Umum mengetahui pasangan ini sudah pun bercerai pada Julai yang lalu. Biarpun masih berhubung dengan baik kerana anak, timbul persoalan di kalangan peminat mereka berkenaan perjalanan restoran yang diusahakan bersama sebelum ini.

Akhirnya semalam, pelakon ini  membuat pengumuman berkenaan restoran tersebut. Setelah beroperasi selama empat tahun lalu, Fizo Omar  dan bekas isterinya, Mawar Karim  sepakat untuk menutup FizoMawar Kitchen (FCM) di Bangi dan Kelantan yang diusahakan bersama sebelum ini.

“Fizomawar Kitchen Hadiah Saya Kepada Mawar & Ibu.” Selepas 4 Tahun Beroperasi, Fizo & Mawar Ambil Keputusan Tutup Restoran

Jelas Fizo, keputusan itu adalah pilihan terbaik yang dipersetujui kedua-dua pihak antara dia dan Mawar.

“Berat untuk saya nak umumkan dan saya sudah buat keputusan dan kami berbincang inilah yang terbaik.

“Saya dan Mawar bersetuju untuk menamatkan operasi Fizomawar Kitchen di Bangi dan Kota Bharu.

“Saya percaya Allah ada perancangan yang lebih baik kepada kami selepas ini,” kata Fizo menerusi pengumumannya di Fizo Omar Channel di YouTube.

IKLAN

Sedih dengan keputusan itu, Fizo bagaimanapun akur biarpun mendapat tentangan daripada pelanggan setia mereka.

“Fizomawar Kitchen Hadiah Saya Kepada Mawar & Ibu.” Selepas 4 Tahun Beroperasi, Fizo & Mawar Ambil Keputusan Tutup Restoran

“Bermacam-macam perasaan sebenarnya. Apabila kami berpisah ramai yang minta jangan tutup restoran ini terutama bagi yang sudah sebati dengan makanan kami.

“Saya tahu ramai yang terkejut tetapi saya terpaksa dan saya minta maaf,” tambahnya.

Fizomawar Kitchen telah memulakan operasi sejak tahun 2015 dan ditutup pada 27 Oktober 2019.

IKLAN

Kata Fizo seramai 300,000 pelanggan telah berkunjung ke restoran tersebut sejak beroperasi.

“Fizomawar Kitchen Hadiah Saya Kepada Mawar & Ibu.” Selepas 4 Tahun Beroperasi, Fizo & Mawar Ambil Keputusan Tutup Restoran

“Fizomawar Kitchen dibuka pada 2015 dan merupakan hadiah daripada saya kepada Mawar dan ibu saya. Kebanyakan makanan yang disediakan merupakan juadah kegemaran mereka.

“Saya sendiri belajar masakan tersebut di Thailand dan restoran ini ada banyak kenangan,” kata Fizo lagi.

IKLAN

“Fizomawar Kitchen Hadiah Saya Kepada Mawar & Ibu.” Selepas 4 Tahun Beroperasi, Fizo & Mawar Ambil Keputusan Tutup Restoran

“Fizomawar Kitchen Hadiah Saya Kepada Mawar & Ibu.” Selepas 4 Tahun Beroperasi, Fizo & Mawar Ambil Keputusan Tutup Restoran

Dalam perancangan lain, Fizo bakal mengadakan majlis khas bersama peminat dan pelanggan tetap Fizomawar Kitchen pada hujung bulan ini dan akan diumumkan kelak.

Fizo dan Mawar bercerai talak satu pada 10 Julai lalu selepas enam tahun berkahwin.

Pasangan yang berkahwin pada November 2013 itu dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI