Kasih seorang ibu memang tiada tolok bandingannya. Sanggup melakukan apa sahaja untuk anak tersayang walau diri sendiri kadangkala kepenatan.
Apa yang penting bagi seorang ibu adalah keselesaan anak tersayang walau di mana berada.
Figura yang cukup dikenali ramai, pelakon dan usahawan Nur Fazura yang berkongsi foto dan video terbaharu di Instagram mencuri perhatian ramai.
Fazura telah berkongsi video ketibaannya di lapangan terbang dan hotel penginapan sepanjang percutian bersama keluarga di Langkawi sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39.
Apa yang mencuri perhatian pengikut-pengikut Instagram usahawan jelita ini apabila melihat gelagatnya yang tidak berhenti mendukung anak tersayang Nur Fatima Aisya sepanjang berada di lapangan terbang, ke hotel penginapan mereka dan ketika berada di restoran.
Betullah orang kata bila dah bergelar ibu, tak kira orang biasa atau selebriti terkenal pasti sentiasa mengutamakan keselesaan anak di mana pun berada.
Ads
Menerusi dua foto yang dimuat naik sebelum itu, Fatima dipangku Fazura ketika berada di dalam sebuah kereta dan kelihatan wajah Fatima yang mengantuk.
Sebagai ibu, pelakon yang mesra disapa Faz ini tidak kisah untuk mendukung anaknya yang mengantuk sepanjang masa apabila tiba di destinasi mereka.
Selain meninggalkan komen ucapan ulang tahun untuk selebriti jelita ini, ramai juga pengikut yang menyatakan kekaguman melihat kegigihan Fazura terus mendukung anaknya.
Sikap peramah Fazura yang sentiasa tidak berkira melayan permintaan peminat untuk bergambar walaupun diri sendiri letih mendukung anak mendapat pujian pengikutnya di Instagram.
Ads
Ads
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
“Orang akan mengumpat sampai mati dengan status ibu tunggal ini. Sesiapa bergelar J’ akan sentiasa orang bercakap”
Itulah kata-kata yang terungkap dari bibir penyanyi tersohor negara, Ziana Zain apabila mengulas mengenai kehidupan sebagai ibu tunggal sering menjadi buah mulut ramai, sejak empat tahun lalu.
Pernah berdepan detik hitam dalam rumah tangga, anak seni berusia 55 tahun ini akui ibu bapa dan keluarga adalah penguat semangatnya dalam terus mengharungi cabaran hidup.
“Selama empat tahun ini, saya sering fikir macam mana kalau ibu bapa saya dah tiada nanti, anak saya macam mana. Adik beradik lain semua ada suami, saya tiada suami. Anak empat orang.
“Tapi mereka selalu ingatkan saya untuk terus kuat kerana Allah itu ada. Mereka pesan setiap ujian yang diberi, Allah nak naikkan darjat dan ampun dosa kita. Itu yang buatkan saya kuat semangat.
“Bukan senang tiada suami, hidup dengan anak sahaja, kena tempuh banyak cabaran seperti mulut orang, tanggapan orang, kerja kita sampai larut malam, penampilan kita, macam-macam orang cakap.
“Saya cuma minta kepada Allah untuk jaga saya dan maruah saya demi anak-anak. Ngeri kalau fikirkan,” katanya memetik laporan Xtra.
Tidak mahu lagi dibelenggu episod pahit, pelantun lagu Putus Terpaksa ini terus bangkit dengan semangat yang dibawanya demi anak-anak.
“Tipulah ibu tunggal tak menangis, saya selalu ingatkan diri saya agar terus kuat tapi kadang-kadang kita akan menangis. Itu lumrah.
“Kalau fikir balik, saya akan tertekan tak mahu lagi fikir. Cukup saya alaminya sebelum ini selama empat tahun. Saya perlu bangkit.
“Saya selalu lihat anak-anak saya, keperluan hidup mereka, itu penguat semangat saya, saya kena bangun. Sentiasa bersemangat. Kita kena tunjuk pada anak-anak yang diri kita bersemangat.
“Berkat semangat, Alhamdulillah sebab kita selalu berpesan pada mereka, Allah sentiasa dorongkan anak-anak saya dipermudahkan dalam pembelajaran. Dapat lanjutkan pelajaran.
“Tiada siapa yang beri kita semangat kecuali Allah S.W.T” ujarnya dalam keadaan sebak.
Terdahulu, Ziana berkahwin dengan Armin pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan tiga anak lelak 77 dan seorang perempuan berusia 11 hingga 20tahun.
Namun pasangan ini bercerai pada 12 Julai 2018 selepas Ziana membuat tuntutan cerai atas dakwaan penderaan mental yang dialaminya serta fizikal terhadap anak mereka.
Sumber : Xtra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sering kali bab menguruskan anak-anak dan rumah tangga diletakkan di bahu isteri. Lagi lagi kalau yang tidak bekerja dan bergelar suri rumah. Namun itu tidak bermakna suami kena lepas tangan.
Sebaliknya suami isteri harus berganding bahu dan sama-sama membesarkan dan melakukan kerja rumah bersama.
Kali ini saudara khairul ezuwan berongsi tip membantu isteri mengemas rumah terutama di bahagian dapur sebelum tidur. Selamat mencuba!
Saya bukan rajin, apa lagi takut bini .Saya cuma nak hidup tenang . Hidup kita akan tenang bila pagi-pagi muka isteri senyum, kalau pagi-pagi muka isteri dah ketat , rasa kelam hidup kau satu hari 😩, lagi-lagi masa MCO ni .
Ini teknik nak bagi isteri muka tak ketat pagi-pagi . Setiap hari Sebelum kau tidur, Kau kemas dapur cantik-cantik & basuh semua, jangan tinggal walau satu garpu pon atas meja & dalam Sinki tak berbasuh , lap semua kasi berkilat, kosongkan tong sampah . Siap , baru kau masuk tidur.
Esok pagi confirm isteri takde point nak bebel. Padan muka dia . Suami-suami yang nak hidup korang tenang masa MCO ni, sila ikut Tips ni .
Kredit. khairul ezuwan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pastinya siapa yang lahir sekitar tahun 70an atau 80 an tentu mengenali pengajaran rancangan Muqaddam di saluran RTM yang popular sekitar awal 1970-an yang disampaikan oleh Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari. Ketika itu tentu anda semua masih kanak-kanak. Rasanya rancangan ini keudara setiap hari jam 6.30 petang.
Ketika itu, arwah dikenali sebagai ustaz Hassan Azhari iaitu bukan asing di kaca televisyen apabila menjadi pengajar rancangan Muqaddam selama lapan tahun di saluran nasional ketika itu. Sesungguhnya rancangan itu begitu popular pada zaman 70 an.Sehinggakan rancangannya ditunggu-tunggu oleh para penonton.
Semalam, anak arwah telah berkongsi cerita tentang sikap komited arwah kepada rancangan yang dikedalikan oleh arwah. Menarik perkongsiannya, arwah menulis skrip dalam tulisan jawi dan mendapatkan rujukan guru-gurunya. Ilmu yang amat bermanfaat untuk kita semua ketika itu.
NOSTALGIA
.
Inilah ayah saya. Nama penuh beliau ialah Hassan bin Azhari. Beliau seorang pesara yang pernah bekerja sebagai nadzir pelajaran. Pada masa sama, beliau juga seorang guru.
Pekerjaan akhir beliau sebelum penghujung hayatnya tetap sama, guru. Ya, guru al-Quran. Saya memanggilnya, abah. Beliau kembali ke rahmatullah pada 6 Oktober tahun lalu.
Gambar ini dirakam ketika beliau mengajar dalam rancangan di TV1, Muqaddam. Tidak silap sekitar awal 80-an.
Sejak TV hitam putih hinggalah berwarna, perjalanan untuk menghasilkan program tersebut cukup panjang. Tidak sedikit ilmu, masa dan keringat ditumpahkan.
Ada bangun jatuhnya dan penuh air mata terutama mereka yang pernah bergelar ‘anak murid’ dalam program tersebut.
SKRIP TULISAN JAWI
Di rumah, ketika menyiapkan skrip rancangan, saya sering melihat beliau lebih selesa duduk bersila di atas lantai berlapik permaidani sambil dikelilingi banyak kitab dan kertas-kertas putih A4. Ada juga sesekali beliau menggunakan mesin taip untuk menghasilkan skrip.
Sesekali saya curi-curi juga baca skrip Muqaddam. Saya hendak tahu bagaimana abah menulis skrip untuk program tersebut.
Kesemua skrip untuk program di radio dan televisyen lebih banyak ditulis tangan berbanding ditaip kerana abah menulis dalam tulisan jawi serta penggunaan ayat-ayat Quran.
Tiada siapa yang berani menggangu ketika beliau tekun menyiapkan skrip rancangan tersebut. Beliau sendirian menyusun semua kandungan pembelajaran dan skrip yang dihasilkan. Kami perhati saja dari jauh.
Namun, beliau masih merujuk kepada gurunya jika ada kemusykilan. Satu perkara yang saya ingat tentang abah ialah beliau sangat menghormati guru-gurunya dan mempunyai hubungan yang sangat baik dengan mereka.
Andai ada perkara yang beliau kurang fahami atau timbul kemusykilan, abah akan cepat-cepat merujuk gurunya untuk mendapatkan kepastian.
Ada sesiapa yang membesar dan mengikuti program Muqaddam sekitar tahun 80-an?
Jika ada, teruskanlah dekat dan istiqomah dengan al-Quran. Tiada istilah noktah dengan al-Quran walaupun rancangan ini sudah ditamatkan.
Berdampinglah sekerap mungkin dengan al-Quran walau sesibuk mana sekalipun kita dengan urusan dunia.
Usahakan untuk membacanya. Jika tidak mampu membacanya satu juzuk sehari, maka bacalah satu maqra’, jika masih tidak berkemampuan untuk membaca satu maqra’, bacalah satu muka, jika masih tidak mampu membaca satu muka, maka bacalah walau sepuluh ayat sehari, jika masih tidak mampu juga membaca sepuluh ayat sehari, bacalah walau satu ayat, jika masih tidak mampu, jangan langsung tinggalkan al-Quran.
Bahkan, memandang al-Quran itu saja merupakan ladang pahala.
Selalu ingat pesanan Nabi Muhammad SAW. Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan surah al Baqarah dan surah ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)
Kenapa tiba tiba buka kisah ni? Sebab saya terlihat gambar ini dan terpanggil untuk berkongsi. Al-Fatihah buat abah.
Nanti kita sambung lagi.
Uhibbukum fillah, hayya ilal jannah,
Semoga kita semua menjadi generasi akhir zaman yang memanfaatkan al-Quran sebaik-baiknya.
Kapsyen: Zaman ini masih guna papan hitam dan kapur tulis lagi. Ya, itu tulisan beliau.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...