Kekeluargaan

Selepas 3 Tahun Menanti, Elizabeth Tan Mulakan IVF Demi Impian Bergelar Ibu

Share

Elizabeth Tan IVF menjadi langkah seterusnya dalam perjalanan penyanyi dan pelakon itu mendapatkan cahaya mata selepas tiga tahun mencuba. Setiap pasangan mempunyai perjalanan berbeza dalam menanti kehadiran cahaya mata. Ada yang dikurniakan rezeki zuriat tidak lama selepas berkahwin, namun ada juga yang perlu melalui pelbagai usaha dan rawatan sebelum impian bergelar ibu dan ayah menjadi kenyataan.

Begitulah perjalanan penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan yang kini memilih untuk meneruskan ikhtiar mendapatkan zuriat menerusi rawatan persenyawaan in-vitro atau IVF selepas tiga tahun mencuba.

Perkembangan tersebut dikongsikan Elizabeth menerusi satu hantaran di Instagram yang memperlihatkan dirinya bertemu dengan perunding obstetrik dan ginekologi merangkap pakar kesuburan, Dr Navdeep Singh.

Elizabeth Tan IVF, “Memang Berdebar”

Menerusi video berkenaan, Elizabeth atau mesra disapa Lizzy kelihatan ceria ketika mendapatkan pandangan pakar mengenai langkah seterusnya dalam perjalanan mendapatkan cahaya mata.

Walaupun cuba kekal positif, pelakon berusia 33 tahun itu tidak menyembunyikan perasaan berdebarnya untuk melalui proses berkenaan.

“Korang doakan I okay?” tulisnya ringkas.

Menurut Elizabeth, selepas tiga tahun mencuba, dia dan suami, Dr Siew Jim Ding, mengambil keputusan untuk meneruskan usaha mereka dengan langkah membekukan telur.

“Tak payah tanyalah berdebar ke tidak? Memang berdebar. Sudah tiga tahun, tiba masanya untuk bekukan telur-telur saya,” katanya.

Pernah Jalani IUI Dua Kali

Ini bukanlah usaha pertama Elizabeth dalam perjalanan mendapatkan zuriat.

Sebelum ini, dia pernah menjalani rawatan kesuburan intrauterine insemination (IUI) sebanyak dua kali. Bagaimanapun, usaha tersebut masih belum membuahkan hasil.

Tidak berputus asa, perjalanan Elizabeth Tan IVF kini menjadi sebahagian daripada ikhtiar seterusnya demi merealisasikan impiannya untuk bergelar ibu.

Perjalanan mendapatkan zuriat bukan sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila melibatkan rawatan kesuburan yang memerlukan kesediaan fizikal dan emosi.

Namun kesungguhan Elizabeth untuk terus mencuba mendapat sokongan ramai yang mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Rakan Artis Titip Doa Buat Elizabeth Tan

Perkongsian Elizabeth turut mendapat perhatian rakan-rakan selebriti dan pengikutnya yang membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat serta doa.

“Saya doakan awak dapat mengandung dan dapat baby comel,” komen seorang rakan artis.

Sokongan sebegini tentunya cukup bermakna buat Elizabeth dan suami ketika melalui fasa penting dalam kehidupan mereka.

Elizabeth dan Dr Siew Jim Ding mendirikan rumah tangga pada 2021 dalam sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung secara tertutup.

Selepas melalui tiga tahun penuh penantian dan pelbagai ikhtiar, pasangan ini masih tidak berputus asa mengejar impian untuk memiliki cahaya mata sendiri.

Elizabeth Tan IVF, Terus Berusaha Demi Cahaya Mata

Semoga segala urusan Elizabeth dipermudahkan dan usaha yang dilakukan kali ini membawa khabar gembira buat dirinya serta suami.

Buat pasangan lain yang sedang melalui perjalanan sama, kisah Elizabeth Tan IVF ini juga menjadi peringatan bahawa soal zuriat adalah sesuatu yang sangat peribadi. Daripada terus bertanya “bila nak ada anak?”, mungkin doa dan kata-kata semangat adalah hadiah yang jauh lebih bermakna buat mereka yang masih menanti.

BACA LAGI : 6 Kali IVF, 11 Tahun Kahwin, Taufik Batisah Setia Temani Isteri Usaha Dapat Zuriat

Sumber : Instagram Elizebeth Tan