Entri Ke Tiga Tetap Tunjuk Muka Sipi Sipi. Peminat Fazura Dah Mula Merayu, ‘Geram’ Nak Tengok Fatima.

Share

Menerusi entri terbaharunya, Fazura masih belum memaparkan gambar anak sulungnya, Nur Fatima Aisya secara jelas sebaliknya hanya sipi-sipi untuk tatapan peminat di instagramnya.

Biarpun baru tujuh jam dipaparkan menerusi instagramnya, telah mendapat ‘Like’ lebih 100,000 dan ruangan komen peminat bertalu-talu meluahkan hati tidak sabar ingin melihat wajah puteri sulung kesayangan pasangan terkenal ini.

Sejak permata hati Fazura dan Fattah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020, wajah sepenuhnya Fatima masih belum dedahkan.

Entri pertama

Entri kedua

Entri ketiga

Peminat sabar menanti. 

Menjengah diruangan komen, rata-rata peminat sedia menanti tapi tak sabar ingin melihat wajah anak sulung kesayangan artis mereka. Malah ada yang merayu agar dapat melihat wajah si comel Fatima.

‘Bagilah nak tenguk muka Fatima’

‘Sedih.. mana muka Fatima’

‘Tak sabar nak tengok Fatima’

‘Tengok Jari pun dah geram sangat’.

Apa yang pasti, bagi ruang masa untuk pasangan selebriti ini mendedahkan wajah cahayamata pertama mereka buat peminat mereka.

Untuk makluman Fattah Amin dan Nur Fazura melangsungkan pernikahan pada 27 November 2017.

Sumber: missfazura

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN