Mendidik hal anak-anak untuk menjadikan sempurna akhlak dan akidahnya, lain tidak bukan adalah melalui solatnya.
Kita sebagai ibu ayah perlu memainkan peranan mendidik tentang kepentingan dan pelaksanaan solat seawal 7 tahun lagi.
Pun begitu apabila ditanya tentang pendekatan dan cara bagaimana kita akan lakukan untuk memastikan anak-anak seusia itu faham dengan sebaiknya. Mungkin ada antara kita, punya kaedah tersendiri.
Dan untuk itu, ini dikongsikan satu kisah dari Masjid Nabi untuk dijadikan iktibar barsama.
[ Didikan Ibu di Masjid Nabi ]
Bismillah.
Pagi ini saya solat Subuh di sebelah seorang wanita Arab. Dari percakapannya saya yakin dia adalah wanita Arab Madinah. Lemah lembut, berbahasa arab fushah MashaAllah.
Ads
Beliau membawa seorang anak perempuan, sekitar umurnya 7 tahun. Saat iqamah dikumandangkan, saya lihat ibu ini bersungguh-sungguh mengajak anaknya solat. Dia menarik tangan anaknya untuk bangun berdiri. Subuh di Madinah jam 5.06 pagi, memang anak kecil mengantuklah time macammni kan.
Anaknya tidak mahu bangun. Keras di tempat duduknya sehinggalah solat subuh selesai. Saya paling hampir dengan mereka dan kata-kata nasihat ibu ini tepat mengena ke jantung saya. Allahu Akbar!
“Anakku, bangun solat sayang. 2 rakaat sahaja, 2 rakaat sahaja.” Anaknya masih belum mahu bangun.
Ads
“Anakku, dalam hidup kita, pertama kita kena cinta Allah. Allah yang pertama. Allah Yang Maha Agung. Dan solatlah yang paling utama kita kena lakukan sebagai hamba Allah. Bangun anakku, cakap pada syaitan, “Aku kuat! Aku kuat!” Lawan syaitan anakku,” Halus tutur ibu ini, tetapi saya dapat mendengar dengan jelas.
Tiada marah-marah, tetapi sarat dengan nasihat. Anak 7 tahun ya. Tapi dia bercakap seolah anaknya sudah besar remaja. Dia cuba fahamkan anaknya apa itu solat.
Allahu Akbar, air mata saya menitik. Sungguh rindu pada anak-anakku di Malaysia. Sungguh terkesan dengan perlakuan ibu ini.
Sudah bersungguhkah aku mendidik anakku bersolat?
Sejauh mana kentalnya hatiku mengajak anakku bersolat Subuh di kedinginan pagi?
Sudah fahamkah anakku mengapa perlu bersolat?
Ads
“Anakku, solat sayang. Solat kerana Allah, Tuhan kamu. Bukan kerana ibumu.” Sekali lagi tepat kata-kata ibu ini tembus ke hatiku. Subhanallah.
Solat kerana Allah. Kerana kita sangat perlukan cinta dan kasih sayang Allah di dalam kehidupan. Bukan kerana takutkan ibu, atau menagih pandangan manusia.
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan ibu ini. Subuh yang sangat bermakna..Subhanallah.
Ummu Muadz,
Ahad 27/10/2019.
Pintu 15 Masjid Nabawi.
Memberi duit raya pada anak-anak kecil dan tetamu dah menjadi adat dalam masyarakat kita pada hari raya. Selepas sesi bermaafan di pagi raya, beri duit raya sudah menjadi rutin sekali datang perayaan itu.
Jika orang memberi, dah menjadi rezeki untuk menerima. Tetapi.. Sekarang ni dah menjadi trend lain pula orang meminta duit raya yang tanpa sedar sebenarnya boleh jadi dosa. Jom ikuti perkongsian dari seorang ustaz di laman Twitter.
BERDOSA SEBENARNYA MEMINTA-MINTA DUIT RAYA
Minta duit raya sebenarnya dosa. Beri duit raya itu sedekah. Meminta-minta pula dilarang agama.
Kata Nabi:
من سأل الناس أموالهم تكثرا فإنما يسأل جمرا
Siapa meminta minta untuk menambahkan hartanya, sungguh dia telah meminta bara api. [Riwayat Muslim]
Dalam hadis lain Nabi kata:
لا تزال المسألة بأحدكم حتى يلقى الله، وليس في وجهه مزعة لحم
Tidaklah seseorang itu meminta-minta sehingga nanti dia bertemu Allah tanpa seketul daging pun berada di wajahnya. [Riwayat Muslim]
Duit raya itu sedekah, minta duit raya ertinya meminta?
Imam an-Nawawi kata, ulama sepakat haramnya meminta-minta jika bukan dalam keadaan darurat. Haram juga jika darurat tapi mampu bekerja. Sebahagian ulama kata makruh. [al-Minhaj 7/127]
Kita pula rileks je minta duit raya padahal ianya dosa walaupun adat terbiasa. Wallahua’lam.
Adat ni dimaafkan kalau budak-budak je yang duk minta-minta. Logik lah mereka dalam tanggungan, tak bekerja tak ada kemampuan.
Ini yang dah besar panjang, dah kerja, sihat tubuh badan duk minta-minta duit raya, apa lagi kat strangers online. Tak malu ke?
Lepasni kita cuba ubah. Kita yang dah besar ni kumpul duit lepastu kita bagi kat anak-anak, keluarga dan kaum kerabat terutama yang kita tahu dia orang susah.
Lepastu kita slow-slow pesan kat adik/anak, jangan biasakan minta duit raya. Kalau dapat syukur, tak dapat jangan minta.
Unpopular Opinion Raya.
Minta duit raya sebenarnya dosa. Beri duit raya itu sedekah. Meminta-minta pula dilarang agama. Kata Nabi:
من سأل الناس أموالهم تكثرا فإنما يسأل جمرا
Siapa meminta minta untuk menambahkan hartanya, sungguh dia telah meminta bara api. [Riwayat Muslim]
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian yang menimpa sebuah keluarga keretanya telah merempuh plaza tol Bentong.
Empat sekeluarga yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta SUV dipercayai mengalami kekurangan oksigen di dalam badan. Mereka dipercayai dalam perjalanan ke Balakong, Selangor dari Tok Bali, Kelantan sebelum merempuh plaza tol tersebut pada jam 2.40 petang.
“Mangsa seorang lelaki, seorang wanita dan dua kanak-kanak dikeluarkan dari kenderaan dan dirujuk kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.”
Seorang ahli keluarga mangsa yang dikenali sebagai Afiq telah tampil memaklumkan keadaan terkini keluarganya.
“Keluarga saya selamat semuanya. Alhamdulillah. Dan sekarang mereka semua sudah sedarkan diri.
“Punca mereka pengsan disebabkan keracunan oksigen econ. Ayah dan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anggota-anggota dan sesiapa yang terlibat membantu keluarga saya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sedih dan pilu mendengar perkhabaran akan kematian Adik Naufal Amsyar pagi semalam selepas empat hari dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).
Berita sedih tersebut dikongsikan oleh bapanya Nabil Fikri Anwar, 28,menerusi aplikasi WhatsApp.
Menurut Nabil, anaknya Naufal Amsyar, yang juga bayi tunggalnya itu telah pulang ke rahmatullah.
“Assalamualaikum. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat anak saya Naufal Amsyar Bin Nabil Fikri yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 pagi tadi,” katanya hari ini.
Selasa lalu, bayi malang yang dijaga seorang pengasuh wanita berusia 35 tahun di Tangkak itu dimasukkan ke hospital selepas dipercayai diserang sawan.
Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam lama dan baharu pada dahi kiri bayi selain pendarahan pada bahagian mata serta keretakan tempurung kepala.
Dalam pada itu, ibunya Eyka Rohmat memuat naik status selepas kematian anak tunggalnya itu. Sedih dan pilu terasa tatkala membaca catatan ibu ini.
9 bulan ummi bawak awak kehulur hilir , 10 bulan 5 hari je ummi dpt besarkan awk syg? ALLAHU. Disini awk dilahirkan disini jugak awak pergi tinggalkan ummi ayah syg ?tnggu ummi ayah tau nnt kita main air sama sama?