran itu diuji lagi dan menyebabkan kerinduannya pada insan bergelar anak tiada berpenghujung.
Dan meluahkan rasa rindu yang menebal, El Haura coretkan catatan untuk dijadikan kenangan.
UMI RINDU ANAK UMI. AL FATIHAH ?
6/8/2018
7.50 pagi
Adik, tahu tak. Sehari sebelum umi lewat period umi dengan abi dan kawan kawan yang lain naik gunung jerai. Masa ni umi banyak sangat berjalan. Sampai kan tiap hari umi hitung hari sebab nak tengok bulan tu period lewat tak.
Lama dah kami tunggu kehadiran adik. 15/9 ni cukup 2 tahun umi abi bina masjid,bagi mereka yang dah ada anak mungkin masih baru. Tapi tidak bagi umi. Umi rasa lama sangat penantian ni . Masa umi naik gunung jerai tu, umi dah rasa tak sedap badan. Rasa mual. Rasa nyucuk je kadang perut ni. Tapi umi tak berharap pun sebab dah banyak duit umi habiskan untuk beli opk dengan upt sebelum ni. Kadang kadang umi test tanpa pengetahuan abi. Lepas test terus umi buang. Result menghampakan. Kadang abi tanya dah test ke. Umi cakap belum. Sebab umi taknak abi tahu result nya negative. Begitulah bulan demi bulan berlalu.
YaAllah, tiap bulan umi tunggu saat saat ni. 2 hari lewat umi tak test lagi sebab umi anggap Allah nak bagi umi peluang untuk beribdat padaNya.Disaat abi sedang lena dibuai mimpi. Umi bangun mohon taubat dan keampunan dengan Allah. Umi tahajud. Umi nangis sepuas hati sampai tak keluar suara, dengan harapan moga Allah bagi umi merasai nikmat ni. Umi pun teringin juga nak ada anak.5 hari berlalu, umi pelik kenapa masih tak datang jugak. Malam tu umi dapat mimpi upt double line. YaAllah seronok sangat walaupun tu cuma mimpi. Esok tu umi terus test, tapi umi tak berharap pun. MasyaAllah clear blue naik pregnant 3+ .Gembiranya umi.
Tapi umi tak bagitahu lagi abi. Malam tu umi buat suprise. Sujud syukur abi kamu. Terus dia datang gosok perut umi panggil assalamualaikum baby.baby buat apa tu. Seronok umi tengok dia. Akhirnya umi dapat bagi dia zuriat. Hari demi hari berlalu. Abi ikutkan semua kehendak umi nak makan apa. Banyak abi beli buah. Susu. Umi rindu saat saat ni. Kadang bila takdapat apa yang umi nak, mesti menangis. Kenangan. Makin hari adik makin membesar,dengan alahan nya yang teruk. Sampai kadang muntah keluar darah sikit sebab luka. Tapi takpa, umi okay je. Demi adik anak umi yang umi cinta. .
Adik, umi rindu adik. Adik anak yang menyenangkan. Selama umi kandung kan adik 6 bulan 1 hari. Adik takda masalah apa pun. Semua okay. Hb umi pun okay. Kenangan terindah bila umi dapat rasa gerakan adik. Rindunya. Adik yang selalu teman umi kemana mana. Benda yang paling umi abi taksabar adalah bila dapat tarikh nak scan. Kami seronok dapat tengok buah hati kami walaupun melalui scan.
Berdoa Yang Baik-baik
Umi ingat lagi. 31/7 pukul 8.15 pagi macam tu, umi tengah baring ke kanan. Pastu bila umi nak pusing ke kiri umi rasa adik aktif sangat. Tiba tiba PAPPPPPPP! Ketuban pecah. Umi dengan kuasa veto pergi tandas ingatkan air kencing, makin lama makin banyak, rasa suam panas. Takdapat nak kawal. Sah bukan air kencing. Ketuban pecah. Umi jerit panggil abi. Suruh siap. Habis air ketuban bersepah dekat rumah pondok kita. Rumah pondok. Besar mana lah sangat kan. Umi pakai jubah, tudung. Habis basah jubah umi masa ni. Dengan keadaan kalut ingat dah nak beranak sampai umi lupa nak pakai purdah.
