Apabila seorang ibu cuba membiasakan dan mengajar seisi keluarga minum susu untuk sihat, tindakan itu wajar dipuji. Maklumlah, susu sebagaimana sedia maklum banyak khasiatnya dan tidak semua orang akan terbiasa mengamalkan minum susu bila meningkat dewasa. Sedangkan kandungan nutrisinya sudah diketahui umum bagus untuk tubuh sihat dan kuat.
Pun begitu, melalui perkongsian daripada Dr. Aishah Alsagoff di akaun fbnya, ternyata banyak lagi perkara penting tentang susu ini yang kita tidak tahu.
Untuk itu, jom baca dengan teliti untuk pemahaman bersama.
SUSU FRESH MILK MANA SATU NAK PILIH?
Susu yang TERBAIK untuk bayi sudah tentunya susu ibu. Itu tak boleh disangkal lagi oleh mana-mana kajian di dunia. Tetapi, kita semua akur, ada banyak keadaan di mana ibu tak dapat nak menyusukan bayi, setelah berusaha dan berikhtiar, maka nak tak nak kena beri juga susu selain susu ibu.
Kalau ibu memilih nak bagi bayi susu fresh milk, mana satu nak pilih?
Pertama sekali, susu freshmilk hanya untuk bayi umur 1 TAHUN ke atas sahaja.
Sebab apa?
Sebab, antara susu ibu, susu lembu formula dan susu lembu fresh milk, susu fresh milk lah mempunyai kandungan zat besi yang paling rendah.
Bayi bawah 1 tahun memerlukan zat besi yang tinggi untuk perkembangan otak dan pembesaran. Pengambilan harian susu fresh milk sebelum umur 1 tahun akan menyebabkan ‘iron deficiency anemia’ (anemia disebabkan kurang zat besi).
Ads
Ok, so rule no 1, bayi mestilah berumur 1 TAHUN KE ATAS SAHAJA.
Setiap susu yang dikotakkan basically telah melalui 3 proses : pasteurisation, homogenization, dan fortification.
Pasteurisation bermaksud susu dipanaskan dengan suhu yang tinggi untuk membunuh bakteria dan memanjangkan jangka hayat simpanan susu. Susu UHT pula adalah susu yang dipanaskan dengan suhu yang lebih tinggi, ‘ultra high temperature’. Biasa perasan kan ade tulisan UHT tu?
Selepas tu proses ‘homogenization’ adalah untuk membentuk tekstur susu yang smooth dan sekata.
Akhir sekali susu di’fortified’ untuk meninggikan nutrisi dalam susu dan mengganti nutrisi yang hilang semasa melalui proses pemanasan tadi.
Di kotak biasa akan ada tulis pasteurised ke, homogenised ke. Boleh biasakan baca kotak susu
Ads
Jadi, nak pilih FULLCREAM ke FRESH MILK?
Perasan tak susu dutch lady contohnya, ade 2 jenis iaitu ‘full cream’ dan ‘fresh milk’. Boleh rujuk gambar.
Susu full cream ni whole milk. Susu lembu yang telah diproses dan dicukupkan nutrisi. Tinggi lemak, tinggi protein, tinggi karbohidrat, lengkap semua vitamin yang diperlukan. Susu ni sesuai untuk bayi.
Susu fresh milk pula adalah susu segar yang disterilkan sahaja dan tak melalui proses-proses lain. Kandungan lemak, protein, karbohidrat sama seperti fullcream. Cuma, cuma, kurang atau tiada vitamin A dan D3. Jadi, tidak sesuai untuk bayi untuk jangka masa yang lama.
Ads
So, rule no 2, pilihlah susu WHOLE MILK/FULLCREAM untuk bayi.
Ada banyak lagi jenis susu sebenarnya.
Perbezaan antara jenis susu lembu ini mainly dari kandungan lemak dan kandungan vitamin sahaja. Kandungan protein, karbohidrat dan zat besi semua sama.
1. Whole cream/pure milk
– ini susu lembu yang diproses dan ditambah nutrisi. Seperti fullcream tadi lah
– kandungan lemak 3.4%
– mengandungi vitamin A, D3, B2, dan B12 yang mencukupi
2. Skimmed milk
– susu lembu yang telah dikeluarkan ‘cream’ ataupun ‘milkfat’ supaya buang lemak dan rendah kalori.
– kandungan lemak susu ini sangat rendah hanya 0.1-0.2%.
– sumber vitamin A juga rendah
– sesuai untuk orang yang jaga berat badan dan taknak tinggi kalori
– TAK SESUAI untuk bayi
3. Low fat
– susu ini hanya sebahagian ‘milkfat’ di keluarkan
– kandungan lemak 1-2%, lebih rendah dari whole milk
– juga TAK SESUAI untuk bayi
5. Unpasteurised milk/raw milk
– susu lembu asli yang tidak melalui proses pensterilan. Terus dari perahan.
– biasa jumpa di ladang
– TAK BOLEH untuk bayi kerana risiko jangkitan kuman
Terlihat sahaja kuih tako ini mungkin sudah ada yang mengaitkan dengan pilihan menu pemanis mulut paling popular di bulan puasa. Maklumlah, bila tiba bulan Ramadan barulah kuih tako ini banyak dijual di bazar Ramadan. Namun andai ada disaat ini terasa teringin menikmati rasa kelembutan dan kemanisan rasanya, pasti agak sukar untuk menemui kuih nan satu ini.
Jadi apa kata kali ini kita pelajari menyediakan kuih tako kegemaran ramai untuk dijadikan menu istimewa buat keluarga tercinta. Siapa sangka mudah sahaja menyediakannya. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Nor Shakinah ini. Jom semak.
Malam ni saya nak share resepi Kuih Tako yang confirm jadi sapa-sapa buat pun. Resepi asal yang saya guna ni dari ahli grop ni jugak dah lama dulu.
Lapisan Bawah
1 cawan tepung Hwee kwe hijau (nak pakai tepung jagung pun boleh)
5 cawan air (boleh buat 4 cawan air tapis +1 cawan air pandan)
1 1/2 cawan gula pasir
4-5 biji sengkuang cina potong dadu
Secubit garam
Kacau/bancuh semua bahan kecuali sengkuang hingga sebati. Masak atas api sampai adunan memekat. Dah pekat masukkan sengkuang cina dan kacau sikit lagi sampai adunan berkilat. Siap. Tuangkan dalam acuan pandan. Tak de pakai je bekas kecil-kecil tu.
Lapisan Atas
1 cawan tepung jagung
9 cawan santan sederhana pekat
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Kacau/bancuh semua bahan bagi sebati. Kacau atas api sampai adunan pekat berkilat. Siap. Tuang adunan putih atas adunan hijau tadi. Sejukkan. Boleh la makan beramai-ramai hihi.
sumber : Nor Shakinah Md Zainal via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hati ibu mana yang tidak sebak apabila anaknya tersayang dimarahi oleh orang lain tanpa usul periksa.
Lebih menyedihkan ada yang tidak faham dengan kondisi anak yang merupakan anak oku yang punya emosi yang tidak stabil.
Begitulah insiden yang berlaku kepada anak seorang ibu apabila anaknya telah dimarahi oleh seorang bapa murid lain.
Difahamkan bapa itu marah setelah dikatakan anaknya dicekik oleh murid oku berkenaan. Bagaimanapun wanita berkenaan menafikan anaknya berbuat demikian.
Apa yang menyedihkan, wanita itu dalam kapsyennya di Tiktok menasihatinya bersabar bahawa orang yang memarah itu tidak tahu anaknya oku.
Hal ini dikongsikan satu akaun TikTok dikenali sebagai Azura Abdullah apabila memuat naik video anaknya yang dikategorikan sebagai OKU sedang tantrum selepas dimarahi oleh bapa kepada murid kelas lain.
Dalam pada itu, rata-rata para netizen meluahkan rasa sedih melihat situasi itu. Mereka turut bersimpati apa yang berlaku kepada murid berkenaan. Antara komen netizen seperti berikut:
“kesiannya awak dik 🥺 sebak nyaa tengok cara dia melepaskan kesakitan dia rasa . saya doakan awak dirahmati allah ya dik . spread love.”
“kenapa ibu bapa masuk campur. sepatutnya bincang dgn guru dan ibu bapa budak ni dulu. kesian budak ni.”
Melihat pasangan ini menguruskan dan mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri nyata memberi motivasi kepada ibu bapa lain. Tidak hairanlah setiap kali mengemas kini status terbaru di media sosial, ada sahaja pertanyaan dan permintaan daripada orang ramai yang ingin mereka berkongsi ilmu keibubapaan.
Tidak sekadar itu sahaja, pasangan ideal Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina juga tidak menggunakan bantuan pembantu rumah dalam menguruskan anak-anak. Sebaliknya mereka lebih selesa melakukan sendiri sejak dahulu lagi.
Terbaru, Sheikh Muszapahr mempraktikkan kaedah Tummy Time kepada anak kembarnya. Menurutnya, ada banyak kebaikan jika bayi diajar melakukan Tummy Time sebaik dilahirkan. Aktiviti ini boleh menguatkan bahagian belakang dan juga leher bayi.
Tambahnya, Eusoff sudah mula melakukan Tummy Time sebaik sahaja tali pusat ditanggalkan dan melakukannya 3 kali sehari, setiap satu minit setiap hari.
Jelasnya, dia juga melihat hasil yang luar biasa pada anak-anaknya yang terdahulu dengan melakukan perkara yang sama dan mengharapkan dapat memberikan kesan positif kepada Eusoff dan Emilia.Memang hebat!
Senada dan sehati dalam segala hal, namun Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sedikit ‘dominan’ terutama dalam mendidik anak-anak. Tegasnya, anak-anak perlu didedahkan dengan segala kemahiran sejak kecil lagi bagi memudahkan pada masa akan datang.
“Alahmdulillah, syukur kerana ini rezeki yang Tuhan berikan pada kami. Saya dan isteri memang suka anak ramai. Saya suka mendidik anak-anak ikut cara saya yang dipraktikkan hasil pembelajaran melalui ajaran ibu bapa saya dan juga sebelah Halina. Saya suka tonjolkan anak-anak dengan unsur kasih sayang selain ‘push’ mereka sehingga ke tahap maksima kerana kita tidak tahu potensi mereka yang boleh pergi.
“Saya mahu didik mereka dalam semua bidang termasuklah bab agama, akhlak, mengaji, belajar berenang, tekwando dan pelbagai lagi. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, demikian juga kami. Dalam hal ini, saya mengharapkan anak-anak akan jadi lebih baik daripada kami kelak. Awalnya isteri saya agak takut dan kesian kerana anak-anak masih kecil.
“Tetapi sebenarnya mereka suka jika apa yang kita suruh buat itu benda yang menyeronokkan buat mereka. Penerimaan Bella dan Tasha baik dan saya tidak suka mereka membazir masa begitu sahaja kerana pada saya setipa minit itu adalah pelajaran.
“Ini cara saya dan kepada mereka yang tidak setuju tidak apa. Kerana proses parenting ini seperti satu eksperimen. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Mungkin kita sudah berikan yang terbaik tetapi hasilnya berbeza. Namun yang pasti saya sudah melakukan yang terbaik dan jika ada yang mahu mencontohi cara saya, maka boleh ikut.