Bagi anda yang rajin bercucuk tanam, garam epsom antara bahan yang wajib ada selain baja. Banyak masalah berkaitan dengan tanam-tanaman boleh di atasi dengan menggunakan garam epsom.
Garam epsom membantu menjadikan tanaman lebih subur. Magnesium yang terkandung dalam garam epsom membolehkan tumbuhan menyerap nutrien penting dengan lebih baik, seperti nitrogen dan fosforus. Selain itu, magnesium juga sangat membantu dalam keupayaan tumbuhan menghasilkan bunga dan buah.
Guna Garam Epsom
Melalui perkongsian Liyana Mohd Poad wanita ini memberikan tip kegunaan garam epsom (epsom salt) untuk kesuburan pokok dan cara-cara menggunakannya.
Bunga Besar-besar, Daun Tak Keriting, Tanaman Subur
1.Meningkatkan percambahan benih
Magnesium membantu percambahan benih dan membantu menguatkan dinding sel benih:
Cara penggunaan:
1 cawan garam epsom untuk 100 kaki persegi tanah atau campuran 1 hingga 2 sudu gaul dengan tanah semaian.
2. Meningkatkan penyerapan nutrien (akar pokok)
Banyak baja komersial menambah magnesium untuk membantu akar tumbuhan mengambil nutrien penting (nitrogen, fosforus, sulfur.) Bagi yang menggunakan bahan-bahan organik untuk menyuburkan pokok, menambah garam epsom pada tanah akan meningkatkan penyerapan secara semula jadi.
Cara penggunaan:
1 sudu untuk satu pokok. Tabur pada tanah di sekeliling pokok.
3. Mengelakkan pokok terkejut selepas mengalih pasu atau ke tanah (transplant shock)
Kadang-kadang selepas mengalih anak semaian atau pokok-pokok dari bekas kecil ke bekas besar dari pasu ke tanah, pokok akan layu (terkejut). Keadaan ini berlaku kerana akar pokok mungkin tercedera ketika proses pengalihan tersebut. Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku boleh guna garam epsom.
Cara penggunaan:
Tabur garam epsom di sekeliling pokok selepas proses mengalih pokok. Tutup semula dengan lapisan tanah.
Ads
4. Daun kekuningan
Tumbuh-tumbuhan yang tidak mendapat magnesium yang cukup boleh dikenal pasti apabila daun-daun mula menjadi kuning. Ini kerana magnesium merupakan komponen penting dalam pengeluaran klorofil. Cuba taburkan garam di sekitar tanaman anda agar daun-daun tanaman menjadi sihat dan segar.
Cara penggunaan:
Tabur/siram lebih kurang 1 sudu besar garam epsom pada setiap pokok sebulan sekali. Amalan ini akan memberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan di taman sayur-sayuran anda. Hasilnya pokok-pokok tidak kiralah apa juga jenis pokok termasuklah pokok renek, bunga dan rumput akan hijau semula.
Kadar: 1 sudu + 4 liter air
Disiram dua minggu sekali
5. Elak daun menjadi keriting (pokok cili)
Mencegah daun daripada menjadi keriting (leaf curling) dengan garam epsom. Daun yang menjadi keriting disebabkan oleh kekurangan magnesium dalam tumbuh-tumbuhan. Tambah garam epsom di sekeliling pangkal pokok yang sakit. Sebagai alternatif, untuk penyerapan yang lebih cepat anda boleh mencampurkan 2 sudu besar garam epsom ke dalam satu gelen air dan siram terus pada daun.
Cara penggunaan:
2 sudu + 4 liter air
Siram pada daun sebulan sekali
Ads
6. Mengelakkan daripada perosak tanaman
Garam Epsom juga berfungsi mengelakkan tumbuhan diserang siput, ulat bulu dan jentik-jentik. Perlu diingat bahawa garam epsom larut dengan mudah larut dalam air termasuk air hujan.
Cara penggunaan:
Tabur garam epsom di tempat yang bermasalah.
7. Buah-buahan menjadi lebih manis
Tabur garam pada pokok buah-buahan, pokok kacang, sayuran, dan anggur. Garan epsom membantu meningkatkan tahap klorofil dalam sel tumbuhan, membolehkan pokok menghasilkan hasil buah yang manis.
Cara penggunaan:
Kadar: 1 sudu + 4 liter air
Siram 2 minggu sekali
Tabur 1 sudu setiap pokok 1 bulan sekali
8. Baik untuk pokok tomato
Menjadikan buah lebih manis.
Ads
Cara penggunaan:
2 sudu untuk setiap 4 liter air
Siram setiap 2 minggu
9. Untuk melebatkan buah (cili) buah lebih besar dan pedas
Pokok cili perlu diberi magnesium setiap dua minggu untuk mencapai hasil yang lebih tinggi. Buah cili juga jadi lebih besar saiznya.
Cara penggunaan:
Taburkan 1 sudu garam epsom untuk setiap kaki persegi setiap dua minggu sekali.
10. Pokok bunga ros lebih cantik dan bunga lebih besar
Guna garam epsom agar pokok bunga ros lebih cantik, bunga lebih besar dan lebat dan daun jadi lebih gelap warnanya. Pastikan garam epsom digunakan ketika diawal-awal penanaman, ketika nampak pertumbuhan baru dan ketika bunga berkembang.
Daripada sekadar suka-suka masak dan memuat naik ke yioutube, siapa sangka pasangan ini meraih perhatian. Sugu Pavithra berjaya menambat hati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan kaum melalui perkongsian video memasak pelbagai menu dan bertutur dalam bahasa Melayu di YouTube. Sikap rendah diri pasangan ini menjadikan ramai orang mula mengikuti mereka di laman Youtube dan menambah pengikut dalam masa yang singkat. Tidak hairanlah setiap kali memuat naik video pasti mendapat sambutan ramai. Terbaru, pasangan ini berkongsi berita gembira apabila berpindah ke rumah baru. Kelihatan rumah tersebut lebih besar berbanding rumah lama, dapat diperhatikan pasangan itu bersama beberapa ahli keluarga turut datang membantu membersihkan rumah.
Rumah baru itu terletak di di Pekan Sungai Siput, Perak. Dalam pada itu, suaminya, M-Sugu, sudah tidak lagi bekerja di ladang. Ini kerana, dia mahu fokus dalam penghasilan video di Youtube.
Ada waktu kita boleh buat dua benda dalam satu waktu, namun ada masanya kita tak mampu lebih-lebih lagi bila melibatkan masa depan. Itulah yang dihadapi oleh penyanyi, Najwa latif di mana dia mengumumkan kepada peminat bahawa dirinya terpaksa berhenti bekerja sebagai pensyarah bagi memberi ruang kepada pelajarannya di peringkat doktor falsafah (PhD).
Menerusi laporan Harian Metro, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif berkata, dia menghadapi masalah untuk melakukan kedua-duanya dalam masa yang sama lalu memutuskan untuk mengorbankan pekerjaannya.
“Ya, saya berhenti kerja sebab nak fokus PhD sebab PhD saya tak bergerak, kerja pun terus-menerus. Memang rasa berat hati sangat sebab saya tak pernah tak kerja.
“Inilah kali pertama saya betul-betul rehat daripada bekerja. Penulisan PhD saya masih berjalan cuma pergerakannya sangat perlahan. Sudah hampir setahun dan saya kena korbankan kerja buat sementara waktu,” katanya.
Walau bagaimanapun, penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu menjelaskan keputusannya untuk berhenti kerja berhenti kerja adalah buat sementara waktu sahaja dan akan kembali jika diberi rezeki.
“InsyaAllah tahun depan saya akan kembali bekerja semula. Nanti saya usaha cari kerja semula. Saya cuma perlu beberapa bulan untuk fokus PhD sekejap,” ujarnya.
Apabila ditanya mengenai penerimaan suami, wanita berusia 28 itu memberitahu bahawa Akwa Arifin sentiasa bertanyakan khabar selepas dirinya tidak bekerja serta memberikan sokongan penuh.
Untuk rekod, Najwa sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bertugas sebagai pensyarah di Universiti Selangor (UNISEL).
Sumber: Harian Metro (Georgie Joseph), Instagram Najwa Latif
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pernah kan berlaku tiba-tiba peti ais di rumah tidak sejuk. Padahal sebelum itu okey je tak ada masalah. Jangan bimbang, hal ini berlaku disebabkan oleh komponen di dalamnya yang perlu diperiksa atau diganti.
Jika ibu-ibu ada masalah tersebut, boleh cuba ikut perkongsian dari Jannatun Naim ini.
Penah x tiba2 peti sejuk kat atas beku, tp kat bwh x sejuk pon,, xpon atas bawah kurang sejuk, jd sy nk kongsi sikit, selalunya yg jadi masalah ialah, defrost thermostat / defrost sensor yg rosak,, jadi sy nk tunjuk kat mana dan cara nk tukar bnda ni,, sensor ni sy beli online, sbb kdi x bukak masa pkp ni.. Modal lbh kurang rm 12 bnda ni Bnda yg perlu
– off power weyyyy, mati keras satgi 🤣
-Screwdriver philip
-cable tie
-defrost thermostat
– shirnk tube/ selotip hitam
-hair dryer optional 😇
Masalah ini biasanya berlaku disebabkan oleh defrost thermostat atau defrost sensor rosak. Bagaimana nak servis tu? Boleh ikuti cara berikut.
Kalau bukak cover bhg atas pt sejuk, mcmni rupa dia, semua dah frozen, sbb tu bwh x sejuk.
Tgu ais tu mencair sndiri… Sy x kosa nk tggu,😂 jd guna hair dryer pon boleh nk bg cepat cair😁 tadah bekas.. Sng nk buang ais yg cair tu🤣
Ok.. Dah cair perasan x bnda tiub warna pink tu,, haaa tu la sensor tu…, potong cable tie tu.. Tarik keluar sensor tu
Ok ni keadaan sensor tu.. Yg bawah tu, baru punya
Ok. Mcmni…
Potong wire yg asal tu,, pastu sambung pada yang baru,, jgn risau xda polarity.. Bubuh ja ikot suka hmpa,, 😉… Kemaskan Guna heat shirnk tube (wana hijau tu), kalau xda bole guna selotip hitam pon xpa.
Letakan pada posisi asal, bhg metal sensor tu hala ke bhg bawah ye,, guna kable tie, ikat balik kemas2, supaya x bgerak3., tutup balik cover.. Ha siapla.. Sng kn…
P/s, : yg tiub blah bawah tu pulak nama dia thermal fuse,, mcm fius besa,, untuk elakkan coil terlebih panas (fius putus) masa pt sejuk ni auto untuk cairkan ais ( defrost heater) yg terjadi masa compressor off 😁
Ni rupa sebelum bukak,, yg ni pakai clip ( petak kecil kiri dan kanan kat atas sekali tu) ada yg guna screw,, ikot model,, 👌
Byk yg tanya mcmna rupa defrost thermostat ni,, mcm ni la rupa dia,, ada byk jenis bulat, petak,, bg pndapat saya x kisah untuk guna yg mana pon ikot poket tuan2,, fungsi dia ttp sama walaupon bentuk dia berlainan,, bnda ni cuma sensor je, nk test benda ni ok ke x,, bole guna multimeter cek continuity dia.. Dlm keadaan x sejuk xda continuity,, dah sejuk baru ada moga bermanfaat 😇
Ramai yang impikan rumah besar, luas, dan mewah. Tapi tahukah anda, semakin besar rumah, semakin tinggi kos penjagaannya? Bukan sekadar bayar bil utiliti, tapi...