Ustazah Asma’ Harun, siapa sahaja yang tidak mengenali penceramah bebas ini. Meskipun lembut tutur bicaranya namun tegas dalam menyebarkan dakwah. Malah kini dilihat begitu aktif di media sosial berkongsi ilmu untuk masyarakat meskipun terpaksa menempuh pelbagai ujian dan dugaan. Baginya itu semua asam garam orang yang berjuang di jalan Allah. Maka tidak hairanlah dirinya sentiasa menjadi idola, inspirasi dan rujukan buat orang ramai.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Baru-baru ini anak kelahiran Terengganu yang juga merupakan ibu kepada 7 orang anak ini telah mendapat pengiktirafan Tokoh Sayyidatina Aishah di dalam Program Hari Sayyidatina Aishah Kali Ke-2 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 2022 yang bertemakan ‘Wanita Inspirasi’.
Merakam rasa syukur dan terima kasih di atas penganugerahan tersebut, ustazah Asma’ turut menzahirkan dengan nukilan kata-kata yang indah dikongsikan di akaun facebooknya.
“Kalung Emas Anugerah Tokoh Sayyidatina Aishah yang dianugerahkan kepada saya ini saya sarungkan ke sosok tubuh seorang wanita yang telah melahirkan, membesarkan serta mendidik saya dan 9 adik beradik yang lainnya sedari kami kecil. Sungguh, tiada balasan setimpal yang boleh dihadiahkan buat Mak dan arwah Ayah di atas segala pengorbanan selama ini,” ujarnya.
Menambah lagi bahawa perjalanan dalam medan dakwah ini tiada penghujungnya, selagi masih bernyawa maka kaki ini akan terus melangkah dan bukanlah anugerah sebagai ukuran kejayaannya.
Ads
“Anugerah ini tidak sesekali dipinta dan ia bukanlah sebagai ukuran kejayaan bagi sesiapa, sama ada berjaya atau sebaliknya dan ini termasuk juga saya, kerana makna berjaya yang sebenar adalah kejayaan di sisi Allah iaitu mencapai redhaNya. Masih banyak yang perlu dipelajari, demi menyampaikan walau satu ayat dalam dakwah.
“Sungguh, amanah yang dipikul begitu berat kerana semua kurniaan Allah ini pasti disoal di akhirat kelak. Sebenarnya anugerah ini bukan semata-mata untuk saya tapi juga buat keluarga tercinta, sahabat-sahabat, tim dan semua yang tetap bersama dan menerima saya seadanya.
“Jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu Darul Ihsan di atas pemberian yang amat bermakna ini serta ucapan setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan buat YB Dato’ Hjh Siti Zailah Binti Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat kerana menyampaikan anugerah tersebut. Allahu Akbar,” ujarnya menzahirkan rasa syukur.
Emak Tulang Belakang Terkuat
Sudah semestinya, tidak dilupakan insan terdekat yang menguatkan diri ini serta merupakan tulang belakang terkuat adalah mak yang melahirkan diri ini, Hajah Fikriah binti Awang dan arwah ayah yang membentuk diri saya yang sekarang, Haji Harun Bin Ismail. Tanpa keberkatan doa serta didikan mereka, tiadalah saya seperti hari ini.
Ads
Menggalas tugas sebagai ibu, isteri dan dalam masa yang sama bergelar pendakwah tentunya bukan mudah. Justeru, wanita hebat itu turut menitip penghargaan buat suami dan tujuh orang anak yang banyak berkorban.
“Seterusnya, ucapan terima kasih juga ditujukan buat suami tercinta, Encik Tengku Fazli bin Tengku Yahya serta anak-anak yang dikasihi Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah yang sentiasa menyokong, membantu dan banyak berkorban dalam jatuh bangun di sepanjang jalan dakwah ini. Allahu Akbar, semoga Syurga tertinggi sebagai sebaik-baik balasan buat mereka.
Alhamdulillah ingin saya berkongsi kesyukuran ini bersama sahabat semua dan jujurnya terasa kerdil diri ini dengan anugerah yang diberi, namun insyaAllah saya akan sentiasa perbaiki dari hari ke hari untuk mencontohi Ummul Mukminin Sayyidatina Aisyah R.A.
Ads
Kalian semua tetap ada bahagian tersendiri dalam perjuangan ini. Mudah-mudahan kita sama-sama menjadi wanita yang berilmu, dipenuhi dengan jiwa yang tenang dan terus kuat dengan menjadikan Ummul Mukminin Sayyidatina Aisyah R.A. sebagai contoh tauladan. Menjadi wanita dambaan Syurga juga perlukan usaha dan mujahadah.
Di sini kita bertemu, di Syurga kitakan bersatu. Sayang semua kerana Allah kerana Rasulullah SAW.
Bergelar Mr Mama bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi peranan yang selama ini sudah rutin dan sebati dengan golongan wanita, diambil alih oleh lelaki yang bergelar suami. Mungkin pandangan masyarakat agak ‘pelik’ dengan situasi tersebut.
Namun, berbeza pula dengan penulis novel thriller terkenal Ramliee Awang Murshid berkenaan isu ini. Jom kita dengar kenapa dia memilih untuk menjadi Mr Mama selepas 19 tahun mengabadikan diri dalam dunia pekerjaan.
“Setakat ini tiada masalah saya menjadi Mr Mama. Saya dah penat kerja sejak 80-an lagi. Sudah 19 tahun dengan RTM dan sampai satu tahap saya nak kerja sendiri dan menulis sepenuh masa. Saya tidak mahu curi-curi masa dan benda-benda haram masuk. Jika kita curi masa pejabat untuk kerja sendiri tidak baik.
“Rasa berdosa dan tidak berkat bila gunakan waktu bekerja itu untuk perkara lain, tambah lagi bila umur dah meningkat ini memang banyak benda saya fikir. Jadi hidayah datang dan saya berfikir untuk berhenti sejak 2008. Hanya 2012 baru saya nekad untuk berhenti kerja.
“Selepas berhenti, rutin saya adalah mengejutkan semua orang waktu subuh. Solat berjemaah kemudian, buat sarapan ringkas untuk anak dan isteri. Hantar anak ke sekolah, kemudian cuci pakaian, solat dhuha kemudian saya kerja sampai kul 11 sebelum masak. Kemudian keluar semula untuk ambil anak.
Soal masak tak jadi masalah kalau di rumah saya masak ikan, ayam tetapi sayur mesti ada. Tetapi saya tahu kadang-kadang bila anak lihat apa yang saya masak, boleh agak yang dia bandingkan masakan saya dengan isteri. Jika malas saya ‘masak’ di kedai sahaja,”seloroh Ramlee.
Ditanya mengenai pandangan sinis tentang Mr Mama, bagi bapa kepada anak remaja berusia 17 tahun ini, perkara tersebut tidak menjadi masalah baginya.
“Cuma apabila saya sendiri melalui pengalaman melakukan kerja rumah, memang ini satu pengalaman yang patut semua lelaki harus tahu. Saya menjadikan Rasullah sebagai teladan kerana Baginda sendiri ringan tulang untuk membantu isteri.
“Mula-mula memang kekok tetapi lama-kelamaan tidak menjadi masalah. Soal makan duit isteri tidak timbul kerana belanja dapur memang saya guna duit royalti. Setiap perbelanjaan saya sudah susun awal-awal. Itu yang saya panggil perancangan kewangan dalam rumah tangga dan alhamdulillah saya berjaya.
“Setakat ini rintangan adalah berpacu dengan waktu sahaja. Sementelah idea datang bila-bila masa. Kerana itu saya selalu ‘pujuk’ otak esok pagi bangun jadi manusia paling baik, beriman dan penulis yang baik. Alhamdulillah berjaya, tetapi saya tak kata sempurna. Untuk menjadi seperti yang ada hari ini saya kena betul-betul reda, ikhlas dan kerja kita juga menjadi senang dan tidak ada masalah.
Berikut video penuh perkongsian bersama Ramlee Awang murshid.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam sehari kalau semua anak beranak ada di rumah, pastinya bukan sekali kita memasak bahkan dua tiga kali. Ada sahaja menu yang ingin disediakan.
Andai tidak dibersihkan, tentu sahaja tempat memasak terlihat kotor. Untuk membersihkan dapur daripada kesan minyak dan kotoran selain perlu dilap, ada baiknya juga menggunakan teknik yang dikongsikan ini.
TIPS BERSIHKAN DAPUR
Hari ini sebab rasa sehat sikit cikgu hanna nak share tips cuci dapur.. Setelah 47 hari berpantang.. Sis sakit mata tengok rupa dapur masak dah macam muka sis time breakout 8 tahun lepas.. Hahahaha..
Ok sebagaimana kita nak muka kita licin tanpa jerawat, jeragat, serta segala kawah kat kulit tu.. Macam tu jugalah dapur kita…
So hari nie sis kongsi sikit tips yang simple macammana nak bagi dapur kilat semula dari segala kesan degil hasil rutin kita yang rajin memasak…
Guna 2 bahan je :
1) cif boleh cari dekat pasaraya ke kedai runcit ke.. Biasa ada jual
2) cuka masakan
Cara-cara semudah baca abc sampai z
1)Tuang cif pada dapur kita macam dalam gambar sis bagi
2) tuang pula cuka
3) sebatikan 2 bahan ni dekat atas dapur.
4) tunggu dalam 10 minit lepas tu gosok-gosok dengan penuh belaian kasih sayang agar segala kotoran tu tanggal.. ( boleh gosok dengan span hijau yabg keras tu atau berus dawai.. Ikot ketebalan daki-daki di dapur tu…
5) lap dan bersihkan semula dengan kain..
6) taraaa terhasillah dapur yang kilat bersih berseri-seri…(sorry sis lupe nk amek pic sebelum.. Sebab dah tak tahan sangat nampak kekotoran dia tadi sampai terlupa ambil pic sebelom)
*mr muscle tu sis guna untuk lap kabinet dan table top.. Zasss 1 2 3 gerenti kilat berseri-seri dapur korang..nak kabinet cantik murah kemas boleh pm tuan kontraktor Aidil Rohani kerja dia tiptop kemas dari zaman sekolah lagi.. Dulu dok berlumba sapa siap buat lukisan kejuruteraan dulu… (done puji…)
Menamatkan pengajian dalam penuh emosi. Apa lagi kehilangan insan yang tersayang bukan satu perkara mudah untuk dihadam. Yang pernah melalui tahu akan perasaan tersebut. Namun, berkat doa, sokongan dan dorongan suami tersayang, wanita ini berjaya juga menghabiskan PhDnya selepas 8 tahun.
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter @tunfairuz yang juga suami kepada wanita tersebut. Perkongsian beliau mendapat lebih 13,000 Retweet dan rata-rata kagum dan memujinya sebagai suami yang menjadi tulang belakang kepada isteri sehingga berjaya menghabiskan PhD.
Menurut empunya diri Tun Fairuz, 8 tahun masa yang diambil isterinya untuk melengkapkan pengajian sekali gus berjaya menggengam PhD.
Wife aku ambil jubah hari ni (28 September). Aku bangga gila dengan dia. 8 tahun beb nak habiskan study. Dari dia bujang, kahwin, kerja, ada anak, mati anak, ada anak balik. Dia dah nak berhenti dah. Lepas viva pun nak berhenti sebab tak ada semangat dah lepas Dewi pergi.
Tapi setiap kali dia kata nak berhenti, aku pujuk dia tiap-tiap hari. Aku cakap tak payah masak, tak payah buat kerja rumah, balik kerja awak buat jela awak punya correction tu. Dia buat jugaklah lepas aku marah-marah.
Aku faham dia nak juggling semua kerja, suami, emosi kehilangan anak, major correction, tapi aku pujuk cakap kat dia yang kalau dia quit semua sacrifices dia akan worthless. Selalu aku cakap, “ini last fight you dalam PhD, lepas habis ni tak payah pikir dah!”
A THREAD
Wife aku ambil jubah harini. Aku bangga gila dengan dia. 8 tahun beb nak habiskan study. Dari dia bujang, kahwin, kerja, ada anak, mati anak, ada anak balik. Dia dah nak berhenti dah. Lepas viva pun nak berhenti sebab takde semangat dah lepas Dewi pergi… pic.twitter.com/M1F8ersRy3
Tapi setiap kali dia kata nak berhenti, aku pujuk dia tiap-tiap hari. Aku cakap tak payah masak, tak payah buat kerja rumah, balik kerja ko buat jela ko punya correction tu. Dia buat jugakla lepas aku marah-marah kahkahkah
Aku faham dia nak juggling semua kerja, suami, emosi kehilangan anak, major correction, tapi aku pujuk cakap kat dia yang kalau dia quit semua sacrifices dia akan worthless. Selalu aku cakap, “ini last fight you dalam PhD, lepas habis ni tak payah pikir dah!”
Wife aku ambik Applied Science, dunia yang jauh berbeza dengan aku Political Science. Aku tak paham kerja lab dia, dan dia tak paham macam mana politik dunia. Tapi sekurang-kurangnya kami cuba ambil tau sikitla fields masing-masing.
So harini dia pergi ambik jubah. Dulu masa dia viva, kakak Dewi teman dia dalam rahim. Tapi yang ada rezeki attend konvo, adiknya Haydar. Aku tak dapat teman wife aku. Sedih gila sebab masa aku ambil jubah Master dia ada. Takpelah adalah hikmah kut.
Ramai gile RT. Aku harap jadi inspirasi la kat aku jugak. Aku baca satu-satu komen korang ni. Terima kasih banyak. Wife aku bising jugak tapi dia ucap terima kasih atas kata-kata kau orang yang baik. Semoga tuhan membalas kebaikan semua.
You’re really good husband for your wife. Tulang belakang segala kepenatan dia menghabiskan sisa baki phd. Semoga yang baik sahaja untuk korang berdua. Salute 🙏🏻
u r strong!my dad pun habiskan phd dia dgn problem mata dia (retinitis pigmentosa),plus ada dua anak syurga.hajat dia mau bawa his mom & my late younger sister. at last both passed away😭 my late sis passed away 2 weeks sblm convo😭
Congratulations to you and your wife. The success here is not the PHD. It’s the fact that both of you were there for each other during ups and downs. Would really love to read your story when it’s out. Congrats again!
Sementara itu, Nor Farhana Jasmi, 31, menerusi perkongsiannya bersama Haroan Metro, mengakui bukan mudah baginya menghabiskan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam pengkhususan Sains Gunaan selepas tertangguh bertahun lama.
“Daripada saya bujang, berkahwin, bekerja, dapat anak pertama, kehilangan anak dan sehingga ada anak balik, saya akui perlu melalui pelbagai pahit getir untuk menamatkan pengajian.
“Lebih hebat saya kehilangan anak pertama, Dewi Faleesya Fairuzzaman yang ketika itu berusia empat bulan yang meninggal dunia selepas tersedak susu di taska 25 Jun tahun lalu.
“Saya hampir berputus asa ketika itu dan sudah tidak dapat fokus lagi untuk menghabiskan baki pengajian kerana terlalu rindukan anak. Atas dorongan suami, Fairuzzaman Shaharuddin, 31, dan keluarga yang mahu dia menghabiskan pengajian menguatkan lagi tekad saya.
“Saya perlu reda dengan kehilangan Dewi Faleesya, walaupun ketika saya dalam persiapan ‘viva’, arwah berada dalam rahim saya. Tapi ternyata benar apabila kita reda dengan satu ujian, Allah SWT akan beri lebih rezeki lagi.
“Saya mendapat anak kedua, Khayr Al-Haydar yang kini berusia dua bulan manakala suami kini berada di Jerman untuk menyambung pengajian PhD di University Goethe Frankfurt.
“Allah SWT sentiasa bersama hambanya yang reda dengan setiap ujian, bagaimanapun rindu saya terhadap arwah tidak pernah padam dan saya mengharapkan arwah menunggu kami di sana,” katanya.