Siapa je yang tak suka dengan keletah kedua-dua orang anak pelakon cantik, Eyra Hazali iaitu Muhammad Hayder Qhalish dan Muhammad Endra Haqimie. Adik-beradik ini seringkali membuatkan orang ramai terhibur dengan kecomela dan gelagat ‘out of the box’ mereka.
Bukan saja cerdik bahkan Hayder dan Endra suka bergurau antara satu sama lain dan setiap momen indah itu akan direkodkan oleh mama mereka.
Eyra ada memuatnaik sebuah video ketika membawa anak-anaknya ke kedai gunting rambut. Pada awalnya, rambut Endra agak panjang sehingga boleh diikat toncet. Ketika awalnya Endra kelihatan okay tetapi sebaik saja proses memotong rambut bermula, dia mula menangis.
Mungkin kerana proses mengambil masa dan Endra mula rasa tak selesa sebab itulah dia menangis. Sepanjang proses memotong rambut, tak lepas lolipop dari mulutnya.
Ads
Lain pula kisahnya dengan Hayder kerana dia telah bersedia untuk potong rambut. Dia juga membuat permintaan untuk membuat potongan rambut seperti papa mereka. Ingin memujuk adiknya yang menangis, Hayder memuji Endra kerana berjaya memotong rambut.
Di penghujung video, Hayder dan Endra bergambar bersama dan pada waktu inilah ramai yag memberi komen wajah mereka nampak sangat serupa.
Ads
Tak lama pun Endra merengek, lama-lama dia pun dah okay dan nampak comel dengan rambut baru.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Hanya menggunakan kapsyen ringkas, rupa paras anak kesayangan Azad Jasmin (Pak Azad) ini nampaknya semakin mendapat perhatian warganet. Rupa parasnya yang jelita menjadi buah mulut ramai.
Bagi yang tak tahu, nama anak kedua pasangan bahagia ini memang unik, Ameisya Leanne Rose. Indahnya nama, secantik paras wajah si cilik ini.
“Anak Lyon White.”- Eira Syazira
WARGAMAYA BERI PUJIAN
Meninjau di ruangan komen, menerusi kapsyen Eira rata-rata memuji paras wajah anak cilik ini. Ada kata yang sama dengan artis bollywood seperti Kajol.
Sungguh inspirasi perkongsian ibu ini yang sanggup melupakan perbelanjaan kemahuannya untuk memberi keperluan yang terbaik kepada anak. Melupakan beg, kasut dan baju baru demi menyediakan vaksin buat anak tersayang, perkongsian puan Noor Fadhila Bakri di laman facebooknya memang pilihan yang tepat. Pastinya kesihatan anak adalah keutamaan kita.
Survey Harga Vaksin
Alhamdulillah. Selesai 1dos vaksin Pneumococcal utk Iman Zahrawi. Lama jugala dila survey harga vaksin ni dan yg paling murah dila jumpa dkt Poliklinik UKM Kesihatan Bandar Baru Bangi. Untuk umur Iman, hanya 2 dos diperlukan.
Dila pilih vaksin Pneumococcal untuk perbelanjaan bulan ini drpd membeli beg, baju, kasut, restoran hipster yg memahal tu. Keperluan kesihatan anak kami sentiasa di barisan pertama. Tapi kalau pendapatan awak melambak boleh la beli semuanya. Dila pilih ‘ukur baju di badan sendiri’
Apa itu Vaksin Pneumococcal
Suntikan Vaksin Pneumococcal merupakan sejenis imunisasi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak sebagai langkah awal untuk mencegah daripada jangkitan kuman di paru-paru yang dikenali sebagai penyakit Pneumonia. Penyakit Pneumonia ini kerap di alami oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Ianya terjadi akibat bakteria, virus, fungus dan parasit yang menyebabkan jangkitan pada hidung dan berterusan hingga ke paru-paru.
Penyakit pneumonia boleh membuatkan seseorang yang dijangkiti sukar untuk bernafas. Ini berlaku kerana nanah dan lendir memenuhi saluran udara pada paru-paru yang akan menggangu sistem pernafasan . Jika ianya dibiarkan berterusan, oksigen mungkin tidak dapat sampai ke dalam darah dan sel tubuh yang seterusnya membahayakan nyawa anak anda.
Sekiranya anak anda mengalami simptom awal jangkitan pada paru-paru seperti demam panas, batuk dengan atau tanpa kahak, sakit dada, tiada selera makan, rasa tidak sihat dan sering merengek, pernafasan laju atau susah bernafas, muntah atau cirit-birit, segeralah bawa anak anda berjumpa dengan doktor.
Jika jangkitan kuman pada paru-paru ini disebabkan oleh bakteria, kebiasaanya doktor akan memberikan antibiotik kepada anak anda. Tetapi, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan dan teruk, anak anda akan dimasukkan ke hospital untuk diberikan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius dan membahayakan nyawa anak anda.
Sekiranya mendapati anak anda juga mengalami batuk yang berpanjangan selama tiga hari, keadaan badan yang lesu, mengalami muntah, nafas berbunyi dan dehidrasi, bawalah segera anak anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Beza Batuk Biasa dan Pneumonia
Untuk membezakan batuk biasa dan batuk Pneumonia, bunyi batuk biasa ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat Pneumonia yang bunyinya agak ‘dalam’ dan ianya kerap terjadi pada waktu malam sehingga ke pagi.
Dan sebaiknya, ibu bapa perlu mempertimbangkan pengambilan suntikan vaksin Pneumococcal di hospital atau klinik swasta bagi meningkatkan lagi imunisasi anak anda. Semoga dengan suntikan imunisasi vaksin Pneumococcal ini anak anda dapat dihindari penyakit Pneumonia dan menjalani aktiviti harian dengan ceria!
Dua Jenis Vaksin Pneumococcal
Vaksin Pnemococcal ni ada dua jenis, Synflorix (melindungi anak drpd 10 jenis bakteria) dan Prevenar (melindungi anak drpd 13 jenis bakteria).
Sila dapatkan nasihat daripada doktor untuk pilihan jenis vaksin. Untuk anak saya, kami suami isteri sudah mendapatkan nasihat daripada doktor dan ikut keadaan anak saya, jenis Synflorix sudah pun memadai.
Namun, kalau puan/tuan ada bajet lebih @ anak puan dinasihatkan untuk ambil vaksin jenis Prevenar, baiklah ikut nasihat doktor. Btw, harga Synflorix adalah lebih murah berbanding Prevenar.
Ini bukan paid review. Sy sekadar berkongsi manfaat vaksin ini dan di mana nak dptkn vaksin ni pada harga yg berpatutan. Terima kasih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada mana-mana pasangan yang berkahwin mahukan rumah tangga yang dibina berakhir dengan penceraian. Namun, jodoh pertemu, ajal maut semuanya ditentukan oleh Dia Yang Satu. Tiada siapa yang mampu meneka apa yang berlaku pada masa depan. Sebagai hambaNya, kita harus reda dan tabah dengan segala ujian. Bak kata Erra Fazira setiap yang pahit pasti ada manis disebaliknya.
Demikian juga dengan rumah tangga selebriti terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella bersama Engku Emran berakhir selepas hampir 3 tahun hidup bersama. Pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata ini tidak mampu menahan badai yang melanda yang membawa kepada keruntuhan bahtera rumah tangga.
.
Enggan campuri urusan rumah tangga
Mempunyai hubungan yang baik dengan Laudya Cynthia Bella, Erra Fazira walau bagaimanapun dalam nada tegas enggan mencampuri urusan rumah tangga pasangan tersebut.
“Saya tidak mencampuri urusan rumah tangga walaupun dia bekas suami dan bapa kepada anak saya. Kalau mereka tak buka mulut, saya akan zip mulut saya. Memandangkan Engku Emran juga tidak berkongsi apa-apa mengenai masalah rumah tangganya, jadi tidak manis untuk saya ‘menyibuk’ hal berkenaan.
“Saya tak campur hal rumah tangga mereka. Mereka pun tak pernah bercerita mendalam. Tipulah saya tak tahu pergolakan yang berlaku. Walaupun dia bekas suami dan bapa kepada anak saya, saya tak mahu korek. Cukup tahu sikit sikit di peringkat permukaan. Saya tak pernah tanya kenapa apatah untuk mengorek lebih lanjut,” ulas Erra menjawab pertanyaan media mengenai laporan perpisahan Engku Emran dengan Laudya Cynthia Bella.
Ada hikmah menanti
Hos rancangan Mingguan Wanita ini bagaimana pun percaya bahawa di sebalik keruntuhan rumah tangga Engku Emran yang juga bapa kepada anak mereka, Engku Aleesya dengan Laudya Cynthia Bella ada hikmah yang menanti.
“Dalam setiap pahit tu ada pasti hikmah dan manisnya. Allah uji kerana sayang. Ada ganjarannya itu. Jadi kena bersabar. Tiada pasangan yang berkahwin inginkan penceraian, mereka dah cuba tapi tak berjaya.
“Saya sedar anak saya pun sedih dengan berita itu. Dia pun sayang Bella. Rasanya dia lebih tahu tentang pergolakan rumah tangga ayahnya kerana ada bersama tapi nak buat macam mana. Malah, saya tahu bapanya pun bersedih dengan apa yang berlaku.
Kembali jatuh cinta
Sementara itu, Erra mengakui, dia kembali jatuh cinta, namun, perasaan itu bukanlah merujuk pada bertemu buah hati baharu, sebaliknya, kecintaan itu adalah pada produk penjagaan rambut Faith Fleur yang melantiknya sebagai duta.
Faith Fleur merupakan syarikat yang ditubuhkan sejak 2017 oleh pengasas bersama Siti Mariam Abd Samad dan Halim Bahadorisam. Syarikat ini mengeluarkan produk penjagaan rambut yang terdiri daripada syampoo, pelembab rambut, serum, pewangi rambut dan tonik. Rezeki tak salah alamat
Kata primadona seni tanah air itu, tiada apa yang mampu diungkapkannya selain bersyukur kerana masih diberi kepercayaan untuk menjadi jurucakap bagi sesebuah produk.
“Saya percaya rezeki tidak salah alamat. Saya amat mensyukuri nikmat rezeki yang Allah panjangkan. Soal aktif atau tidak mahupun persaingan dengan artis generasi baru itu semuanya bersifat subjektif.
“Apabila rezeki berpihak kepada kita, maka saya sambut dengan hati terbuka dan syukur dengan nikmat yang diberi.
“Untuk masih dipandang relevan hingga diberi kesempatan menjadi wakil jenama produk, saya berterima kasih kepada mereka yang memberi kepercayaaan,” katanya.
Ditanya aktivitinya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, jelas pelakon Gerak Khas mengakui banyak masa dihabiskan bersama anak di rumah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.