Masa nak turun tangga sekali 3 anak tangga umi lompat, masa tu dah tak fikir dah akan jatuh tergolek ke apa. Janji anak umi selamat. Sampai laboor room, pelatih lelaki seluk. Pastu doktor pulak seluk, jalan dah bukak 2cm. Tapak Kaki adik dah keluar. Bacaan ketuban 2 .Bila diingatkan balik, 2minggu sebelum ketuban pecah umi ada kene cirit birit dalam 10 hari macam tu ,umi dah pergi kk, doktor cuma bagi air garam je. Umi takpergi kecemasan terus sebab umi tahu nanti akan kene tahan wad. Kebetulan masa tu umi abi tengah kering. Mana nak bayar bil spital. Tu apa yang umi fikir masa tu. Sedangkan rezeki Allah taala tu luas. Umi lupa.
Masa dalam wad seminggu, umi cakap kat abi. Pujuk lah adik supaya dia keluar. Umi kesian kat adik ,sebab kaki adik dah keluar tapi kuasa Allah umi takrasa pun kaki adik keluar, cuma bila adik bergerak umi rasa ngilu. ,umi taknak adik pergi dalam perut. Umi nak tengok adik keluar masih bernyawa. Abi usap perut, abi cakap
“Dik, keluar la. Umi abi tak sabar tunggu adik. Kesian umi. Abi umi redha kalau jadi apa apa .muhammad alwi anak yang baik. Permudahkan lah urusan umi ”
Seminggu umi kene tahan wad. Tiap malam umi luangkan masa di bilik solat. Tiap malam umi bacakan yasin untuk adik. Supaya adik dapat bertahan. Disaat mereka yang menunggu masa bersalin lena dibuai mimpi. Umi sorang sorang duk menangis dalam tu. Perit kan dik, menangis tak keluar suara ni. Umi cuma fikirkan macam mana nak selamatkan adik. Nak balik rumah cepat .Malam sebelum umi bersalinkan adik, kuat sangat adik menendang. Seronoknya umi. Hilang semua kesedihan umi waktu tu. Sebab dah seminggu kot umi kene tahan wad. On antibiotik 6 jam sekali. On dexa dua dos. Sebab ketuban pecah awal. Pukul 3 pagi umi tersedar sebab adik duk mengeras je taktahu berapa minit sekali. Umi cakap dekat adik.
” kenapa anak umi mengeras. Adik tak selesa eh kat dalam. Mungkin sebab ruang sempit kot. Yelah ketuban dah takde kan. Sabar eh. Jap lagi umi g tandas. Adik kuat eh. Kalau adik kuat umi pun kuat. ”
Pastu adik mengeras lagi, kemudian adik aktif menendang. Umi termenung jap kat katil. Sebelum 3 hari adik nak keluar, umi dah mimpi adik akan pergi tinggalkan umi.pastu umi pujuk adik. Umi cakap lagi kat adik.
” Adik. Kalau adik nak pergi. Adik pergilah dik. Umi dah redha. InsyaAllah umi akan cuba untuk kuat. Umi nak balik rumah. Umi rindu abi. Umi serabut duk hospital. Kene cucuk. Sakit dik. Umi dah redha. Umi sayang adik. InsyaAllah kalau adik keluar, adik hidup. Umi sanggup jaga adik. Ulang alik hospital pun takpe. Umi sanggup datang jaga adik. Okay lah jum kita g tandas. Umi nak solat sunat. Kita solat sama sama eh ”
Saat Cemas
Jam di skrin telefon menunjukkan dah pukul 3.30 pagi. Lagi sekali rasa mengeras. Sakit pinggang halus halus ja. Gagah kan diri pergi tandas. Masa umi g tandas tu, umi tengok darah ketul keluar. Umi gelabah dah. Terus g kat kaunter,bagitahu nurse,nurse suruh duk kat katil dulu . Masa ni umi tak tenang dah. Umi mesej abi suruh siap sedia.
Pukul 5 setengah umi ditolak ke laboor room. Doktor cek jalan dah 5cm. Kaki adik dah keluar sampai lutut dah. Tapi kuasa Allah umi tak rasa apa. Sakit pun takde. Alhamdulillah. Nikmat,buat ctg jantung adik okay. Takde apa masalah. Adik pun aktif je . Kuatnya anak umi ni. Pastu doktor tinggal kan umi sorang sorang dalam bilik pramatang. Doktor cakap kalau ada rasa benda keluar terus panggil nurse. Taklama kemudian pukul 6.30 pagi umi masuk laboor room. Umi mesej abi suruh masuk. Pukul 6.45 cemtu abi masuk. Pukul 7 nurse pasang drip induce. Pastu nurse pergi mana tah. Pastu nurse lain lak datang. Pastu umi bagitahu nurse rasa nak kencing. Nurse pun cakap nak pasang tiub terus tak rasa nak kencing .takut. pastu nurse tanya ada rasa sakit tak. Contraction. Umi cakap takde. Umi tanya macam mana rasa Contraction. ?
7.30 pagi
Pastu masa nurse duk pasang tiub air kencing tu. Tiba tiba umi rasa macam ada benda nak keluar. Tapi umi tak rasa sakit. Masa ni kuat sangat adik bergerak. Umi bagitahu nurse.
” Nurse, saya rasa macam ada benda nak keluar. Saya nak teran eh. Tapi tak rasa sakit. ”
Nurse suruh tunggu jap. Pastu tiba tiba nurse menjerit cakap.
“Mana doktor. Mana MO. Takda orang ke ni. Patient bilik pramatang dah nak bersalin. YaAllah mana ni doktor. Kaki badan baby dah keluar ni. Bergerak lagi ni. Adik selawat dik. ”
Suami tak henti bisik suruh baca ” Allah hu, zat yang Esa ”
Masa ni dah penat sangat meneran. Rasa dah putus asa. Sebab tenaga dah kurang. Tiba tiba ramai gila pelatih laki masuk. Ya tuhan. Terus terbantut nak meneran. Termenung kejap. 7.40 doktor pun datang. Diaorang baik sangat. Walaupun lambat tapi takpe lah. Asbab je semua tu. Doktor suruh push. Doktor pun cakap kalau dah takboleh nak teran. Puan rileks ya. Kalau boleh biar lah dia keluar dengan sendiri. Lagipun saya tengok dia dah tak bergerak ni.
Masa ni dah rasa ada kekuatan. Umi pun sebut Allahuakbar 3 kali. 7.50 keluarlah anak lelaki umi yang hensem, cukup sifat sempurna seberat 770g. YaAllah seronok sangat umi rasa waktu ni. Tapi umi lupa yang anak umi dah takde.Anak umi lemas. Sebab kepala lambat keluar. Abi tak henti bagi semangat. Abi umi redha. Abi letak adik atas badan umi. Masa ni umi berharap yang adik akan bergerak balik. Tapi takda pun. Umi belai jari adik yang tidak bernyawa . Usap kepala adik. Cium adik. Wangi nya. Darah pun takde kat badan adik abi cakap.
Taklama lepastu nurse amek adik. Abi suruh nurse mandikan adik. Sebab abi nak uruskan kubur adik. Nak carikan orang. Dia kalut sangat masa tu. Taklama lepastu umi ditolak masuk ke bilik rawatan. Kebetulan dalam bilik rawatan tu ada kawan umi dari wad yang sama. Dia pun bersalin malam sebelum adik lagi. Dalam bilik tu ada tiga orang. Kawan umi duk hujung sekali belah kiri. Umi duk hujung belah kanan dekat ng pintu masuk. Pastu sorang lagi umi tak kenal. Dia duk tengah. Umi ingat umi kuat. Masa umi masuk tu kawan umi tanya.
” Baby mana.? dah bersalin eh? Baby laki ke perempuan? Berat berapa?
Umi cakap dah. Alhamdulillah. Lelaki. 770g. Tengah dimandikan. Taklama kemudian budak yang katil tengah tu tengok luar,ada nurse pegang adik dan dia cakap ehh eh, anak siapa tu. YaAllah kesian nya. Pastu umi pandang luar. Umi tengok kain batik tu. Umi kenal kain batik tu. Taklama lepastu umi nampak abi. Adik dah siap dimandikan. Terus umi meraung. Umi cakap. Kak! Tu anak saya. Anak saya dah MENINGGAL .SAYA RINDU ANAK SAYA. ? KUAT SANGAT umi nangis masa tu. Sampaikan diorang pun nangis sekali. Pastu nurse pun tutup tirai. Tak bagi diorang sembang dengan umi. Sebab nurse takut diorang tanya umi soalan macam macam.
Lepas adik dah dimandikan. Dikafankan. Abi bawak adik jumpa umi. Tapi dengan syarat kalau nak tengok adik. Umi takboleh nangis.Masa abi bukak ikatan tu. Umi dapat tengok muka adik.Umi dapat kekuatan yang luarbiasa. Sebelum ni umi taktahu pun adik lelaki ke perempuan. MasyaAllah comelnya anak umi. Sempurna cukup sifat. Dengan hidung mancung .hensemnya. putih sangat. Lembut je pipi adik. Geram umi tengok mulut adik yang tersenyum indah. Adik dah nampak syurga lah tu kan. Seronoknya. Alhamdulillah umi bangga ada anak syurga. Umi peluk cium adik. Belai pipi lembut adik. Wangi nya adik. Orang yang mandikan adik pakaikan adik celak atas permintaan abi. Pastu abi suruh pakaikan buat macam serban. Allahu comel sangat. Geram umi tengok adik. Walaupun adik dah tak bergerak. Umi rasa tenang sangat masa tu. Umi kuat masa tu. Tak nangis pun.
Ciuman Terakhir
Abi senyum je dik. Dia cakap ank umi hensem.Masa abi dah nak bawak balik adik. Umi bagi ciuman terakhir buat adik. Abi dengan adik dah takda depan umi. Umi termenung.siapa nak isap susu umi ni ?. Dalam kesedihan umi merasakan ketenangan dan seronok. Doktor bagi umi ubat stop susu. Dik, maaf sebab takdapat nak susu adik. Umi pun teringin jugak macam mereka. Dapat menyusu dan peluk anak mereka. Adik, umi mintak maaf sebab umi takdapat nak temankan adik sampai kubur. Maaf sebab umi takde masa adik balik ke rumah baru adik. Maaf dik. Umi kene duduk wad masa tu. Tapi umi janji lepas habis pantang umi pergi melawat anak umi. Umi rindu adik.
Terima kasih dik sebab hadir dalam hidup dan rahim umi selama 6 bulan 1 hari. Walaupun sekejap umi dapat merasa. Umi seronok. Dapat merasai nikmat ni semua. Terima kasih sebab permudahkan urusan umi. Dik, baju adik tu, barang barang adik tu siapa nak pakai dik. ? Mana adik, umi rindu. Baru je umi rasa adik menedang, bergerak. Tiba tiba adik dah takde . Kadang umi lupa yang adik dah takde. Umi usap perut.Patutnya due adik 25/11 ni. Dik, masa umi mula mula solat dalam pantang. Umi berdoa macam biasa umi doakan sebelum adik pergi. Sampai sekarang umi terbawak bawak. Umi doa
” yaAllah. Terima kasih alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bersama dengan zuriat ku. Terima kasih Allah. Jadikan anak ini anak yang soleh solehah. Anak yang diberkati….. ”
Sampai je dekat diberkati umi baru sedar yang anak umi dah takde. Umi menangis kat situ jugak. Pastu umi cakap dekat Allah. YaAllah, kenapa dengan aku ni. Anak aku dah takde la yaAllah.
Kejap je masa berlalu dik. Harini dah 40 hari adik pergi tinggalkan umi. Umi takkan lupakan adik sampai bila bila.
