Fizo Omar Dan Isteri Berkongsi Wajah Anak Kedua, Wan Umaira Jadi Nama Pilihan

Share

Sedia maklum diketahui ramai, selebriti dan usahawan Fizo Omar baru sahaja menimang cahaya mata kedua bersama isterinya, Fazeera Nazri pada Mei lalu.

Baru – baru ini, Fizo atau nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar akhirnya menamatkan pertanyaan dan persoalan peminat apabila mendedahkan nama puterinya itu kepada umum melalui postingnya di Instagram.

Menerusi perkongsian itu, Fizo memuat naik detik – detik indah dia dan keluarga kecilnya pada majlis tahnik anak keduanya itu.

Dalam majis tersebut, Fizo telah mengumumkan nama anak perempuannya iaitu Wan Umaira binti Wan Hafizol.

“Majlis tahnik puteri ketiga kami, Wan Umaira binti Wan Hafizol,” katanya ringkas  menerusi keterangan postingnya.

Untuk rekod, Fizo dan isteri, Fazeera Nazri telah melangsungkan perkahwinan pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan dua orang puteri.

Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dan hubungannya terlerai dengan seorang usahawan jenama tudung terkenal di Malaysia. Hasil perkahwinan lepas, mereka mempunyai seorang anak bernama Wan Maryam.

Sumber: Instagram Fizo Omar

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN