Gara-Gara Tiada Sejarah Perjalanan. Baru Jejak Kaki Di Incheon, Terus Wanita Ni Diarah Pulang Semula Ke Malaysia!
Bila sebut tentang melancong ke luar negara, tentunya ramai yang teruja dan kalau boleh mahu melawat ke tempat-tempat menarik bersama insan tersayang. Jadi tidak hairanlah hingga ada yang sanggup ‘ikat perut’ demi untuk mengumpul duit berbulan-bulan lamanya kerana tahu bukan sedikit jumlah wang yang diperlukan untuk merialisasikan percutian yang menarik apabila berada di luar negara.
Selain menyediakan duit, bahkan apa yang lebih utama adalah untuk menyediakan pasport yang merupakan dokumen perjalanan yang paling penting sekali dibawa sebelum bercuti ke sesebuah negara.
Bercerita tentang pasport, Hazwani Amira ada kisahnya yang tersendiri apabila telah lama memasang memasang impian untuk menjejakkan kaki ke negara Korea Selatan. Namun siapa sangka, percutian indah yang dirancang berakhir dengan kekecewaan. Baru sahaja menjejakkan kaki, namun diarah untuk pulang gara-gara tidak membawa bersama pasport lama ke Korea.
Pengalaman tersebut turut telah dikongsikan olehnya di akaun TikTok dan menjadi tular.
@beeemyfweeenFor the first time : Immigration at Korea ask us to go back. We cant enter Korea without any valid reason♬ bunyi asal – haa
Ads
Menurut Amira, semuanya baik-baik sahaja dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) sehingga sampai ke lapangan terbang di Incheon. Detik hitam, itu bermula apabila Amira dan seorang lagi rakannya tiba di pemeriksaan pegawai Immigresen.
Seperti biasa, pihak Immigresen meminta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti paspot dan K-ETA (Kebenaran Kembara Elektronik Korea Selatan). Tiba-tiba, pegawai itu bertanya kenapa paspot Amira tiada sejarah perjalanan. Amira menjelaskan itu paspot yang dah diperbaharui.
Pegawai itu juga bertanya, mana paspot yang lama? Amira tidak membawa bersama paport lama ke Korea. Terus kedua-dua mereka diminta ikut pegawai itu untuk disiasat. Selepas disoal siasat, mereka berpendapat Amira dan rakannya tidak lengkap untuk masuk ke negara Korea sebagai pelancong.
Ads
Akhirnya, pegawai Imigresen meminta Amira dan rakannya pulang semula ke Malaysia keesokan harinya. Mereka ditempatkan dalam satu bilik bersama pelancong-pelancong lain yang senasib dengan mereka. Paspot mereka dipegang pihak Imigresen. Mereka terpaksa menunggu ketibaan penerbangan pagi esoknya jam7.30 pagi.
Penerbangan pulang itu adalah percuma kerana mereka telah menempah tiket penerbangan pulang lebih awal. Amira juga mengucapkan terima kasih kepada staf AirAsia dan juga kedutaan Malayasia di Korea Selatan kerana banyak membantu dalam kesnya itu. Namun, pegawai Imigresen kekal tegas arahkan mereka pulang.
Perjalanan seorang isteri dalam mencari syurga perlu baginya memperjuangkan ketika hari pertama dirinya berkahwin. Hakikatnya syurga itu menjadi dambaan setiap antara kita dan jalan menuju ke syurga bukan mudah. Ada ujiannya dan perlulah bersabar dan harus diperjuangkan hingga hujung nyawa agar penghujungnya syurga buat yang berusaha.
Itulah juga yang disarankan oleh peguan syarie Roslina Sabiyah, melalui tulisan penuh bermotivasi untuk mengajak wanita terus bangkit dalam memperjuangkan untuk memiliki syurga idaman.
Ini pekongsiannya.
Wanita.. Perjuangkan Syurgamu..
Syurgamu.. pada setianya kau melayan suami yang bertanggungjawab dan memberikan perlindungan padamu.
Syurgamu.. pada lelahnya kau melahirkan dan membesarkan anak-anakmu, mendidik penuh kasih dan memimpinnya menjadi manusia berguna untuk ummah.
Syurgamu.. pada tegasnya kau berkhidmat mencurah bakti di segenap penjuru bidang yang memerlukan sumbangan buah fikiran dan tenagamu.
Syurgamu.. pada taatnya kau melaksanakan semua yang diperintahkan Allah dan Rasul dan meninggalkan segala yang dilarang oleh-Nya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang wanita (isteri) itu melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya, dan mentaati perintah suaminya, maka di akhirat kelak, dia dipanggil untuk masuk ke syurga daripada mana-mana pintu yang dia sukai (sesuai dengan pilihannya)”.