Dekat sini jelah umi meluah apa yang umi rasa. Dengan sokongan dan semangat dari kawan kawan umi kat dalam ni. Umi kuat.
Nanti, jangan lupa tarik umi dengan abi ke syurga tau. Jangan lupa cari umi ya adik. Umi janji lepasni akan jadi ibu dan isteri yang baik untuk abi. Umi akan cuba baiki diri. Dik, nanti kalau abi pergi kelas siapa yang nak temankan umi macam selalu.
umi dah puas hati dapat cium adik. Belai adik.Ni je gambar adik yang umi ada. Bila umi rindu umi tengok ni jelah. Bila tengok barang barang adik. Umi sebak. Tapi sekarang umi dah kuat.
Umi sayang anak umi.
MUHAMMAD ALWI BIN MUHAMMAD SYAHIRAN .
sumber : El Haura Esha
PKP Didik Kita Bersedekah, Bantu Yang Susah. Itulah Bahagia Sebenar.

Dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakaan (PKP) ramai menghadapi masalah kewangan akibat pemotongan gaji, diberhentikan kerja setelah syarikat terpaksa ditutup dan sebagainya.
Bencana virus covid 19 ini telah memberi kesan kepada ekonomi sesebuah keluarga. Malah ada segelintir keluarga terpaksa berjimat cermat ketika berbelanja. Semua ini turut memberi kesan kepada peniaga-peniaga kecil.
Situasi ini digambarkan menerusi Facebook Taufiq Razif bahawa peniaga kecil di kampung menerima nasib yang sama apabila jualan kurang mendapat sambutan. Untuk membantu golongan ini boleh pelbagai cara salah satu katanya, dengan membeli dalam jumlah yang banyak jika kita diberikan rezeki yang lebih. Sikap tidak berkira ini akan memberikan kebahagian kepada golongan peniaga kecil ini.
Ikuti perkongsiannya.

Tadi sorang pakcik penjual ikan ni lalu depan rumah saya. Kebetulan isteri nak makan udang jadi saya pun pergi lah keluar.
Saya tengok dalam bekas yang ada di motor pakcik ni. Ada sekor ikan tenggiri, sebekas ikan selar, selonggok sotong dan udang.
Dalam hati saya je tengok pakcik ni. Perlahan sangat pergerakan tangan dia. Diambilnya udang satu persatu, timbang. Eh belum cukup ni. Dia ambil lagi dan timbang. Semuanya cukup perlahan. Yelah, kudrat orang tua yang masih terpaksa bekerja kan.
Bayangkan umur dah berusia tapi terpaksa keras lagi. Nak ambil stok ikan bukannya dekat. Kena ambil di jeti yang terletak berpuluh kilometer dari situ. Dah la motor pun uzur sangat dah tu. Seat terkoyak sana sini. Karat pun penuh satu body.
Aduh.Macam la saya nak bantu pakcik ni. Tiba tiba dapat ilham ” Pakcik. Saya borong semua ikan tenggiri yang 2.5 kilo ni dan bagi saya udang dan ikan ni banyak banyak ya “
” Ada tempat air paip tak? Saya nak potong ikan tenggiri ni kat sini “
Punyalah suka pakcik ni bila saya beli ikan tenggiri dia sampai dia nak potongkan ikan tu disitu juga!
Inilah kebahagiaan teman teman. Kebahagiaan sebenar adalah bila kita boleh tengok kebahagiaan orang yang kita tolong.
Kebahagiaan sebenar adalah bila orang lain boleh bahagia disebabkan oleh bantuan kita. Tak semestinya bantuan tu kena banyak dan besar.
Kadangkala benda semudah senyuman di awal pagi, halalkan baki ketika membeli dan bantu peniaga kecil dengan memborong lebih sedikit ketika kita diberikan lebihan rezeki pun dah cukup membuatkan hati manusia lain berbunga bunga dah.
Dan percayalah, ketika kita membuatkan hati manusia lain berbunga dan bahagia. Disitulah mulanya pintu rezeki kita sendiri pun akan mula terbuka.
Sumber: Taufiq Razif