Fauziah Latiff belum bersedia buka pintu hati, nak jaga ibu yang dah lanjut usia. Penyanyi tersohor, Fauziah Latiff masih belum bersedia untuk menerima kehadiran lelaki baru dalam hidupnya selepas melalui dua kali kegagalan rumah tangga.
Fauziah Latiff Nak Jaga Ibu Yang Dah Lanjut Usia, Belum Bersedia Buka Pintu Hati
Fauziah, atau nama penuhnya Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff menyatakan fokus utamanya kini adalah untuk menjaga ibunya yang sudah lanjut usia.
“Alhamdulillah, saya selesa dengan kehidupan saya sekarang. Kalau diri sendiri tak terjaga, macam mana nak jaga orang lain?
“SEKARANG, SAYA GEMBIRA DAN BERSYUKUR DAPAT MENJAGA MAK. ITU ADALAH TANGGUNGJAWAB SAYA SEBAGAI ANAK KERANA MAK ADALAH NADI KEHIDUPAN SAYA.
“Ini masa saya balas jasa dia. Bab lain, saya ketepikan dulu sebab belum sampai masanya,” katanya selepas menghadiri Konsert JessC X Fauziah Latiff di Arena of Stars malam tadi.
Menurut Fauziah, dia kini lebih memilih aktiviti yang memberi ketenangan dan peluang untuk memperbaiki diri.
Persembahan Fauziah Latiff bersama JessC di Arena of Stars.
“Saya sedar masih banyak yang perlu diperbaiki, termasuk mengenali diri dan persekitaran. Tambahan pula, kita sudah berada di penghujung zaman.
“Apa sahaja yang boleh membawa ketenangan jiwa, saya utamakan. Macam sekarang, menjaga ibu sangat bermakna bagi saya. Dia adalah segalanya dan penyelamat dalam hidup saya,” katanya yang kini berusia 55 tahun.
Ads
Fauziah juga memandang fasa hidupnya ini sebagai peluang untuk lebih menghargai diri sendiri, sambil berharap orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya.
“Kita tak tahu berapa lama usia kita. Jadi, setiap hari adalah pengingat untuk lebih hargai diri dan kehidupan.
“Saya juga harap orang luar mendoakan yang baik kerana hidup penuh cabaran. Ramai anak muda sekarang berdepan dengan pelbagai isu kerana sukar menyesuaikan diri dengan realiti semasa.
@latifffauziah 🕯️ . . Congratulations dear JessC @JessC 钟洁希 for your malay debut Album and Thank you for inviting me for your duet song #takterpisah . https://youtu.be/qK4N-cIQ0ac?si=jczz4B7R3p97L2fN . Salam semua, sebuah lagu duet sebagai tanda persahabatan buat semua. . . #jessc#fauziahlatiff . . TAK TERPISAH – #boshstudios Fl make up by @Epie Temerloh ♬ original sound – FAUZIAH LATIFF
Ads
“Kekuatan psikologi amat penting. Semua orang pernah buat kesilapan, tapi dari situ kita belajar apa yang perlu dielakkan,” ujarnya.
Untuk rekod, Fauziah pernah berkahwin dengan Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail pada 1992 dan bercerai selepas tiga tahun.
Lima tahun kemudian, dia bernikah kali kedua dengan ahli perniagaan Johan Indot di London, tetapi perkahwinan itu juga berakhir dengan perceraian pada 2007.
Dari perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Jeffri Joaquim, 26, dan Jeremy Jay, 24.
Ads
Sementara itu, kemunculan Fauziah dalam Konsert JessC X Fauziah Latiff disambut dengan meriah oleh peminat.
Dia dan Sekilas Senyumanmu antara lagu yang dipersembahkan dan memperlihatkan kehebatan vokal lunaknya yang masih memukau.
Setiap pasangan suami isteri sudah tentu inginkan kebahagiaan sehingga akhir hayat. Namun, ada juga pasangan yang retak di tengah jalan.
Untuk mencapai kebahagiaan, ada rahsianya. Amalan-amalan yang memberi aura positif kepada kehidupan suami isteri.
Perkongsian yang sungguh inspirasi untuk kebahagiaan keluarga. Ikuti coretan puan Ieza Yusof mengenai petua bahagia bersama pasangan walaupun sudah lebih 10 tahun berkahwin.
MJ kawen dah masuk tahun ke 15, Kenal suami MJ ni masa sama2 zaman blajar di U dulu tahun 1997….
Hope korang cukup dewasa utk paham penulisan nih sbb agak sensetive utk 18 tahun ke bawah .
Tips MJ & Suami : –
TIP 1
Walau umur dah tua tetap jaga HUBUNGAN BADAN antara SUAMI ISTERI. Hubungan badan di LUAR bilik dan di DALAM bilik. paham ke paham???
ni tak slalu nya bila dah kawen lama suami nak pegang tgn isteri pun macam pelik! huhu…kan dapat pahala tu..baru ler berkat!
TIP 2
HOLIDAY hanya berdua… sekali lagi MJ tekankan HANYA BERDUA…..tanpa anak2… at least 2 kali setahun! tp Alhamdulilah MJ & husband minimum 5 kali setahun rezeki Allah bagi honeymoon berdua setiap tahun! Alhamdulillah.
Jadi, kenalah susun bajet simpan duit setiap bulan utk honeymoon kekalkan kebahagiaan…holiday berdua ni theraphy utk kebahagiaan…
TIP 3
Listkan BAJET BULANAN kpd suami supaya dia tahu part apa dia perlu bayar … LELAKI ni sebenarnya senang jek…jadi susah bila kita tak cakap suruh buat…so sbg isteri kite listkan tanggungjawab yg dia perlu bayar…so dia akan buat je…kite plak sbg isteri juga ada part yg kita bayar… xyah lah nak berkira2 sangat..inshaAllah ada keberkatan kewangan di situ…
TIP 4
TARGET awal2 settlekan MAK AYAH umrah dan haji …Alhamdulillah both dah settled!
TIP 5
SEDEKAH yg konsisten kpd masyarakat sbb antara 3 perkara yg kite boleh tinggalkan slps kite MATI ( TARGET : Sedekah amal jariah )
1. SEDEKAH amal jariah
2. DOA anak yg soleh
3. ILMU yg di manfaatkan.
TIP 6
Bagi mak ayah masing2 elaun bulanan wajib dan wajib naik minimum 10% setiap tahun…kalau kite nak gaji kita naik sbb harga brg naik off course mak ayah kite pun nak kan! Mulakan konsisten walau sedikit dan target naik setiap tahun..
tak kan pernah MISKIN kite kalau utamakan mak ayah kite..ingat tu! ( TARGET : Anak yg soleh )
TIP 7
KAMI suami isteri saling menyokong antara satu sama lain dlm misi mencari ILMU utk dimanfaatkan…( TARGET : Ilmu yg dimanfaatkan )
TIP 8
Balik kampung setiap bulan. Tak pernah rasa kurang nya kewangan sebab utama nak visit tengok muka MAK selagi derang ada… ( Both AYAH dah meninggal . Al fatihah )
TIP 9
Makan dalam TALAM berebut2 eratkan kasih sayang follow SUNNAH Nabi Muhammad SAW…
TIP 10
Both educate anak2 dlm perancangan kewangan…Anak2 & kami mmg ada tabung masing2…
Banyakk lg MJ nak share sebenarnya tp dah sampai BICESTER VILLAGE plak !
TAG Suami Isteri korang kalau rasa bleh manfaatkan!
NOTA KAKI :
Kami berdua anak Kelahiran FELDA . MJ nak bayar Yuran sekolah kena jual cendawan kutip drp kebun kelapa sawit!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sempena hari ibu yang disambut setiap tahun pada 14 Mei, ramai yang mengambil peluang untuk mengucapkan penghargaan kepada insan tersayang yang bergelar ibu lebih-lebih lagi di media sosial.
Siapa sangka, dalam banyak ucapan yang tular di sosial media, video ucapan hari ibu oleh anak sulung penyanyi tanah air, Allahyarhamah Siti Sarah menjadi tumpuan dan mengundang air mata orang ramai.
Dalam video tersebut, Uwais Al Qarni dilihat meminta datuknya, Raissuddin Hamzah berhenti sebentar di pusara ibunya secara tiba-tiba sewaktu baru pulang dari bermain golf.
Selepas sampai di tanah perkuburan, Raissuddin segera keluar dari kereta untuk menemani cucunya namun Uwais meminta izin untuk pergi ke pusara ibu seorang diri.
Akur dengan permintaan anak sulung kepada arwah Siti Sarah dan pelawak, Shuib Sepahtu, selebriti era 80an itu hanya mengangguk dan membiarkan kanak-kanak terbabit bersendirian.
Dapat dilihat Uwais yang benar-benar merindui sosok ibunya yang telah meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu.
Walaupun video yang dikongsikan mungkin sekadar lakonan, namun ramai memahami bahawa perasaan dan realitinya adalah sama memandangkan Uwais kehilangan insan yang paling penting dalam kehidupannya di usia yang sangat muda.
Dalam pada itu, ayah Uwais yang juga pelakon, pelawak dan DJ radio telah memuat juga video yang sama dan meninggalkan kapsyen yang juga cukup menyentuh hati apabila mengakui arwah isterinya akan sentiada hidup dalam setiap diri keluarga sampai hujung nafas.
“Selamat Hari Ibu buat Kesayangan @sitisarahraissuddin ❤️Tahniah @suciuwais dan Tuan Pengarah @raissuddin_hamzah ,,, Siti akan sentiasa hidup dalam setiap diri keluarga kita sampai lah dihujung nafas yg terakhir.Proud @lovetahq Good Job 👌 Bagus nya la hai anak daddy Uwais berlakon,sebijik mcm Ibu 🥹 Sayangg Uwais” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak dan mengakui menitiskan air mata sewaktu menonton video terbabit.
Mereka juga menitipkan doa dan bacaan Al-Fatihah kepada allahyarham dan berharap agar keluarga arwah Siti Sarah terutamanya anak-anak terus kuat dalam menghadapi ujian dari Allah S.W.T.
Untuk rekod, Shuib pernah bernikah dengan Allahyarham Siti Sarah yang merupakan seorang penyanyi terkenal sekitar Februari 2011.
Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan 4 orang cahaya mata Uwais Al Qarni, Dzahira Talita Zahr,Ariq Matin dan Ayash Affan.
Sumber: Instagram sitisarahraissuddin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella, oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.
Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas mendapati Siti Bainun gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Bagi kedua-dua pertuduhan, Siti Bainun didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Ini bermakna, dia berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, bagi setiap pertuduhan.
Susulan itu, mahkamah memberi peluang kepada peguam, Mohammad Farhan Maaruf yang mewakili Siti Bainun, untuk merayu sebelum mahkamah menjatuhi hukuman.
Ketika ini, prosiding masih berlangsung dengan pembelaan menghujahkan mitigasi iaitu mengurangkan hukuman yang bakal dijatuhkan.
Kes Bella tular di media sosial selepas seorang wanita mendakwa remaja perempuan itu disimbah dengan air panas dan diikat ketika berada di bawah jagaan Rumah Bonda.
Susulan itu, pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Pada 20 November tahun sama, pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya remaja itu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di