(Hadis Riwayat Ahmad)
Biarpun dalam perjuangan itu kadangkala kita tewas..
Pada tipisnya kesabaran seorang isteri..
Pada letihnya tugas seorang ibu..
Pada peritnya mujahadah melawan hawa nafsu semata untuk menjadi hamba-Nya yang taat..
Pada lemahnya kudrat seorang wanita..Yang kadang-kadang diperlakukan sewenangnya..
Dipukul, dirogol, disakiti, dizalimi hatta dibunuh di tangan suami sendiri yang dirasuk amarah..
Ketahuilah wahai wanita.. perjuangan kita menggapai syurga tidak pernah terhenti di situ..
Walau kudrat lemah, walau jiwa pasrah, walau jasad sudah dikandung tanah..
Ada sedekah jariah yang menjadi penyelamat kita..
Ada ilmu bermanfaat yang terus mengalirkan pahala..
Ada anak-anak dan generasi yang kita tinggalkan yang doa-doa mereka diharap mampu membantu menghantar kita ke syurga..
Setiap amal yang baik, walau hanya sebesar zarah akan kekal bercambah subur..
Setiap air mata, peluh dan darah akan Allah ganjarkan kebaikan..
Maka jangan pernah kecewa dan putus asa..
Teruslah berbuat baik, bersangka baik dan menyebarkan kebaikan.
Maka dengan seluruh kudrat, tekad dan semangat, mari kita terus perjuangkan syurga kita selagi nyawa di kandung badan. Moga Allah redha dan memimpin kita dengan rahmat-Nya dalam setiap tindakan yang kita lakukan.
Cabaran dalam hidup berumah tangga bukan sahaja pada kewangan semata-mata. Soal anak juga boleh menyebabkan pasangan suami isteri bertekak yang akhirnya mengundang kehancuran.
Suami isteri mana yang tidak mahu memiliki anak kan. Melihat pasangan lain bahagia dan gembira tatkala menimang cahaya mata, hati seolah-olah dipalu pilu. Lama menanti, puas berusaha namun yang dinanti tak kunjung tiba.
Air mata mengiringi doa yang diungkapkan setiap kali dahi menyentuh sejadah. Percaturan Yang Maha Esa tiada siapa yang mampu menduga. Mungkin ada hikmah disebaliknya yang kita tidak tahu.
Bagi pasangan RaiHana Kadir dan pasangannya, MUhammad Hafiz, mereka sentiasa positif, tidak pernah putus asa dan akhirnya apa yang dipohon, dimakbulkan Allah SWT.
#cabaranrayabersama
5 tahun raya berdua.. tahun ke6 raya berlima.. alhamdulillah cantik perancangan Allah.. semoga yang berusaha dapat merasai apa yang diimpikan.. aamiin.. jangan putus asa ya.. keep positive.. saya pun tak pernah terfikir akan melalui detik ini.
Itu antara ungkapan yang dimuat naik Raihana menerusi laman facebooknya. Menurut Raihana, anak kembar tiganya diperoleh menerusi rawatan IUI.
Selepas mencuba sebanyak tiga kali barulah berjaya dan terus mendapat kembar tiga,” ujar Raihana yang sebelum itu amalkan pengambilan satu produk untuk betulkn kitaran periodnya.
Ada makcik doakan semasa di Mekah “Saya tak pernah doa untuk dapat anak kembar, lagi2 kembar 3.. setakat teruja dengan orang lain yang ada anak kembar tu ada la.
Tapisaya mula teringat ada yang mendoakan saya mendapat kembar 3 masa saya berada di Mekah menunaikan ibadah haji 2 tahun lepas.. bila saya dapat tahu saya mengandung kembar 3, tibe2 saya teringat makcik yang mendoakan saya tu, muka tak ingat tapi kata2 nya saya ingat sampai sekarang.
“Semasa menunggu menunaikan solat zuhur, makcik2 di sebelah saya menegur saya.. mereka bertanya datang dengan siapa, dari mana, duduk tingkat berapa dan macam2 lagi.. mereka teruja bila ada jemaah muda menunaikan haji.. alhamdulillah rezeki saya dan suami.. dan soalan famous selalu saya dapat adalah ‘anak dah berapa?’
“Dengan tenang sambil tersenyum saya menjawab ‘belum lagi cik, acik doakan saya ye’ jawapan yang selalu saya repeat bila dapat soalan serupa itu.. Terus salah seorang makcik disitu menjawab ‘acik doakan kau balik malaysia lepas ni, terus dapat kembar 3’. Terkedu kejap ‘ala cik, jangan la 3’ dalam hati saya boleh ke pregnant 3 orang.
‘Acik doakan kau ni’ ‘Hihi ok cik.. aamiin..’ Lepas kejadian tu, saya meneruskan kehidupan seperti orang biasa. Dan alhamdulillah doa acik tersebut dimakbulkan oleh Allah..
11/10/2018, LPPKN KL selepas checkup dengan doc dan mendapat tahu saya pregnant 3 orang, saya suami isteri termenung, tersenyum, teruja dan semua ada.. saya tanya suami ‘bang, ok ke 3?’ Suami jawab ‘abang ok je, alhamdulillah rezeki’ ‘Bang, nak tau tak masa kita pergi haji dulu, ada makcik ni doakan ayang pregnant kembar 3 bila balik malaysia ‘ ‘Yeke?’ Terkejut dengan penyataan saya.. ‘Aah..’
Ya Allah semua itu rezeki dari Kau.. Kau yang mengizinkan semuanya.. aku hanya berusaha, berdoa dan bertawakal.. alhamdulillah lahirlah ketiga2 mereka dengan sihat.. semoga anak2 ini terus sihat dan menjadi pejuang2 islam akan datang.
Dalam pada itu, dia turut berkongsi pengalaman selama ini dalam memberi semangat kepada semua wanita di luar sana yang masih belum memiliki cahaya mata biarpun sudah lama berkahwin mahupun baru.
“Semoga kalian juga direzekikan mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah.. aamiin.. teruskan berdoa dan mohonlah orang sekeliling mendoakan kita jua.. semoga Allah permudahkan urusan kalian.. aamiin..
“Bukan sekadar yang berTTC, tetapi juga untuk semua yang tertanya2 bilakah rezekinya akan sampai.. Tukarkan situasi saya kepada situasi anda semua berkenaan rezeki. Kita akan down jika kita menunggu rezeki yang kita idam-idamkan tak muncul2, kita akan rasa kecewa jika benda yang kita nak tak dapat2.
“Macam dalam situasi berTTC, kita akan rasa down tiap kali kita datang period @ tiap kali kita test upt, upt selalu negatif.. (salahkan upt pulak ?) Siapa selalu rasa perasaan tu? Bagi saya, itu pengalaman biasa ?
Tipulah kalau saya kata saya tak pernah lalui. Dulu mula2 kawen, boleh dikatakan hari2 nangis (ni bila tau ada kenalan pregnant @ dorang up kat media sosial ?)
tiap2 hujung minggu nangis (biasa bila balik kg ?)
tiap hujung bulan nangis (ni bila period datang @ upt negatif ?)
bila teringat balik, macam rasa childish pun ada.. ?
sampai husband pun dah tak tahu nak cakap apa.
‘Dah la tu yang, abang dah tak tahu nak cakap apa dah’
Haha.. yela.. asik nangis je, mana taknya suami yang tension.
Tapi bila dah lama2, dah lebih setahun, saya dah kurang menangis.. macam dah boleh terima keadaan.. tapi… masih belum redha sepenuhnya.. kalau siapa yang baca posting saya semalam, perlu redha dengan IKHLAS, bukan redha tapi dalam hati sedih dan sumpah seranah..?
Dulu.. kalau ada kenduri, rasa malas nak pergi sebab tak nak dapat soalan cepumas ‘bila nak ada isi?, ‘belum mengandung lagi?, ‘eh, kan dah lama kawen, belum ada anak lagi?‘ Kadang nak menjerit je.. jawapan die pun kite tak tau, macam mana kita nak jawap soalan orang yang tanya tu kan.. em kadang tiba masanya waktu balik kg pun, kita rasa tak nak balik je sebab tak nak tengok isteri2 yang perutnya membesar bawa baby dalam tu.. sayu rasa hati .
Agak lama saya berperasaan begitu, tetapi bila saya betul2 redha dengan takdir saya, saya ubah mindset saya, bila ada kenduri, saya pergi.. balik kg pun, dah tak rasa apa2.. saya bina silaturrahim bersama keluarga dan kenalan. Bila orang tanya, saya akan jawap dengan tenang , ‘belum lagi, doakan saya ya’ (sambil tersenyum), bila kita jawap macam tu, confirm orang yang tanya tu akan jawap, ‘Insha allah ada rezeki anak lepas ni’..
apa yang kita perlukan adalah doa orang sekeliling sebab kita tak tahu doa siapa yang termakbul.. so, kenapa kita nak jauhkan diri dari orang sekeliling sedangkan dia boleh mendoakan kita.. saya mohon siapa yang berTTC jadikan rutin minta orang sekeliling doakan kita.. biar ramai yang doakan kita, insha allah segalanya dipermudah..?
Kepada yang selalu menanya soalan cepumas tu, tapis2 lah bila nak menyoal tu, kami juga ada perasan, kami juga inginkan anak tetapi dalam masa yang sama kami tak tahu bila rezekinya. Dalam masa yang sama, saya sentiasa positif walaupun kadang-kadang kecundang juga. Kalau sedih, saya akan pujuk hati untuk terima dan redha dengan ketentuan Allah.
“Pada wanita di luar sana, bersabarlah dengan ujian ini.. cari punca masalah dan carilah penyelesaiannya. Kalau dah lama kawen tapi belum ada rezeki, jumpalah doktor untuk ketahui apa punca lambat mengandung.
Sentiasa support isteri bila isteri tertekan lagi2 jika isteri stress dengan masalah ini. Suami pula kenalah pandai pujuk isteri supaya selalu happy dan tak fikirkn masalah yang ada,”ujar Raihana lagi.
Maaf jika posting kali ini ada yang terasa dengan setiap kata2 saya.. sesungguhnya ia adalah pengalaman dan perasaan dari hati saya sendiri.
Pengalaman dari,
Ibu kepada @rh_triplet
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat anda yang telah beberapa kali mencuba untuk menanam pokok daun sup tapi masih gagal, tentu ada tertanya-tanya mengapa ini boleh berlaku hingga ada yang percaya istilah ‘tangan panas’.
Pun begitu, apa kata anda mencuba teknik yang dikongsikan oleh Pyan Sempoy ini. Bukan satu kaedah penanaman yang dikongsikan malah ada tiga kesemuanya. Menurutnya, semua cara tersebut telah dipraktikkan dan memang terbukti berjaya. Malah turut berkongsi tip untuk menfaat semua.
Kaedah pertama : semai biji benih
cara saya semai:
1) Siapkan media tanam..saya guna peatmoss…lepas dah isi ke bekas saya siram siap-siap
2) Tabur biji benih sikit jer..jangan banyak-banyak cukup secubit jer tau..tak perlu timbus dengan media lagi sebab biji sup ni halus..lepas spray nanti dia akan terbenam sendiri kat celah-celah media..banyak yang gagal sebab ni lah..benih yang bercambah tak dapat tembus tanah untuk dapat cahaya
3) Spray dengan air..cukup 1-2 kali tembak jer
4) Letak tempat teduh..nak tutup boleh tak nak tutup pon boleh..saya biar sahaja tak tutup pon
5) Spray 2x sehari pagi dan petang..insyaAllah kalau benih bagus akan tumbuh selepas 7-10 hari..kalau 2 minggu tak tumbuh-tumbuh juga bererti gagal..kena cuba lagi
Kaedah ke 2 : tanam semula akar pokok matang
cara saya semai :
1) Pilih pokok sup yang masih segar dan ada banyak akar yang masih warna putih dan ada anak / tunas kecil..3 syarat WAJIB !!
2) Potong semua batang kecuali tunas-tunas kecil
3) Rendam dalam air bagi tenggelam akar saja untuk aktifkan akar selama 1-2 hari
4) Dah boleh tanam jika nampak akar makin sihat dan tunas makin segar dan membesar..jangan tanam dalam sangat..cukup kambus akar sahaja
5) Siram sikit-sikit sahaja jangan terlebih air..yang ni pon jadi penyebab ramai yang gagal sebab media terlalu becek
6) Letak tempat teduh dulu 1-2 minggu
Kaedah ke 3 : Tanam semula anak-anak pokok yang tumbuh dari induk pokok hasil dari kaedah 1 atau 2
cara saya tanam :
1) Pokok induk mesti sihat, subur dan ada banyak anak-anak pokok yang baru tumbuh..Pilih yang bersaiz setengah jengkal ke atas jer tau
2) Korek atau cabut perlahan-lahan. Syarat kena ada akar bersama anak pokok tu..kalau cabut pastu tak ada akar baik korang campur dalam sup ja hehe..kena hati-hati masa korek/cabut
3) Tanam dan letak tempat teduh selama 1-2 minggu sampai pokok stabil
4) Siram sikit-sikit sahaja, sama macam kaedah 1 atau 2. Jangan terlebih air
Jadi anda boleh pilih nk guna cara mana..sekali tanam ja pokok sup ni..insyaAllah leh makan hasil berbulan-bulan jika rajin praktikkan kaedah no 3..