Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mengakui sudah menjalani prosedur peringkat awal rawatan kesuburan ‘In Vitro Fertilization (IVF)’ dalam usahanya untuk hamil lagi.
“InsyaAllah saya bukan makin muda. Saya sasar sebelum usia 43 tahun. Saya menjalani apa yang doktor sarankan seperti yang dilakukan ketika berusaha mendapatkan Siti Aafiyah.
“Kalau Buat IVF Saya Kena Berehat Panjang. Ia Rezeki, Kalau Lekat Jadilah.” Rancang Hamil Lagi, Siti Nurhaliza Impi Sepasang Anak“Kalau Buat IVF Saya Kena Berehat Panjang. Ia Rezeki, Kalau Lekat Jadilah.” Rancang Hamil Lagi, Siti Nurhaliza Impi Sepasang Anak“Ia rezeki. Kalau lekat. jadilah. Saya berserah kepada Tuhan. Tak dapat tak mengapa. Aafiyah sudah menjadi kurniaan indah dalam hidup saya.
“Kalau saya sudah di tahap mula prosedur seterusnya yang lebih tinggi, memang saya kena rehat seperti sebelum ini. Saya pun sudah beberapa kali berjumpa doktor.
“Kalau saya diam tak aktif itu mungkin ia petanda tengah ‘mengeram’ lah itu nampaknya,” katanya yang ditemui di majlis sambutan ulang tahunnya yang ke 41 sekali meraikan kelab peminatnya Siti Zone yang mencecah usia 16 tahun Disember lalu.
“Kalau Buat IVF Saya Kena Berehat Panjang. Ia Rezeki, Kalau Lekat Jadilah.” Rancang Hamil Lagi, Siti Nurhaliza Impi Sepasang AnakDalam pada itu, Penyanyi kelahiran Kuala Lipis ini mendambakan kehadiran anak lelaki memandangkan kini sudah ada anak perempuan.
“Kalau Boleh saya nak sepasang, sekarang dah ada perempuan. Insyaallah kalau ada rezeki mahu lelaki pula. Tetapi andai tiada rezeki tak mengapa saya bersyukur kerana ada Aafiyah,” ujar Siti lagi.
Mengenai majlis hari ini, Siti bersyukur kerana terus disayangi peminat tersayangnya.
“Kalau Buat IVF Saya Kena Berehat Panjang. Ia Rezeki, Kalau Lekat Jadilah.” Rancang Hamil Lagi, Siti Nurhaliza Impi Sepasang Anak“Apa yang saya raih ini hingga terus disayangi serta dihargai peminat, sesuatu yang bukan mudah. Bukan semua orang dapat.
Ia rezeki besar. Saya berdoa hubungan dan ukhuwah ini akan kekal sampai akhir hayat,” katanya.
“Kalau Buat IVF Saya Kena Berehat Panjang. Ia Rezeki, Kalau Lekat Jadilah.” Rancang Hamil Lagi, Siti Nurhaliza Impi Sepasang AnakPada majlis itu, Siti turut mendendangkan lagu Anta Permana, Terang dan Cinta Luar Biasa (nyanyian Andmesh Kamaleng).
Pada majlis bertemakan konsep kostum pekerja itu, Siti memilih gaya ahli silap mata.
Siti turut menyumbangkan sumbangan peribadi kepada ahli Sitizone yang kurang bernasib baik.
Sumber: Berita Harian Online & Mstar

IKLAN
IKLAN
IKLAN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI