Sesungguhnya doa ibubapa terlalu besar mujarabnya. Biarpun si kecil anda terlalu degil dan membuatkan anda pening kepala, usahlah putus doa kepadanya saban hari.
Menurut Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, doa adalah perkara pertama dalam perkongsian tip membentuk ibu bapa cemerlang. Usahlah cepat menghukum anak apabila mereka melalukan kesalahan, sebaliknya angkatlah tangan dan doakan supaya mereka berubah dan mudah dibentuk.
Ketika menahan marah, angkatlah tangan dan doakan mereka. Ini tip dan perkongsian yang diberikan oleh beliau. Amalkan doa, zikir dan cara ini, insyaallah mampu jadikan anak kita, anak yang soleh dan solehah. Berusaha sesungguhnya lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Jom kita amalkan sama-sama.
1.Amalkan zikir ‘Ya Latif’ dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang tidur.
2. Peluklah anak setiap kali bangun pagi sambil berselawat di dalam hati dan niatkan apa jua niat untuk mereka. Usaplah kepalanya lembut dan doakan yang terbaik untuknya.
Ads
3. Amalkan Surah Al-Fatihah dan Surah Taha (ayat 1 hingga 5) dan hembuskan pada makanan dan minuman mereka. Amalkan bacaan ini setiap hari.
4. Zikir ‘Ya Latif’ juga turut membantu si kecil anda mudah menerima pembelajarannya dengan baik diikuti dengan bacaan Surah As-Syura. Lakukan saban hari.
Ads
5. Cubalah berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk ketika berdepan dengan mereka. Usah cepat melenting bila berdepan dengan kenakalan mereka, sebaliknya bersabarlah dan doalah untuk mereka.
Antara Amalan Lain Yang Ibu Patut Buat
Ketika Memasak
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah Al- Imran ayat 200 yang bermaksud: “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”
Ads
Temankan Anak Ulangkaji
Ketika menemani anak mengulangkaji atau membaca Al Quran, amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1 hingga 8, Surah Ar-Rahman ayat 1 hingga 4 danSurah Al-Insyirah. Ketika mengajar anak, sambil itu bacakanlah ayat-ayat ini.
Sentuh Ubun
Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
Doa Tengah Malam
Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Bangunlah ketika malam hari dan lakukan solat sunat diiringi doa dengan menyebut nama anak kita.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Minggu lalu, seorang ibu berkongsi gambar mata anaknya dijangkiti kuman gara-gara memegang seekor kucing kurap.
Perkongsian puan Norizan Acu dimuat naik menerusi laman facebooknya. Semoga ia memberi manfaat dan peringatan kepada ibu bapa lain supaya alert dalam memastikan keselamatan anak masing-masing.
Terima kasih yang mendoakan airel zakwan.. Mata dia berpunca dari kucing kurap yang dia pegang hari tu.. Sebab die tak takut kucing.. Kucing yang takut dengan dia…. Hehehehe.. So doktor nak tahan wad.
“Kuman dia kuat sebab tu dia merebak dengan cepat… Tapi mama tak boleh nak duduk wad sebab ada si debab Aida kat rumah.. So Airel kena kuarantin jelah kat rumah dulu sebab penyakit ni berjangkit.
“Tapi mama kena ulang alik klinik untuk sapu antibiotik kat mata dia…Alhmdulillah kuman ni tak merebak dalam mata Airel.. Kalau tak, lagi teruk.. Maafkan mama sayang tak dapat jaga Airel dengan baik… bertabah la mama..
Dia kemudiannya memuat naik perkongsian terbaru yang menyatakan anaknya kini semakin pulih.
Alhmdulillah lepas rawatan cuci dan letak cream antibiotik mata Airel dah kurang berair dan nanah pun takde dah… Kering dah luka nya.. Tapi still kene continue buat rawatan smpai betul2 sembuh…mama is risau.. Sebab melibatkan mata.. Kalau mama lambat buat rawatan kemungkinan Airel tak nampk sebelah… Allahuakbar… Maafkan mama sayang…
Bahaya kuman…. Take note uolls.. Jangan bagi anak pegang-pegang kucing terbiar atau berkurap…antibodi anak tak kuat macam kita orang dewasa…sehari je kuman tu merebak cepat.
My hero muhammad airel zakwan..semakin pulih dengan jaya nya. Berkat doa rakan2,rakan2 fb dan ahli keluarga semua.. Alhmdulillah.. Tq korang..tak dapat nak ucap dengan kata2..tq so much semua…lega hati mama..takde la mama risau lagi..
“takde la nak berperang dengan Airel nak bagi makan ubat dan sapu ubat.. takde la nak dengar Airel duk teriak dalam bilik rawatan untuk cuci dan sapu cream antibiotik tu lagi.. Leganyeee.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah..next appointment monday turn babah Jazmel Apex,”ujar Norizan lagi.
Ayu Raudhah bersyukur mampu menyusukan lima orang anaknya secara “back to back” sejak kelahiran cahaya mata sulung pada tahun 2014.
Suatu ketika dahulu nama pelakon Ayu Raudhah pernah rancak menghangatkan pentas lakonan. Bagaimanapun, Ayu atau nama penuhnya, Raudhah Che Wan yang aktif berlakon sejak tahun 2007 memperlahankan rentak seninya selepas berkahwin dengan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha pada tahun 2011.
Ayu memilih untuk membesarkan sendiri kesemua anak-anaknya Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2 dan Muhamad Aisy Al Jibreel, 10 bulan.
Paling membahagiakan apabila adik kepada pelakon terkenal Rozita Che Wan ini turut dikurniakan rezeki menyusukan kesemua anaknya dengan susu ibu sepenuhnya.
“Mula bersalinkan anak pertama sampai sekarang memang Ayu tak berhenti menyusukan anak. Kira back to back lah menyusukan lima orang anak. Paling lama dapat susukan anak selama dua tahun dan paling sekejap setahun lebih. Itu pun berhenti menyusukan anak sebab mengandung,” demikian beritahu pelakon berwajah keibuan ini.
Sepertimana ibu-ibu lain, Ayu mengakui menjaga anak ramai yang masih kecil usianya memang sangat mencabar terutama apabila turut menyusukan anak dengan susu ibu.
“Biasalah jaga anak kecik memang banyak cabaran, bila menyusukan anak kita kena fikir nak pakai baju apa yang senang untuk menyusukan dia bila keluar rumah,” ujarnya yang sudah terbiasa lapan tahun ada situasi anak kecil sedang menyusu.
Bagaimanapun pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 di Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) bersyukur dikurniakan suami yang penyayang dan ringan tulang membantu menguruskan anak-anak.
Berkongsi tentang amalannya mudah menyusukan anak terutama di bulan Ramadan, Ayu berpesan agar semua ibu menyusu rajin minum banyak air dan makan banyak makanan berkhasiat di waktu sahur.
“Pemakanan waktu sahur tu penting untuk bagi kita tenaga seharian berpuasa. Bila menyusukan anak kita mudah rasa lapar dan letih. Banyakkan makan makanan tinggi protein berbanding karbohidrat untuk melancarkan susu kita.
Selain dari itu penting untuk tidur cukup enam jam tapi kena tidur awal ya supaya kita lebih bertenaga dan sihat,” demikian Ayu berkongsi tipnya untuk sentiasa tampil ceria dan bertenaga.
Meskipun mengakui rasa rindu terhadap dunia lakonan sesekali datang bertandang, namun ibu anak lima ini bahagia memilih memberi tumpuan sepenuhnya kepada suami dan anak-anak.
Ditanya tentang jumlah anak yang diinginkan, Ayu dan suami sepakat tidak pernah target pun berapa jumlah anak yang diinginkan.
“Kalau ikut jumlah anak kami sepatutnya dah tujuh orang sebab Ayu pernah dua kali keguguran. Sekarang ada lima orang.”
Berseloroh menyahut kata-kata Ayu, balas Zaquan yang juga ketua pasukan bola speak Negeri Sembilan FC: “Tapi saya suka nombor lapan!”
Ayu yang pernah melalui proses pembedahan potong satu tiub fallopio disebabkan hamil luar rahim anak ketiga bersyukur kerana Allah tetap murahkan rezeki dengan kehadiran anak ramai. Jadi soal dikurniakan anak lagi tidak pernah merunsingkannya dan diterima dengan hati yang terbuka.
“Saya meletakkan keluarga prioriti dalam kehidupan, saya gembira dengan anak ramai dan kami berdua pun dibesarkan dalam adik-beradik yang ramai jadi rasa okey dan dah terbiasa,” demikian kata wanita yang bakal menginjak usia 37 tahun Disember depan.
Selain sibuk menguruskan keluarga, Ayu turut mengakui sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu dia mula berjinak-jinak menceburi dunia perniagaan makanan. Awalnya sekadar mengisi masa lapang kerana kebetulan suami tiada menjalani latihan bola speak.
Pasangan bahagia ini mula berniaga nasi ayam penyet secara dalam talian dan tidak sangka ia mendapat sambutan menggalakkkan dan akhirnya Zaquan mengambil keputusan untuk membuka kafe makanan di Seremban sejak lebih sebulan lalu.
Selain daripada itu Ayu juga mula mencabar diri meneroka bidang perniagaan termasuk mengeluarkan produk kecantikan kulit, pakaian Muslimah dan lelaki serta tudung.
Ayu sejak hujung tahun lalu juga disunting sebagai duta pakaian wanita mampu milik, byLR.
Bermula sebagai risikan menjadi duta jenama pakaian itu, Ayu menyerlahkan pengalamannya menceburi perniagaan sejak tahun 2012 menarik keyakinan rakan kongsinya itu untuk berada di depan menerajui perniagaan diusahakan.
“Saya tidak belajar tinggi. Saya tak malu mengakuinya, bahkan bangga dengan semangat diri. Saya hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah tak ada latar belakang jurusan perniagaan pun. Namun saya percaya pengalaman menjadi azimat berharga.
“Lalu ketika pihak byLR mempelawa untuk menjadi rakan strategik bagi memasarkan jenama itu, saya cabar diri. Komitmen saya bukan setakat duta, tapi juga ke depan dalam meningkatkan pengaruh serta kesedaran jenama itu.
“Saya fikir ini juga masa dan peluang terbaik untuk melangkah ke fasa lain sebagai usahawan. Ketika ini perhatian tertumpu kepada koleksi sedondon raya si ibu dan anak perempuan dan sebanyak 10000 helai pakaian diterbitkan sempena kehadiran Ramadan dan Syawal,” kata Ayu yang turut mengumumkan akan mengedar 10,000 tudung percuma dan baucar RM10 kepada peminatnya.
Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan sedikit cabaran yang perlu dihadapi, bermacam-macam dugaan perlu diharungi sebelum berjaya. Memang benar, semua orang mahu jadi usahawan kerana mahu bebas bekerja dengan peraturan dan cara sendiri. Berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri adalah impian semua orang.
Kagum dengan perkongsian Encik Fahmie Abu Bakar yang pernah jatuh dalam pernigaannya, tetapi tetap berusaha untuk berjaya. Begitulah onak duri yang perlu ditempuh. Moga coretannya menjadi motivasi diri apa juga yang ingin dilakukan. Asalkan ada usaha dan keinginan, pasti berjaya!
Jom semak!
Bila jumpa member ramai cakap,
“Best la Mie, kerja sendiri, masa sendiri. Pergi jalan sampai Sabah.”
Selalunya aku sengeh je.
Kerja sendiri ni, feeling macam kena tanam dalam kubur 6 kaki.
Kau kena gali jalan keluar. Kau give up, bukan kau sahaja mati, anak bini, mak ayah, pekerja & keluarga dia, pelanggan dan semua yang bergantung pada kau.
Aku dah rasa macam tu 3 kali. Sekali pun aku tak share kat FB. Apa yang aku boleh kata, tiap kali kena kambus tu, teknik aku gali jalan keluar jadi lebih baik.
Aku dimana harini bukan kerana skil aku manage company, kehebatan menjual, KABEL apa ke.. Tapi sebenarnya 90% tu NASIB.
Dan kita tahu NASIB itu datang daripada DIA. Ujian semua orang lain-lain, tapi jawapan dia tetap sama.
CARILAH DIA.
Sumber: FB Fahmie Abu Bakar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di