Eyra Hazali kongsi wajah anak ketiga, Muhammad Hud Ezqandar nama jadi pilihan. Eyra Hazali mengumumkan nama anak ketiga selepas lima hari bayinya dilahirkan.
Eyra Hazali Kongsi Wajah Anak Ketiga, Muhammad Hud Ezqandar Nama Jadi Pilihan
Eyra atau nama sebenarnya Hazira Qasdina Hazali, 25, dan suami iaitu Haziq Nadzli memilih nama Muhammad Hud Ezqandar buat anak ketiganya itu.
Assalamualaikum Muhammad Hud Ezqandar, tulisnya di ruangan kapsyen.
Bersama kapsyen ringkas itu, Eyra juga memuat naik beberapa keping foto keluarga memaparkan wajah bayinya yang baru dilahirkan itu.
Pada 26 September lalu, Eyra selamat melahirkan anak ketiganya di sebuah pusat perubatan.
Perkongsian berita tentang kelahiran anak ketiganya dikongsi menerusi hantaran di laman Instagramnya.
MASYAALLAH TABARAKALLAH. ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA ALLAH SWT, SEORANG LAGI KEEPER MAMA PAPA LAHIR PADA 26 SEPTEMBER TEPAT PADA PUKUL 5.43 PETANG. THANK YOU SO MUCH EVERYONE FOR ALL THE WISHES.- TULIS EYRA DI RUANGAN KAPSYEN.
Sebak dan memilukan bila membaca kisah lelaki ini. Dia ditinggalkan ibu bapa sendiri di sebuah perhentian bas ketika beruimur 10 tahun. Begitu pun dia sangat positif dan memilih untuk bersangka baik. Bahkan, dia sanggup mencari ibu dan bapa kandungnya.
Kisah lelaki bernama Mohamed Putera Zainuddin pernah tular di laman sosial selepas dia memuat naik keratan akhbar mengenai dirinya sewaktu ditinggalkan di perhentian bas di Kampung Megat, Jalan Maran, dekat Tasik Paya Bungor, Kuantan pada 23 September 1996.
Menurut Mohamed Putera Zainuddin, kisahnya itu diceritakan oleh ibu bapa angkatnya. Mengakui pasti ada sebab mengapa ibu bapa kandungnya berbuat demikian.
menjelaskan idea untuk mencari ibu bapa kandungnya bermula selepas dia berkunjung ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan yang menjadi tempat tinggalnya sebelum dijaga oleh keluarga angkatnya. Ketika itulah, tergerak hati untuk menjejaki semula ibu dan bapa kandungnya.
“Keluarga angkat mengambil saya sebagai anak angkat sejak saya berusia sembilan bulan lagi. Mereka juga berterus terang akan status ini sejak saya di tadika lagi. Saya boleh menerima kenyataan itu,” katanya yang juga anak tunggal dalam keluarga angkatnya itu.
Bagaimanapun, jauh di sudut hati lelaki yang dibesarkan di Muar, Johor ini, dia ingin mengetahui keadaan kedua ibu bapanya sama ada masih hidup.
“Saya kembali ke Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah untuk membuka semula fail saya bagi mendapatkan petunjuk lokasi tempat tinggal ibu bapa saya.
“Bagaimanapun, kakitangan rumah kanak-kanak itu hanya menyerahkan fail sebelum meminta saya baca sendiri,”katanya.
Jelas Mohamad Putera, hatinya menjadi luluh selepas membaca keratan akhbar yang disimpan di dalam buku rekod berkenaan.
“Saya ingat akan jumpa keluarga kandung dengan mudah sebaik melihat rekod berkenaan, namun sangkaan saya meleset.
“Tak sangka, saya dijumpai di perhentian bas oleh seorang bidan kampung atau kini dikenali jururawat masyarakat ketika berusia 10 hari,” ujarnya.
Tidak pernah menyalahkan tindakan ibu dan bapa kandungnya itu, Mohamed Putera akan terus berusaha mencari mereka.
“Mereka (ibu bapa kandung) tinggalkan saya dapat keadaan baik, lengkap berselimut, sarung tangan serta sarung kaki bayi dan baju yang comel.
“Mesti mereka menantikan kelahiran saya dan pasti ada sebab mereka lakukan begitu,” katanya.
Mohamad Putera berkata, jika tidak dapat mencari ibu bapa kandung sekurang-kurangnya dia ingin bertemu dengan bidan kampung itu.
“Jika bukan kerana wanita itu jumpa saya, tidak tahu sama ada saya masih hidup atau tidak,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga ke 14 April 2020.
“Di negara kita, daripada kes pertama jangkitan COVID19 dikesan, sehingga jam 12 tengahari ini jumlah kes positif telah meningkat kepada 1,796 kes, iaitu penambahan 172 kes baharu pada hari ini.Tujuh hari yang lalu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 ialah 673 kes. Ini bermakna, kes positif COVID 19 telah meningkat lebih sekali ganda dalam tempoh hanya satu minggu. Jumlah kematian juga telah meningkat kepada 17 orang.
“Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara saudari lebih bersedia. Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.
“Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu. Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya
Dalam ucapannya, Perdana menteri mengakui bukan mudah untuk semua duduk diam-diam di rumah untuk satu tempoh masa yang agak lama.
“Pastinya banyak cabaran yang saudara-saudari hadapi pada waktu ini. Tiba-tiba gaya hidup kita berubah dengan sekelip mata. Tetapi saya lihat ramai yang kreatif. Saya tengok di facebook, ada yang dah mula bersenam di rumah. Ada yang menggunakan skype untuk berhubung dengan rakan-rakan sekerja. Saya sendiripun menggunakan face time untuk berbual dengan cucu saya. Maklumlah, mereka tak dapat nak berkunjung ke rumah Tok Ayah seperti biasa.
“Ibu-ibu pun, kerana ada banyak masa di rumah, mencuba pelbagai resipi masakan baharu untuk hidangan seisi keluarga. Tak kurang juga para bapa yang menggunakan peluang duduk di rumah untuk bersolat jemaah dengan isteri dan anak-anak.
“Ringkasnya, kita semua mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Apa pun cabaran dan dugaan yang kita hadapi, tidak sekali-kali melemahkan semangat kita untuk meneruskan kehidupan. Ya, seperti ungkapan yang sering kita dengar, when going gets tough, only the tough gets going. Apabila keadaan menjadi sukar, hanya yang tabah akan dapat mengharunginya.
“Saya hendak menyebut di awal-awal ini bahawa keadaan berkemungkinan menjadi lebih sukar. COVID 19 adalah sejenis wabak yang tidak pernah kita hadapi sebelum ini. Tidak pernah kita jangkakan bahawa kehidupan kita akan berubah dengan sekelip mata hanya kerana sejenis wabak yang menular bukan sahaja di tempat kita, tetapi di seluruh dunia. Kadar jangkitannya begitu cepat. Hari ini seramai 422,829 orang telah dijangkiti wabak ini di seluruh dunia dengan 18,907 kematian.
“Ini amanah yang saya pikul. Sebagai manusia saya tidak sempurna, tetapi saya berjanji akan melakukan yang terbaik. InsyaAllah, dengan izin Allah s.w.t. kita akan dapat bersama-sama mengharungi dugaan besar ini. Kepada petugas-petugas di barisan hadapan, saya doakan saudara-saudari terus cekal.
“Situasi yang dihadapi oleh saudara-saudari bukan mudah. Saya tahu para doktor, jururawat dan kakitangan hospital amat keletihan pada masa ini. Saya telah mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya memberikan sedikit masa untuk petugas-petugas kesihatan kita mengambil 13 cuti rehat secara berperingkat sebelum mereka kembali bertugas semula.”Ujar Perdana Menteri lagi.
Sementara itu, tenaga sukarela dari kalangan doktor dan jururawat swasta dan badan-badan sukarela akan digerakkan untuk mengambil alih tugas mereka buat sementara waktu. Begitu juga kepada anggota polis dan tentera yang bertugas di lapangan.
“Jaga kesihatan anda dan terus cekal berkhidmat untuk negara.Kita telah berikhtiar sedaya upaya kita untuk menangani krisis yang sedang kita hadapi ini. Jangan kita lupa, penentu kejayaan kita ialah Tuhan Yang Maha Kuasa.
“Justeru, saya ingin mengajak saudara-saudari sekalian manadah tangan memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. agar diri kita, keluarga kita, negara kita dan seluruh umat manusia dilindungi oleh-Nya. Kepada penganut agama bukan Islam, saudara-saudari bertafakkur dan berdoalah mengikut ajaran agama masing-masing,” sambil menutup ucapan dengan membacakan doa dengan nada penuh sebak.
Menerusi perkongsian foto dan video Hanis Zalikha di akaun Instagramnya, baru-baru ini memaparkan mereka sekeluarga sedang bercuti di Pulau Maldives. Kali ini katanya datang bersama anak perempuan mereka, Alisa.
RAKAN-RAKAN ARTIS DAN NETIZEN TUMPANG GEMBIRA
Walau bagaimanapun, salah satu perkongsian fotonya mengundang spekulasi dan menjadi buah mulut netizen serta rakan-rakan artis.
Menerusi perkongsian foto itu, suaminya, Hairul Azreen memegang perut isterinya.
Dengan kapsyen “makan dalam gelap bersama-sama” pada foto itu, rakan-rakan artis turut meninggalkan komen.
Ada yang terkejut dan mengucapkan tahniah. Tapi biasanya berita baik tentu rakan-rakan artis dapat tahu dulu kan.
“Im not gonna speculate,” – Catrionna Ross
“Congrats!!!!,” – Janna Nick
Nampaknya rakan-rakan artis turut tumpang gembira. Walaupun tuan badan tak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan spekulasi itu lagi.
Mari doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga, semoga makin meriah.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.