Mencari-cari jenis minuman yang terbaik untuk diamalkan sepanjang Ramadan ini, lain tidak bukan elok dicuba untuk menikmati air nabeez. Dikatakan minuman nabeez banyak khasiatnya dan terasa rugi pula jika tidak diamalkan.
Ketahui lebih detail tentang minuman istimewa ini.
Apa tu air nabeez?
Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins). Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya.
Sumber mengatakan: air nabeez ni kegemaran Rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu di waktu pagi. Air tu nabi minum & buah kurma yang dah lembik tu, nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez ni dikatakan sebagai sunnah nabi.
Talk about infused water. Orang barat baru sekarang paham dan baru nak popularkan kaedah infuse water nie. Nabi kita dah buat lama dah.
Khasiat kurma
Terlalu banyak khasiat kurma yang menjadi sunnah Rasullah s.a.w. ini.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.
Abu Abdillah berkata: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
Abu Abdillah berkata: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan”.
Ads
Imam Ja’far Ash-Shadiq berkata: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.
Sabda Rasulullah SAW :
“Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)
Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai:-
1. Pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
2. Tinggi kandungan fiber ~ mengelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)
3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. Kaya pottassium ~ penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah
Khasiat air nabeez
Air nabeez nie adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan2 toksin dari badan. Dalam ertikata lain ~ sebagai detox.
Disebabkan air nabeez ni tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
Ads
Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.
Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kadungan urik asid di kalangan pesakit Gout.
Cara membuat air nabeez
Rendam beberapa butir kurma (seelok-eloknyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Seelok-eloknyer dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu bertutup.
Keesokkan paginya (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu boleh diminum dan buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.
Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. Tapi kalau takda kurma ajwa ~ sebarang kurma lain pun boleh.
Air nabeez tu boleh diminum begitu sahaja / boleh dikisar sebelum diminum.
Ads
Kalau nak buat air nabeez menggunakan kismis, pun boleh jugak. Caranya ambil segenggam kismis dan direndam dalam air juga. Dibiarkan semalaman juga.
Kalau nak minum air nabeez pagi, siapkan petang / malam. Kalau nak minum air nabeez di waktu malam, rendam kurma / kismis di waktu pagi.
Pantang larang dalam membuat air nabeez
Hanya gunakan salah satu daripada buah-buahan pada satu-satu masa. Tak boleh campurkan kurma dan kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnyer ~ kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis.
Air nabeez ni kalau disimpan di dalam peti ais ~ boleh tahan 1 ~ 2 hari.
Tapi dilarang meminum air rendaman kurma / kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma / kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula dan air rendaman kismis / kurma itu sedang dalam proses menjadi arak & haram diminum.
Oleh itu, adalah lebih baik air nabeez ni dibuat fresh daily.
Air nabeez ni nanti boleh diubahsuai dan ditambah dengan susu / yogurt untuk dijadikan smoothie jugak.
Tapi kalau buat dengan air susu, kena letak dalam peti ais ~ takut susu rosak dibiarkan semalaman di luar. Atau rendam sikit kurma tu dalam air masak. Esok nk minum ~ baru tambah susu dan goncang-goncang sikit bagi “mesra”.
Kes adik Siti Salmian yang melecur teruk pada bahagian muka gara-gara pressure cooker yang meletup menyedarkan kita bahawa periuk yang nampak mudah dan membantu proses memasak ini juga perlukan sedikit ilmu untuk mengendalikannya.
Bukan sekadar tekan dan makanan yang kita masak terus masak dengan cepat. Sebenarnya ada cara dan ilmu untuk mengendalikan peralatan canggih ini.
Tekanan yang dihasilkan khusus untuk mempercepatkan masakan ini bukanlah tekanan biasa-biasa. Bagi yang tidak mempunyai periuk tekanan ini mungkin tidak tahu. Bagi yang pernah memasak menggunakan periuk tekanan ini pasti mengetahui akan wap tekanan yang cukup kuat ini.
Jika anda sudah pun membeli tetapi masih tidak tahu cara menggunakannya. Ini cara dan panduan terbaik yang diajarkan oleh blog ini, www.wikicara.org. Semoga membantu dan paling penting kita menggunakan teknologi ini dengan baik disamping menjaga keselematan diri.
Masak 30 Minit Je
Kali ini saya nak kongsikan panduan asas cara menggunakan pressure cooker atau periuk tekanan. Antara kesilapan besar yang sering dilakukan serta sangat berbahaya adalah membuka periuk tekanan tanpa melepaskan wap terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan ‘letupan’ dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
Apa kebaikan periuk tekanan atau pressure cooker?
Kebaikan utama periuk tekanan adalah ianya dapat menjimatkan masa memasak. Sebagai contoh, jika kita merebus daging di periuk biasa, masa yang di ambil untuk daging masak dan empuk boleh mencapai 1 hingga 2 jam. Tetapi dengan menggunakan periuk tekanan, daging biasanya akan empuk dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja (bergantung kepada kuantiti dan jenis daging).
Cara menggunakan pressure cooker mungkin agak berbeza dari segi tetapan untuk setiap jenama periuk tekanan, tetapi asas penggunaan periuk tekanan adalah sama. Periuk tekanan juga ada dalam bentuk periuk tekanan elektrik dan juga periuk tekanan dapur gas. Harga periuk tekanan elektrik biasanya lebih mahal berbanding harga periuk tekanan dapur gas.
Periuk Tekanan Elektrik Dan Dapur Gas
Guna Periuk Tekanan, Wajib Tahu!
Bagi menggunaan periuk tekanan eletrik, anda perlu baca manual penggunaan. Nak tak nak, anda perlu baca cara penggunaan periuk tekanan anda terutamanya yang menggunakan periuk tekanan elektrik kerana kebanyakan model telah datang dengan butang pilihan mengikut jenis masakan. Masa masakan biasanya telah ditetapkan.
Berbanding periuk tekanan dapur gas, semuanya perlu dilakukan secara manual.
1. Pastikan penutup ditutup dengan betul dan ketat. Perkara ini adalah penting untuk memastikan tekanan udara tidak keluar daripada periuk semasa proses memasak.
2. Pastikan punat wap dipasangkan sebelum memasak menggunakan periuk tekanan dapur gas. Punat wap ini adalah bertujuan untuk mengawal tekanan di dalam periuk agar tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
3. Setelah cukup masa memasak, matikan api dan cabut punat wap untuk melepaskan wap di dalam periuk tekanan. Jangan buka periuk dahulu!
4. Tunggu sehingga sejuk atau sehingga tiada wap keluar dari punat wap. Jika anda terus buka tutup periuk, kebarangkalian besar periuk tekanan akan meletup!
5. Jika daging anda masih belum empuk, tutup rapat semula periuk tekanan tersebut, pasang punat wap, hidupkan api dan masak lagi daging tersebut 5 ke 10 minit lagi. Kemudian matikan api, cabut punat wap dan tunggu semua wap keluar.
Mudah bukan?
Memang mudah, tetapi kita hendaklah sentiasa beritahu kepada anak dan keluarga kita tentang penggunaan periuk tekanan, kerana mungkin anda tahu cara menggunakannya tetapi keluarga anda tidak tahu cara menggunakannya.
Saya sendiri menggunakan periuk tekanan dapur gas di rumah. Dan perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Jika berkira-kira ingin memberi mood baharu sempena sambutan Hari Raya ini pada ruang tamu terutamanya pada bahagian sliding door, apa kata anda gayakan dengan kemasan langsir yang nampak cantik dengan bajet yang mampu milik. Percayalah, impak gaya dan warna langsir yang akan digayakan ini akan memberi karektor berbeza.
Menurut Noor Hafiza Mohamad yang berkongsi idea dan bajet untuk melengkapkan gaya pada bahagian sliding door, nyata kos yang digunakan adalah RM206 sahaja. Jom teliti dan bolehlah diguna pakai jika ada yang berhajat untuk tukar langsir baharu raya kali ini,
DEKO BAJET ~ RM206 UNTUK PASANG LANGSIR SLIDING DOOR
Barang-barang yang diperlukan:
• 2 batang rod langsir IKEA RM15 x 2
• 6 pendakap rod IKEA RM6.50 x 6
• 1 pasang langsir MR.DIY RM50 x 2
• 1 pasang day curtain IKEA RM37.60
JUMLAH KOS = RM206.60
CATATAN
– Rod IKEA diperbuat dari besi RM15
– Rod MR DIY diperbuat dari plastik ~RM9 (>210 cm)
– Langsir IKEA banyak pilihan dan harga berpatutan. Semuanya labuh 250cm
– Saya pilih langsir MR.DIY sebab mahukan langsir yang lebih tinggi.
– Langsir day curtain (putih) banyak pilihan di IKEA dan harga berpatutan.
Ibu mana yang tak sayang anak kan. Tapi bila anak buat perangai, waktu itu ibu yang cool pun boleh bertukar jadi ‘singa’.
Namun, ada caranya jika mahu tenteramkan anak-anak yang sedang tantrum. Perkongsian tip dari yanasamsudin mungkin boleh membantu ibu-ibu lain.
@aisymateen start tantrum guling guling badan masa bulan puasa tahun lepas lagi masa umurnya 1 tahun setengah.. sedikit awal dari jangkaan untuk budak lelaki. 1st time masa tu kat expo Singapore. Dia guling guling sambil nangis.. nasib hall expo tu carpet.. masa 1st time dia jadi macam tu saya cepat cepat ambik video rakam aksi dia lepas tu terus suruh daddy dia bawa dia dari situ..huhuhu .
Ya, tipsnya bila anak tantrum. 1st : Jangan panik , enjoy the moment. Comel kot keletah dia, guling macam kipas helikopter kat lantai… paling penting ialah zaman kanak kanak anak kita datang sekali aja, lepas tu dia dah dewasa kita akan rindu zaman dia tantrum. .
. 2nd : Layan layan sayang. Dia nak berdrama kita pun layan drama ler… hahaha tengok dia berlakon dan nangis macam nak runtuh banggunan. Kita kena jadi penonton tiket kelas A lah. Hahaha buat apa nak marah. Just bagi amaran dulu dan cakap dengan dia. Tanya dia apa yang dia nak… mungkin dia nak luahkan sesuatu. Nak sesuatu kita tak layan ke. Tapi ter emosi lebih tu yang guling guling tu.
Jelas Yana lagi, jangan marah sebaliknya peluk anak dengan penuh kasih sayang.
3rd : Alihkan perhatian dia. Jangan biarkan dia lama lama berdrama. Ambik dia cepat cepat alihkan perhatian dengan cara bawa ke tempat lain. Peluk dengan penuh kasih sayang.Dan pandai cungkil perbualan dengan dia. Tunjuk apa yang dia suka. Automatik senyap punya, mood berubah dan dia akan mulakan perbualan punya. . . 4th : Seterusnya bila dia dah senyap, bagitau lah apa kesalahan dia, tanya dia kenapa buat macam tu. Terangkan situasi apa yang patut dengan dia apa yang fia buat tak betul kerana……… .
5th : Yang paling penting jangan ada rasa malu dan stress lah. Kenapa nak rasa malu orang pandang kita bila anak kita melalak.. lantak lah. Dia dulu pun pernah kecik juga kihkih.
Nak berjaya dalam pelajaran? Ini nasihat Tun Dr Mahathir buat anak muda. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menitipkan nasihat bermakna buat generasi muda yang ingin cemerlang dalam akademik dan kehidupan, jangan cepat putus asa jika tercicir dalam pelajaran. Sebaliknya, terus berusaha dan ulang kaji pelajaran berkali-kali.