Garam epsom atau epsom salt memang banyak khasiatnya untuk kesihatan. Campurkan garam epsom dengan air kemudian biarkan anak berendam. Sesuai sangat untuk merawat anak demam, batuk dan selesema. Ini sebagai usaha lain bagi merawat anak yang usah makan ubat.
Antara caranya adalah dengan rendam anak dalam air garam epsom atau epsom salt. Garam mineral ini sebenarnya punya banyak manfaat untuk kesihatan. Kalau nak anak cepat tidur, kurang meragam pun boleh guna kaedah ini.
Garam Epsom Banyak Khasiat Untuk Kesihatan
Tapi jangan makan ya, sebaliknya berendam dalam air garam ini. Kalau tiada bath tup guna baldi pun boleh. Khasiat garam epsom ini dikongsi oleh Dr Mazliana Mazlan.
Banyak manfaat garam epsom, semua rumah kena ada. Saya suka betul rendam anak dalam air epsom salt. Tak kira masa. Anak pun syok betul berendam. Sehari sekali. Ambil 1 cawan epsom salt, masuk dalam air suam. Buat waktu mandi petang. Anak mudah mengantuk malam nanti, tidur lebih nyenyak insyaAllah.
Ads
Bila anak demam, tak sihat, batuk atau selesema, saya akan kerapkan buat. Dua atau tiga kali sehari. Dari lemah tak larat, segar anak setiap kali lepas rendam. Kahak pun banyak keluar.
Biar Anak Berendam Dengan Air Garam Ini
Dalam garam epsom ada magnesium. Magnesium bantu untuk relax kan otot anak, bantu untuk tenangkan sistem saraf anak.Magnesium antara suplement transdermal yang paling selamat untuk anak-anak kecil.
Lebih 325 proses biologi dalam tubuh badan anak perlukan magnesium. Kalau tak cukup magnesium, maknanya akan ada fungsi sistem badan yang akan terganggu. Dan ramai sebenarnya anak-anak yang tak cukup kandungan magnesium dalam badan mereka.
Ads
Dalam makanan, magnesium ada pada bayam, kacang, dark chocolate, pisang, tofu, dan sebagainya. Tapi anak kecil makan bukannya dalam kuantiti yang banyak.
Magnesium penting untuk;
Ads
1. Tidur anak yang baik 2. Perbaiki mood anak 3. Lebih fokus 4. Kuatkan tulang dan gigi 5. Berikan energy secukupnya untuk anak 6. Sihatkan otot dan saraf 7. Membantu penyerapan vitamin dan mineral lain 8. Tingkatkan imuniti badan anak
Selepas anak bermain waktu petang, rendam anak dalam bath tub. Kalau tak ada bath tub boleh guna baldi. Kalau biasanya anak meragam tapi lepas rendam dalam garam epsom laju sahaja anak masuk tidur. Anak sudah kurang meragam.
Garam epsom ini untuk 1.2 kg, harga tak sampai RM 20 pun. Boleh cari di farmasi berdekatan.
Bagi yang biasa mengambil maajun untuk tujuan penjagaan kesihatan dalaman, di sini ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama. Di mana anda kini boleh sediakan sendiri ramuan maajun dan amalkan untuk kebaikkan sesisi keluarga.
Ramuan istimewa ini telah lama diamalkan dan diwarisi oleh Puan Sumaiyah Abdullah. jadi bolehlah dicuba, lagipun bahan-bahan yang digunakan juga cukup mudah didapati. Jom semak!
DIY MAAJUN SEISI KELUARGA
Dah lama rasanya tak share tips dari dapur ni. Apa kata kali ni mak-mak try buat MAAJUN sendiri plak. Simple sangat. Tapi amat berkhasiat.
Petua ni diwarisi dari ayah ciksu sendiri. Sape cakap lelaki tak boleh makan maajun. Nah. Ini dia resepi maajun untuk semua peringkat umur. Kecuali baby ye.
Bahan-bahannya:
* 3 sudu besar Habbatussauda
* 1 sudu kecil Madu Asli
Cara-caranya :
1- Blend/kisar kering Habbatusauda sehingga halus.
2- Campurkan Madu Asli bersama Habatus Sauda kisar tadi.
3- Gaul sebati.
4- Sejukkan dalam peti ais supaya sedikit keras(untuk mudah digentel).
5- Bila dah sejuk dan keras, gentel2 jadi bulat.
6- Dah pun siap.
SUKATAN MAAJUN
Untuk orang DEWASA BERKAHWIN (lelaki dan perempuan)
* 1 biji, 2 kali sehari. Pagi dan malam sebelum makan.
Untuk orang DEWASA BELUM BERKAHWIN
* 1 biji. Pagi sahaja sebelum makan.
Untuk KANAK-KANAK
* 1/2(separuh) biji. Pagi sebelum makan.
KHASIAT HABBATUS SAUDA
Jika sebut Habatus Sauda, jintan hitam, nigella sativa dan black seed, itu semua benda yang sama je. Macam-macam nama ada bergantung kepada tempat masing-masing.
Habatus Sauda ni bersifat antioksidan, anti depresi, anti bakterial, anti fungal, anti septik, astringen dan anti penuaan.
* Manfaat untuk wanita.
1- Nutrisi terbaik untuk wanita yang sedang hamil dan menyusu.
2- Melindungi bayi dari lahir cacat.(makan kandungan 6 bulan ke atas).
3- Membanyakkan susu badan
4- Menurunkan berat badan
5- Meningkatkan ghairah seksual wanita.
6- Mengubati keputihan pada wanita.
7- Melancarkan pengaliran darah haid & nifas.
* Manfaat untuk lelaki
1- Penambah stamina
2- Meningkatkan ghairah seksual lelaki
3- Merawat lemah syahwat
4- Meningkatkan kesuburan lelaki
* Manfaat bagi kanak-kanak
1- Meningkatkan daya ingatan, konsentrasi dan kepekaan kanak-kanak.
2- Meningkatkan sistem imun.
* Manfaat untuk warga tua
1- Mencegah penuaan
2- Mencegah osteoporosis
3- Mengatasi strok
4- Suplemen agar tidak mudah diserang penyakit.
Mana nak dapat Habatus Sauda ni?
Ada jual kat kedai-kedai makanan sunnah, toko jamu, kedai-kedai mamak india. Pasaraya kat bahagian rempah ratus.
Sumber : Sumaiyah Abdullah via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak yang sihat dan cergas tentu akan mengembirakan ibu ayah. Malah membuatkan mereka boleh fokus kepada urusan rumahtangga.
Namun siapa kita untuk melawan takdir, apabila anak jatuh sakit. Sama ada ibu atau ayah menjadi pembawa, atau kedua-duanya mewarisi.
Kanser adalah antara penyakit yang juga menyerang kanak-kanak dan remaja. Ibu bapa kena alert gejalanya dan perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Nak tahu lebih lanjut mengenai kanser pada anak, ikuti lanjut hurian Dr Rashdan Mohamed tentang hal ini.
KANSER DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
1-Jenis kanser paling tinggi dihidapi kanak-kanak adalah leukemia, mengapa? Kanser yang paling biasa berlaku dikalangan kanak-kanak dan remaja bawah 15 tahun adalah leukemia, diikuti kanser otak & sistem saraf, limfoma, neuroblastoma, kanser ginjal dan kanser tulang. Ini adalah hasil dari kajian yang dijalankan. Manakala bagi remaja 15 hingga 19 tahun, kanser otak, saraf dan limfoma adalah lebih tinggi berbanding leukemia.
Leukemia itu sendiri ada beberapa jenis seperti Acute Lymphocytic Leukemia, Acute Myeloid Leukemia dan Chronic Leukemias.
Punca utama mengapa leukemia yang paling biasa dihidapi kanak-kanak mungkin sukar dipastikan. Ada banyak faktor, antaranya, kajian menunjukkan sesuatu bangsa atau etnik mempunyai peratusan risiko yang lebih tinggi untuk sesetengah kanser berbanding kanser yang lain. Ada faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi (akan dibincangkan lanjut nanti).
2-Adakah trend ini boleh dikurangkan? Dari banyak kajian yang dijalankan, incidence kanser dikalangan kanak-kanak ada menunjukkan peningkatan berbanding dahulu, namun begitu, dengan diagnosis dan rawatan awal yang optimum, kita dapati, survival rates juga meningkat. Sebagai contoh, secara kasar, pada era 1970-an, hanya sekitar 58% – 70% kanak-kanak dan remaja dengan kanser, hidup dalam masa 5 tahun. Namun kadar ini meningkat kepada 85% – 90% pada ketika ini (bergantung jenis kanser dan tahap). Kemajuan teknologi, pengesanan dan diagnosis awal, serta rawatan yang ditawarkan antara faktor peningkatan positif survival rates ini. Namun, ada juga kanser tertentu yang sukar dirawat dan mempunyai survival rates yang rendah berbanding leukemia.
3-Punca kanak-kanak menghidap kanser (termasuk semua jenis kanser)? Antaranya adalah:
3.1. Faktor genetik Kebanyakan kanak-kanak dan remaja yang menghidapi kanser ini ada perubahan atau mutasi pada bahan genetik atau genes yang menyebabkan kanser berlaku. Perubahan atau mutasi genetik ini mungkin dari keturunan atau juga berlaku secara spontan dan semulajadi. Sebagaimana yang kita bincang tadi, ada etnik tertentu berisiko untuk kanser tertentu. Ada juga kanser yang dihidapi itu mungkin disebabkan faktor keturunan. Ada masa, masalah genetik sindrom tertentu seperti Sindrom Down yang berisiko untuk mendapat leukemia. Jadi, faktor genetik ini meyumbang kepada risiko untuk menghidapi kanser tertentu.
3.2. Faktor persekitaran Faktor persekitaran juga ada peranan dalam kanser. Contohnya, merokok menyebabkan kanser peparu dan kanser mulut. Pendedahan kepada bahan-bahan kimia tertentu seperti asbestos, racun serangga dan bahan radiasi juga boleh membawa kepada kanser. Jangkitan kuman tertentu juga memberi risiko.
4-Kebanyakan kes pesakit kanser kanak-kanak didiagnosis sudah pada tahap berapa? Ada pesakit kanser kanak-kanak yang didiagnosa pada peringkat awal dan ada juga pada peringkat lewat. Apa yang lebih utama adalah, nasihat saya kepada semua ibu bapa, untuk mengenalpasti gejala seperti demam berpanjangan, hilang selera makan, susut berat badan, sakit kepala, muntah berterusan, sakit tulang, bengkakan pada organ atau apa jua gejala yang membimbangkan untuk mendapatkan rawatan awal di fasiliti kesihatan, supaya diagnosa awal dan rawatan awal boleh diberikan
5-Jenis-jenis rawatan untuk pesakit kanser kanak-kanak? Bergantung kepada jenis dan tahap kanser. Secara umum rawatan kanser kanak-kanak adalah: 1. Rawatan kemoterapi 2. Rawatan radioterapi 3. Pembedahan 4. Rawatan sokongan multidisiplin 5. Rawatan paliatif
Kebiasaanya, doktor pakar onkologi kanak-kanak akan mengenalpasti terlebih dahulu jenis dan tahap kanser, dan akan berbincang dengan ibu bapa berkenaan rawatan yang akan diberikan termasuk kesan sampingan dan manfaat rawatan. Ada sesetngah kanser perlu kemoterapi, pembedahan dan diikuti radioterapi.
Ada juga, seperti leukemia tertentu, yang hanya memerlukan kemoterapi. Kanak-kanak dan remaja yang menghidapi kanser ini akan dimasukkan ke unit onkologi hospital di mana mereka akan menerima rawatan yang telah dirancangkan termasuk rawatan sokongan seperti sesi kaunseling, fisioterapi, dan rawatan khusus pakar-pakar lain termasuk pakar endokrin seperti saya. Rawatan paliatif, biasanya, dikhususkan untuk pesakit kanser tahap akhir, untuk mengurangkan kesakitan dan penderitaan mereka.
6-Seawal usia berapa kanak-kanak boleh didiagnosis menghidap penyakit kanser? Oh, kita ada pesakit seawal usia bawah 1 tahun didiagnosa menghidapi kanser juga. Secara umum, umur antara bayi hingga 19 tahun, dan kebiasaanya sekitar usia 5 hingga 8 tahun, bergantung jenis kanser.
7-Adakah kanak-kanak yang menghidap kanser berpotensi sembuh? Benar, dengan pengesanan awal dan rawatan, juga jenis dan tahap kanser, InSyaAllah, kanak-kanak ini berpotensi sembuh. Sebagaimana kita bincang dia atas, sesetengah kanser seperti leukemia, berpotensi sembuh dengan survival rate setinggi sehingga 90%.
8-Adakah ada risiko penyakit kanser ini berulang semula, jika pesakit sudah sembuh dalam rawatan sebelum ini? Risiko itu tetap ada, risiko untuk berulang (recurrence) atau kanser ke-dua (second cancer). Ianya bergantung kepada jenis dan tahap kanser, juga rawatan yang diberikan. Namun, doktor pakar onkologi dan pakar lain yang merawat, akan terus memantau keadaan pesakit menerusi temujanji susulan untuk memastikan jika kanser ini berulang atau ada kesan sampingan dari kanser mahupun rawatan, melalui pemeriksaan klinikal, ujian makmal dan radiologi. Saya sendiri, ada beberapa pesakit kanser yang dirujuk kepada saya kerana mengalami masalah endokrin (hormon) susulan kanser kalenjar pituitary yang perlu dibedah dan pesakit survivor lain.
9-Nasihat kepada ibu bapa yang mempunyai anak menghidap penyakit kanser Pertamanya, doa dan hati saya bersama semua pesakit, ibu bapa dan keluarga kanak-kanak dan remaja yang menghidapi kanser ini. Saya faham, ianya bukan mudah. Dengan penuh rendah diri, ini nasihat saya: 9.1. Berbincanglah dengan doktor pakar yang merawat berkenaan jenis, tahap dan rawatan yang ditawarkan. Tidak dinafikan, ada sesetengah rawatan termasuk kemoterapi yang mempunyai kesan sampingan tertentu yang juga ada rawatannya. Dapatkan maklumat dan nasihat dari doktor pakar 9.2. Ada juga ramai yang akan cuba “tawarkan” nasihat berkenaan “rawatan alternatif” yang mungkin akan menyebabkan kelewatan mendapatkan rawatan optimum, sehinggakan meyebabkan kanser itu melarat dan merebak ke tahap bahaya. Ada juga “rawatan alternatif” ini mengandungi bahan kimia tertentu atau teknik rawatan yang membahayakan. Ada juga yang tidak patuh shariah. Perkara-perkara sebegini hendaklah dielakkan. 9.3. Pesakit dan keluarga juga perlu banyak bantuan dan sokongan termasuk bantuan dan sokongan fizikal, moral dan psikologi ketika mendapat tahu berkenaan kanser dan ketika proses rawatan. Sokongan dan bantuan keluarga, rakan dan komuniti amat penting. Bantuan fizikal dan kewangan juga diperlukan. Keluarga terutama ibu dan ayah harus bersatu hati ketika masa sukar ini. 9.4. Sesi rawatan dan temujanji amat penting dan harus diberi keutamaan. 9.5. Terimalah takdir ini dengan hati terbuka, pasti ada hikmahnya dan bersedia untuk menempuh proses rawatan dengan positif, sifat sabar, berlapang dada dan bersangka-baik. Memang normal untuk berada dalam keadaan penafian (denial) dan marah, namun, lagi cepat untuk menerima hakikat ini, lagi cepat rawatan dimulakan, lagi tinggi peluang anak untuk sembuh dan survive, InSyaAllah
SAKIT DADA
.
Sakit dada diertikan sebagai kesakitan atau rasa tidak selesa pada bahagian dada. Ia berlaku apabila dada terasa berangin, terasa sesak dan dicucuk, berat atau rasa seperti ditekan.
Sakit dada juga merujuk kepada sakit pada bahagian dada, bahagian atas perut termasuklah sakit pada bahagian belakang atas badan, tekak, rahang, bahu dan kedua-dua lengan. Ia merupakan satu keadaan yang perlu diambil perhatian serius memandangkan ia boleh membawa maut.
.
PUNCA-PUNCA SAKIT DADA
.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit dada ini berlaku. Oleh kerana simptom ini boleh merujuk kepada penyakit yang serius seperti serangan sakit jantung, maka anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor jika mempunyai simptom tersebut. Sakit dada tidak semestinya dikaitkan dengan seseorang yang mendapat serangan penyakit jantung. Ramai juga pesakit yang mendapat sakit dada ini tidak mengalami serangan jantung.
.
Antara punca-puncanya ialah :
.
1. Serangan jantung (penyakit koronari jantung) berlaku apabila terdapat saluran darah ke jantung tersumbat
2. Lain-lain jenis penyakit jantung seperti masalah injap jantung
3. Pedih ulu hati yang disebabkan oleh gangguan asid dari perut
4. Sakit di bahagian perut hingga ke dada
5. Sakit di bahagian luar dada seperti otot, sendi dan rusuk
6. Penyakit berkaitan dengan paru-paru seperti asma
7. Kecederaan pada dada disebabkan oleh kemalangan atau terjatuh
8. Gangguan emosi seperti kebimbangan, panik dan tekanan
9. Sakit belakang
.
RAWATAN UNTUK SAKIT DADA
.
Sakit dada yang berlaku di kalangan orang muda yang sihat biasanya tidak merbahaya jika kadar kesakitan berubah mengikut perubahan posisi badan.
.
Untuk mengesahkan seseorang yang mengalami sakit dada akibat oleh serangan jantung, doktor biasanya dapat mengetahui punca sakit tersebut dengan melakukan ujian ECG (ujian merekod fungsi jantung secara grafik) dan ujian darah.
.
Untuk masalah gastrik, selalunya pesakit akan dirawat dengan memberikan ubat gastrik dan ubat alkali untuk meneutralkan asid dalam perut.
.
Ada sesetengah sakit dada disebabkan otot dada yang tercedera mungkin disebabkan batuk yang terlalu kuat. Selalunya pesakit seperti ini boleh dirawat dengan penggunaan ubat tahan sakit. Malah jika ia tidak terlalu teruk, pesakit tidak perlu ambil apa-apa ubat dan ia akan baik dengan sendirinya.
.
Selain dari faktor di atas, sila dapatkan nasihat doktor anda bagi mengenalpasti jika ada tanda-tanda penyakit jantung. Ini kerana rawatan segera dan agresif dapat dibuat untuk menyelamatkan nyawa. Jika keadaan bertambah teruk, berjumpalah dengan doktor.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di