Umum mengetahui pasangan ini sudah pun bercerai pada Julai yang lalu. Biarpun masih berhubung dengan baik kerana anak, timbul persoalan di kalangan peminat mereka berkenaan perjalanan restoran yang diusahakan bersama sebelum ini.
Akhirnya semalam, pelakon ini membuat pengumuman berkenaan restoran tersebut. Setelah beroperasi selama empat tahun lalu, Fizo Omar dan bekas isterinya, Mawar Karim sepakat untuk menutup FizoMawar Kitchen (FCM) di Bangi dan Kelantan yang diusahakan bersama sebelum ini.
Jelas Fizo, keputusan itu adalah pilihan terbaik yang dipersetujui kedua-dua pihak antara dia dan Mawar.
“Berat untuk saya nak umumkan dan saya sudah buat keputusan dan kami berbincang inilah yang terbaik.
“Saya dan Mawar bersetuju untuk menamatkan operasi Fizomawar Kitchen di Bangi dan Kota Bharu.
“Saya percaya Allah ada perancangan yang lebih baik kepada kami selepas ini,” kata Fizo menerusi pengumumannya di Fizo Omar Channel di YouTube.
Ads
Sedih dengan keputusan itu, Fizo bagaimanapun akur biarpun mendapat tentangan daripada pelanggan setia mereka.
“Bermacam-macam perasaan sebenarnya. Apabila kami berpisah ramai yang minta jangan tutup restoran ini terutama bagi yang sudah sebati dengan makanan kami.
“Saya tahu ramai yang terkejut tetapi saya terpaksa dan saya minta maaf,” tambahnya.
Fizomawar Kitchen telah memulakan operasi sejak tahun 2015 dan ditutup pada 27 Oktober 2019.
Ads
Kata Fizo seramai 300,000 pelanggan telah berkunjung ke restoran tersebut sejak beroperasi.
“Fizomawar Kitchen dibuka pada 2015 dan merupakan hadiah daripada saya kepada Mawar dan ibu saya. Kebanyakan makanan yang disediakan merupakan juadah kegemaran mereka.
“Saya sendiri belajar masakan tersebut di Thailand dan restoran ini ada banyak kenangan,” kata Fizo lagi.
Ads
Dalam perancangan lain, Fizo bakal mengadakan majlis khas bersama peminat dan pelanggan tetap Fizomawar Kitchen pada hujung bulan ini dan akan diumumkan kelak.
Fizo dan Mawar bercerai talak satu pada 10 Julai lalu selepas enam tahun berkahwin.
Pasangan yang berkahwin pada November 2013 itu dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jom tanam sendiri sawi. Mudah je caranya, belanja pun tak mahal. Malah kita akan dapat sawi yang segar, cantik, bersih dan selamat. 4 minggu jer dah boleh tuai hasilnya.
Nak tahu caranya, jom ikut perkongsian dari puan Herny Hafiz
saya nak share cara saya tanam sawi. dari sebutir benih halus sampai lah dituai. alhamdulillah berbulan bulan stok tak putus. biasanya pada 1 hb saya akan semai lebih kurang 30-60 biji benih.
tengah bulan saya akan alihkan ke raised bed. media semai saya guna peat moss. masukkan peatmoss dalam tray semaian. harga tray semaian dalam rm3 untuk 100 lubang.
saya gunting kecil tray tu jadikan kepingan kecil. satu keping dalam 30-40 lubang. semai 1 lubang 1 biji. bahagian bawah boleh isikan air supaya tanah dalam seedling tray tak kering tapi sebab pernah kena denggi saya letakkan tray semaian dalam pasu berisi tanah untuk elak takungan air. siram sehari 2 kali semasa proses semaian. dalam tempoh menunggu benih bersedia untuk di alih saya sediakan tempat tanaman pulak.
– biasanya saya guna campuran tanah 2-3 bahagian + 2 bahagian sekam bakar atau sekam mentah + 1 bahagian baja tahi ayam. Biarkan 1-2 minggu. dah cukup 2 minggu anak pokok dah ada 4 helai daun saya alihkan ke tempat tanaman. siram setiap hari 1-2 kali.
umur 4 minggu biasanya sawi dah boleh tuai. 🙂 masa tuai saya tak cabut tapi ambik daun daun bahagian bawah sahaja. biasanya 1 pokok 2-3 kali tuai. tempoh untuk habiskan 1 batch lebih kurang 2 bulan. kawalan semburan racun:tiada kalau ada ulat kutip buang. kawalan siput babi dan lintah bulan : tabur racun siput warna pink semasa 2 minggu sebelum alih anak pokok biasanya 3-4 bulan sekali baru guna racun siput di kebun. baja : masa permulaaan prepare tanah guna baja tahi ayam.
bila pokok dah membesar saya baja 2 minggu sekali guna baja kopi. sebab baja tahi ayam busuk 😬 bila dah ada pokok letak baja tahi ayam agak kurang selesa dengan bau.
semoga bermanfaat untuk yang baru nak berkebun kecil kecilan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memiliki rumah sendiri adalah idaman setiap orang baik yang bujang mahupun yang sudah berumah tangga. Namun seiiring dengan perkembangan semasa dan taraf hidup yang tinggi, ramai yang tidak mampu untuk membeli dan memiliki kediaman sendiri. Rata-rata memilih untuk menyewa.
Bagi yang bekerja di bawah jabatan kerajaan, tidak menghadapi masalah untuk membuat pinjaman perumahan, tetapi bagi pekerja swasta terpaksa mengambil masa untuk berbuat demikian. Namun, dalam pembentangan bajet pada 2011 oleh Kerajaan Malaysia, di bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP), dapat membantu golongan muda yang baru bekerja serta berpendapatan tidak lebih daripada RM5,000 / sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.
Skim ini berfungsi untuk membolehkan golongan muda mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi- institusi kewangan yang turut mengambil bahagian untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu untuk membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat pihak Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.
Cagamas SRP Berhad akan memberi jaminan kepada bank-bank atas pembiayaan yang lebih dari 90%. Jika sekiranya seorang peminjam/pelanggan mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10% (dari 90% hingga 100%) daripada pembiayaan berkenaan.
SIAPA YANG LAYAK DAFTAR SKIM RUMAH PERTAMAKU?
Skim SRP ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 35 tahun dan ke bawah (berumur tidak lebih daripada 36 tahun pada tarikh lahir berikutnya) dengan pendapatan kasar bulanan yang tidak lebih daripada RM5,000.00 bagi peminjam perseorangan dan pendapatan kasar bulanan yang tidak lebih daripada RM10,000.00 bagi peminjam bersama (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000.00 bagi setiap peminjam).
Perlu diambil berat bahawa skim ini hanya terhad kepada pekerja untuk sektor swasta, termasuk badan berkanun yang tidak menawarkan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan.
CIRI-CIRI & FAEDAH UTAMA SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)
Pembiayaan sehingga 100%
Harta kediaman sahaja
KRITERIA KELAYAKAN DAFTAR SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
Di bawah merupakan maklumat ringkas (perlu diketahui) mengenai pemohon yang layak memohon Skim Rumah Pertamaku (SRP).
Pemohon Yang Layak
Warganegara Malaysia
Pembeli rumah (pertama kali)
Bekerja di sektor swasta, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman atau pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan
Individu yang berumur tidak lebih daripada 40 tahun
Pendapatan kasar peminjam perseorangan yang tidak lebih daripada RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar peminjam bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam)
Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah
Keperluan Pembiayaan
Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan.
Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
Insurans/takaful kebakaran diwajibkan
Harta Yang Layak
Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
Nilai minimum hartanah RM100,000
Nilai maksimum hartanah RM500,000
Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)
BANK YANG MENAWARKAN PINJAMAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
SOALAN LAZIM
Q: Jika bekerja sendiri dengan pendapatan RM2,000 boleh mohon Skim Rumah Pertamaku?
A: Tidak boleh. Skim SPR hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan.
Q: Sekiranya saya bekerja sendiri dan pasangan bekerja di sektor swasta bolehkah kami memohon skim ini?
A: Tidak. Hanya pasangan anda yang layak mohon skim tersebut.
Q: Saya dan pasangan berpendapatan RM5,000 sebulan dan ingin membeli rumah berharga RM300,000. Bolehkah kami mohon skim ini?
A: Boleh. Dibawah skim ini, pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan bagi peminjam perseorangan atau peminjam bersama tidak boleh melebihi 60% daripada gabungan pendapatan bersih bulanan kedua-dua peminjam.
Andaikan jumlah komitmen sedia ada (ansuran kereta + pinjaman peribadi) adalah RM1,200.
Dalam kes ini, pembayaran balik maksimum bagi pinjaman perumahan dibawah SRP tidak boleh melebihi RM1,410 sebulan seperti tertera di bawah ini:
Contoh kiraan :
Gabungan pendapatan kasar : RM2,000 + RM3,000 = RM5,000
Gabungan pendapatan bersih : RM4,350 (pendapatan selepas potongan berkanun; cukai, KWSP & SOCSO)
60% daripada RM4,350 = RM2,610 (jumlah komitmen)
Pembayaran balik pinjaman perumahan tidak boleh melebihi: RM2,610 – RM1,200 = RM1,410
Berdasarkan kadar faedah/keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan selama 35 tahun (tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan), jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM294,000.
Q: Adakah skim ini termasuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri?
A: Tidak. Skim ini tidak meliputi pembinaan rumah di bawah tanah sendiri.
Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank yang terlibat seperti berikut:
PENDAFTARAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat seperti di atas. Atau, anda boleh layari Portal Skim Rumah Pertamaku (SRP) melalui pautan di bawah untuk maklumat lanjut.
Bila sebut saja mengenai buah durian pelbagai resipi boleh dimasakan berasaskan buat ini yang digemari ramai.
Bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja, dibuat bubur atau masakan tempoyak, buah durian juga boleh dijadikan bahan untuk aiskrim homemade.
Jika sebelum ini, perisa durian kita beli dikedai, kali ini kita buat aje. Mengikut resipi ini hanya menggunakan 5 bahan yang ringkas saja.
Jom ikuti resipi ini.
Aiskrim Durian Homemade Lemak Berkrim
Bahan-bahan
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (boleh kurangkan Kalau tak suka manis)
2sb Ovalette
2sk pewarna kuning
1/2 cawan isi durian
Cara-cara
1. Masukkan semua bhn dlm mixer
2. Pukul sampai gebu pada kelajuan maximum.
3. Kemudian masukkan ke dlm tupperware simpan dalam freezer sehingga beku.
4. Dah beku boleh kuarkan & scop ke dalam kon aiskrim. Kon tu saya beli sbb tak pandai buat sendiri
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.