Bagi menjimatkan kos sara hidup, bandaraya Tokyo, Tokyo merancang untuk menyediakan khidmat penjagaan anak secara percuma untuk semua kanak-kanak prasekolah bermula September 2025.
Menurut AFP, program berkenaan diperkenal sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kadar kelahiran yang semakin menurun di Jepun.
Gabenor Tokyo, Yuriko Koike berkata langkah memperluaskan dasar penjagaan percuma kepada anak pertama itu akan meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa di kota berkenaan.
Sebelum ini, khidmat penjagaan anak secara percuma hanya diberikan kepada anak kedua dan seterusnya.
Ads
Walaupun banyak negara maju menghadapi masalah kadar kelahiran rendah, isu yang dihadapi di Jepun jauh lebih kritikal apabila populasinya terus menurun dari tahun ke tahun.
Ads
“Jepun sedang berhadapan dengan krisis penurunan populasi kanak-kanak dan situasi ini dikhuatiri akan berterusan berlaku.
“Kita tiada masa untuk berlengah lagi,” kata Yoriko Koike sambil mengulangi amaran perdana menteri dan pegawai-pegawai kerajaan lain mengenai krisis demografi yang semakin kritikal.
Media Jepun melaporkan bahawa dasar yang bakal dilaksanakan di Tokyo, salah satu bandar terbesar dunia dengan 14 juta penduduk, merupakan inisiatif pertama seumpamanya pada peringkat wilayah di Jepun.
AFP berkata, perkhidmatan penjagaan kanak-kanak awam ketika ini disediakan untuk ibu bapa yang bekerja, namun Jepun sedang merancang untuk memperluaskan akses kepada semua isi rumah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bertuahnya seorang menantu itu apabila mendapat mertua yang baik. Malah ini adalah salah satu rezeki dan bukan semua yang dapat rasa peluang begini.
Sebuah perkahwinan yang bahagia bukan hanya berdasarkan kepada hubungan pasangan suami isteri yang baik tetapi juga hubungan dengan mertua.
Menarik dengan perkongsian puan Firda Ashaary yang mengakui kenyataan bahawa memiliki mertua yang baik adalah rezeki.
Coretannya mengenai ibu mertuanya meraih perhatian ramai. Malah ia menjadi inspirasi buat wargamaya yang turut mendoakan mempunyai mertua begitu.
“Dapat mak mertua yang baik adalah rezeki. Bukan semua orang dapat rasa.”
Aku baru terbaca kat wall sorang cikgu yang agak glemer tadi. Suka pulak nak tulis juga tentang topik ni.
Katanya, “Dapat Mak Mertua yang baik juga adalah satu rezeki. Bukan semua orang dapat rasa.”
Aku setuju dengan cikgu ni. Bukan semua orang dapat rasa nikmat rezeki yang satu ni. Dulu aku selalu berdoa semoga Allah temukanlah aku dengan seorang lagi mak yang aku boleh bercerita, berkongsi rasa, menumpang kasih dan sayang anak-anak aku macam darah daging sendiri. Yang aku tak kekok bila berdua dengan dia.
Awal perkenalan aku dengan Encik Suami, aku dah tanya dia. Mak dia agaknya boleh ke terima aku? Aku tau dia anak kesayangan. Sebab tu aku tanya.
Kalau rasa Mak dia tak boleh terima, we better stop earlier aku kata. Aku pesan suruh bagitau aku awal-awal. Aku terima dengan hati terbuka. Kononnya. Walau kompom menangis 7hari 7malam. Dah la aku dah mula sayang dia tapi mana boleh tunjuk sedih depan dia.
Dulu aku memang seorang yang ego. Aku tak suka orang nampak aku sedih. Aku tak suka orang dapat baca hati aku. Selagi boleh sorok, aku akan sorok. Aku cover dengan senyum. Nanti time dok sorang, baru nangis.
Back to the story, aku tamak tau. Aku nak kahwin dengan anaknya tapi mak dia pun aku nak juga. Aku takmau sorang sahaja tapi aku nak kedua-duanya. Sebab tu awal lagi aku dah tanya.
Aku dah pernah ada pengalaman mak mertua tak redho ni, kucar kacir lah hidup rumah tangga nanti. Aku serik dah. Aku belajar dari pengalaman lalu. Jadi aku lebih berhati-hati.
Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan impian dan doa aku. Dia kirimkan aku seorang mak mertua yang penyayang, lemah lembut dan mudah bawa berbincang. Sayang anak-anak aku macam cucu sendiri. Tiada berbelah bagi.
Like mother like son! Syukur. Complete set aku dapat. Aku menang jackpot besar seumur hidup aku tahun tu. Sungguh!
Bukan setakat dapat mak mertua yang baik tapi keseluruhan “keluarga besar” mak mertua aku menerima kehadiran kami dengan baik.
Senyuman di wajah anak-anak aku dah cukup buat airmata syukur aku mengalir. Bahagia yang aku cari selama ni adalah demi senyuman di wajah mereka. Rezeki anak-anak aku dapat merasa hidup dalam keluarga besar. Hadiah terindah Allah kirimkan pada aku di akhir sebuah kisah airmata yang panjang.
Gais, Ingat ya mak mertua adalah anugerah Allah pada kita dan wajib dilayan macam mak sendiri juga. Jangan bermusuh atau cemburu dengan dia. Kita kena ingat kita dah “pinjam boyfriend ” dia. Jadi kita kena mengalah lah sikit.
Walau dia tidak melahirkan kita tapi kalau bukan kerana dia yang bertarung nyawa melahirkan dan membesarkan jodoh kita.
Tak mungkin kita akan dapat jodoh sebaik hari ni. Kita juga ada anak lelaki. Suatu hari nanti kita juga akan rasa bagaimana sedihnya bila “boyfriend ” kita, orang pinjam terus.
Kegembiraan mengetahui diri hamil dan bakal menimang cahaya mata rupa-rupanya tidak kekal lama.
Itulah yang dialami oleh Pelakon Faralyna yang berkongsi berita duka, keguguran anak ketiganya baru-baru ini.
Menurut Faralyna, selepas mengetahui diri hamil anak ketiga, dia tidak suka melihat handphone.
Assalamualaikum 🤍🤍 Dari awal tahun, ramai tegur & tanya mana Bonda. Kenapa lama tak update IG. Mana IGStory Bonda. Ini lah sebabnya. 😊
Alhamdulillah diberi lagi rezeki utk mengandung kali ketiga. Selama mengandungkan yg teristimewa ni, Bonda dgn phone bertukar status, jadi love-hate relationship ☺️ sorry..
Namun, kegembiraan bakal menimang ahli baru dalam keluarga tidak kekal lama bila mana kandungannya mengalami masalah dan akhirnya dia gugur.
Namun, sekali pon Dia beri rezeki, bila-bila masa juga Dia boleh ambil kembali.
Tiada rezeki BondAyah utk peluk cium dia, tapi rezeki kami merasa gembira & teruja bila tahu, kami akan dpt baby boy! 🥲
Walaupun sedih apatah lagi mengetahui dia sedang hamil anak lelaki, namun Farlyna dan suami reda dengan ketentuan Ilahi.
Terima kasih, Ya Allah.. Telah kau gembirakan hati kami dgn kehadiran yg teristimewa ini. Telah kau pinjamkan dia sekejap pada keluarga kami. 4 bulan yg penuh makna.
Dalam masa yang sama, Faralyna turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakannya sepanjang kehamilannya.
Kpd yg tahu Bonda pregnant, terima kasih kerana sentiasa doakan utk Bonda. Sentiasa ckp yg baik-baik pada Bonda. 🤍🤍 Salam Ramadhan buat semua.
Ini detik permulaan menyambut bulan yg mulia, bulan Ramadhan tahun ni utk keluarga kami… Paling istimewa, bersama yg teristimewa ; Muhammad Farid bin Muhammad Fikri 🤍
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Jika sebelum ini menerusi perkongsian seorang ibu bernama Norsufia Johari atau lebih dikenali sebagai Cik Pia, tular kisahnya yang terpaksa melalui proses kelahiran tanpa adanya suami di sisi telah meruntun hati wargamaya.
Betapa tabah dan sabarnya wanita ini melalui detik tersebut bersendirian. Difahamkan suaminya menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita. Ekoran daripada itu, setiap perkongsiannya di media sosial sering mencuri tumpuan netizen.
Apa yang pasti, pahit getir hidupnya tidak terhenti di situ sahaja. Malah penderitaan yang ditanggung olehnya semakin memuncak dirasakan.
Menerusi hantaran terkini di laman TikTok, dia ada meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila anak yang telah dilahirkan terpaksa dibinkan dengan nasab Abdullah gara-gara suaminya tidak memberi kerjasama untuk hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara.
“sedih sgt sedih..apalah salah anak ni..Ya Allah kau permudahkanlah urusan yg sulit ini..Semoga anak ini mendapat haknya.”
Hati ibu mana yang sanggup berdepan dengan situasi sebegitu, apatah lagi bila mengenangkan akan dipersoalkan oleh si anak apabila besar kelak memandangkan dibinkan dengan nama yang berbeza daripada adik beradik yang lain.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL MENARIK
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dan mendoakan agar dipermudahkan urusan untuknya anak beranak.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.