Ini yang dinamakan kasih ayah sepanjang masa. Perkongsian seorang anak mengenai rasa kekaguman pada ayahnya yang sanggup menamatkan perkhidmatan di syarikat lain agar dapat berkerja di syarikat yang sama tempatnya bekerja. Sweetnya ayah macam ni!
Menurut Safia Anisa di Twitter, bapanya telah sudah 40 tahun berkhidmat di syarikat penerbangan lamanya. Namun sanggup menjadi juruterbang ‘junior’ untuk terbang bersama dua orang anak perempuannya.
Pastinya ia pengalaman manis apabila dapat mengelolakan pesawat bersama bapa sendiri terbang di awan biru. Sungguh inspirasi cara bapa wanita ini. Tentu pelbagai ilmu penerbangan yang diperolehi oleh anak-anak perempuannya.
Ads
Aww thank you for the well wishes everyone!! ♥️ Just for clarification, my dad started flying right after spm, he was a cadet for MAS. After 40 years there, me and my sister both got a job at airasia. He then decided to come to airasia so he could fly w us before he retires! pic.twitter.com/bx6tOPqkMR
Dalam pada itu, perkongsian Safia telah menarik perhatian netizen sehingga mendapat 47k retweet. Netizen melahirkan rasa kagum dengan cara bapanya dan mendoakan dipermudahkan dengan kerjaya sebagai juruterbang.
Pastinya setiap ibubapa mahu mendidik anak pandai membaca Al Qur’an. Jika anak belum boleh membaca Al-Quran dengan baik, tentu ia membimbangkan. Agar anak lebih bermotivasi untuk membaca dan menghafal Al-Quran boleh lihat perkongsian oleh seorang ibu ini.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Saya dah lama sedar, jika kita selalu latih anak untuk baca AlQuran setiap kali bila disuruh atau dijanji dengan reward
sebenarnya tak akan berjaya membentuk habit membaca AlQuran. Jujurnya, anak sy juga sy ‘besarkan’ begini pada awalnya. walaupun dia mampu menghafaz hingga 5 Juz ada usia 5 tahun. tetapi itu hasil selalu ‘disuruh’ dan diupah ‘reward’ . saya selalu buntu bila fikirkan nanti dah besar macam mana nak ‘lekatkan’ hati anak dengan AlQuran
Syukur Allah timbulkan kesedaran dalam hati sy awal. Tak jemu sy berdoa setiap masa supaya diberi petunjuk jalan kaedah yg tepat lahirkan anak CINTA Al Quran
Alhamdulillah kini pada usianya hampir menginjak 7 tahun sy nampak perbezaan besar dalam ‘attitude baca AlQuran anak’
Hingga beberapa kali keluar dari mulut anak . “Mak, I can’t stop baca AlQuran, dah ketagih ni…”
lalu dia baca dalam suaranya yang paling merdu dan dalam diam air mata saya mengalir
Allah, tidak dapat sy gambarkan perasaan sy ..bahagia yang amat
Rupanya Allah menegur saya..saya dulu perlu berubah..
Beberapa perubahan yang saya buat sebelum sy dapat nampak ‘perubahan’ dalam diri anak:
1) Saya berhenti MENYURUH
saya mula lazimi semula Al Quran..jika sebelum ni kadang2 saja baca AlQuran..kini sy peruntukkan wajib setiap hari ada slot sy sendiri baca AlQuran..antara maghrib ke Isya’ sy akan tangguhkan semua agenda shopping beli barang dapur dan sebaginya..pastikan diri sy duduk mengulang AlQuran..
saya mula nampak perubahan anak pada masa ni..mulanya dia hanya tengok dengan ekor mata,
hari seterusnya bila sy konsisten mengulang AlQuran, dia mula bawa rehal dan Al Quran dan dia mengulang surah-surah juzuk yg dah dihafaz
saya tak perlu ‘SURUH’ lagi dan ia berlangsung setiap hari
2) KAMI BACA BERGILIR AYAT AL QURAN
Setiap hari Jumaat wajib kami buat Halaqah, duduk dalam bulatan..baca Surah Al kahfi bergilir-gilir
Maklumlah Surah Al Kahfi kan panjang, cara untuk mudahkan anak mengulang surah ni ialah secara bergilir-gilir
Alhamdulillah, dapatlah baca bersama seluruh Al Kahfi
3) TADABBUR TERJEMAHAN AL QURAN
saya mula bertadabbur terjemahan AlQuran..lalu sy bercerita pada anak terjemahan surah..datang pula minat anak untuk bertadabbur bersama
kemudian kami tadabbur makna ayat-ayat yang anak dah hafaz
saya nampak sinar dimata anak bila dia mula tahu makna-makna ayat yg dia hafaz sebelum ni
MasyaAllah, indah bercinta dengan AlQuran
4) CUBA HAFAZ SAMA-SAMA
Jika sebelum ni selalu sy minta anak menghafaz sendiri
terbaru ni sy cuba menghafaz sama-sama Surah Al Dzariyat
baru sy tahu susahnya menghafaz dan faham apa yang anak lalui
letak diri kita juga dalam kasut anak untuk faham peritnya dia berusaha menghafaz
5) PUJI ANAK DEPAN SUAMI
bila nampak anak sy mula nak baca AlQuran tanpa disuruh, sy bercerita perihal anak pada suami
biasanya akan bertambah merdu bacaannya mungkin sebab sangat gembira
Seriously sy dan berhenti semua reward dan tutup mulut dari suruh anak mengulang Al Quran
Saya nampak yang kita dulu perlu JATUH CINTA dengan AlQuran,
baru mampu nak lahirkan anak PENCINTA AL QURAN
Ibu bapa perlu rasa RISAU bila selalu janji rewards untuk anak baca AlQuran
Sebagai ibu bapa, tentu kita mahu melihat anak berjaya dan cemerlang, itu semua impian setiap ibu bapa.
Namun terlalu mendesak anak dan menganggap anak tidak pandai boleh memberi kesan negatif pada dirinya termasuk merasakan dirinya ‘loser’.
Dalam hal ini, untuk mengelak ia terjadi kepada anak itu, ibu bapa harus tahu cara untuk mendorong anak dengan cara yang betul.
Ikuti huraian lanjut mengenai hal ini, menerusi perkongsian puan Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy.
FASA YANG MEMBENTUK SEORANG ‘LOSER’.
Apabila kanak-kanak didedahkan kepada penilaian akademik terlalu awal dalam hidup, maka tekanan ke atas mereka untuk memenuhi harapan orang dewasa juga bermula terlalu awal dalam hidup mereka.
Jika anda mempunyai anak yang akan menamatkan zaman tadika ataupun yang baru selesai tahun 1, janganlah terlalu cepat menilai anak sebagai ‘tak pandai’ hanya berdasarkan penilaian yang dibuat pada tahap itu.
Perjalanan anak-anak usia itu baru sahaja bermula.
Usia 6-11 tahun
Usia 6-11 TAHUN adalah usia mencari keupayaan dan kelebihan diri. Ibubapa dan guru-guru di sekolah memainkan peranan yang sangat penting sepanjang 5 tahun itu untuk membantu memantapkan keupayaan dan kelebihan yang dikenalpasti dalam diri anak. Pendapat ibubapa, guru dan rakan-rakan menjadi ‘SUARA HATI’ anak-anak usia ini. Mereka membina konsep diri dari kata-kata yang mereka dengar tentang diri mereka.
Seandainya pada usia seawal 6-7 tahun lagi tindakan dan perkataan yang diucapkan oleh ibubapa memberi isyarat kepada anak bahawa anak tidak ada harapan, anak tidak pandai seperti orang lain, anak tidak mencapai piawaian yang sepatutnya dan anak tidak memenuhi jangkaan, maka bayangkan dari peringkat awal lagi anak sudah tidak yakin dengan kebolehan dirinya sendiri dan merasa inferior.
‘Sense of competence’ atau rasa berupaya hanya terbina dalam diri anak-anak usia ini apabila mereka berjaya membentuk kecekapan ketika BERMAIN (pada usia awal) dan kecekapan MENYELESAIKAN TUGASAN sekolah pada usia seterusnya. Semua ini adalah PROSES YANG BERTERUSAN dan tidak boleh dinilai hanya pada satu tahap yang tertentu sahaja.
Anak-anak yang sentiasa diberi KATA-KATA PERANGSANG dan galakan akan tumbuh sebagai seorang insan yang yakin dengan kebolehan dirinya sendiri dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.
Manakala anak yang tidak dirai dan tidak mendapat sokongan ibubapa dan guru akan tumbuh sebagai seorang individu yang sentiasa meragui keupayaan dan kebolehannya sepanjang proses mengenali diri pada usia tersebut.
Bayangkan anak yang merasakan diri ‘tidak berupaya’, ‘tidak pandai’, ‘tidak sempurna’ ini akan melangkah kaki ke USIA REMAJA dengan menganggap dirinya sebagai seorang ‘LOSER’.
Konsep diri yang sebegini selalunya akan membawa padah ke atas diri anak itu, keluarga dan juga masyarakat secara umumnya kerana mereka akan ‘rebel’ dengan sangkaan bahawa diri tidak bernilai.
PERANAN IBUBAPA DAN GURU.
Berikanlah galakan dan sokongan kepada anak-anak usia 6-11 tahun ini. Mereka masih dalam proses MENGENALPASTI KEUPAYAAN DAN MEMBINA KOMPETENSI. Melalui interaksi sosial bersama rakan-rakan dan guru di sekolah mereka sedang membina rasa bangga dengan keupayaan dan pencapaian diri yang akan mendorong mereka untuk terus berusaha.
HARGAI SETIAP USAHA anak usia ini walaupun usaha itu kecil kerana usaha kecil inilah yang akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar. Kritikan, kutukan, cemuhan dan merendah-rendahkan diri dan keupayaan mereka tidak akan menggalakkan mereka untuk terus berusaha.
Janganlah meletakkan kejayaan akademik pada usia awal sebagai syarat untuk anak mendapat perhatian dan kasih sayang anda.
Janganlah dijauhkan diri anak yang dirasakan ‘tidak berjaya’ pada usia 6-11 tahun ini dengan menghantar ke mana-mana institusi supaya dia memperbaiki diri. Tindakan sebegini hanyalah dilihat oleh anak sebagai satu HUKUMAN ke atasnya kerana anak usia ini masih memerlukan perapatan, belaian, sokongan dan bimbingan secara langsung dan berterusan daripada ibubapa yang berada di sisinya.
Pasti anda sering hadapi masalah ini apabila bau masakan melekat di baju anda.
Ini bukan sahaja dihadapi dirumah tetapi di restoran yang sering anda kunjungi sewaktu keluar makan tengahari pada waktu pejabat.
Ini disebabkan di dapur tersebut tidak mempunyai ruang udara yang betul menyebabkan bau terperangkap di dalamnya.
Apabila bau makanan melekat, boleh membuatkan anda stress di samping rasa kurang selesa dengan keadaan sekeliling lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan orang ramai.
Jadi bagi orang dapur dan juga pengusaha restoran, anda boleh mengamalkan petua ini untuk menghindarkan bau ini dari terus merebak dan meninggalkan bau hapak.
1. Rebusan Daun Limau Purut
Daun limau purut yang direbus dapat menghasilkan aroma unik yang berfungsi untuk mewangikan kediaman.
Rebus daun itu dan biarkan ia di mana-mana kawasan seperti atas rak atau meja makan untuk mendapat aroma semula jadi yang nyaman.
2. Rebusan Kulit Limau Bersama Kulit Kayu Manis
Rebus dua bahan ini dan biarkan ia sejuk. Selepas itu, masukkan air rebusan berkenaan di dalam botol semburan.
Semburkannya di sekitar dapur dan juga ruang-ruang lain dalam kediaman anda.
3. Hirisan Daun Pandan
Hiriskan daun pandan dalam saiz yang kecil dan letakkan di dalam bekas yang terbuka.
Pasti ruang rumah akan menjadi harum dengan aroma pandan ini.
4. Arang Penyerap Bau
Arang berfungsi sebagai penyerap bau yang sangat efisien.
Jadi, letakkan beberapa ketul arang pada sudut tertentu di dapur kerana ia boleh menyerap aroma masakan dan bau-bau yang kurang menyenangkan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.