Sedia maklum diketahui ramai, selebriti dan usahawan Fizo Omar baru sahaja menimang cahaya mata kedua bersama isterinya, Fazeera Nazri pada Mei lalu.
Baru – baru ini, Fizo atau nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar akhirnya menamatkan pertanyaan dan persoalan peminat apabila mendedahkan nama puterinya itu kepada umum melalui postingnya di Instagram.
Menerusi perkongsian itu, Fizo memuat naik detik – detik indah dia dan keluarga kecilnya pada majlis tahnik anak keduanya itu.
Dalam majis tersebut, Fizo telah mengumumkan nama anak perempuannya iaitu Wan Umaira binti Wan Hafizol.
Ads
“Majlis tahnik puteri ketiga kami, Wan Umaira binti Wan Hafizol,” katanya ringkas menerusi keterangan postingnya.
Untuk rekod, Fizo dan isteri, Fazeera Nazri telah melangsungkan perkahwinan pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan dua orang puteri.
Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dan hubungannya terlerai dengan seorang usahawan jenama tudung terkenal di Malaysia. Hasil perkahwinan lepas, mereka mempunyai seorang anak bernama Wan Maryam.
Perkongsian daripada Encik Noorhashim apabila berkongsi foto gelagat pelajar remaja yang sedang mendukung adiknya yang bersekolah rendah, memang mampu menarik perhatian dan sekali gus menyentuh hati buat yang memandang.
Nyata, kasih sayang dan tanggungjawab seorang abang kepada adiknya itu wajar dipuji dan sebolehnya kita juga mengharap dan mendoakan anak-anak kita turut bertindak seperti anak remaja ini.
Secara jujurnya, saya sebagai seorang ibu atau ayah ternampak situasi seorang abang mendukung adiknya dalam keadaan panas terik. Wow!! Kagum dan sebak.
Saya perhatikan perlahan-lahan dia menuruni kawasan berbukit sambil mengendong adiknya dengan kawan-kawan perlahan-lahan menuju ke kawasan rumahnya.
Allahuakbar, anda seorg abang yang hebat. Semoga berkekalan ya adik menjaga serta melindungi ahli keluargamu ya.
Kepada ibu dan ayah serta keluarga adik ini, alhamdulillah didikan dan terapan kasih sayang di kalangan family masih utuh dan kuat. Tahniah atas didikan anda di dalam era yang penuh cabaran ini.
Sumber : Noorhashim Mohamad via KVV
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memiliki anak kecil memerlukan kesabaran terutama dalam melayan karenah mereka. Kerana itu ada yang sampai memukul kerana kurang kesabaran.
Tetapi kaedah tersebut tidak elok dipraktikkan, boleh menyebabkan pelbagai implikasi.
Lelaki ini ada kongsikan sebabnya.
4 sebab kenapa saya berusaha tidak tengking,pukul anak atau adik yang kecil sekiranya mereka buat ‘perangai’.
1) Akan jadi ketagih. Mula-mula tengking kita harap mereka akan berubah, kali kedua kita tengking kita anggap mereka sudah degil sebab ulang kesilapan yang sama,ketiga kita tengking perasaan benci mula akan wujud dan kita akan mula bersikap ganas.
Sebab itu ada yang tengking dan sepak terajang anak. Kita akan mula jadi stess dan hilang kawalan emosi. Tengking dah la kuat,terkejut anak. Ada yang sampai menggigil sebab terlalu takut. Akhirnya kita akan menyesal tengok mereka,ketakutan,menderita,luka.
2) akan beri kesan yang tersangat teruk kepada emosi mereka. Mereka mula tersangat takut kepada kita. Tiada keyakinan diri,akan mula tidak respect kita. Akan sembunyikan kesalahan mereka. Dan paling bahaya mereka akan mula memberontak dan bertindak kasar terhadap orang lain. Sebab itu kalau kita tanya budak kaki buli kebanyakkan dari mereka memang pernah ditengking,sering dipukul oleh ibu bapa.
3) ini yang paling saya takut. Mereka yang dibesarkan dalam suasana sering ditengking,dipukul,tidak pernah dihargai,sentiasa dihukum,boleh jadi Mereka akan lakukan perkara yang sama terhadap isteri dan anak-anak. Boleh jadi mereka akan alami penyakit Major Depressive disorder(MDD) Pasti isteri akan terkejut kenapa suami tiba-tiba berubah. Terkejut tiba-tiba suami senang gila naik tangan,naik kaki ketika marah. Suami lagi terkejut kenapa isteri yang sebelum ini nampak pendiam,romantik,peramah akhirnya jadi ganas dalam mendidik anak-anak.
Nampak tak kesan jika kita sering tengking,pukul anak-anak. Sebenarnya kita perlu selami jiwa anak-anak. Jiwa mereka sangat sensitif dari perbuatan dan percakapan kita. Sangat kurang bertindak dari arahan. Jangan kita fikir anak-anak akan mudah ikut apa sahaja arahan kita,sebaliknya tunjukkan AKHLAK dan PERCAKAPAN yang baik ketika bersama mereka. Anak-anak mudah terdidik dari pemerhatian mereka terhadap kita.
4) Ia juga salah satu akhlak nabi Muhammad s.a.w. Betapa hari ini masyarakat perlu didikan cara Nabi muhammad s.a.w. Lihat hadith ini,Nabi s.a.w tidak pernah pukul atau tengking kanak-kanak (hadith ini saya belajar dari guru yang saya sayangi).
Apa kata annas bin Malik R.hu. Waktu ini umur beliau antara 10-11 tahun.
“Pernah suatu hari Rasulullah menyuruh saya ke pasar, Sebelum berangkat saya bermain dulu dengan anak anak lain dijalanan. Ketika sedang asyik bermain, saya merasakan ada seseorang yang berdiri dibelakangku sambil memperhatikanku dan menyentuh bajuku dengan lembut, lantas saya menoleh kearahnya, dan ternyata Rasulullah saw.
Sambil tersenyum beliau bertanya “kenapa belum berangkat lagi, wahai Unais?. Maka sambil tergopoh gopoh akupun menjawab,” ya, saya akan berangkat sekarang wahai Rasulullah”,
Demi Allah, selama sepuluh tahun saya berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w, tidak pernah sekalipun beliau memarahiku”.
Moga bermanfaat dan SEBARKAN.
-EncikMatt- #LelakiBurQa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak dinafikan, bulan ramadan yang mulia ini selain daripada masing-masing berebut menambah amal ibadah dengan mengerjakan ibadah sunat, malah ada juga yang mengambil kesempatan dengan menyantuni anak-anak yatim dan asnaf dengan memberi sumbangan pada mereka.
Turut sama membuat perkara yang demikian, pempengaruh media sosial yang berbangsa cina, Mekyun baru-baru ini memberi sumbangan berbentuk barangan keperluan kepada anak-anak yatim di Pusat Jagaan Kesayangan Mumtahanah, Kelantan.
Perkara itu dikongsikan oleh abangnya iaitu Wee Chuan Chin atau lebih dikenali sebagai Abe Wee di laman Instagramnya.
Malah, baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh salah seorang adik beradik Mekyun iaitu Wee Chuan Chin di laman Instagramnya, mereka telah memberi sumbangan berbentuk barangan keperluan kepada anak-anak yatim di Pusat Jagaan Kesayangan Mumtahanah, Kelantan, semalam.
“Tadi Abe Wee, Abe Jay & Mekyun singgah Pusat Jagaan Kesayangan Mumtahanah kat Kelantan. Ada dalam 28 budak kecil comel kat sana. Kami sama-sama kumpul duit, sumbangkan barang keperluan macam beras, biskut, tepung, gula, susu, milo dan beberapa barang lagi.
“Masa kitaorang sampai, budak2 keluar pintu dengan excitednya, terus datang salam dan peluk peluk kita. Tersentuh betul,” katanya di ruangan kapsyen.
Bukan hanya itu, mereka juga turut memberi duit raya kepada anak-anak yatim tersebut. Dalam pada itu, Abe Wee berharap agar perkongsiannya itu mampu membuka mata orang ramai untuk membantu golongan yang memerlukan dan secara tidak langsung, berpeluang untuk mengumpul pahala pada bulan yang mulia ini.
“Kami ada juga bagi duit raya. Tak perlu penjaga cakap apa-apa, mereka sendiri pandai beratur dalam satu garisan. Bila ambil gambar, semua gembira betul. Bila tengok balik gambar, tersenyum Abe Wee.
“Dalam Malaysia ni, terdapat banyak lagi rumah-rumah anak yatim. Jangan lupa nak ambil peluang mengumpul pahala & kongsi rezeki sama-sama okay.
“Semoga korang dapat juga share post ni kepada orang lain. Abe Wee harap dapat meningkatkan sumbangan bukan terhadap rumah kebajikan ini sahaja, tapi kat satu Malaysia juga,” jelasya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata sebak melihat kebaikan yang dibuat oleh keluarga Mekyun. Malah, ramai yang mendoakan kebaikan mereka ini diberikan ganjaran olehNya.
Bagi yang baru mengenali, Mekyun dikenali ramai kerana fasih berbahasa Melayu dan menggunakan loghat Kelantan untuk berkomunikasi bersama keluarga dan pengikutnya.
Sumber: Instagram @weechuanchin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.